To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Rapport - Cara Berkesan Untuk Menjalin Perhubungan
 





PERHUBUNGAN DENGAN ORANG LAIN: CARA BERKESAN UNTUK MEMBINA, MENJALIN DAN MENGERAT PERHUBUNGAN BAIK (RAPPORT)

 

M Nasser Ismail

 

 

 

·             Dalam perhubungan kita dengan orang lain, mengapakah kita selalu bersengketa?

·             Adakah cara yang boleh dipelajari supaya perhubungan kita dengan sahabat kita, keluarga kita, isteri dan suami kita, anak-anak kita menjadi lebih baik?

·             Bagaimanakah harus kita berkomunikasi dengan orang lain secara penuh hikmah sambil mengeratkan silaturrahmi dengan lebih berkesan?

·             Apakah dalam sesuatu perhubungan itu, kita harus berikan perhatian bukan saja pada kata-kata kita, tapi keseluruhan anggota badan kita?

·             Boleh kah kita mengasah deria kita agar ianya tajam untuk kita melihat bagaimana sesaorang itu berkomunikasi?

·             Apakah cara-cara untuk mendapatkan kemahiran berkomunikasi yang hebat dengan menggunakan teknologi NLP ini, dan apakah faktor-faktor yang harus kita beri perhatian?

 

 

 

’Rapport’ Dan Makna nya

 

‘Rapport’ adalah perkataan yang ramai orang gunakan tanpa mengerti maknanya sebenar.  Didalam beberapa kamus yang ada, ‘rapport’ didefinasikan sebagai satu perhubungan yang harmoni. Harmoni disini bermaksud tidak menjadikan satu pecanggahan atau ketidaksefahaman. 

 

Merujuk pada kamus Merriam-Webster, perkataan rapport berasal dari perkataan Perancis rapporter yang bermakna membawa balik.  Dalam perhubungan dengan orang lain, ia bermaksud tali perhubungan yang dijalin dengan harmoni, kesaksamaan atau keselarasan.

 

Dalam bidang NLP pula, ianya diterangkan sebagai “Mencari jalan untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara diri kita dengan orang lain, samada pada tahap pertuturan mahupun ’non-verbal’.  Dan ini biasanya berlaku di peringkat para sedar orang yang sedang anda berkomunikasi itu.  Sekaligus, ia mengurangkan jurang perbezaan diantara diri anda dan orang lain manakala aspek persamaan diantara kedua-dua nya pula bertambah.”  Saya lebih cenderong menerangkannya sebagai “Jalinan Perhubungan Baik” atau “Silaturrahmi”.

 

Untuk memberi kesan pada tiap komunikasi yang kita lakukan dengan orang lain, saya rasa amat penting lah bagi kita menjalinkan ’rapport’ terdahulu.

 

‘Rapport’ juga boleh dikatakan sebagai satu jalinan perhubungan apabila dua atau lebih orang mengsinkroniskan realiti nya sehampir yang mungkin.  Mereka dilihat seperti berada didalam ruang yang sama, mereka mahu berinteraksi bersama, mereka setuju dengan cara mereka berkomunikasi bersama, dan mereka memahami satu sama lain dengan cukup sempurna.

 

Jalinan Hebat dalam Keadaan Para-Sedar

 

‘Rapport’ ini biasanya terjalin pada tahap para-sedar dan bukan didalam keadaan penuh sedar.  Kalau anda melihat dua orang yang sedang berbual, anda akan dapat perhatikan beberapa persamaan yang timbul diantara mereka.  Mereka mungkin tidak menyedari persamaan itu secara ‘conscious’.  Mungkin kita lihat mereka itu sedang duduk bersama.  Dan gaya duduk nya pun agak sama juga. Mungkin juga semasa berbual mereka membuat gerak-tangan dan tempo yang sama. Mereka juga mungkin bercakap dengan mengeluarkan suara mereka dengan nada dan tempo yang sama.  Atau mereka mungkin juga bernafas dengan rentak penafasan yang sama.

 

Itu lah tanda-tanda yang paling jelas apabila dua orang itu berada didalam keadaan ’rapport’.  Kalau tertubuhnya ’rapport’ dalam perhubungan dua atau lebih orang itu, maka ada persamaan yang jelas dipandang.  Dalam keadaan terjalinnya ’rapport’ ini, bagaimana pun banyak dibualkan dan digerakkan, ’body language’ mereka akan kelihatan selaras dan sepadan.  Mereka akan merasa yang mereka memahami satu sama lain, tapi mereka mungkin tak dapat menentukan sebab nya, hanya merasa yang kata-kata dan gaya orang itu ’memang agak menasabah’. Perhubungan berdasarkan dengan ’rapport’ tidak akan dilihat rapuh, malahan ia mengeratkan lagi.

