“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
Surah Alam Nasyrah [Surah 94] Ayat 5
Tahun baru Hijrah 1431 baru saja bermula.Umat Islam di seluruh dunia menyambut nya dengan penuh tawaddu’ dan harapan - memulakan nya dengan membaca do’a awwal tahun, dan menutup tahun Hijrah 1430 yang berlalu dengan do’a akhir tahun pula.Secara peribadi, ramai bertekad dan berazam untuk melakukan sesuatu, menjana perubahan-perubahan yang positif.Ada pula mengambil datang nya tahun baru ini seperti angin berlalu. Tidak menjadi satu kelainan dengan hari hari yang telah lalu – ambil nya secara pasif.Tak payah lah fikir-fikir terlalu sangat.Sebab? Terlalu komplikated...susah...payah...sulit.Itu lah kata-kata yang pernah kita dengar yang di suarakan oleh sebahagian orang.
Apakah masaalah yang mendatangkan kesusahan, kesulitan dan kepayahan itu tidak seharusnya wujud didalam kehidupan kita, didalam pengalaman kita?
Apakah persepsi dan kepercayaan orang mengenai masalah dan kesulitan itu?
Apakah anda saorang 'problem-solver'?
Apakah anda saorang yang berfokuskan penyelesaian ('solution-focused')?
Perkataan ’Usron ( عUs – itu disebut dengan huruf ’ain عdan siin س) yang digunakan dalam tajuk ini berasal dari perkataan Arab yang lebih kurang bermakna kesulitan.Kesulitan, kesusahan, atau kepayahan didalam bentuk apa pun boleh membina atau menghancur diri kita. Kesalahan, kesilapan, kegagalan, penolakan, kesingkiran, kejatuhan kewangan, muflis, kejatuhan pangkat, kegagalan perniagaan, kerugian pendapatan, pepecahan perhubungan, dan bermacam lagi kesulitan itu boleh samada menjatuhkan kita dan mengalahkan kita atau menyedari diri kita dengan menimbulkan perasaan dan kematangan baru.Yang mana satu kah agak nya kedudukan diri anda?Ini semua tergantung pada gaya anda menafsirkan kesulitan itu dan kebolehan anda untuk mempelajari nya dan membina kemahiran bertahan yang baru.
Masaalah dalam kehidupan kita ini bukanlah atas sebab kita tidak mempunyai masaalah – itu tak dapat kita elakkan.Selagi kita ini manusia biasa yang senantiasa membuat kesilapan – kita akan terus mempunyai masaalah.Sebenarnya, masaalah-masaalah ini boleh juga mengeluarkan yang terbaik dari diri kita atau sebalik nya.
Kalau kita fikir-fikirkan, sebenar nya kita perlukan masaalah.Sebagai manusia, kita ini sememang nya senantisa berjaya mengatasi masaalah-masaalah yang datang.Kalau lah kita hidup ini dengan tiada masaalah, apa agaknya kualiti kehidupan kita ini ya?Tidak ada yang lebih membosankan dari menonton tayangan movie berkali-kali, movie yang menayangkan semuanya indah, cantik, berbunga, berlalu seperti apa yang sepatut nya berlaku, dan kesemuanya sentiasa gembira belaka.Memang, itu membosankan!Dan ada juga yang kita dapati langsung tidak realistik.Kita perlukan drama.Kita perlukan satu cabaran untuk di takluki.Apabila di berikan manusia kehidupan yang serba sempurna, mereka mula lupa, mereka mula tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan, dan mereka pula yang akan me-reka masaalah.Sehingga dalam permainan pun mereka me-reka masaalah. Lihat saja perkara kecil seperti membuat puzzle ‘cross-word’, masaalah matematik, atau membaca buku tentang akhirnya dunia dan lain lain lagi.Ini semua di reka.
