To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  WFO - Menjadikan Impian Keluarga Satu Realiti
 







MENJADIKAN IMPIAN AHLI KELUARGA ANDA SATU KENYATAAN

Kriteria Utama Untuk Meraih Hasil Yang Tertubuh-Baik (WFO – Well-Formed Outcome)

 

M Nasser Ismail

Disember 2009

 

 

 

 

“Bila anda bayangkan, anda jadikan kenyataan.  Saya rasa kalau anda telah pergi ke hala tuju anda itu di dalam minda anda, anda akan sampai ke destini anda itu dengan seluruh tubuh-badan anda.”

 

Denis Waitley, Ahli Psikologi

 

 

  • Apakah ciri-ciri untuk menghasilkan sesuatu impian, atau cita-cita kita atau ahli keluarga kita dengan menggunakan teknologi NLP?

  •  Sekiranya anda adalah saorang ketua keluarga bagaimanakah boleh anda ’coach’ ahli keluarga anda cara yang terunggul untuk menghasilkan impian, cita-cita atau matlamat mereka dengan baik serta berkesan?

  • Bagaimanakah anda boleh bersikap berfokuskan penyelesaian (’solution-focused’) dalam mencerna masa depan anda, mahupun ahli keluarga anda? 

 

 

Ini adalah satu model komunikasi didalam NLP.  Didalam bidang ’coaching’, ini adalah langkah pertama saorang ’coach’ bertanyakan sebelum dirinya mulakan proses ’coaching’.  Andai nya anda adalah saorang ketua keluarga dan berminat untuk meng-’coach’ ahli keluarga anda dengan rapi, menurut kajian psikologi kognitif-kelakuan ada baiknya lah anda memerhatikan langkah-langkah yang diterangkan disini.

 

Ada sembilan langkah utama yang diterapkan disini; (1) Nyatakan matlamat dengan positif, (2) Dapat di lakukan sendiri, (3) Sesuai dengan konteks nya, (4) Berunsurkan sensori, (5) Saiz yang termampu, (6) Penuh dengan sumber yang perlu, (7) Dapat membuktikan pencapaian, (8) Membara, memerangsang dan penuh bermakna, dan (9) Ekologikal dan seimbang.



Untuk meraihkan hasil yang berkesan dalam menentukan halatuju impian, cita-cita, matlamat dan impian diri kita atau ahli keluarga kita, sembilan kriteria telah diaturkan dalam NLP supaya ianya dapat diterapkan dengan sempurna.  Apabila ke sembilan kriteria ini dapat di ikuti dan di tepati nya hasil atau ’outcome’ itu dikatakan tertubuh-baik.  Dan insya-Allah ia akan berhasil.  Ke sembilan kriteria ini adalah;

[1] Nyatakan Dengan Positif (+)

Apakah yang harus anda lakukan sebagai satu langkah permulaan? Apakah niat anda? Apakah yang anda fokuskan didalam fikiran anda?  Apakah yang langkah-langkah yang telah anda fikirkan?  Sudahkah anda membuat satu keputusan untuk meneruskan tujuan dan niat anda itu?  Ini lah sebahagian dari soalan-soalan diri yang biasa kita luahkan pada diri kita ataupun sesiapa saja yang ingin membuat perubahan diri supaya dapat menjana masa depan yang lebih baik dan lebih cerah lagi.

Pernah juga kita temu keadaan dimana segala hasrat atau keinginan kita itu patah di setengah jalan, tidak kesampaian dan tidak mendatangkan hasil yang di tujukan itu.  Kadangkala kita terfikir mengapa ianya terjadi?  Dan buntu sebab tidak tahu mengapa ianya terjadi?  Apakah ada sesuatu perancangan kita itu yang dirasa tidak tepat, dan tidak di uji sepenuh nya?  Telah kah kita bayangkan impian kita itu?  Kalau dibayangkan, apakah bayangan itu jelas dan dapat kita merasai nya sendiri?  Apakah keinginan kita itu hanya jadi bayang-bayangan saja, khayalan saja?