 

 

Perbezaan Itu Meruntuhkan ’Rapport’

 

Cuba pula perhatikan dua orang yang tidak memahami diantara satu sama lain? Atau dua orang yang tidak selaras? Mereka ini sudah tentu tidak akan menunjukkan sesuatu persamaan secara gerak-tubuh nya, malahan keseluruhan fizikal nya.  Saorang mungkin duduk menyondong ke hadapan, manakala yang saorang lagi mungkin condong sedikit ke belakang.  Mungkin juga saorang itu berbual dengan suara yang tinggi, manakala yang satu lagi dengan suara yang agak rendah.  Saorang mungkin membuat gerak-laku semasa dalam perbualan, manakala yang satu lagi hanya berdiam.  Dan semua ini berlaku tanpa disedari.  Mereka juga tidak sedar dengan perbezaan yang berlaku.

 

Saorang coach, atau pemudahcara, atau pengamal NLP sedar apa yang dia lakukan dalam berkomunikasi dengan orang lain.  Mereka menggunakan komunikasi nya itu sebagai satu alat penghubung.  Mereka gunakan dalam keadaan sedar manakala orang lain tidak mengetahui nya. 

 

Satu Petua: Lakukan Apa Yang Sedang Ia Lakukan

 

Satu perkara yang anda perlu tahu dalam menjalinkan ’rapport’ ialah, lakukan lah apa yang orang lain itu sedang lakukan, dengan cara yang seberapa halus mungkin, dan juga selamat.  Sebagai contoh, kalau dia duduk dengan menyelimpangkan kakinya dan bersandar kebelakang, anda lakukan sama saja.  Sudah pasti anda akan dapat menjalin satu tahap persefahaman.  Kalau dia bercakap dalam bahasa ’visual’ sambil melakukan gerak-tangan di ruang hadapan nya, anda akan dapati bahwa anda boleh menerangkan sesuatu perkara (yang diperbualkan) itu dengan lebih baik lagi pada diri nya apabila anda membuat sama seperti gerak-laku nya dan kata-kata ’visual’ nya itu.  Pada mereka, kata-kata anda ’make sense’/menasabah. Kalau dia bercakap dengan pantas, anda boleh capai kesepadanan dengan nya dengan lebih baik lagi jika anda juga bercakap dengan pantas. 

 

Ini tidak bermakna yang anda harus mencerminkan diri dan gerak-laku nya itu dengan 100% tepat.  Ingat yang anda cuma buat seberapa yang mungkin, dalam kesedaran anda, untuk menghasilkan satu persamaan saja.  Dengan itu anda mungkin boleh padankan seperti begini; bila dia berpeluk dada apabila berkomunikasi dengan anda, anda boleh lah selimpangkan kaki anda (tangan dia kelihatan diselimpangkan.  Anda juga selimpangkan, tapi anda boleh gunakan kaki anda).  Kalau dia suka gunakan kata-kata ’kinesthetik’ anda pun boleh juga menggunakan kata-kata ’kinesthetik’ yang lain (tidak semesti tiap perkataan yang sama) juga.  Anda akan masih dapat menjalinkan ’rapport’ dan kesepadanan.

 

Bagaimana Anda Boleh Gunakan ’Body Language’, Suara, Kata-kata Anda Dengan Berkesan?

 

Bahan asas yang anda boleh gunakan apabila anda hendak membina silaturrahmi atau ’rapport’ adalah bahasa tubuh (’body language’) anda, kualiti suara anda, dan pilihan kata-kata anda dalam perbualan itu.

 

Dalam segi bahasa tubuh anda, anda boleh padankan dengan orang lain dengan;

·             Postur anda;

o                adakah anda duduk tegak atau membongkok kehadapan; atau anda bersandar kebelakang atau condong kehadapan.

·             Kedudukan kaki dan tangan anda;

o                menyelimpang atau tidak, menongkat dagu,

·             Gerak laku atau tiada bergerak langsung,

·             Cepat atau perlahan nya gerakkan anda, mengetok-ngetok jari anda atau menapak napak kaki anda.

 

Dalam segi kualiti vokal pula anda boleh padankan dengan:

·             Pitch nya

·             Tempo nya

·             Nada nya

·             Irama nya

 

Dalam segi kata-kata predikat pula, anda boleh perhatikan dan padankan dengan apa yang lumrah dia lakukan:

·             Adakah dia menggunakan kata-kata-predikat visual, auditori atau kinesthetik(perasaan)?

