M Nasser Ismail, 2010
Apakah kajian yang telah dilakukan?
Apa dia barah dan sel-sel barah?
Apa dia lymphocytes dan bagaimana sistem immune kita memain peranan?
Bagaimana kah boleh kita menyokong sistem immune kita untuk membanteras sel-sel barah?
Apakah teknik NLP yang boleh kita gunakan sebagai rawatan diri?
Kajian dan Ilmu Immuniologi
Salah satu penyakit yang amat di geruni oleh ramai orang selain dari serang jantung adalah penyakit barah. Penyakit ini menyerang dengan tidak ada batas pada siapa, bangsa apa, ugama apa, baik tua atau pun muda, lelaki mahupun perempuan.
Di sini saya dapat nukilkan tulisan dari ahli NLP yang terkenal mengenai bagaimana NLP boleh menjadi satu pendekatan alternatif untuk merawat diri sesaorang yang di serang oleh penyakit barah ini.
Kita perhatikan kajian yang telah di lakukan oleh ramai ahli-ahli perubatan terkemuka di dunia ini, dan bagaimana sistem immune kita memainkan peranan dalam menghindari tubuh kita dari di hinggapi oleh penyakit ini. Kemudian kita akan membahaskan kesan emosi negatif terhadap turun naik nya perkembangan sel-sel barah didalam tubuh badan kita. Teknik-teknik NLP akan disertakan sebagai satu ringkasan penggunaan nya. Teknik Terapi Time LineTM yang di usulkan oleh Dr Tad James akan juga di sentuh di sini.
Kita mulakan dengan melihat kajian-kajian yang telah dilaksanakan.
Selama beberapa tahun kebelakangan ini, ahli-ahli professional kesihatan di barat telah mendapati bahwa minda mempunyai kuasa hebat untuk merawat tubuh badan sesaorang itu. Kajian pertama telah di terbitkan oleh Dr Carl dan Stephanie Simonton dari Dallas Texas berkaitan dengan rawatan barah. Dia memantau seramai 159 orang yang telah di diagnos dengan barah yang tidak boleh pulih secara perubatan. Jangka masa kehidupan nya adalah 12 bulan. Stephanie Simonton melaporkan bahwa selepas 2 tahun kemudian, 14 pesakit tidak mempunyai sebarang petanda barah didalam tubuh mereka, 29 mempunyai tumor yang stabil atau mengecut, dan hampir kesemuanya hidup lebih dari jangkaan masa yang di berikan. Pengkaji ini (Carl dan Stephanie Simonton ini) menggunakan kombinasi cara biofeedback, visualisation, senaman, penetapan matlamat (goal setting), penghuraian konflik dalaman, melepaskan rasa kebencian dan dendam, dan mendapatkan sokongan keluarga. Mereka menerangkan kejayaan mereka berdasarkan dengan ilmu psychoneuroimmunology (cara minda mempengaruhi sistem urat saraf dan dengan itu mempengaruhi sistem immune).
Ernest dan David menggunakan satu model lain yang dinamakan Mind-Body Therapy (1988). Mereka menggunakan komunikasi hipnotik pada minda unconscious. Manakala Robert Dilts, Tim Hallbom dan Suzi Smith memberikan rangka pemikiran NLP untuk memahami proses yang sama melalui terbitan nya mengenai kepercayaan (Beliefs, 1990). Robert Dilts menerangkan bagaimana ia menyembuh ibunya dari penyakit barah selama 4 hari menggunakan NLP dengan merubah kepercayaan-kepercayaan terbatas yang ada pada diri ibunya, dan menghuraikan konflik dalaman. Ian McDermott dan Joseph O’Connor pula menerbitkan buku NLP and Health (1996) yang memberikan review yang penuh bagaimana teknik NLP boleh digunakan untuk menggerakkan sistem immune bagi penjagaan kesihatan dan menyembuh penyakit.
