To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  5 Abdul - Gaya Perhubungan Virginia Satir - 3
 




sambungan 3


2) B – ’Bukan aku....kau kau..’ (Penyalah, Penuduh/’Blamer’)



 


Sikap atau gaya B, iaitu ’Bukan aku...kau kau.!’, ialah sikap penuduh atau penyalah.  Didalam bahasa Inggeris ia dinamakan ’Blamer’, suka menyalahkan orang lain.

Secara konsep nya, saorang yang bersikap atau bergaya B ini cari orang lain untuk disalahkan atau di pertanggungjawabkan atas perkara sesuatu, samada perkara yang salah, tidak disetujui ataupun perkara yang tidak dia capai. Orang yang bersikap B ini biasanya keluarkan pemikiran dan perasaan nya kepada orang lain dengan melulu saja.

Ia juga sering menggunakan gerak-geri yang mengalihkan perhatian sesuatu perkara itu ke tempat lain atau kepada orang lain.  Dan kadangkala sambil menunjukkan kearah orang lain dengan jari nya. Bahasa digunakan pun biasanya keras dan boleh sampai mengeluarkan kata-kata kesat.  Contoh, ‘Dialah yang salah, biar dia rasa…biarkan dia yang menjawab..bodoh!”

Sekiranya orang yang bersikap B ini tidak sedar atas sikap dan kelakuan nya ini, dan tidak berubah, dia bukan hanya akan tersingkir oleh orang lain, malahan dia akan rasa tersingkir, menjadi bersendirian dan sepi dalam hidup perhubungan nya dengan orang lain.

Orang yang bersikap dan bergaya B ini biasanya melambangkan saorang ’Visual’ dalam postur tubuhbadan nya, penafasannya serta gerak-gerinya.  Postur badan mengisyaratkan bahwa kesalahan itu ada pada orang lain.  Dengan bersikap B ini dia merasa yang dia ada kuasa dan menguasai sesuatu keadaan itu.  Dia juga merasa yang dia lebih tinggi pangkatnya, peringkatnya, atau kedudukannya dari orang lain.

Mengenai gaya tangannya pula, dia biasa menunjuk jari ke arah orang lain atau kepada sesuatu yang nak diarahkan perhatian atau tanggungjawabnya.  Tapi, bukan kearah diri nya.  Tapak tangan nya pula bukan lah seperti sikap/gaya A.  Tidak menadah keatas tetapi kebawah saja.

Bahasa yang digunakan pula banyak yang berunsurkan ’generalisasi’ atau memukul-rata saja, menggunakan perkatan seperti ’Semua orang!.....Tak ada satu pun...Memang dia semua macam tu....Diaorang semua tu yang harus disalahkan’

Sekiranya sesuatu komunikasi berlaku diantara saorang Gaya B (Penyalah/Penuduh/Blamer) dengan saorang Gaya B yang lain, pendek kata mereka akan terus berbalahan dan tidak akan tercapai apa-apa matlamat. Persetujuan?  Jauh sekali!

Sudah tentu orang yang bersikap B ini sering menggunakan perkataan yang mendorong kepada perbalahan.

Apakah keadaan dalaman nya? Orang yang bergaya B ini biasanya berada didalam keadaan negatif, iaitu tidak positif atau jarang sekali positif.  Sikap dan gaya B ini juga boleh melambangkan keadaan kesendirian atau kesepian.  Kadangkala juga ia melambangkan sikap yang kurang berkeyakinan positif, selalu rasa yang dia adalah kalangan orang-orang yang ‘tidak berjaya’.  Kadangkala, sikap seperti ini menjadikan sesaorang itu terus rasa yang dia harus atau mesti mempertahankan dirinya untuk menunjukkan yang dia adalah sebaliknya menjadi defensif.

Apakah pula kesan sikap/gaya B ini pada orang lain?  Orang lain juga akan merasa yang mereka harus merespon balik secara defensif.  Mereka juga rasa yang mereka harus bertindak balik dengan setimpal.  Jadi, apakah akibat nya?  Parah?

Sungguhpun kadangkala saorang bersikap/gaya B ini merasa dalam diri nya yang ia berlaku tegas, tetapi gerak-gerinya lebih menunjukkan yang dia berkelakuan lebih aggresif dari tegas.