·             Adakah dia berkata-kata menggunakan perkataan abstrak ataupun dengan sesuatu yang khusus?

·             Adakah dia berbual tentang perkara kemungkinan(boleh, akan, mahukan, boleh jadi, mungkin boleh) atau keperluan (mesti, harus, patut, terpaksa, sudah tanggungjawab)?

·             Adakah dia banyak berkata-kata dengan merujuk pada diri nya itu (’self-reference’) lebih dari orang lain (’others reference’)?

 

Contoh Kata-kata Predikat

 

Contoh-contoh kata-kata visual adalah:

·             “Saya tidak nampak mengapa…” , “Saya tak dapat bayangkan kenapa…”

·             ”Kami tak boleh bersemuka, tak boleh pandang dari tepi mata pun …..”

·             “Ianya tak jelas bagi ku...”

·             Gambaran besar yang kau berikan itu agak kabur...”

·             “Saya masih dalam kegelapan...”

 

Contoh-contoh kata-kata auditori (suara/bunyian) pula adalah:

·             “Saya sentiasa katakan dalam diri saya….”

·             ”Ianya tak berdering pun di telinga saya...”

·             Kedengaran nya elok bagi saya....”

·             ”Kami sedang bercakap tentang...”

 

Contoh-contoh kata-kata kinesthetik pula adalah:

·             “Saya rasa sesak dan tersekat dengan...”

·             ”Itu adalah satu perjalanan hidup yang penuh bergelora..”

·             Rasa hati saya ialah...”

·             “Hidup saya sekarang ini rasa macam melucut dari diri saya…”

 

 

Memberikan Anda Keistimewaan Berhubung Dengan Baik

 

Langkah pertama ialah perhatikan apa yang orang lain itu sedang lakukan.  Sebagai contoh, perhatikan bagaimana dia duduk, bergerak, bercakap, dan bagaimana dia menyebut sesuatu itu.  Kemudian anda akan dapat mengukur dan memadan perilaku nya sesuai untuk mencapai ’rapport’ dengan nya.

 

Sebahagian daripada apa yang telah kita sampaikan mungkin anda sudah pun tahu.  Dalam tingkatan apa saja, apa yang perlu ialah meningkatkan latihan anda untuk memadankan sesiapa saja yang anda mahu jalinkan perhubungan baik anda itu, atau ’rapport’ anda itu.  Oleh sebab perkara ini berlaku tanpa kesedaran penuh bagi orang lain, sudah tentu pengetahuan ini dapat menjana satu kebolehan istimewa, kebolehan yang memberikan anda satu flexibiliti yang luas agar perhubungan anda senantiasa didalam keadaan harmoni. Bagaimana pula dalam keadaan yang kita sendiri tidak mahu menjalinkan perhubungan harmoni itu?  Buat saja gerak-laku dan kata-kata yang tidak sepadan, yang berbeza.  Disini perbualan anda akan menjadi kurang selesa bagi nya, lalu komunikasi itu akan terputus dengan begitu sahaja.

 

 

Ketajaman Deria (’Sensory Acuity’)

 

Dalam NLP, konsep ketajaman deria ini digunakan sepenuhnya dalam latihan kemahiran teknologi NLP itu sendiri dan juga ’coaching’.  Ketajaman deria ini adalah satu latihan diri untuk mencapai satu keupayaan hebat dalam perhubungan kita dengan orang lain.  Keupayaan yang membolehkan kita melihat dan mendengar lebih berkesan lagi dalam perhubungan kita dengan orang lain.  Ianya adalah alat pengesanan komunikasi ’non-verbal’ secara sedar, yang berlaku diantara diri kita dan orang lain. Pengesanan yang beri kita kiu luaran dalam kita memerhatikan gerak-laku sesaorang itu sambil memantau nya pula. Setelah itu, kita boleh lah menilai kiu luaran itu untuk menentukan samada ia menasabah dengan keadaan dalaman orang itu atau tidak.

Samada kita sengaja atau tidak, mahu atau tidak, kita akan sentiasa mengeluarkan ’signal’ secara tidak ‘conscious’ semasa kita sedang berkomunikasi.  ’Signal’ atau isyarat yang dikeluarkan sebenarnya mencerminkan keadaan dalaman diri sesaorang itu.  Ia melambangkan cara sesaorang itu berfikir, memikir dan merasa sesuatu perkara, sesuatu kejadian dalam sesuatu situasi didalam dirinya itu. Kadangkala kita dapat menentukan apakah saorang itu berada didalam keadaan kongruen dengan diri nya atau pun tidak.