Teknik NLP telah pun di kaitkan dengan perubatan barah dalam banyak terbitan. Saorang pengamal NLP dari New Zealand Anthony Wightman menerangkan kejayaan nya merawat barah kulit dan leukemia. Dia membayangkan cahaya laser membakar sel-sel barah itu, dan kemudian mengisikan tubuh nya dengan ‘satu cahaya emas yang berkembang besar menyelubungi dengan lembaga kesihatan semua sel-sel yang ada sambil membasmikan segala sel-sel yang tak sihat’. Lalu dia juga menerapkan serika panas dalam bayangan nya itu pada sebelah dalam urat saluran-darahnya yang berhampiran dengan barah kulit itu untuk menghentikan merebaknya dan berdarahnya apabila sel-sel itu gugur. Sebelum merawat barah kulit nya itu, dia telah di diagnos oleh 3 orang doktor. Selepas diri nya pulih, doktor-doktor ini didapati membuat pengakuan yang berlainan pula. Mereka berkata mungkin mereka telah salah diagnos. Hematologis nya pun rasa payah untuk menerangkan perubahan pada leukemia nya itu. Anthony berkata, “Saya percaya setakat ini kita hanya mengetahui perkara ini pada permukaan kebolehan diri kita sahaja. Masadepan kita pasti diisikan dengan ruang yang lebih cerah untuk membuat penyelidikan minda, hati dan jiwa kita.”
Greer (1999) berkata, untuk memahami apa Anthony telah lakukan, perlu kita tahu bagaimana tubuh kita biasanya memelihara sel-sel sihat. Sel-sel tubuh kita bukan hanya menyimpan maklumat genetik mengenai diri kita sahaja. Dia juga perlu memantau dimana didalam tubuh kita ini terletaknya sel-sel itu, jadi dia tahu apa kerja mereka bila berada didalam sekumpulan sel-sel itu. Sebagai contoh, sel-sel pada kulit kita perlu mengetahui yang dia adalah sel-sel kulit. Dia melakukannya dengan memeriksa sel-sel apa yang berada di sekeliling nya. Kalau sebutir sel itu mempunyai arahan-arahan genetik yang telah dirosakkan berulang kali, ia boleh hilang pengetahuan nya mengenai dimana ia berada dan kerja apa yang seharusnya ia lakukan. Ini boleh terjadi dengan sebab adanya kimia-kimia yang toxic/beracun, radiasi, atau ‘radikal bebas’ (bahan kimia yang keluar dari oxidasi tubuh secara normal dan terkumpul sepanjang hidup kita). Kalau sebutir sel telah rosak, cukup untuk ia hilang panduan diri nya dimana dia berada dan bagaimana ia dapat memadankan diri nya dengan sekumpulan sel-sel yang ada disekelilingnya, dia akan mula berpecah-kembang secara random, dan tidak pula mengikut kadar cepatnya penumbuhan sel pengganti nya. Dalam keadaan ini, sel-sel ini di kategorikan sebagai sel barah. Sebenarnya sebelum tahap ini berlaku, kerosakan genetik seperti ini biasanya telah diperbaiki. Ini adalah satu kemungkinan yang jarang dibincangkan dalam bidang oncology (rawatan barah). Walaubagaimanapun, tubuh badan ini biasanya berkeupayaan untuk memperbaiki kerosakan genetik kecuali kalau ada halangan-halangan lain pada tindakan immune kita. Kemurungan psikologikal telah terbukti menjadi salah satu faktor penghalang pembaikan ini (Kiecolt-Glaser, 1985).
Tubuh badan kita menganggap sel-sel barah ini timbul hanya kadang-kadang saja, dan sebahagian sel-sel darah putih (lymphocytes) boleh mengenal sel-sel yang ‘bingung’ ini dan menandakan nya supaya lymphocytes lain ( sebagai contoh, sel “T” dari gland Thymus) boleh menghapuskan nya. Ini juga menunjukkan bahawa tubuh badan yang normal dan sihat kadang-kadang juga menjana sel-sel barah, dan lymphocytes yang normal dan sihat akan mengkitar (recycle) sel-sel barah itu secara natural. Lymphocytes ini adalah penerapan ‘sistem immune’ yang mengawal anda dari serangan luaran dan ’kesalahan’ dalaman. Sungguhpun barah itu telah berkembang lebih dari satu peringkat sel itu, sistem immune ini akan terus mengawal anda.
