To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Pembangunan Keluarga - Ibubapa Akitek Cita-Cita Anak
 




IBU-BAPA SEBAGAI ARKITEK CITA-CITA ANAK

BAGAIMANA KITA BOLEH BANTU MENERAPKANNYA

(THE NLP WELL-FORMED OUTCOME APPROACH)

M Nasser Ismail

November 2008

 

SINOPSIS BENGKEL

Apakah idea keseluruhannya? 

Ia akan membawa kesedaran bagi diri kita dimanakah kita berada pada masa ini dan kemana kita ingin berada dimasa depan, dalam mencapai cita-cita kita, hasrat kita, tujuan kita itu.

Untuk apakah?

Ini adalah satu peluang untuk mempelajari satu teknologi yang mencipta kebolehan kita sambil menetapkan hasil yang di ingini. Ini juga akan menentukan perbezaan diantara menginginkan sesuatu didalam teori saja dan menjadikan ia satu kenyataan.

Bagaimanakah kita perolehinya?

Ceramah ini akan membimbing anda kearah satu proses dan penggunaan satu corak-langkah dalam Psikologi Neuro-Linguistic (NLP) untuk memudahkan anda menkristalisasikan hasil cita-cita anda …masa depan anda, agar anda dapat tetapkan nya dengan lebih jelas lagi, insya-Allah.  Apakah syarat-syarat atau langkah-langkah yang dapat mendorong anda untuk menetapkan diri anda lebih hampir kepada matlamat anda itu? Itulah yang akan diterapkan di dalam ceramah atau latihan ini.

 

 

Bismillahirrahmaanirraheem.

 

Alhamdulillaah dapat kita sama-sama pada hari ini mengongsikan satu sessi mengenai “IBU-BAPA SEBAGAI ARKITEK CITA-CITA ANAKNYA menggunakan satu model NLP yang dinamakan ‘Well-Formed Outcome’ atau dialihbahasakan menjadi Hasil/Matlamat Pembentukan-Baik.  Kata pendek model ini saya namakan PURE-SMART dan adakalinya saya gunakan BIJAK sahaja.

Disini saya ingin bermula dengan memberikan kata-kata saorang psikologis dan saorang pemenang pingat emas dalam Sukan Olympic 2008 di Beijing baru-baru ini, sebagai satu renungan bersama.

 

 

MATERIALISING/MENJADI KENYATAAN

“Apabila anda bayangkan, anda akan lahirkan (kenyataannya). Saya fikir apabila anda telah berada pada sesuatu tujuan itu dalam fikiran anda, anda akan sampai ke tujuan itu secara jasmani anda!”

— Dr Dennis Waitley, Psychologist

 

 

 

 

‘PERFORMANCE’ OLYMPICS

“Saya gambarkan hingga saya tahu dengan tepat apa yang saya mahu lakukan: terjun, lungsur, mengayuh, menukar-haluan, menghampiri penghujung dinding kolam renang itu, tujukan masa lumba itu hingga ke peratusan minit dan saat, kemudian berenang kembali seberapa banyak kali yang saya perlu untuk menamatkan perlumbaan itu.”

 

 

Michael Phelps Olympic multiple medal winner,

Beijing Olympics 2008

 

 

 

Apakah yang terbayang didalam fikiran kita apabila kita cuba menghayati kata-kata dari pengalaman orang-orang seperti ini?  Mahukah anda menerapkannya didalam kehidupan anda dan anak-anak anda agar ia dapat menjayakan dirinya ketahap kecemerlangan?  Apakah ini model yang baik bagi diri anda, anak-anak anda, keluarga anda?  Sekiranya, rangka pemikiran seperti ini yang dapat mendorong orang-orang yang dapat memajukan diri mereka, apakah menjadi mustahil bagi diri kita untuk mencapainya, sekiranya kita mengikut jejak langkah orang-orang yang telah pun berjaya dengan cara-cara tertentu nya?  Tentu sekali tidak mustahil dengan izin Allah subhanallahu wata’aala.