Sekiranya semakin banyak ’mesej’ ’non-verbal’ saorang itu keluarkan dari komunikasi nya, bertambah penting lah keperluan untuk membina kemahiran ketajaman deria ini.  Apabila kita perolehi pencapaian tahap kemahiran ketajaman deria yang baik sudah tentu kita dapat jana diri kita untuk menjadi saorang komunikator yang berkesan, baik lagi hebat. 

Satu kelebihan yang kita akan miliki dengan kemahiran ketajaman deria ini ialah kecekapan kita untuk membina perhubungan yang baik dengan orang lain.  Dengan kata lain kita dapat menjalin ’silaturrahmi’ (atau ’rapport’) kita.  Selain dari itu, tajam nya kemahiran ini bermakna petanda-petanda yang penting dalam komunikasi kita dapat kita kesan dengan baik.  Justru itu ia membolehkan kita mengukur tahap mana kualiti ‘rapport’ kita berada.  Kemudian, kita boleh menyusulinya dengan pelan pembaikpulih sekira perlu.

 

Latihan Harian

 

Memang tidak dinafikan bahwa untuk membina kemahiran ketajaman deria yang baik memerlukan masa yang panjang dan latihan yang banyak. Walaubagaimanapun kita boleh bermula dengan membuat jadual harian untuk diri kita.  Dan mulakan juga dengan menyematkan didalam hati kita satu kepercayaan diri – ’bahwa saya boleh dan akan membina kemahiran ini.’ 

Satu soalan yang boleh kita tanya pada diri kita; apakah yang akan kita rasa apabila kita dapat capai tingkat kemahiran yang cukup baik mengenai ketajaman deria ini?  Saya percaya anda sendiri akan merasa ta’jub dengan apa yang anda miliki.  Anda akan memiliki satu kebolehan untuk melihat, mendengar dan merasa keberkesanan proses komunikasi anda itu sendiri, yang pada masa lalu petanda komunikasi ‘non-verbal’ ini sama sekali tidak terlintas di fikiran anda, apatah lagi dalam consciousness anda.

Oleh kerana rangkaian bahagian yang hendak kita perhatikan itu agak banyak, mulakan dengan membuatnya sedikit demi sedikit.  Mula dengan memecahkan proses pemerhatian itu kepada beberapa bahagian. Mulakan dengan membahagikan nya pada saiz yang kecil (small chunks).  Elakkan tenung terus kearah orang yang sedang di perhatikan itu. Ini boleh menimbulkan salah faham diantara anda dan orang itu.  Ia boleh juga mengakibatkan  kemarahan.  Belajar lah cara yang halus dan bersopan.  Ambil lah latihan ini dari segi keselamatan nya dan peradaban nya juga. 

Anda boleh mulakan dengan memerhatikan lima bahagian ini untuk mengasah ketajaman deria anda;

1.            Penafasan

2.           Penukaran warna kulit (muka)

3.           Perubahan tekanan kecil pada otot-otot

4.           Perubahan bibir mulut (dibahagian bibir bawah)

5.           Suara dan nada suara

 

Penafasan

Paten penafasan sesaorang itu mengisyaratkan banyak petanda tentang orang yang kita sedang berkomunikasi itu.  Biasanya ia menunjukkan perubahan keadaan dalaman orang itu.  Anda perhatikan dimanakah ia mengambil nafas nya sambil ia bernafas.  Adakah dia bernafas dari dada (bahagian atas) nya atau dari bahagian bawah (bahagian perutnya)?  Anda juga boleh mengesan tempo (’rate’ gerakkan) nafasnya. Perhatikan semasa anda berbual dengan nya dan kenalpasti peralihan fikiran-perasaan (F-P) orang itu apabila nafasnya berubah.  Peralihan itu menunjukkan berubahnya F-P nya itu. Dan F-P nya itu adalah satu petanda keadaan dalaman nya.

Belajarlah menentu-ukur (menentukur, ‘calibrate’) peralihan itu.  ‘Calibrate’ kan nya dengan makna peralihan F-P tersebut.  Dari itu boleh lah anda mengenalpasti keadaan dalaman orang itu dari isyarat ‘non-verbal’ nya.

 

Penukaran Warna Kulit (Muka)

Kadangkala kita terfikir apakah penukaran warna kulit muka ini benar ada? Rasa-rasa macam tak mungkin boleh berlaku.  Tapi ianya memang benar berlaku.  Lebih-lebih lagi kalau warna kulit wajah muka orang itu agak cerah.