Orang bersikap/gaya B ini gunakan paten kata-kata khusus yang bertujuan untuk menunjukkan yang mereka adalah ‘in-charge’, ’aku boss’, berkuasa, dan ’aku tak hiraukan siapa saja’, sebagai contoh.  Jadi kata-kata biasa yang digunakan termasuk: “Kau tidak pernah menghiraukan perasaan ku, jadi apa aku kisah dengan pendapat kau!”

Saorang rakan saya memberitahu isteri saya bahwa saorang rakan nya di negara jiran pernah mengirimkan email mengenai saorang rakan wanita nya yang telah membuka tudong nya (hijab) dan tidak memakai nya lagi.  Dia memberi amaran pada rakan nya untuk berhati hati dengan mempelajari NLP.  Dengan secara tak langsung menuduh pelajaran NLP sebagai satu penyebab yang telah membuat orang itu membuka tudong nya.  Benar kah?  Jadi jarinya ditunjuk ke arah mana? Ke ’NLP’! Dia ’Blame’ NLP kerana itu?  Ini jelas satu pengalihan ’tanggungjawab’ kearah yang ingin ditujukan. 

Cuba perhatikan disini.  Rakan wanita nya membuka tudung selepas mempelajari NLP, sementara ramai yang lain telah pelajari NLP dan telah menghasilkan satu peringkat pembinaan diri - menjadi cemerlang dalam kerjaya, pendidikan, perhubungan, kewangan, kesihatan hatta dalam menjana keimanan yang lebih teguh.  Kita lihat disini, sementara saorang itu mengasah spiritualnya dengan meninggikan tahap khusyu’ nya didalam solat kepada Allah swt dan memperbaiki amalan nya, rakan ’kita’ ini pula ’develop’ diri dengan cara yang berbeza.  Dan menuduh NLP kerana perubahan yang dilihat nya itu, adakah menasabah?  Mungkin.  Tapi kenapa ada perbezaan diantara mereka?  Jawapan nya terkandung didalam rangka pemikiran orang itu sendiri. Persoalan nya, apakah rangka pemikiran yang telah ia bina untuk melahirkan tindakan-tindakan seperti itu?  Sebenarnya, itu lah ‘rangka nya’ hai kawan, rangka pemikiran nya! (‘It’s the frame, my friend!’) Rangka pemikiran nya yang telah menentukan nilai-nilai, makna-makna, maksud, kepercayaan nya, keinginan nya dan lain lain lagi, atas sesuatu perkara yang dilakukan nya.

Dalam contoh yang lain, saorang anak perempuan telah membuka hijab nya dan diantara lain menyalahkan bapa nya kerana telah berlaku terlalu ’strict’ terhadap nya. ’Strict’? (Disini soalan-soalan meta-model boleh digunakan untuk mengeluarkan pandangan yang lebih jelas tentang perkataan ’strict’ itu.) Ini juga adalah satu contoh gaya B (’Blamer’).   Sebenarnya, didalam keadaan apakah yang dirinya terperangkap sehingga gaya B ini dipilih?  Negatif? Mengalihkan sesuatu tanggungjawab? Kurang keyakinan diri? Bersalah? Menutup sesuatu?  Rangka-pemikiran yang tidak ’resourceful’?  Nilai-nilai diri, makna terhadap sesuatu insiden yang tidak menghasilkan satu kebaikan?  Jadi, apabila saorang itu terperangkap dengan banyak perkara negatif didalam perbuatan dan perilakunya, dia mula bertindak secara defensif dan juga aggresif untuk menyalahkan saorang yang lain atau sesuatu yang lain, maka terserlah lah gaya B ini.


Keadaan Yang Berguna

Sikap dan gaya B pula ada kegunaan nya. Ia berguna apabila kita ingin membuat sesuatu kata-putus terhadap sesuatu yang di bincangkan. Dan ia juga berguna kadangkala dalam keadaan kecemasan (’emergency’) apabila dia rasa ’in-charge’ dalam sesuatu keadaan dan harus buat satu tindakan cepat, tak kisah apa orang lain cakap.

(Balik ke muka surat asal, klik hyperlink dibawah ini.)

transcend-n-actualise.page.tl/5-Abdul-_-Gaya-Perhubungan-Virginia-Satir-_-1.htm



 




 

 
 
  Today, there have been 116 visitors (140 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free