Kalau begitu marilah kita sama-sama menghayati satu teknologi minda yang dinamakan NLP, yang hebat dan yang boleh kita gunakan bagi pembangunan diri kita dan juga diri keluarga kita.  Didalam artikel ini saya gunakan perkataan ‘anda’ dalam soalan-soalan yang digunakan. Anda boleh menukarnya kepada ‘kamu’ atau ‘kau’ atau sebagainya apabila teknik ini dengan soalan-soalannya hendak ditujukan pada anak kita atau ahli keluarga kita yang lain.  Kita juga boleh gunakan pada diri kita juga.  Soalan-soalan nya juga harus disesuaikan dengan peringkat umur anak kita agar mereka dapat memahami soalan-soalan itu supaya mereka dapat menjawabnya dengan tepat dan berdasarkan dengan pancaindera semulajadi mereka.

 

MEMPETAKAN CITA-CITA KITA

Sepertimana yang telah disentuh tadi, NLP menawarkan satu model untuk  menjana Hasil/Matlamat Pembentukan-Baik (Well-Formed Outcome) sesaorang itu. Ianya menggunakan kriteria pembentukan-baik, untuk mencipta matlamat-matlamat/cita-cita yang efektif yang menggerakkan dan menguasakan diri kita sebab kita telah bentuk cita-cita kita itu dengan baik. Kita telah strukturkan nya agar corak nya sendiri akan menarik kita ke arah masa depan kita, sesuai dengan kriteria kita yang membentuk pencapaian matlamat yang diingini dengan lebih efektif.

Secara kasar, perkataan “menetapkan matlamat” ini nampak seperti satu yang mudah dan senang untuk dilakukan. Sebaliknya ramai orang merasa agak payah untuk melaksanakannya dan justru itu hasrat untuk mencapai matlamat itu tergendala. Itu kadangkala membuat kita terfikir.  Apakah proses menggerakkan sesaorang itu dari satu keadaan yang ia berada sekarang (kosong, gagal, rungsing, tak tahu apa nak buat, setakat kais pagi makan pagi, diperingkat rendah, kakitangan dan pegawai bawahan, dll) ke keadaan yang ia inginkan (lulus, mencapai ijazah universiti, menjadi pegawai atasan, menjadi peniaga yang maju dll) memerlukan lebih dari apa yang kita lihat secara kasar?  Tentu sekali.

Dalam paten Well-Formed Outcome ini, kita akan mengenalpasti kunci faktor-faktor yang membolehkan kita mencari apa yang kita mahu, dan susun tindakan kita agar kita boleh mengambil langkah-langkah yang tepat dan positif untuk menjadikan keinginan/cita-cita kita dan harapan kita lebih nyata, maka dengan itu menjadikan impian kita satu kenyataan. Dengan lain kata ia boleh membantu kita untuk mempetakan cita-cita kita dengan lebih bijak lagi.

 

APAKAH YANG AKAN KITA LAKUKAN PADA SESSI INI?

Dan hari ini kita akan mempelajari bagaimana untuk mencorakkan model ‘NLP Well-Formed Outcome’ untuk mencapai matlamat/cita-cita, impian kita.  Apakah perbezaannya diantara matlamat dan hasil(outcome)?  Dr Michael Hall menyebutkan bahwa matlamat itu ialah sesuatu yang anda ingin mencapai, seperti “Matlamat saya ialah mendapat 9 A di dalam peperiksaan GCE peringkat ‘O’.  Sementara apabila anda mendapatkan jalan khusus supaya matlamat itu menjadi kenyataan, anda tetapkan satu Outcome atau hasilnya. Menetapkan Outcome atau Hasil yang memenuhi syarat-syarat Pembentukan-Baik (Well-Formed Outcome) itu akan di terangkan pada sessi hari ini.