Anda boleh mulakan dengan memerhatikan secara ’contrast’ nya. Ini akan bantu anda untuk mengesan penukaran warna kulit nya.  Kalau anda dapat perhatikan dengan teliti pada muka saorang itu anda akan dapati bahwa ianya bukan hanya menyinarkan satu warna sahaja. Ada bahagian yang merah, merah jambu, ungu, krim, coklat, kelabu, hijau, biru, kuning dan lain lain.  Warna ini sentiasa bertukar bila saorang itu berkomunikasi.  Perubahan warna kulit muka itu memaparkan keadaan dalaman orang itu. Cuba kesan perbezaan warna kulit muka di bawah mata sesaorang itu dan perhatikan juga warna kulit di bahagian atas pipi nya.  Kemudian, perhatikan bagaimana warna itu kelihatan bertukar apabila orang itu menukar topik perbualan nya.  Kalau topik girang bagaimana?  Kalau topik sedih macam mana?  Kalau topik memberi malu bagaimana?  Tiap perubahan bahan perbualan kita itu akan menimbulkan respon yang mencerminkan emosi dalaman yang berbeza.  Cuba perhatikan dan tentukurkan (’calibrate’).

 

Perubahan Kecil Pada Otot-otot

Apabila warna wajah muka kita berubah dengan mencerminkan keadaan dalaman sesaorang itu, sepertimana yang dibincangkan diatas, otot-otot muka pun turut berubah juga.  Otot-otot kecil kita dibahagian muka berubah samada tegang ataupun kendur (’tension’, ’relaxation’) mengikut keadaan dalaman kita.

Lihat serta perhatikan betul-betul pada otot-otot kecil disekeliling mulut, dibahagian dagu dan siring kedua mata sesaorang itu.  Selalunya apabila saorang itu merasa ’tense’, dahi nya akan tegang, otot keliling mata nya akan berkedut.  Tiap orang akan memberi gerak-balas mereka tersendiri.  Tentu sekali ianya ada kaitan dengan keadaan dalaman orang itu.  Dengan mendengar apa yang di sebutkan dalam percakapan nya, perhatikan ’signal’ badan nya (para-sedar).  Kita boleh cuba mengaitkan kedua-dua nya sambil menentukur (’calibrate’) apa makna warna, ’tone’ dan textur otot-otot itu dalam sistem diri nya.

Selepas meningkatkan kemahiran kita untuk memerhatikan bahagian ini, bolehlah kita beralih ke bahagian lain.  Ingat, lakukannya dengan penuh sensitif dan peradaban. 

 

Perubahan Di Bibir

Beralih pula ke bibir sesaorang itu.  Sememangnya bentuk bibir bawah tidak ada orang yang dapat mengawal nya dengan sengaja.  Tak mungkin boleh di kawal pun.  Apabila anda melatih diri untuk memerhatikan bibir saorang itu, berhati hati lah agar usaha anda itu tidak menyentuh perasaan orang yang sedang anda perhatikan itu. 

Jadi, anda boleh mulakan dengan memerhatikan perubahan saiz nya, warna nya, bentuk nya dan penghujung nya, textur nya , gerakan nya, tegang dan kendur nya, dan samada ia membesar atau tidak.  Jangan cuba menafsirkan dahulu.  Perhatikan perubahan itu dan barulah cuba menentukur nya dengan keadaan orang itu.

 

Suara, Bunyian dan Nada

Nada suara memang main peranan utama dalam kita berkomunikasi.  Belajar mendengar kualiti suara sesaorang itu adalah kemahiran penting dalam bidang komunikasi untuk anda menjadi komunikator yang cemerlang.  Perubahan dalam suara anda adalah perubahan keadaan dalaman juga. Mula dengan mendengar pada perubahan volume (kelantangan), pitch, irama, tempo, jelas/terang dan gema nya.  Cara yang baik adalah mendengar radio atau menonton TV.  Disini anda tidak perlu risaukan tentang isi kandungan perbualan nya itu.  Mula mendengar peralihan tone dan pitch nya dahulu. Tiap perubahan itu mencerminkan keadaan dalaman yang berbeza.  Satelah anda mendapati satu tahap kemahiran yang baik anda akan dapati bagaimana fokus anda men-’tune’kan pendengaran anda pada tiap perbualan itu.  Anda akan rasa yang anda benar-benar telah mendengari, dan memahami orang itu dan malahan dapat melihat persepsi ’dunia dalaman’ orang itu juga.  Sementara anda terus berlatih, kaitkanlah peralihan suara ini dengan paten penafasan, gerakan otot, keadaan bibir, dan perubahan warna agar anda dapat selaraskan kesemuanya dengan keadaan dalaman orang yang sedang anda berkomunikasi itu.

 

Buatlah secara bertahap-tahap dan sikit-sikit.  Terus bina kemahiran anda itu dengan berlatih dan terus berlatih.