Cara menyatakan atau menuliskan matlamat dan keinginan anda itu pun amat penting.  Apabila sesuatu matlamat itu di nyatakan dengan samar-samar, maka bayangan didalam pemikiran otak kita pun turut samar-samar dan ’vague’ juga.  Apabila sesuatu pandangan yang samar-samar itu di lahirkan di pemikiran kita, tubuh-badan dan emosi kita tidak dapat di arahkan menuju perkara itu.  Sebab ia tidak tahu dimana harus ditujukan nya.  Yang dilahirkan di pemikiran kita itu akan menjadi satu arahan neurologi pada seluruh tubuhbadan kita serta emosi yang berkaitan dengan nya.  Maka, selagi tak jelas ianya di nyatakan, selagi itu lah ia bermakna arahan itu tidak akan tercetus, tidak ternyala di minda kita.  Ia akan terus tersekat begitu saja.  Lama kelamaan ia terus lesap.

Jelas itu penting. Tapi yang sama penting nya adalah bagaimana kita nyatakan matlamat kita itu - dengan bersifatkan arahan positif.  Jadi, nyatakan lah tujuan, matlamat, hala-tuju, impian, sasaran anda itu dengan jelas dan dengan bersifat positif.  Dan bagaimana boleh kita nyatakan dengan positif? Kita boleh bermula dengan menjauhi dari menggunakan perkataan peniadaan seperti ’Jangan’ atau ’Tidak’. 

Dalam kajian, ahli psikologi menerangkan bahwa pemikiran kita memproses arahan positif sahaja.  Arahan negatif seperti, ’Saya tidak mahu menjadi saorang pemabuk’ akan diproseskan oleh otak kita seperti,’ Saya mahu menjadi saorang pemabuk’.  Perkataan ’tidak’ itu akan gugur dari pemprosesan nya.  Kalau di fikirkan, ini sangat lah bahaya sebab tujuan asal nya sudah tersasar dengan kata-kata yang kita lahirkan dan yang telah menjadikan satu arahan pada pemikiran dan tubuhbadan serta emosi kita untuk bertindak sedemikian. 

Bagaimana pula dapat kita menyatakan hasrat kita itu secara positif?  Nyatakan sahaja apakah sebenarnya yang anda mahu sekiranya anda tidak mahu sesuatu yang lain [X] itu.  Contoh, nyatakan seperti, ’Saya mahu menjadi saorang Jurutera Sofwe yang berkeyakinan tinggi dalam ilmu penulisan sofwe.  Kenyataan ini jelas menukilkan apa yang sebenarnya anda mahu.  Anda juga dapat membayangkan nya, serta merasakan diri anda sebagai saorang jurutera sofwe yang sedang mengarang sofwe dihadapan monitor komputer anda itu.  Anda juga boleh gambarkan serta mendengarkan ’klik-klik’ keyboard anda semasa menaipkan program-program anda itu. 

Anda juga boleh membayangkan hasil perasaan anda apabila melakukan nya dengan penuh yakin sambil menguji program-program anda itu berulangkali hinggakan ia sempurna.  Semua ini anda dapat membayangkan dengan jelas, wajahnya, kelakuannya, kedengaran nya, emosi nya dan kelihatan sekelilingnya.  Jadi menukilkan matlamat dengan secara positif itu dapat mengarahkan pancaindera anda ke arah tujuan anda.  Hebat!  

Jadi bagaimana kita nak teruskan sekarang?  Mulakan dengan bertanyakan beberapa soalan yang penting dan lalu tuliskan atau nyatakan kemahuan, keinginan, matlamat atau impian anda itu.  Tekun kan diri anda sambil menjawab soalan-soalan ini sebaik mungkin;

·          Apa yang anda mahukan (atau inginkan, tujukan, niatkan)?

·          Apa yang anda benar-benar mahukan (atau inginkan)?