Mengapa? Apakah sebab kita ini kasar dan ganas? Apakah sebab kita mempunyai naluri yang negatif?Tidak!Sebab secara semula jadi kita adalah makhluk penyelesai-masaalah, ‘problem-solver’.Masaalah itu sebenarnya membantu mengeluarkan yang terbaik dari diri kita sebab dia berikan kita satu konteks, satu ruang yang membolehkan kita berusaha mengeluarkan minda-kreatif kita.Masaalah juga memerlukan kita berfikir dengan lebih gigih lagi, memikir secara lateral, memikir dengan liar dan cara-cara yang ‘gila’ untuk mendapatkan penyelesaian nya atau jawapan nya.
Dan bukan masaalah saja semata-mata yang menghairahkan kita, yang memberikan kehidupan pada kita, yang mengejutkan kita dari tidur – ia adalah kewujudan konteks yang memerlukan diri kita sebagai insan penyelesai-masaalah. Krisis pula memberikan kita cara untuk menyeberang kehidupan kita sebagai satu intipati hidup.Secara zahir kita bertanyakan – Mengapa kah kita berada di sini? Mengenai apakah diri kita berada di sini?Apakah yang harus kita lakukan? Apakah yang boleh kita sumbang?Bagaimanakah kita boleh menyelesaikan masaalah ini dan masaalah itu?
Dan oleh kerana itu lah orang-orang yang paling kreatif, yang paling efektif, yang berada dalam bidang kepimpinan, ahli-ahli sain, dan pengusahawan perniagaan masa depan adalah orang-orang yang cintakan masaalah, yang teruja dengan kepayahan dan kesulitan, dan mereka yang mempunyai sikap “mari berikan nya pada ku!”Mereka juga ada sesuatu yang ‘extra’.Mereka ini adalah pengujikaji atau pengeksperimen.Mereka mencuba sesuatu itu dan terus mencuba lagi yang lain. Mereka ambil nya sebagai satu pengembaraan (‘adventure’) dan satu penemuan.Dan mereka juga mengambil risiko untuk mencuba semua kemungkinan-kemungkinan ini.Kemudian terus mencuba nya. Dan di sepanjang jalan itu mereka menghadapi banyak rintangan dan melakukan banyak kesilapan.Tapi kesilapan itu tak menjadi apa-apa, kecuali menjadi jejak-jejak pengalaman dan pengetahuan bagi mempelajari tiap-tiap penyelesaian yang ditemui itu.Dan tiap-tiap penyelesaian ini menjurus diri nya sedikit demi sedikit menuju ke satu jalan yang menghampiri penyelesaian/jawapan yang muktamad.
Dengan membina satu sikap mental penyelesaian-masaalah yang dinamik dan riang, pastikan yang anda rangkakan pemikiran anda atas ‘kesilapan/kesalahan’ itu sebagai ‘bahan permainan bagi diri anda untuk bermain-main dengan semua kemungkinan-kemungkinan jawapan yang terserlah’ sahaja.Jangan menambah burukkan nya dengan persepsi dan fahaman yang tidak membangun. Kesilapan itu adalah bahagian kreativiti kita sendiri.Dan kalau anda gunakan kesilapan-kesilapan ini untuk mempelajari daripada nya, dia nya tidak lah seburuk yang di sangka, malah ia menjadi satu sumber baik yang boleh kita jadikan ‘iktibar.
Rangka-pemikiran yang berfokuskan-penyelesaian/jawapan (’solution-focused’) bagi saorang pemimpin, pengusahawan, pencipta, atau innovator adalah satu tenaga penggerak (‘driving force’).Tenaga penggerak ini lah yang menjadi satu penyebab bukan hanya untuk tabah menahan “masaalah-masaalah” yang di hadapi nya itu, malah sebagai jentera untuk mencari nya pula.Pada kata-kata dan fikiran mereka, “Masaalah itu bagus”.Sebab, pada mereka, di dalam satu satu masaalah itu mereka akan menemui jalan keluar nya - jawapan nya.Dan di dalam satu satu masaalah ada pula kekayaan nya.Kata nya, “Lebih besar masaalah yang saya boleh selesaikan, lebih tinggi lah nilai yang saya tambahkan.Lebih tinggi nilai tambah nya, maka lebih tinggi lah harga jawapan atau penyelesaian nya itu.Masaalah itu adalah satu yang seronok dan mengkagumkan, sebab dia adalah anugerah untuk masa hadapan. Penyelesaian yang kita ciptakan hari ini bagi masaalah yang ada, berturap membuka laluan untuk masa hadapan yang lebih baik.Ciptaan nya bukan lah pada masa hadapan tetapi sekarang!