 

 

Bagaimana Hendak Memperolehi ’Rapport’ – Memadan dan Mencermin (Matching & Mirroring)?

 

Bagaimanakah anda dapat memperolehi ’rapport’ atau jalinan perhubungan yang baik dengan saorang yang lain? Dan bagaimanakah saorang itu dapat menubuhkan komunikasi pada tahap para-sedar?

Kita fahami bahwa ’rapport’ ini perlu untuk mencapai komunikasi yang efektif.  Kita perlukan hormat menghormati sesama sendiri dan biasa nya ini tercapai secara intuitif – mengikut gerak hati. 

Menghadirkan Diri

Walaubagaimanapun perhubungan yang anda jalinkan itu, anda haruslah bersikap fokus dan berkonsentrasi penuh.  Ini membolehkan anda jadi benar-benar ’hadir’ dalam perbualan atau perhubungan itu.  Kalau anda tidak meletakkan diri anda menjadi ’hadir’, ini bermakna anda samada (i) berada disisi nya dalam jasad anda tapi pada hakikatnya fikiran dan semangat anda berada ditempat lain, ataupun (ii) anda merasa bahwa diri anda lebih baik berada di tempat lain daripada berada bersama-sama dengan orang yang sedang anda berkomunikasi itu. 

’Rapport’ melibatkan pemberian perhatian penuh pada orang itu.  Ia menunjukkan rasa minat yang hakiki terhadapnya dan terhadap bahan perbualannya itu.  Perhatikan baik-baik bagaimana saorang itu respon dengan apa yang anda bualkan dan kenalpastikan kata-kata ’kekunci’ yang dia sering gunakan.   Sebagaimana yang telah kita sentuh di atas, tentu sekali ’rapport’ bukan hanya terjalin dengan kata-kata anda sahaja, malah bahasa tubuh-badan (’body language’) anda pun turut memainkan peranan juga. 

Anda juga perlu perhatikan bahwa cara anda berhubung dengan orang kedua itu tergantung pada keadaan, masa dan metod komunikasi yang digunakan; seperti melalui email, menalipon, mahupun bersemuka. Untuk menjana ’rapport’, anda perlu awasi bagaimana sesaorang itu berkomunikasi dengan diri anda, dan bagaimana anda boleh gunakan gerak badan, kedudukan tubuh, nada suara, perkataan dan sebagainya untuk mencapai ’hubungan’ istimewa itu.

 

Menemui Harmoni – ’Equilibrium’

Sebenarnya memperolehi ’rapport’ di tahap para-sedar berlaku apabila anda merasa yang anda telah ’menjadi’ seperti orang yang anda sedang berkomunikasi itu tanpa di sedari. Apabila saorang itu merupai, bersuara, berkelakuan dan bergerak-laku sama seperti orang yang ia berkomunikasi itu, mereka merasa senang dan selesa dengan perhubungan itu – kelihatan suka sama suka.   Perhubungan yang serasi ini boleh di andaikan sebagai penghayunan sebutir ’pendulum’.  Perumpamaan ini di berikan oleh Dr Michael Hall dalam salah sebuah buku nya.  Apabila dua butir ’pendulum’ yang sama besar saiz nya itu di hayunkan, kedua-dua nya akan mula berhayun dengan keadaan asalnya.  Tetapi setelah dibiarkan beberapa saat atau minit lamanya, ianya akan mula berhayun dalam keadaan equilibrium – hayunan bersama dan dengan harmoni.    Memang jelas kelihatan bahwa ’alam ini dicipta oleh Allah subhanallahu wata’ala dengan cukup seimbang.   Begitu juga dengan fitrah manusia, kita sebenarnya boleh memperolehi perhubungan yang harmoni dengan orang lain dengan hanya mengimbangkan diri kita dengan memadankan gerak-laku dan gaya pertuturan kita dengan orang kedua itu.   Jadi, ’rapport’ boleh terjalin dengan menggunakan proses ’memadan’. Dan anda akan lihat bahwa selain dari ’memadan’ dengan orang yang sedang kita berkomunikasi, ada satu lagi proses yang kita gunakan juga.  Ianya dinamakan proses ’pencerminan’ atau mencermin orang yang sedang kita berkomunikasi itu.

 

Memadan Dan Mencermin

Proses pemadanan dan pencerminan untuk membina ’rapport’  ini dikenalkan oleh saorang doktor bernama Milton Erickson pada awal 70’an dalam kerja hypnotherapi klinikal nya.  Proses atau teknik ini ada kaitan dengan bahasa-tubuh (’body language’) sesaorang itu.  Kita akan lihat bagaimana saorang itu akan cuba memadankan ’body language’ nya dalam perbualan nya.  Ini jelas kelihatan apabila dua orang yang baru kenal diantara satu dengan lain akan membuat gerak-laku yang agak sama secara subconscious – gaya mereka duduk, mereka pegang rambut, mereka duduk bersandar dan lain lain gaya lagi. 