Menyokong sistem immune badan kita secara langsung membantu untuk menyembuh penyakit barah. Ini dianggap sebagai satu intipati bagaimana NLP dapat menyumbang pada perawatan penyakit barah ini. Menariknya, tak banyak nasihat yang diberikan oleh pakar barah (oncologists) tentang bagaimana kita boleh membantu sistem immune kita. Dan banyak rawatan barah ‘orthodox atau tradisional’ ’mengorbankan’ sistem immune ini dengan membuang gland-gland endocrine dan node-node lymphocyte, ataupun dengan membunuh lymphocytes sama sekali (yakni, dengan radiotherapy dan chemotherapy kita mengurangkan tahap lymphocyte). Itu tak bermaksud yang rawatan cara ‘orthodox’ ini salah. Ia hanya di pandang sebagai satu rawatan yang tidak menumpukan pada pembinaan sistem immune. Apa saja yang kita lakukan disini, kita perlu ingat akhir sekali, bahwa sistem immune ini lah satu-satu sistem yang kita bergantung untuk menyembuhkan dan mengawal penyakit barah ini. NLP memberikan satu model yang berkesan untuk menambahbaikkan tindakan immune ini. Cara ini berguna sebagai satu pilihan alternatif kerana rawatan ‘orthodox’ ini telah terbukti memberikan kejayaan ‘expected’ yang amat rendah.
Ada dua cara dimana proses-proses seperti NLP boleh menunjukkan bagaimana kita membantu untuk mengalihkan fungsi immune ini. Yang pertama ialah dengan cara terapi, dimana kita boleh ubah keadaan (mental dan emosional) umum dan sikap sesaorang itu terhadap kejadian-kejadian yang berlaku dalam hidup nya. Kajian yang pernah dilakukan telah memaparkan bahwa (1) perasaan kehilangan dari kematian sesaorang itu atau sebagai nya dan (2) keadaan mood negatif yang telah diterapkan secara experimental, kedua-dua nya telah terbukti menghalang pengeluaran lymphocyte tubuh badan sesaorang itu (Bartrop et alia 1977, Schleifer et alia 1983, Futterman et alia, 1994). Kesedihan yang berterusan dan kemurungan, adalah keadaan yang meninggikan risiko barah. Sebarang intervention (campurtangan atau rawatan) yang membolehkan sesaorang itu melepaskan/membebaskan keadaan-keadaan negatif seperti itu akan menghasilkan kesan yang positif pada penyembuhan tersebut.
Dan, gaya proaktif untuk bertahan dengan tekanan atau stress ada kaitan nya dengan pertambahan aktiviti sel ‘T’ (Goodkin et alia, 1992). Itu bermakna, apabila saorang itu berada didalam satu keadaan dimana mereka merasa kehidupan mereka itu tetap teguh dalam jagaan dan kawalan mereka sendiri, dan berkuasa untuk membuat pilihan tertentu untuk mereka bagi masa depan mereka, terbukti dalam satu pemeriksaan sel-sel ’T’ mereka, sel-sel ini semakin lebih aktif untuk menghapuskan sel-sel barah itu.
Kajian juga menunjukkan bahwa aktiviti lymphocyte boleh di ‘sauh’ (anchor) dengan menggunakan teknik NLP yang dinamakan ‘anchoring’ (Buske-Kirschbaum, 1992). Keadaan diri yang teguh-mengawal-kehidupan diri sendiri ini boleh di ‘sauh’ dan ditambahbaiki sama seperti men’sauh’ keadaan (mental dan emosional) yang lain, dengan hasil respon immune yang bertambah baik.
Cara kedua dimana gaya intervention NLP boleh membantu fungsi immune ialah dengan “mengarahkan” lymphocyte untuk melakukan kerjanya lebih efektif lagi. Arahan ini boleh dicapai dengan membayangkan lymphocytes itu mengenali atau cam sel-sel barah itu lalu menghapuskan nya. Satu andaian (metafora) boleh digunakan; sebagai contoh, menggambarkan lymphocytes ini sebagai seekor ikan yang terlalu lapar, yang aktif memakan kesemua rumput-rumputan didalam sebuah tasek. Pesakit yang mengidap penyakit barah, yang dilatih cara menenangkan diri (relaxation) dan visualisation (bayangan) yang terpimpin dan terpilih, menunjukkan lebih tinggi hasil aktiviti sel ‘T’ nya daripada kumpulan ujian terkawal (control group) (Walker, 1997).