Walau bagaimanapun apakah NLP itu sebenarnya? Selain dari apa yang dikenali, huruf N ialah Neuro, huruf L ialah Linguistik dan huruf P ialah Psikologi atau Programming, NLP juga adalah satu pengajian kecemerlangan insan, dan ianya juga adalah satu teknologi memodel orang-orang yang berjaya. Sebahagian dari bidang NLP ini bersumberkan dari bidang Psikologi Kognitif-Behavioral.  Ianya kadangkala juga dinamakan sebagai teknologi yang mengajar kita bagaimana untuk menguruskan pemikiran otak kita.  Ia menggunakan sistem pemaparan (representasi) utama yang menguasai fikiran minda kita dan juga tubuh-badan kita. Mengandungi bahagian-bahagian pancaindera tertentu kita; (1) Penglihatan(Visual), (2) Pendengaran(Auditory), (3)Perasaan(Kinesthetic), (4) Bauan(Olfactory) dan (5) Rasa(Gustatory).

Model Well-formed Outcome NLP ini adalah penggunaan awal dalam permulaan NLP.  Ia bermula dengan bertanyakan satu soalan yang amat asas sekali bagi sesiapa saja, “Apa yang anda mahu?  Ianya adalah model menyedarkan diri kita dimana kita berada sekarang (keadaan kini – Present State), dan kemudian menjana satu strategi dalaman yang diarahkan menuju Keadaan yang Di-ingini (Desired State).

Inilah yang akan kita lakukan hari ini.  Kita akan menggerakkan diri kita dari dalaman kemudian dimanifestasikan ke luar (yakni, tindakan, usaha, kelakuan, dan tabi’at kita).  Disini kita akan mengikuti 9 langkah utama untuk mencapai tujuan kita. Anda boleh menggunakan teknik ini untuk menetapkan cita-cita anda menggunakan NLP Well-Formed Outcome ini untuk pembangunan peribadi, menggubah cita-cita anda, kerjaya, keluarga, pembinaan keluarga sebagai ibu-bapa, coaching, kaunseling, nasihat, sebagai supervisor, saorang pengurus, pemimpin-kumpulan, saorang jurutera, saorang konsultan dll

Kita bukan hanya menetapkan matlamat-matlamat kita, tetapi kita juga tetapkan hasil dari keinginan/cita-cita kita itu.  Apabila kita membuat seperti itu, kita tidak akan mengalami nasib seperti sebahagian orang. Pengalaman yang meletakkan dirinya didalam keadaan emosional, situasi dan semangat yang cukup tidak bermaya yang ditunjukkan didalam gerak-langkah,kata-kata dan kelakuan nya seperti;

·         “Matlamat atau cita-cita saya tidak pernah tercapai.”

·         “Saya selalu ada sesuatu yang hendak saya lakukan didalam fikiran saya, tapi semuanya itu tidak jalan.”

·         “Sebenarnya, saya langsung tak dapat mencapainya. Ah, buang masa saja.”

·         “Ianya tak berguna untuk difikirkan….lebih banyak aku fikirkan tentangnya, lebih pula kegagalan yang aku terima.”

·         “Saya dah cukup cuba dan saya dapati bahwa saya lebih baik tutup mulut saya dan senyap saja…ianya akan tercapai? Benarkah begitu?”

 

HIDUP SEPERTI DALAM ARUS PENGALIRAN SUNGAI

Di dalam bukunya, Bob Bodenhemer menulis bahwa dalam satu survey di Amerika Syarikat, anggaran 5% dari keseluruhan penduduknya menetapkan matlamat-matlamat (gol) mereka, 95% yang lain tidak.  Tahukah anda dibawah siapakah 95% penduduk ini bekerja? Mereka sebenarnya bekerja dibawah yang 5% itu. Yang 95% itu, menurut Anthony Robbins dalam bukunya ‘Awaken the Giant Within’, hidup nya umpama sebuah sungai.  Ia berkata, “Saya percaya yang kehidupan ini seumpama sebuah sungai, dan kebanyakan orang terjun sahaja kedalam sungai kehidupan itu tanpa membuat keputusan kemana mereka mahu menuju.  Jadi, didalam sekelip mata, mereka terperangkap dalam arus nya, arus kehidupan seharian, arus cabaran, arus ketakutan. Apabila mereka sampai ke cabang sungai, mereka tidak memutuskan secara sedar kemana arah mereka akan pergi sekarang, atau dimana arah yang baik bagi mereka.  Mereka hanya “layar dengan pengaliran air sungai itu.”  Mereka telah menjadi sebahagian sekumpulan manusia yang diarahkan dengan persekitaran nya, dan bukan daripada nilai-nilai mereka sendiri.  Akhirnya, mereka merasa diri mereka tidak dapat terkawal lagi.  Mereka berada terus didalam keadaan para-sedar atau tidak-sedar hingga pada satu hari bunyi derasnya air mengejut mereka, dan mereka dapati mereka berada 5 kaki dari junaman air terjun itu, dan masih berada didalam sampan yang tiada dayungnya. Pada saat ini mereka berkata,”Aaah!” Tapi saat itu dah terlambat.  Mereka akan terus terjunam.  Kadangkala ianya adalah junam emosi, junam fizikal, junam kewangan, junam peperiksaan.” 

