To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Paksi Perubahan Untuk Anak Anda
 




Paksi Perubahan - Model Perubahan

7-Langkah Untuk Melatih atau Coach Anak Anda Mencapai Cita-Cita Dan Hasil yang Diingini

 
   
M Nasser Ismail

2010





Program-program-Meta dalam NLP boleh dan sering digunakan untuk memberi konteks perbualan yang berbeza, dimana anda boleh menjelajahi daya pemikiran anak anda untuk menghadapi sesuatu, dan anda juga boleh menyokong anak anda dalam membuat perubahan dalam hidup nya ataupun dalam mencapai satu hasil pencapaian positif yang diingininya.

Anda boleh gunakan 7-langkah asas untuk membantu anak anda mencapai hasil yang hebat dengan menggunakan pendekatan dan panduan satu sistem hebat yang dinamakan Meta-Coaching.  Sungguhpun kegunaan 7-langkah ini tidak akan menjadikan anda saorang Coach yang terlatih dan bertauliah, ianya adalah satu-satunya cara yang anda boleh kembangkan kegunaannya dalam hidup anda dan keluarga anda.

Proses berikut, yang diambil dari The Axes of Change (Paksi Perubahan) dari Dr Michael Hall (Coaching Conversa­tions: For Transformational Change, Neuro-Semantic Publications, 2005), boleh memakan masa sejam atau seminggu atau lebih dari itu. Jadi anda harus menyesuaikan kegunaannya dalam konteks yang anda sedang kendalikan.

Satu Keadaan Yang Anda Hadapi:  Anak anda telah dapat mengenalpasti satu perubahan yang dirinya rasa berkemungkinan untuk mencapainya dan merealisasikan dalam hidupnya, tapi pada masa yang sama dirinya tidak pula komited untuk membuatnya.  Dia telah datang bertemu dengan anda untuk mendapatkan bantuan dan untuk bertanyakan diri anda tentang keadaannya itu.  Apakah yang harus anda lakukan? Gunakanlah 7-langkah berikut dan ambilnya sebagai satu garispandu yang anda ikuti dengan penuh fleksibiliti.

1.           Tubuhkan satu suasana selamat dan berkepercayaan. Beritahu anak anda yang anda berada dengan nya untuk memberi sokongan yang perlu, sebagai saorang pembantu dan penyokong. Dengan itu beritahunya juga yang anda akan menyajikan beberapa soalan dalam proses sokongan ini.  Soalan-soalan ini ada yang mudah, ada yang sederhana dan ada yang perlukan lebih daya untuk menjawabnya.  Berikan satu jaminan dan keyakinan pada dirinya yang dirinya itu berupaya untuk mengawal proses yang akan dijalaninya dan dialah yang akan memutuskan bila dan bagaimana untuk meneruskan segala perubahan berkemungkinan yang akan ditemui nanti. Dengan ini juga, anak anda akan merasa bahwa tanggungjawab perubahan yang dia ingininya itu ada pada dirinya dan dia telah diberikan segala kuasa untuk membuat segala keputusan atasnya dan bertindak dengannya.  Anda seharusnya berwaspada agar tidak memaksa dan tidak pula cuba untuk menerapkan keinginan peribadi anda pada anak anda dalam proses ini. Anda juga harus berwaspada agar anda tidak pula mempengaruhi atau menghalang cita-cita dan hasil pencapaian positif yang anak anda mahukan sebenarnya.  Itulah sebenarnya konsep Coaching.

2.           Kenalpasti perubahan yang berkemungkinan. "Perubahan apakah yang kamu ingin jadikan kenyataan, tetapi belum lagi merasa komited sepenuhnya?

 

3.           Kenalpasti gaya motivasi untuk berubah. Disini kita akan gunakan paksi Motivasi (rujuk gambarajah diatas). Kenalpastikan serta dapatkan dan kembangkan gaya motivasinya dengan bertanyakan soalan-soalan dari jurus program-meta “Motivasi Menjauhi Daripada” (sebagai saorang Pencabar) dan program-meta “Motivasi Menuju Kepada” (sebagai saorang Penyadar, yang memberikan kesadaran).