Nicholas Hall, di Universiti South Florida, menerangkan satu kajian lagi dimana dia mendapati yang lymphocytes dari wanita yang menghidapi penyakit barah payudara, itu berhasil untuk menggandakan nya secara berkesan dan meleburkan dan ‘menelan’ sel-sel barah itu dengan lebih efektif lagi, selepas melakukan bayangan terpimpin (guided imagery) itu (Batt, 1994, p151). Kesan latihan bayangan atau ‘visualisation’ ini sungguh tepat dan bila saja saorang itu diajar untuk membayangkan lymphocytes mereka melakukan satu aktiviti yang khusus, ia akan benar-benar berkembang dan bertambah, tapi bukan unit-unit sel yang lain (Hall et alia, 1992).
Bagaimanakah ahli saintis mendapatkan hasil kajian tersebut, sungguhpun telah di gandakan dengan beberapa macam jenis barah? Mereka sebenarnya mangambil lymphocytes itu keluar dari badan sesaorang itu dan letakkan nya di dalam ‘test-tube’ bersebelahan dengan sel-sel barah dari orang yang sama. Apa yang menakjubkan ialah apabila sel-sel itu telah ‘diberikan arahan-arahan tertentu’ dengan proses pembayangan (‘visualisation’) yang telah dilakukan nya, lymphocytes itu terus mengikuti nya sungguhpun telah dikeluarkan dari badan. Ini terjadi walaupun selepas beberapa bulan dikeluarkan dari badan nya.
Cytotoxic T Lymphocyte
Menggerakkan Sistem Immune Untuk Mengawal Dari Penyakit Barah
Banyak kajian yang diterangkan pada awal ini tertumpu pada kesan mood dan sikap hidup kita pada respon lymphocytes yang ada didalam tubuh badan kita. Hasil ini ada kaitan dengan satu kajian yang menunjukkan bahwa ada 2 faktor psikologikal utama yang ada hubungkait dengan perkembangan sel-sel barah ini: 1) kehilangan satu perhubungan yang penting bagi sesaorang itu yang diri nya menganggap sebagai satu “penyebab untuk diri nya terus hidup”, dan 2) penentangan/pemusuhan yang tidak terluah/diluahkan (yang tersemat didalam diri nya).
Dalam satu kajian, 72% dari pesakit barah telah dikenalpasti terdiri daripada orang yang mengalami ‘kehilangan satu perhubungan penting (baru-baru ini)’ apabila dibandingkan dengan 12% dari kajian dari kumpulan ‘terkawal’ (control group). Dalam kajian yang sama pula, sebanyak 47% dari pesakit barah itu telah di dapati tergolong dari kalangan orang yang memperolehi ‘penentangan yang tak terluah’, berbanding dengan 25% dari cagaran dari kumpulan ‘terkawal’ (control group). Ini membolehkan penyelidik untuk meramalkan kumpulan pesakit manakah yang berkemungkinan mendapati penyakit barah dengan penepatan 95%, hanya dengan memerhatikan dua faktor ini saja.
Satu tujuan rawatan secara NLP untuk membantu ’melawan’ sel-sel barah ini adalah untuk menghilangkan kedua-dua faktor ini ( kehilangan satu perhubungan yang penting dan penentangan yang tidak terluah/diluahkan.), dan memperbaiki keadaan pesakit itu dengan:
1. Menciptakan daya bertujuan atau bermatlamat dalam hidup pesakit itu.
2. Menetapkan tujuan masa depan sesuai dengan matlamat itu.
3. Penyembuhan kesedihan dan kemurungan.
4. Melepaskan kebencian dan kemarahan.
5. Belajar kemahiran untuk meluahkan emosi secara efektif.
6. Menyelesaikan konflik dalaman dan luaran.
7. Mengembangkan gaya bertahan yang proaktif bukan pasif (atau yang tak berdaya).
Untuk menyatakan lebih positif lagi, kita boleh mengatakan bahwa kewujudan barah ini adalah satu mesej daripada sistem immune orang itu, memberitahunya yang dia perlu melepaskan sesuatu emosi yang stressful itu, huraikan konflik dalaman itu, dan ciptakan kehidupan masa depan yang penuh harapan untuk terus hidup dengan bahagia.