Jadi, kita haruslah bertanyakan pada diri kita sekarang, apakah kehidupan seperti ini yang kita harus jalani?  Kalau tidak, bagaimanakah caranya untuk kita membuat keputusan semoga kita dapat mencorakkan arah tuju kita supaya kita memperolehi cita-cita yang hendak dicapai dan apakah teknik untuk mencapainya?

 

BAGAIMANAKAH KITA BOLEH MELAKSANAKANNYA?

Kita akan gunakan kata singkat PURE-SMART didalam bahasa Inggerisnya dan BIJAK didalam bahasa Melayu nya.  Didalam lintasan tuju PURE-SMART ini, kita akan mendekatinya dengan memberikan soalan-soalan tertentu untuk mempastikan jawapan-jawapannya itu mengikut syarat-syarat NLP Well-Formed Outcome.  Soalan-soalan ini harus di ubahsuai mengikut peringkat umur anak kita, agar ia dapat memahami apa yang disoalkan itu.  Soalan-soalan yang di gunakan disini boleh digunakan pada anak-anak diperingkat menengah dan peringkat yang lebih tinggi dari itu, hatta di peringkat universiti dan yang telah bekerja juga.

Sekarang, saya menjemput anda untuk meletakkan tangan anda diatas kepala anda dan berkata dengan lantang;

I AM ……………PURE SMART!

SAYA ………. AMAT BIJAK!

 

Sekarang toleh kesebelah anda dan katakan kepada rakan disebelah anda;

“YOU ARE PURE SMART!”

“ANDA AMAT BIJAK!”

 

PURE-SMART

 

LATIHAN PERTAMA

·         Apa yang anda mahukan dari cita-cita/kerjaya pilihan anda itu?

·         Apakah yang penting mengenainya pada diri anda?

·         Apakah yang anda hargai tentang cita-cita ini?

·         Mengapakah ianya penting bagi anda?

·         Apakah yang ianya akan berikan pada anda yang anda sangat menghargai nya?

 

RINGKASAN 9 LANGKAH UTAMA PURE-SMART

 

S

(SPECIFIC & SENSORY-BASED)

Khusus & Berdasarkan Panca-indera

P

(POSITIVELY STATED)

Terangkan Dengan Cara Positif

M

(MEANINGFUL -MEASURABLE-CONTEXTUAL)

Bermakna-Dapat Di ukur-Sesuai Konteks

U

 (UNDER YOUR CONTROL)

Dalam Kawalan Anda

 

A

(ATTRACTIVE-COMPELLING)

Menarik-Mendesak-Membara

R

(RIGHT-SIZED – ACHIEVABLE)

Saiz Yang Baik – Boleh Tercapai

R

(RESOURCES)

Sumber-sumber

 

E

 (ECOLOGY- QC-BALANCE)

Seimbang-Sesuai Dalam Semua Aspek-Mutu Terkawal

T

(TIME-TRY IT)

Masa dan Bukti

 

 

 

 

[1] S (SPECIFIC & SENSORY-BASED)

KHUSUS DAN BERDASARKAN PANCA-INDERA

·         Apakah sebenarnya anda mahu secara khusus?

·         Apakah yang terjadi pada anda apabila anda mendapatnya?

·         Apakah yang anda lihat, dengar, merasa apabila anda sudah mendapati hasil nya itu?