Kalau kita melihat suasana didalam sebuah restoran, pasti anda akan dapat melihat sekumpulan yang serasi, aktif dan girang dari mereka, yang sedang memadan dan mencerminkan diri mereka semasa berbual tanpa mereka sedari.  Dalam komunikasi biasa, proses ’padan dan cermin’ biasanya terjadi secara halus dan subconscious.  Kita lihat postur badan yang sama, guna gerak badan sama, gaya kelakuan prilaku sama, nada dan tempo cakap pun sama.  Ini adalah cara efektif untuk bina ’rapport’ dengan orang lain.

Elemen apakah yang boleh kita gunakan untuk memadan dan mencermin? Sebenarnya kita boleh memadankan dan mencerminkan fiziologi (atau gerak-badan) sesaorang itu, suara nya, postur nya, mimik muka nya, kelipan mata-nya, condong kepala nya dan berbagai lagi gerakan tubuh badan sesaorang itu.  


Gaya Membina 'Rapport'


Apabila orang yang ingin anda jalinkan ’rapport’ itu menyondongkan kepalanya, buat sama.  Kalau ia condong ke kiri, anda boleh condongkan ke kanan.  Ini bermakna anda sedang mencerminkan gerak-laku nya, seolah-olah dia melihat bayangan nya didalam cermin dihadapan diri nya itu.  Ini bermakna kirinya adalah kanan anda, seperti didalam cermin.  Anda juga boleh melihat postur kedudukan tegak badan nya juga.  Apabila dia tegak, anda pun tegak dan apabila dia lengkong atau bongkok sedikit anda pun turut sama.  Anda selarikan dengan posturnya itu.  Apabila dia bercakap pula, perhatikan gerak-geri nya.  Bila anda menjawab, gunakan lah gerak-geri yang sepadan dengan yang digunakan itu. Perlu di ingat bahwa, janganlah anda memadankan gerak-gerinya semasa ia sedang berkata-kata.  Itu tidak akan menghasilkan kesepadanan diluar consciousness.  Ia mungkin terlihat dan tertanya-tanya apakah kita sedang menirunya?  Jadi sepadankan gerak-laku nya dengan bijak dan lakukan selepas ia habis mengeluarkan kata-kata nya pada anda. Bukan semasa.  Biasanya, lewatkan beberapa saat sebelum memadankan dan mencerminkan gaya nya.

Kalau anda melakukan pemadanan dan pencerminan secara ini, tidak kah orang itu merasa yang kita cuba mengikut-ikut cara nya?  Sebenarnya ia nya jarang berlaku, jadi tidak hairan lah sebab kesemua ini berlaku didalam keadaan subconscious.

 

Pencerminan Selimpang (’Cross-Mirroring’)

Ada satu lagi yang boleh dikongsikan disini.  Anda boleh gunakan istilah Pencerminan Selimpang (’Cross-Mirroring’).  Ini bermakna mencerminkan satu bahagian fiziologi yang dilakukan oleh orang itu dengan bahagian fiziologi kita yang tidak sama.  Sebagai contoh, kalau dia gerakkan kakinya sambil berbual dengan anda, anda pula gerakkan tangan anda.  Anda juga boleh mencermin-selimpangkan penafasan orang itu dengan gerakan jari anda dengan rentak tempo yang sama.  Kebijaksanaan melakukan gaya ini tidak akan membuat minda conscious orang itu mengetahui yang anda sedang mencerminkan dan memadan gerak-laku nya itu.

Apa lagi yang boleh anda lakukan?  Anda boleh juga padankan mimik dan expressi wajah muka dan kelipan mata nya.  Anda juga boleh memadankan dengan mengikuti tegangan di otot muka nya.  Perhatikan bibir nya (bibir bawah nya) dan bentukkan bibir anda untuk mencerminkan bibirnya itu.  Perhatikan berapa cepat kelipan matanya itu dan cerminkan dan padankan dengan mata anda juga.