Satu risiko yang terdapat dari model ini sebagai satu jalan untuk memahami sesuatu penyakit barah itu, adalah dengan membuat anggapan bahwa kewujudan sel-sel barah itu ada kaitan nya dengan sesuatu bahagian dalam diri kita yang bercanggah atau berkonflik. Apabila saorang pesakit (atau klien) itu tidak dapat menghilangkan sel-sel barah itu dengan menggunakan teknik NLP yang bernama ‘parts integration’, ada bermacam lagi usul teknik NLP yang boleh dicuba gunakan. Ianya seperti Time Line Therapy, Imprinting, Core Transformation dan lain lain lagi. Kita perlu ingat bahwa, sebahagian pesakit akan mengambil masa yang lebih panjang untuk pulih dari sebahagian yang lain. Jadi kita harus memahami hakikat itu dan terus berusaha. Kita juga harus bersikap terbuka dengan mempercayai pada hakikat nya yang otak kita senantiasa mempelajari proses-proses baru dan kita harus memberi peluang pada diri sanubari kita yang perubahan insya-Allah akan berlaku.
Dilts, Hallbom and Smith (1990) merasa yang ada baik nya gambaran atau imej-imej seperti sekelompok kambing-kambing sedang memakan rumput-rumputan digunakan dalam teknik ‘visualisation’ itu dari gambaran yang mengandaikan satu ‘peperangan’ dengan sel-sel tersebut. Ini dilakukan untuk mengelak dari timbulnya konflik dalaman lain pula, dengan bahagian-bahagian lain. Simonton menunjukkan juga dalam kajian nya bahwa cara-cara seperti yang tercatit dibawah ini memberi kesan yang baik dalam usaha kita untuk menyembuhkan penyakit barah ini;
1. Mempelajari bagaimana untuk menenangkan diri sepenuhnya.
2. Membayangkan sel-sel barah ini sangatlah lemah dan bingung, daripada membayangkan nya agresif.
3. Membayangkan lymphocytes ini amat banyak, berjuta-juta jumlah nya, kuat, hebat, penuh tenaga dan sedia untuk menghapuskan atau mengkitarkan sel-sel barah itu.
4. Membayangkan diri anda dan mengaitkan diri anda sebagai lymphocytes itu sendiri dengan mengalami tindak-tanduk nya.
5. Membayangkan yang rawatan barah ini hebat dan positif, dengan segala kerosakan sampingan pada sel-sel sihat anda itu di perbaiki dengan mudah sekali.
6. Membayangkan dan melihat diri anda mencapai tujuan atau matlamat hidup anda dari kesan sembuh anda itu.
Menciptakan representasi penyembuhan dalaman ada kaitan nya dengan efek ‘placebo’, dimana kepercayaan yang kesembuhan itu akan berlaku di tekankan. Bagaimanapun, ada satu perbezaan. Pesakit itu tak perlu “mempercayai” representasi dalaman nya untuk ia berhasil. Mereka hanya perlu dengan rela hati untuk membuat representasi dalaman itu dengan cara berterusan.
Saorang ahli psikologi Bruno Klopfer (1957) merujuk satu contoh “kepercayaan sebagai satu kuasa penyembuh” dengan menceritakan kisah saorang pesakit bernama Wright. Wright mengidapi lymph sarcoma diperingkat terlalu advance; yakni penyakit barah yang telah merebak melalui sistem lymph keseluruhan anggota badan nya. Sebab jangka masa hidup nya kurang dari tiga bulan, Wright tidak layak untuk menggunakan ubat experimental baru bernama Krebiozen yang telah diuji di hospital itu. Tapi Wright percaya yang Krebiozen adalah salah satu harapan nya. Dia merayu pada doktor nya dan akhir sekali doktor itu bersetuju untuk memberikan dia satu suntikan ujian.