·        Sebagai saorang Pencabar (Challenger), anda mulakan dengan menubuhkan perhubungan yang baik (atau rapport).  Kemudian anda cabar konsep realitinya, jelajah ke ruang-ruang realiti dimana dirinya ingin mengelakkan atau ingin diperbaiki.  Kalau dia merasa ragu-ragu untuk membuat perubahan itu, anda boleh menawarkan soalan seperti, “Sekiranya kamu tidak membuat perubahan ini, apa yang akan terjadi pada diri kamu dan kehidupan kamu dalam masa lima atau sepuluh tahun dari sekarang?

·        Sebagai saorang Penyadar (Pengejut) (Awakener), anda boleh mulakan dengan berkeadaan ingin tahu (curious) yang tulus.  Lalu anda gunakan soalan-soalan berbentuk ingin mengetahui itu untuk memberikannya satu kesedaran mahupun kejutan atas semua kemungkinan yang ada pada dirinya dalam konteks perubahan yang diinginnya itu.  Galakkan dia untuk memikirkan sebaik mungkin dan luar dari kebiasaan dirinya memikir, mengenai perkara atau sesuatu yang boleh menjadi satu kemungkinan (baik besar atau kecil) bagi dirinya untuk melakukan.

 

4.  Tubuhkan Satu Komitmen untuk berubah.   Disini kita akan gunakan paksi Keputusan (Decision). Galakkan dia membuat satu komitmen yang utuh dan teguh, dengan bertanyakan soalan-soalan dari perspektif saorang Peneroka dengan menggunakan program-meta Reflektif(Renungan) dan dari perspektif saorang Pemberangsang dengan program-meta Proaktif.

·        Sebagai saorang Peneroka (Prober), dengan bersifatkan ingin tahu dan dengan tidak membuat sebarang penilaian (judgment), gunakan model precision questioning untuk membantu nya dapatkan penjelasan matlamatnya itu dan tujuan-tujuan yang mendorong dirinya.  Kalau sesuai, pastikan apakah yang menghalangnya daripada bergerak maju untuk mencapai cita-citanya itu atau apa yang menariknya balik daripada menuju kearah cita-citanya itu.

·        Sebagai saorang Pemberangsang (Provoker), letakkan diri anda dalam semangat gurauan atau bermain-main sambil memerangsangkan. Galakkan dia membuat satu komitmen yang teguh untuk berubah kearah matlamatnya itu.  Sekiranya sesuai, anda juga boleh menjolok soalan seperti, “Apa yang kau tunggu-tunggu lagi?” “Kau cukup matang untuk melakukannya bukan?

Teruskan memainkan peranan sebagai Pencabar, Penyadar, Peneroka dan Pemberangsang hingga anak anda itu jelas dengan apa yang dia mahu capaikan dan terus bantunya hingga dia dapat membuat satu komitmen pada cita-citanya itu.

5.   Ciptakan satu rancangan.  Disini kita akan gunakan paksi Ciptaan(Creation). Bantu dia dengan memastikan bagaimana dia akan mencapai perubahan itu dengan bertanyakan soalan-soalan daripada kacamata saorang Rakan-cipta (Co-Creator) yang menggunakan program-meta Pilihan (Options) dan dari saorang Pelaksana (Creator)  yang menggunakan program-meta Prosedur (Procedures).

·        Sebagai saorang Rakan-Cipta(Co-Creator), mulakan diri anda dengan berkeadaan bermain-main dan keadaan mencipta sesuatu. Jelajah dengan nya sesuatu perkara yang telah dia lakukan selama ini, apakah langkah-langkah seterusnya, apakah ada cara alternatif yang boleh ia cuba, strategi apa yang telah ia gunakan dan strategi lain manakah yang boleh ia cuba, bolehkah dia menghubungi sesiapa yang telah melakukan perkara yang hendak dirinya lakukan, seperti yang dia mahukan?