·      Elakkan penggunaan perkataan abstrak seperti saya mahu menjadi saorang yang berkarisma. Karisma?  Tetapi katakan lah dengan kata-kata yang lebih mudah untuk membayangkannya seperti …saya mahu senyum apabila menyambut sesaorang itu, sebagai contoh.

·      Beritahu dengan khusus dan tepat apakah yang anda akan melihat, mendengar dan merasa. Disini anda dilatih untuk menujukan diri anda pada tujuan nya melalui proses pembentukan peta minda anda…yang dilihat, didengar dan dirasa.

 

PENIADAAN (NEGATIF) DAN KESAN-NYA

APA KAH YANG ANDA MAHU?
PERNAH MENDENGAR JAWAPAN SEPERTI INI…?

·          Saya tidak mahu gagal dalam peperiksaan saya.

·          Saya tak mahu ibu-bapa saya menjadi marah sebab keputusan sekolah saya.

·          Saya harap saya tak masuk dalam bahagian Sain.

·          Saya tak mahu merasa gegar/takut semasa menduduki peperiksaan saya.

·          Saya tak mahu membuat kerja teknikal ini.

·          Saya benci Matematik.

 

Apakah ini yang anda mahukan atau yang anda tidak mahukan?

CUBA BAYANGKAN ARAHAN KATA-KATA BERIKUT

·          Baik dalam apa saja keadaan pun, jangan fikirkan yang kereta kelabu anda itu dicatkan kuning.

·          Jangan makan kek coklat itu didalam peti sejuk itu.

·          Jangan membuka kad Hari Raya ini sebelum minggu depan.

·          Jangan risau.

·          Jangan rasa benak atau tuli.

·          Jangan jadi bodoh.

 

ARAHAN PENIADAAN YANG BIASA KITA PERHATIKAN

·          “Jangan sengaja lewatkan solat.”

·          “Jangan lupa bergantung pada Allah dalam setiap kerja kita.”

·          “Jangan bakhil untuk bersedekah.”

·          “Jangan biasakan berbohong.”

·          “Jangan mengingatkan yang kau gagal dalam peperiksaan.”

·          “Jangan mengingatkan seekor gajah biru.”

 

MINDA KITA TIDAK MEMPROSES DALAM NEGATIF

Perkataan Jangan seakan-akan tergugur dalam pemikiran para-sedar, dan akibatnya matlamat kata-kata kita tidak tercapai dan kesannya adalah pengertian dan peringatan sebaliknya. Kata-kata yang kita tidak mahukan pula yang menjelma dalam ingatan kita. Ini bukan bermakna kita langsung tidak dapat menggunakan perkataan Jangan atau Tidak didalam perbualan kita itu, tetapi kita gunakanlahnya dengan penuh kesedaran apakah kesan yang akan diterima dari penggunaan kata-kata itu. (Cuba baca tanpa ‘Jangan’)

·          Baik dalam apa saja keadaan pun, jangan fikirkan yang kereta kelabu anda itu dicatkan kuning.

·          Jangan makan kek coklat itu didalam peti sejuk itu.

·          Jangan membuka kad Hari Raya ini sebelum minggu depan.

·          Jangan risau.

·          Jangan rasa benak atau tuli.

·          Jangan jadi bodoh.

·          Jangan sengaja lewatkan solat.

·          Jangan lupa bergantung pada Allah dalam setiap kerja kita.

·          Jangan bakhil untuk bersedekah.

·          Jangan biasakan berbohong.

·          Jangan mengingatkan yang kau gagal dalam peperiksaan.

·          Jangan mengingatkan seekor gajah biru.

 

[2] P (POSITIVELY STATED)

TERANGKAN DENGAN CARA POSITIF

Disini anda seharusnya menerangkan sesuatu yang anda mahu dan bukan apa yang anda tidak mahu.

·         Contoh peniadaan: “Saya mahu berhenti merokok.” 

·         Apabila anda ucapkan kata-kata itu, apakah yang terbayang didalam fikiran anda?  Anda tentu sekali akan menggambarkan (dalam fikiran) yang anda ‘merokok’, bukan? Mungkin selepas itu anda bayangkan yang anda buang puntung rokok itu, dan mungkin juga anda membayangkan satu pangkah besar dibuat pada gambaran itu.