·          Sudahkah anda terangkan secara khusus perkara yang anda mahukan itu?

·          Adakah matlamat anda itu di nyatakan dengan memberitahu apa yang anda tidak mahukan atau tidak inginkan? Seperti, ”Saya tak mahu jadi saorang jurutera.”

·          Sudahkah anda elakkan dari mengguna kata-kata atau arahan peniadaan (seperti ’jangan’, ’tidak’) dalam penyataan matlamat yang anda tuliskan atau katakan itu?  

·          Kalau lah anda tidak mempunyai sebarang masaalah, apakah yang akan berlaku?

·          Kalau anda ada perakam-video untuk merakamkan matlamat anda itu, apakah yang anda akan terlihat, dengar dan rasa?



[2] Nyatakan Apa Yang Anda Boleh Lakukan Sendiri Dan Mempertahankannya


Apakah maksud kita disini?  Kadangkala dengan menginginkan sesuatu dalam hidup kita, sering kita dengar kata-kata, ’Mana boleh saya buat sebab si [Y] tidak memberikan bantuan pada saya.  Itu akan menjadikan satu masaalah untuk meneruskan tujuan itu.  Kalau lah anda dapat meneruskan, apakah anda dapat mempertahankan tujuan dan matlamat anda itu?  Kalau lah matlamat anda itu di corakkan dengan terlalu banyak ’dependence’ atau pergantungan dengan/pada orang lain, pada perkara lain, maka tujuan dan matlamat anda itu pasti akan terus tergantung.  Bukan hanya tergantung, malah tenaga dan semangat kita akan turut terjejas.  Keraguan pun boleh merayau masuk ke dalam minda kita dan merosakkan penjanaan matlamat kita itu.  Mahukah?  Tentu sekali tidak.

Jadi, bagaimana boleh kita utarakan soalan-soalan yang akan mendorong diri kita mengawal kualiti perancangan matlamat kita itu?  Disini ada contoh-contoh nya; 

·      Apakah matlamat anda itu bergantung pada orang lain?

·      Kalau tidak, apakah matlamat anda itu bergantung pada apa yang anda boleh lakukan sendiri?

·      Sudahkah anda nyatakan yang anda boleh mulakan nya sendiri dan mempertahankan nya?

·      Adakah matlamat dan tindakan anda itu dalam kawalan anda supaya anda boleh bertindak?

·      Apakah ianya dalam ruang kebolehan diri anda untuk merespon?

·      Tindakan-tindakan khusus apakah yang boleh anda ambil minggu ini untuk mengurangkan (atau menghilangkan sama sekali) kerumitan yang anda alami untuk menghampiri tujuan/matlamat anda itu?

·      Apakah satu tindakan yang anda boleh ambil untuk menggerakkan diri anda kearah matlamat anda itu?


[3] Konteks - Bila, Mana, Dengan Siapa.....

 

Disini kita meneruskan cara membuat penjelasan yang lebih dengan melihat pada konteks nya.  Apa penting nya? Salah satu cara untuk mendapatkan fikiran kita memfokuskan kepada tujuan, matlamat itu adalah dengan menepatkan dimana harus perkara itu (keinginan, matlamat, tujuan, sasaran dll) berlaku, bila yang anda ingin ianya berlaku, dengan siapakah seharusnya tujuan atau matlamat itu akan tercapai, dalam suasana apakah yang ianya harus berlaku?  Anda juga boleh memikirkan, pada saat-saat apakah dan dimanakah yang ianya seharusnya tidak berlaku pula. 

Contoh, jangan nyatakan, ’Saya mahu kurangkan berat-badan saya.’  Tapi nyatakan dengan khusus berapa kilogram atau berapa pound kah yang anda mahu kurangkan dan dalam jangka-masa apa?  Jadi, nyatakan seperti, ’Saya mahu kurangkan 4 kilogram dalam jangka masa 9 bulan.’