Satu cara yang cukup baik untuk perolehi ’rapport’ yang ’dalam’ adalah dengan memadankan penafasan orang itu.  Bila saorang itu bercakap, dia akan hembuskan nafasnya keluar dari mulut dan hidung nya.  Padankan dengan menghembuskan nafas keluar juga semasa dia bercakap.  Dan bila dia mengambil nafas, anda pun mengambil nafas juga.  Apabila anda berkata-kata dengan nya, cakap semasa dia menghembuskan nafasnya keluar, dan bernafaslah dengan masa dan tempo nya juga.  Buatlah secara yang berpatutan.  Sekiranya, penafasan orang itu payah dapat diperhatikan dengan jelas, perhatikan saja bahu kiri dan kanan nya sebab pernafasan melibatkan turun naiknya bahu kita.

Memadankan dengan nada suara orang itu pun satu lagi cara yang baik untuk menjalinkan perhubungan kita dan mengasahkan kemahiran ’rapport’ kita.  Padankan nada, kecepatan, kualiti dan volume suaranya.  Kalau orang itu berkata-kata dengan suara yang lembut, padankan dengan kelembutan suara anda juga. Kalau dia bercakap pantas, anda padankan suara anda dengan kecepatan nya.  Kalau suaranya lantang, anda pun lantang juga.  Gunakan suara ini sebagai satu alat untuk mendapatkan ’rapport’ yang baik dan segera.

Bagaimana pula anda memadankan orang yang sedang dalam kemarahan?  Padankan dan cerminkan fiziologi nya dan nada nya.  Walaubagaimana ingat, jangan padankan isi kandungan kata-kata nya yang mengancam itu.  Gunakan kata-kata yang tidak mengancam.

 

Perbezaan Padan Dan Cermin

Bila kita mencerminkan orang itu, anda melakukan gerak-geri anda seolah-olah anda adalah imej diri orang itu didalam cermin dihadapan nya.  Kalau orang itu angkat kaki kanan, anda pula mengangkat kaki kiri.  Kalau kaki kanan nya diselimpangkan atas kaki kirinya, anda akan selimpangkan kaki kiri anda atas kaki kanan anda. Bagaimana dengan kata-kata nya pula?  Anda cerminkan dengan memberikan balik kata-kata yang sama.  Manakala bila anda padankan dengan kata-kata orang itu, anda tidak memberi balik kata-kata yang sama pada diri nya.  Anda padankan dengan kata-kata dari sistem pemaparan (’representational system’ – visual, auditori, kinesthetik, auditori digital, bau, rasa) am nya.  Sebagai contoh, kalau dia kata, ’Saya tak dapat bayangkan apa maksud kata-kata awak itu.’ Anda boleh menjawab dengan padan kata-kata ’visual’ nya seperti, ’Tentu sekali, tapi mari saya tunjukkan apa maksud saya itu.’  Berlawanan pula kalau anda mencerminkan kata-kata orang itu, anda akan menjawab, ’Saya tahu anda tak dapat bayangkan apa maksud kata-kata saya itu.’  Dalam memadankan gaya duduk, apabila orang itu duduk dengan kaki kanan nya berada diatas kaki kiri, anda padankan dengan membuat yang sama.  Kalau cermin, anda jadikan berlawanan.

 

Ringkasan

Fiziologi

Nada Suara

Kata-kata

Postur

Pitch

Predikat kata-kata

Gerak badan/ Gerak laku

Kecepatan/Kepantasan

 

Mimik wajah muka

Kualiti

 

Penafasan

Kelantangan (Volume)

 

 

 

Latihan Diri Untuk Mendapatkan Jalinan Perhubungan Baik


Latihan

1.       Mulakan perbualan dengan seorang dan dengan sengaja menyanggah (lawanan memadan) bahasa tubuh orang itu. Duduk dengan cara berbeza, nafas berbeza, gunakan gerak-laku yang berbeza.  Perhatikan hasil nya.

2.      Sekarang padankan bahasa tubuh orang itu seberapa sama yang termampu sementara anda berbual.  Perhatikan pula perbezaan nya.

3.      Dua orang duduk membelakangkan sesama sendiri.  Satu menyebut satu ayat. Yang satu lagi cuba mengatakan kembali dengan tepat, menggunakan pitch yang sama, tempo, nada, dan irama yang sama, sampai orang yang pertama itu mengukur dan menilainya sebagai sama. Ulangi hingga anda dapat melakukan dengan sempurna. Ada satu perasaan unik bila orang lain dapat menduplikasi suara anda sehampir-hampir nya.

4.      Cari beberapa penyataan lisan dalam sebuah buku atau surat khabar.  Perhatikan kalau pengacaranya menggunakan kata-kata visual, auditori, atau kinesthetik.

 

 Selamat maju jaya.




M Nasser Ismail,ACMC

Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)

Personal & Executive Coach

 

Email: mnasserismail@yahoo.com.au




 

 
 
  Today, there have been 121 visitors (147 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free