·         Contoh kedua: “Jangan makan biskut coklat yang lazat itu.” Apakah anda masih bayangkan biskut coklat itu semasa arahan itu diberikan? Ya bukan?

·         Di sini kita boleh perhatikan bahwa minda kita sebenarnya tidak memproses yang negatif, sebaliknya ianya akan memproses apa yang dilihatnya didalam minda kita dengan kata-kata yang diberikan. 

·         Mendapatkan hasil yang positif pula bagaimana? Anda boleh berkata seperti “Saya akan menjaga baik kesihatan diri saya”, dan anda akan membayangkan kelihatan diri anda dan rasa anda yang sehat. Jadi kirimkanlah mesej-mesej positif ke minda dan neurologi anda dengan bertepatan.

·         Tentang bayangan atau gambaran minda anda pula, penting untuk mengetahui kesan dua cara bayangan diri.

·         Bayangan anda harus dalam keadaan terpisah (dissociated). Sekira bayangan anda itu tergabung (associated) yang bermakna apabila anda bayangkan sesuatu pengalaman itu, anda bayangkan seolah-olah anda yang sendiri melihat dari keluar mata anda. Maka dengan itu anda tidak melihat diri anda sendiri didalam bayangan minda anda itu.  Ada perbezaan diantara gambaran/bayangan minda anda yang tergabung dan yang terpisah.  Apabila kita tetapkan yang bayangan itu terpisah minda kita akan diarah ke jurusan itu seolah-olahnya itulah yang saya akan tujukan diri saya agar tercapai apa yang saya inginkan pada diri saya yang sedang saya saksikan itu. Dan apabila bayangan kita tergabung, dimana kita tidak melihat diri kita di luar pandangan kita itu, minda kita akan memberi isyarat pada kita bahwa matlamat itu telahpun tercapai dan tiada perlunya untuk menggerakan neurologi kita untuk mencapainya. Ini akan menghambat keberkesanannya.

 

MENGARAHKAN MINDA KITA MENGGUNAKAN ARAHAN POSITIF

·          “Awalkan lah solat mu.”

·          “Ingatlah untuk bergantung pada Allah dalam setiap kerja kita.”

·          “Bermurah hatilah untuk bersedekah.”

·          “Biasakan cakap benar.”

·          “Ingatkan lah yang kau lulus dalam peperiksaan.”

 

LATIHAN CONTOH ANDA

·         Apa YANG ANDA MAHU? Gol/Matlamat, cita-cita, tujuan, kerjaya dll

·      Bertepatan dan khusus

·      Terangkan dengan menggunakan penerangan sensori (pancaindera) (lihat, dengar, rasa)

·      Apabila anda mendapatnya, apakah yang dia buat pada diri anda?

·      Terangkan dengan secara kata-kata positif.

 

[3] M(MEANINGFUL -MEASURABLE-CONTEXTUAL)

BERMAKNA-DAPAT DIUKUR-SESUAI KONTEKS

·         Apakah maknanya bagi diri anda?

·         Bila, dimana dan dengan siapa dll, yang anda mahukan cita-cita anda ini tercapai?

·         Persekitaran yang khusus, konteks, situasi yang diperlukan untuk mencapai gol/cita-cita.

·            Contoh. “Saya mahu mengurangkan berat-badan saya.” (X)

·            Tulis, “Saya mahu kurangkan 10 paun dalam 2 bulan ini.”

·         Kenalpasti tempat, sekitaran, perhubungan, masa, ruang, orang-orang berkenaan.

·         Kontek diluar dari keadaan yang anda mahukan. Apakah dan dimanakah dia berlaku?

 

LATIHAN CONTOH ANDA

·         Apakah maknanya bagi diri anda?

·         Didalam konteks apakah yang anda mahukan cita-cita anda ini tercapai?

·         Didalam konteks apakah yang anda tidak inginkan ianya tercapai?

 

[4] U(UNDER YOUR CONTROL)

DALAM KAWALAN ANDA

TERKAWAL

·         Adakah ianya bergantung pada yang lain..pada sesuatu yang anda boleh buat sendiri?