Memang benar firman Allah Yang Maha Tinggi (Sodoqallaahu Al-‘Azheem). Pada tiap kesulitan itu ada kemudahan nya (Surah Alam Nasyrah);
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
Surah Alam Nasyrah [Surah 94] Ayat 5 & 6
Apakah anda mahu mengambil masaalah-masaalah yang anda hadapi itu sebagai satu dinding tinggi yang menghalang diri anda – menunggu masa untuk menimpa diri anda dan menghancurkan diri anda?
Atau anda lebih cenderong mengambil nya dengan rangka-pemikiran yang teguh, yang mana anda adalah saorang insan berjenis penyelesai-masaalah dan hidup anda berpegangkan dan berprinsipkan pelajaran yang anda ambil dari kalam suci Al-Quran Al-Kareem yang tersemat di dalam nya Surah Alam Nasyrah Ayat 5 dan 6 itu, dan terus menghayati nya dalam hidup cemerlang anda?
Pilihan nya berada bersama anda. Pilih lah!
Ringkasan
Tahun baru ini, ada orang buat tekad dan azam untuk memperbaiki diri. Ada pula kata susah sangat nak buat azam lah...tekad lah..dan macam macam excuse.
Disini di terangkan kesulitan itu boleh buat orang lemah semangat jadi jatuh dan ada pula memberikan semangat untuk lawan rintangan nya. Tergantung pada diri anda. Samada anda belajar dari nya dan membina tahan-diri atau jadi lemah terus.
Masaalah itu tak dapat di elak. Tetap ada. Tapi ’masaalah’ pun boleh jadi orang tu lebih baik bila dia bersemangat untuk ubah hidup nya.
Sekiranya kita hidup kalau tak ada masaalah, kita pun tak maju. Otak stop tak fikir lagi. Tengok cerita Hindustan saja suka-suka dan siok pun lama lama bosan jua. Jadi, kita ini jadi cergas bila ada masaalah untuk kita selesaikan. Macam ramai dari kalangan kita. Kita suka selesaikan masaalah orang. Betul tak?
Kita juga cara semula jadi, adalah pembaiki masaalah. Dengan kata lain, Problem solver. Bila kita mula renungkan dan berfikir, minda kita ini bergerak dan jadi kreatif. Macam macam dapat di fikirkan. Macam-macam dibayangkan, tidak semua itu nyata. Kreatif juga lah dinamakan tu!
Masaalah juga boleh buat kita excited atau teruja. Tapi yang penting juga, dimana kita jumpa masaalah ini? Bila yang kita jumpa? Macamana kita cari jalan keluar? Jadi kita mula mencari jalan. Kita mula bertanya.
Kalau kita buka mata dan melihat disekeliling kita, orang yang maju, mereka sangat kreatif. Mereka sukakan masaalah. Sebab dari masaalah, mereka boleh cipta barang baru. Lepas tu menjual nya. Lepas tu dapat pendapatan dan keuntungan. Mereka suka buat eksperimen. Cuba demi cuba demi cuba barang baru. Jadi macam satu adventure. Mereka tidak pandai serah diri pada kesilapan. Mereka berkata pada diri mereka, kesilapan itu bagus. Mereka belajar daripadanya. Mereka berfikiran, ”sikit-sikit lama-lama jadi bukit”, dan bukan lah ”sikit-sikit lama-lama jadi sakit.” Lama kelamaan dan akhir sekali mereka dapat jawapan final yang tepat.