Ini memberikan otak dan minda kita satu maklumat yang lebih khusus..apa dia..berapa...bila.  Dengan demikian minda dan otak kita dapat memaparkan nya dengan terang dan jelas, dan dengan itu ia dapat mempetakan segala yang hendak dilakukan untuk menjadikan nya satu kenyataan.

Utarakanlah soalan-soalan seperti contoh dibawah ini;

·      Sudahkah anda jelaskan suasana, keadaan, konteks, atau situasi yang khusus dan perlu untuk anda bergerak untuk mencapai matlamat atau sasaran anda itu?

·      Sudahkah anda kenalpasti tempatnya, suasananya, perhubungannya, masanya, ruangnya, orang-orang nya dan sebagainya?

·      Selain dari itu, sudah kah anda kontektualisasikan dimana anda tidak mahu perkara ini berlaku?


[4] Nyatakan Dalam Kata-Kata Berunsur Sensori

Disini ada soalan tambahan yang menguji matlamat anda itu;

·      Apakah matlamat anda itu di nyatakan dengan khusus dan tepat hinggakan anda dapat melihatnya, mendengarnya dan merasanya apabila anda merenungkan nya?

·      Sudahkah anda buangkan kenyataan yang samar-samar dan abstrak, lalu menterjemahkan nya ke satu gerak-laku yang anda boleh merakam-video kenyataan itu?

·      Jadi apabila anda tuliskan kenyataan matlamat anda itu, bukanlah seperti, ’Saya mahu menjadi saorang berwibawa.’  Tapi katakanlah, ’Saya mahu senyum, menyambut dengan bersalam mesra dan rasa berlapang-dada, berkata-kata dengan baik, mudah dan jelas, menghormati orang lain dengan kata-kata manis dan menyebutkan nama orang itu dengan sempurna.’

·      Adakah kenyataan anda itu mengandungi kata-kata ’lihat-dengar-rasa’?


[5] Jadikan Matlamat Berurutan Dengan Langkah Dan Peringkat Yang Mampu Anda Laksanakan.  Boleh di Ukur.

Apakah sebab langkah ini perlu? Ini menegaskan bahwa kalau sesuatu matlamat itu terlalu besar, terlalu berat dan terlalu menggoncangkan semangat anda, ada satu perkara yang anda boleh lakukan.  Samada anda boleh mengujinya lagi atau anda boleh memecahkan nya hingga ianya dapat anda laksanakan dengan sempurna, tenang dan berkesan.  Kalau anda telah mula merasa, ’Aaah cita-cita saya ini terlalu berat nak saya capai lah..terlalu tinggi...tapi itulah yang saya mahu’, cuba perhatikan rasa badan anda, mungkin di bahu anda atau badan disebelah belakang anda.  Apakah otot anda merasa tegang?  Kalau ya, itu adalah satu-satu tanda yang tubuh anda telah mengisyaratkan pada anda untuk merujuk kembali.

Sebagai contoh yang lain, jangan tuliskan matlamat anda seperti, ’Saya akan tulis sebuah buku.’ Kemudian didalam hati anda, anda berkata, ’Aduh, bagaimana nak mulakan tulisan yang banyak ni?’   Sebaliknya nyatakan, ’Saya akan tulis 2 lembar tiap hari.’ 

Contoh yang lain, jangan tulis, ’Saya akan turunkan 50 pound dari berat badan saya.’  Tapi, ’Saya akan makan 10 suapan berkurangan dari biasa, tiap kali saya makan tengahari atau makan malam.

Apabila anda pecahkan nya kepada beberapa bahagian, bersabar dan tekun lah membuat nya berperingkat-peringkat, insya-Allah tujuan anda akan tercapai.  Jangan terlalu gopoh untuk melakukan kesemuanya serentak sekiranya ia akan meng-’overwhelm’ diri anda. Akhirnya terbengkalai sahaja.  Dan sudah tentu anda tidak ingin matlamat anda berakhir dengan sedemikian.