·         Telahkah anda mencatitkan sesuatu yang anda boleh memulakannya dan meneruskannya?

·         Apakah gol dan perkara yang hendak dilakukan dalam kawalan anda?

·      Apakah tindakan khusus yang anda boleh mengambil minggu ini untuk mengurangkan kerumitannya? Senaraikannya kalau ada lebih dari satu.

·      Apakah satu perkara yang boleh anda lakukan hari ini untuk bergerak menuju kearah cita-cita anda?

 

LATIHAN CONTOH ANDA

·         Dalam kawalan anda?

·         Dimulakan sendiri dan di-uruskan dan diteruskan dengan sendiri?

·         Bergantung pada orang lain?

·         Apakah satu perkara yang anda boleh lakukan hingga hujung minggu ini…pada hari ini? (ini adalah satu tindakan anda)

 

[5] A(ATTRACTIVE-COMPELLING)

MENARIK-MENDESAK-MEMBARA

·         Cita-cita/Gol itu menarik, mendesak, mendorong kuat?

·         Yang menarik atau menjemput diri anda ke masa depan yang cukup ghairah?

·         Apakah yang anda harus lakukan untuk jadikan nya lebih menarik, magnetik dan mendesak?

 

 

[6] R (RIGHT-SIZED – ACHIEVABLE)

SAIZ YANG BAIK/SESUAI/CUKUP – BOLEH TERCAPAI

·         Bentukkan perkara yang hendak dilakukan kepada satu saiz yang boleh anda lakukan?

·         Adakah gol atau cita-cita anda itu terlalu besar, terlalu berat, amat sangat?

·         Tahap, sequence(langkah-langkahnya), saiz yang dapat ‘di gigit’nya?

·      Elakkan berkata saya akan tulis sebuah buku, tetapi katalah saya akan tulis 2 muka tiap hari, sebagai contoh.

·      Elakkan kata saya akan turunkan 50 paun berat-badan, tetapi katalah saya akan kurangkan suapan makanan saya dengan kurang 10 suapan, sebagai contoh.

 

 

[7] R (RESOURCES)

SUMBER-SUMBER

·         Sumber-sumber apakah yang anda perlukan untuk menjadikan cita-cita anda ini satu kenyataan/realiti?

·         Apakah sumber-sumber lain yang anda perlukan?

·      Seperti sikap tegas, lasak, cepat berbangkit-semula, yakin, menguji realiti, kebolehan mencari maklumat, tenang, jelas dll

·         Apakah yang anda miliki sekarang…apa yang anda perlukan? Disini anda membezakan - Yang Anda Ada dan Yang Anda Perlukan.

·         Pernahkah anda lakukannya dahulu?

·         Ada orang lain kah yang telah melakukannya? (untuk menjadikan model, contoh atau ajakan)

 

[8] E (ECOLOGY-QC-BALANCE)

SEIMBANG-SESUAI DALAM SEMUA ASPEK- MUTU TERKAWAL

·         Sesuai dimuatkan dengan cita-cita, matlamat-matlamat, nilai-nilai, kepercayaan, fungsi lain diri anda?

·      Keluarga, perhubungan pekerjaan, sekolah, rakan, masyarakat dll

·      Soalan-soalan yang memberikan jalan yang hebat untuk tahu kalau hasil anda itu tentu sekali sesuai dengan keinginan anda.

·        Apa akan terjadi kalau anda mendapatkannya?

·        Apa yang tidak akan terjadi kalau anda mendapatkannya?

·        Apa akan terjadi kalau anda tidak mendapatkannya?

·        Apa yang tidak akan terjadi kalau anda tidak mendapatkannya?

·         Ada tentangan kah? Sementara anda merenungkan (memasuki diri-pemikiran anda), rujuk untuk melihat kalau matlamat atau cita-cita anda itu boleh diterima oleh keseluruhan bahagian hidup anda?

·         Menambah-baik kah kehidupan anda itu? Memberikan daya kuasa bagi diri anda…ekologikal…realistik..kah?