Sikap pun jadi satu masaalah. Untuk jadi orang problem-solver yang dinamik, kita harus anggap saja problem itu macam permainan....yang ini boleh, yang ini tak boleh, yang ini works, yang ini tak boleh jalan, yang ini bagus, yang ini tak dapat....jadi kita main-main dengan semua potensi nya. Dengan erti lain, potensi itu adalah kemungkinan. Mereka rasa buat kesilapan ini daya kreatif kita ...bukan menghantui diri kita. Bila kita belajar dari nya, dia menjadi kawan kita. Dia tunjuk kita jalan keluar.
Fikiran kita dan sikap kita ini lah buat kita jadi orang solution-focused atau sebalik nya, iaitu berfokuskan-masaalah. Mana satu yang anda mau? Fikiran macam ini lah yang jadi nadi penggerak kita. Dia tabah menahan problem-problem yang menimpa bertubi-tubi. Dia kata 'problem' ini bagus – bila dapat jalan untuk selesaikan masaalah, dia jadi maju, tambah nilai mereka itu. Macam di pejabat kita, kalau orang dapat buat projek dan selesaikan nya, mereka sudah tambahkan nilai diri mereka dalam kerja mereka itu. Jadi, untuk cipta jalan keluar, kita lah yang buat sendiri, bukan orang lain. Dan kita ciptakan sekarang juga, bukan di tunggu-tunggu macam buah tak jatuh.
Al-Quran sudah memberitahu yang tiap kesusahan itu ada jalan keluar. Usaha ubah kan minda kita. Pasti ada jalan nya. Jalan yang menuju kepada kesenangan. Dan jangan putus asa pada apa Allah dah berikan dan akan berikan pada kita.
Soalan terakhir, "Dimana kita sekarang? Yang mana harus kita pilih untuk membina masa depan kita?" Pilihan itu ada pada kita. Bukan pada orang lain.
Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 dan Selamat Maju Jaya.
M Nasser Ismail, ACMC
Personal & Executive Coach
Neuro-Semantics & NLP Trainer
Rujukan:Dr Michael Hall – ‘AdversityUniversity’
Today, there have been 94 visitors (116 hits) on this page!
Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach
Got time?
About the Author
Nasser is an Internationally trained and certified Neuro-Semantics and NLP trainer accredited by the International Society of Neuro-Semantics (ISNS), Colorado, USA.
He was trained directly under the world renowned master trainer, developer, psychologist, entrepreneur, prolific writer Dr Michael Hall, the co-founder of the International Society of Neuro-Semantics.
Nasser is passionate in teaching and training students and adults in the areas of personal and executive developments. He has a strong desire to create positive change in students and adults.
Nasser is also an internationally trained and certified Meta-Coach with credential ACMC accredited by the Meta-Coach Foundation (MCF), Sydney Australia.
He specialises in Personal and Executive Coaching.
He approaches coaching client with respect, openness, challenge, support and acts as a crucible to an agreed outcome between himself and the client.
He was trained directly under Dr Michael Hall and Master Coach Michelle Duval who jointly found the Meta-Coach Foundation.
Associated to Akademi NLP Malaysia.
Training For Students and Teachers
SmArTLearning Workshop - A Neuro-Semantics and NLP structured programme. Also includes Speed Reading, Thought(Mind)-Mapping.
Magnum Workshop - Learning Multiplication with Ease.
Training for Personal, Executive and Family Development
Communicating Your Way To Peak Performance - Begin At The Heart of Things - Module 1 to Module 10 - A Neuro-Semantics and NLP based training programme.
Developing Your Self-Confidence.
Accessing Personal Genius
- An International Certification 3-day Training programme. Be Certified by the International Society of Neuro-Semantics (ISNS).
Leadership Excellence (I): Leading with Leverage
- A 3-day Neuro-Semantics NLP Leadership Training Program