Di sini anda boleh menguji nya dengan bertanyakan;

·      Adakah matlamat anda itu terasa terlalu berat bagi diri anda? Terlalu sesak?

·      Sudahkah anda pecahkan matlamat anda itu ke saiz yang anda mampu lakukan?

·      Adakah matlamat anda itu di nyatakan dalam saiz yang (cukup) kecil, dan anda rasa seakan-akan boleh senang anda ’telan’? 

·      Tahukah anda satu perkara yang anda dapat lakukan hari ini mengenai matlamat anda itu? Apa dia?  Catitkan.


[6] Penuhkan Kenyataan Matlamat Dan Pelan Anda Dengan Sumber-Sumber Perlu

 

Untuk membantu diri anda menuju ke matlamat anda, sudah tentu ia memerlukan ’resources’ yang cukup.  Mungkin dalam segi kewangan, kesihatan dan sebagainya.  Kaji balik keperluan-keperluan yang anda harus ada supaya ia dapat mendorong diri anda bergerak ke arah tujuan anda itu.  Soalan-soalan yang boleh diberikan adalah seperti;

·      Sumber-sumber apakah yang anda perlukan untuk menjadikan matlamat atau idaman anda itu satu realiti , satu kenyataan?

·      Anda perlukan keyakinan-diri yang lebih kah? (Misal nya, anda perlu berdiri dihadapan khalayak ramai untuk memberikan ucapan?)  Kalau ya, sudahkah anda catitnya sebagai satu matlamat tambahan atau matlamat berkaitan?

·      Apabila anda fikirkan untuk mengecap impian anda itu pada hari-hari dan minggu-minggu yang akan datang, sumber lain apakah yang anda perlukan?  Kecekalan, teguh, yakin, kebolehan membuat rujukan dan penyelidikan, menguji realiti nya, tenang, jelas dan lain lain?


[7] Tuliskan Bukti-bukti Pencapaian Anda

 

·      Macamana boleh anda tahu yang anda ini sudah pun sampai ke matlamat yang anda inginkan?  Ada bukti-bukti khusus kah yang boleh memberikan tanda jelas pada diri anda?  Apakah isyarat-isyarat sensori (lihat, dengar, rasa) yang terdapat dengan khusus apabila anda mencapai matlamat itu?

·      Apakah yang jelas bagi diri anda untuk menandakan yang matlamat anda itu telah tercapai? (Ini diperlukan supaya anda boleh meraihkan nya dan mula menghentikan segala tindakan anda itu?)

 


[8] Jadikan nya Mem'Bakar' - Mem'Bara' Dan BerMakna

·      Sememang nya matlamat atau sasaran itu memerangsang diri kita, adakah ia begitu bagi anda? 

·      Adakah matlamat anda itu memerangsangkan..membakar..membara.. .mendesak?

·      Kuat sangat kah tarikan nya hinggakan anda terasa yang matlamat itu mesti anda perolehi?

·      Adakah ianya menarik hinggakan anda terasa teruja bila memandangkan masa depan anda pada saat matlamat itu telah anda capai?

·      Apakah yang anda perlu lakukan atau tambahkan supaya anda dapat mengalami nya dengan lebih memerangsangkan lagi...lebih kuat tarikan nya...lebih magnetik sifat nya ...lebih membakar, lebih membara dan lebih mendesak?

·      Apakah makna pencapaian ini bagi diri anda?

·      Apakah makna atau maksud yang lebih tinggi dari yang anda miliki sekarang (atau yang tertinggi) terhadap matlamat anda itu?

[9] Selidik Ekologi nya - KeSeimbangan nya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


·      Adakah matlamat itu sesuai dan seimbang, secucuk dengan matlamat-matlamat anda yang lain (kalau ada)? Bagaimana pula taraf keseimbangan dengan nilai-nilai diri anda...keseluruhan diri perwatakan anda?

·      Adakah ia realistik bagi diri anda dan keseluruhan hidup anda?