·         Apakah yang akan anda rugi kalau anda mencapai matlamat atau hasil itu?

·         Bila, dimana dan dengan siapa yang mendapatkan hasil itu rasa ok bagi diri anda?

·         Haruskah anda membuangkan sesuatu yang anda anggap penting bagi diri anda untuk mencapai matlamat atau cita-cita anda itu?

 

 

[9] T (TIME-TRY IT)

TIME-BOUND – TRY-IT ON

MASA DAN BUKTI

·         Bilakah yang akan anda capainya?  Tarikh/Masa

·         Bagaimana kah yang anda boleh tahu bahwa anda telah mencapai matlamat atau cita-cita anda itu?

·      Apakah kiu atau isyarat sensori yang khusus dan tepat yang menunjukkan bahwa anda telah mendapatkan hasil yang diingini?

·         Apabila anda telah mencapai cita-cita anda itu apakah yang akan memberitahu diri anda?

 


PEJAMKAN MATA ANDA DAN CUBA LATIHAN INI.

(TRY-IT ON – FUTURE PACE)

Setelah anda memahami dan mengulang kesemua langkah-langkah PURE-SMART itu, mungkin beberapa kali..satu atau dua atau tiga atau empat…sampailah masanya untuk anda mencuba pada diri dan neurology anda.

Pejamkan mata anda dan relax…rasakan yang anda bertambah relax/selesa dengan mengambil nafas dengan tenteram.  Ambillah nafas yang dalam dan kemudian hembuskan nafas anda dengan selesa… merasakan semakin tambah relaxnya diri anda, sedang anda melakukannya, tidak kah begitu?  Buat beberapa kali lagi. Kemudian pandang lah keatas disebelah kanan anda…

Sementara anda bayangkan satu masa dan pada satu tempat dimasa hadapan anda dimana ini akan menjadi nyata bagi diri anda….berikan peluang pada diri anda untuk menuju ke sana, sekarang….didalam minda anda….dan berada disana….mengalaminya sepenuhnya dan menikmatinya…seolah-olah ianya terjadi sekarang…ya, dan sementara anda merasakannya, hanya perhatikanlah bagaimana ianya terjadi apabila anda telah dapat mencapai cita-cita anda itu. Perhatikanlah bagaimana ianya dirasai, bagaimana kelihatannya, bunyiannya, bagaimana dunia anda, bagaimana anda menjalani kehidupan anda dengannya….dan nikmatilah nya dengan sepenuh…sementara anda merujuk didalaman diri anda lalu bertanyakan kalau inilah yang anda mahukan, cita-citakan…dan sedar yang anda boleh menukar bayangannya, bila-bila masa saja yang anda perlukan didalam fikiran minda anda itu…hingga ianya betul-betul sesuai dan seronok untuk mendapatkan nya dan merasanya. …Apabila perasaan itu dirasai meningkat tinggi dengan penuh ghairah…’anchor’kan dengan kata-kata Meta-‘Ya’ atau Meta-‘Yes’ dengan berkata sekuat-kuat hati, sambil mulut anda berkata…sedia?…..YES!.  Lakukan beberapa kali untuk menerapkan kesemua perasaan, bayangan, kata-kata dalam anda terhadap cita-cita yang anda ingin mencapainya….YES!…dan terus katakan SAYA BOLEH ! SAYA MAHU! …YES!

Ulangi kata-kata teguh ini beberapa kali. Kemudian kembalikan diri anda pada keadaan tenang sambil merujuk perasaan dalaman anda itu.

Jadi, bagaimana perasaan anda sekarang?

 

T (TAMBAHAN)

TAMBAHAN KEBERKATAN

·         Teruskan dengan mengambil wudhu’ dengan sempurna dan buat lah solat istikharah dan juga solat hajat untuk memohon pada Allah swt agar tercapai cita-cita anda itu dengan penuh rahmat serta keberkatan dari Allah swt.

 

 

Selamat Mencuba dan Selamat Maju Jaya.

 


M Nasser Ismail, ACMC

Personal & Executive Meta-Coach (MCF, ISNS)

Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)





 

 
 
  Today, there have been 118 visitors (143 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free