·        Sebagai saorang Pelaksana (Creator) (Yang menjadikan satu kenyataan), anda boleh bermula dalam satu keadaan yang berunsur praktikal. Bantunya untuk mendapati langkah yang pertama yang boleh ia ambil dan langkah-langkah seterusnya, satu-persatu.  Gunakan model precision questioning untuk memastikan siapakah, selain dari dirinya yang ada hubungan dengan apa yang hendak ia lakukan itu, yang berkenaan dengan perkara itu, apakah yang akan dirinya capai secara khusus, pada bila masa dan dimana tempat atau situasinya?

6.   Kenalpasti Batu-batu tanda. Bantu anak anda memastikan bagaimana dia akan mengetahui sekiranya dirinya itu sedang membuat satu kemajuan atau progress (untuk sampai ke matlamatnya).  Pastikan juga sekira sesuatu tindakan pembaikan itu perlu. Hampirilah anak anda dari kacama saorang Penguji/Pengukur menggunakan program-meta Dalaman (Internal) dan Luaran (External) pada kacamata saorang Pemerhati.

·        Menggunakan perspektif Penguji, dengan sifat ingin tahu yang jujur, dapatkan dia perhatikan ukuran (standard) peribadi apakah yang perlu didapatinya dan bagaimana ia tahu dari dalaman dirinya yang dia sedang membuat kemajuan.

·        Sebagai saorang Pemerhati, bantu kesedaran dirinya terhadap apa yang dirinya harus melihat, mendengar, merasa, memahami (dan kalau perlu, bau atau rasa) untuk mengetahui yang dia sedang dalam perjalanan progress itu ataupun ada sesuatu tindakan pembaikan yang diperlukan yang harus diambil.

Teruskan dengan menukar peranan sebagai saorang Rakan-Pencipta, Pelaksana, Penguji dan Pemerhati sehingga anak anda jelas dalam rancangan nya dan cara bagaimana dia akan mengukur kemajuannya itu.  Pastikan yang anak anda telah sediakan outcome yang dia mahukan mengguna aturan dan tindak-tanduk Well-formed Outcome NLP.

7.    Sokong anak anda dalam perjalanan nya. Disini kita akan gunakan paksi Keteguhan/Pemejalan (Solidification). Apabila anak anda sudah pastikan outcome atau hasil pencapaian yang diingininya itu dan bersedia dengan rancangannya, perteguhkan (reinforce) pencapaian nya dengan memberi timbalbalas yang positif dan ’mengupah’nya dengan ganjaran yang bersesuaian.  Bantu anak anda menyepadukan dan merasa seronok dan bangga dengan apa yang telah dicapainya dan juga pada apa yang akan dicapainya. Bantu dan sokong supaya dia dapat meneruskan perjalanannya itu dari perspektif program-meta Persamaan (Match/Sameness) sebagai saorang Penyokong/Peneguh dan dari program-meta Perbezaan (Mismatch/Difference) dari kacamata saorang Penguji.

 

·        Sebagai saorang Peneguh (Reinforcer), dengan kegirangan dan gembira, beri kepujian pada dirinya dalam kemajuannya itu, tak kira berapa kecil atau besar. “Wah, tengok apa yang kamu dah ciptakan!” Berikan ganjaran dan insentif kalau perlu.

·        Sebagai saorang Penguji (Tester), dengan rapport dan niat untuk menyokong, pastikan apa lagi yang dia boleh lakukan, bagaimana wawasan nya boleh dibesarkan diperbaiki lagi, apa yang kehilangan, apa yang boleh membuatnya teruja dan tercabar.  Kalau perlu, anda mungkin mahu berbalik kepada peranan-peranan yang terdahulu seperti Penyadar, Pemberangsang dll.

Selamat mencuba dan maju jaya.

 

M Nasser Ismail

Personal & Executive Coach
Neuro-Semantics & NLP Trainer


 
 
  Today, there have been 120 visitors (145 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free