·      Apakah ada bahagian dalam diri anda yang membantah tujuan, matlamat atau sasaran yang anda inginkan ini? 

·      Cuba lakukan latihan mudah ini. Sementara anda duduk berdiam diri seketika... bertafakkur seketika...berada dalam diri anda ...selidik lah semula untuk melihat sekiranya ada bahagian didalam diri anda ini yang membantah..yang memberontak...yang menolak...yang tidak menerima tujuan atau matlamat yang anda corakkan itu?  Apabila anda merasakan, membayangkan dan mendengarkan kata-kata dalaman dan emosi anda itu, apakah anda dapat menerimanya dengan hakikat diri anda itu, dan pada keseluruhan diri anda dan kehidupan anda?  Apakah yang berlaku didalaman diri anda?

·      Adakah ianya membantu menambahbaikkan kehidupan diri anda?

·      Adakah ia memberi tenaga dan menguatkuasakan diri anda sebagai saorang insan? 

·      Adakah ianya ekologikal atau seimbang?


Ringkasan

 

Kriteria Penubuhan-Baik Matlamat atau WFO ini boleh digunakan untuk diri anda sendiri mahupun pada ahli keluarga anda ataupun orang lain.  Kriteria ini memberikan kita satu jalan jelas untuk mengawal kualiti (QC – Quality Control) hala tuju kita agar membolehkan kita membina matlamat yang kita inginkan.  Membina nya dengan mengkodkan dan mempetakan nya secara baik didalam keselurahan neurologi kita.  Dengan itu kita dapatlah menciptakan nya dengan lebih tepat lagi.

Cara menubuhkan matlamat secara NLP WFO teknik ini juga boleh menentukan samada sesuatu matlamat atau keinginan yang anda ada itu dapat dicapai ataupun tidak, realistik ataupun tidak, jelas ataupun tidak, membara ataupun dingin, terlalu berat - terlalu membebani ataupun termampu, dan sebagai nya.  Teknik ini juga menekankan kegunaan isyarat-isyarat sensori (lihat, dengar, rasa) yang khusus agar segala yang diterapkan didalam pemikiran kita akan sekaligus menerap didalam sanubari kita juga. 


Sebagai satu ringkasan, dibawah ini adalah senarai ringkas kriteria WFO NLP;

1.       Nyatakan Dengan Positif

2.      Boleh Di Lakukan Sendiri dan Di Pertahankan

3.      Tetapkan Konteks nya – Bila, Di Mana, Dengan Siapa....

4.      Berunsur Sensori

5.      Pecahkan Pada Saiz Dan Urutan Yang Mampu Di Laksanakan

6.      Penuh Sumber

7.      Jelaskan Bukti Pencapaian

8.      Membakar-Membara-Memerangsang Dan Bermakna

9.      Ekologikal Dan Seimbang

 





Dengan itu bulatkan azam anda dan bertindaklah dan lalu bertawakkal kepada Allah, insya-Allah tujuan, matlamat, cita-cita, keinginan dan impian anda itu akan tercapai.  Tambahkan dengan do’a, solat hajat dan bertawakkal kepada Allah Ta’ala.  Seperti mana yang di firmankan oleh Allah Subhanahu Wataa’la didalam Al-Qur’an, yang diantara nya tersebut;

 

”....... Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka

bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”

 

Surah Ali-Imran ayat 159

 

 

Untuk mempelajari dan mengalami proses WFO NLP ini silalah turuti kursus/bengkel FDP (Family Development Program) – ”Ibubapa Sebagai Coach dan Arkitek Pembinaan Cita-Cita Anak – FDP102

 

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431, Selamat Tahun Baru Masehi 2010, dan Selamat Maju Jaya.

 

 

M Nasser Ismail, ACMC

Personal & Executive Coach

Neuro-Semantics & NLP Trainer

Rujukan:  NLP Well-formed Outcome.

 

 


 
 
  Today, there have been 92 visitors (114 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free