Hasil nya sungguh menakjubkan. Dalam beberapa hari saja, tumor saiz sebesar buah limau yang telah merebak keseluruh badan nya, telah menjadi separuh dari saiz asalnya. Dalam masa 10 hari pula, Klopfer bersetuju untuk memberinya rawatan ujian penuh, dan Wright telah menjadi cukup baik untuk dikeluarkan (discharge) dari hospital itu. Dalam dua minggu sahaja dia telah bertukar dari saorang yang hanya ingin selamat saja dengan dimasukkan oxygen dan drip ubat kedalam badan nya, ke saorang yang dapat pulang kerumahnya dengan menerbang pesawatnya sendiri. Walaubagaimanapun selepas 2 bulan dengan kesihatan yang sempurna, Wright membaca surat khabar tentang rawatan Krebiozen. Dalam laporan akhbar itu, ujian-ujian nya semua telah didapati gagal; Krebiozen tidak mempunyai efek yang boleh diukur keberkesanan nya.
Apakah kesan maklumat yang dibacanya dari akhbar itu? Dalam beberapa hari saja, tumor nya pun di dapati telah tumbuh kembali dan Wright sekali lagi diberikan hanya beberapa minggu sahaja untuk hidup. Pada saat ini, Dr Klopfer memutuskan untuk membuat ujian. Dia memberitahu Wright yang ujian asal itu dibuat dengan Krebiozen berkuali rendah, dan ada yang baru dibuat pula. Yang baru ini lebih halus. Kekuatan nya dua kali ganda dan sekarang stok nya boleh didapati dari hospital itu. Dia pun mula memberikan beberapa suntikan “Krebiozen Super” (sebenarnya hanya menggunakan air sahaja). Pemulihan kedua Wright ini lebih cepat lagi dari yang pertama. Sekali lagi dia terbang balik dengan bebas dari simptom barah itu. Kepercayaan dia telah memulihkan diri nya. Bayangkan!
Ada banyak yang boleh dilakukan untuk menyokong sistem immune ini secara fizikal. Perubahan diet adalah satu intervention yang jelas untuk menambahkan respon immune itu. Kaitan diantara menghisap rokok dan penumbuhan barah itu memang sudah kita maklum, tetapi diantara meminum arak dan barah (Lundberg dan Passik, 1997) itu kurang pengenalan nya malah sama keraguan nya. Penting nya memakan berdiet berdasarkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk meninggikan tahap antioxidant (antioxidant seperti vitamin C dan E menghalang barah merosakan sel-sel) itu memang sudah diketahui ramai.
Ada saranan untuk beralih dari Omega 3 dan Omega 9 asid lemak ke Omega 6. Tapi ini kurang difahami tapi ianya harus dikaji penuh. Omega 6 asid lemak terdapat didalam kebanyakan margarines atau minyak makan (Rose, 1997). Omega 9 asid lemak terdapat dalam minyak zaitun dan minyak Canola. Omega 3 asid lemak terdapat didalam ikan dan minyak shellfish (seperti minyak Lyprinol dari New Zealand) dan dalam minyak linseed (bijian flax).
Dr Lilian Thompson di Toronto telah berikan pesakit yang mengidap penyakit barah nya itu 25 gram serbuk linseed sehari didalam kueh muffin nya dan menghasilkan kecutan saiz tumor nya dalam 1-3 minggu, yang berlaku diantara masa diagnosis dan masa untuk ia beroperasi untuk membuang barah itu. Kekurangan saiz tumor ini, yang di hasilkan dari memakan bahan makanan biasa yang selamat lagi enak ini, didapati lebih dari apa yang dilihat dari kekurangan yang dihasilkan dari rawatan chemotherapy. Omega 3 asid lemak kelihatan dapat memasuki tissu dan menubuhkan satu suasana yang menyegarkan sistem immune itu (Block, 1999).
Banyak pendekatan alternatif untuk rawatan barah menganggap bahwa barah adalah satu disorder sistem yang diakibatkan oleh tubuh kita yang tidak dapat detoxify dengan sendiri nya.
Bersambung ........Bahagian 2
* Tidak ada tuntutan yang dibuat oleh penulis artikel ini pada teknik penyembuhan yang telah diterangkan. Sekira teknik ini digunakan, ia harus digunakan dengan bersampingan dengan rawatan perubatan dan nasihat doktor atau pakar perubatan yang tertentu.
- Dr Richard Bolstad and Margot Hamblett - Mind-Body Healing of Cancer.
- Dr Tad James – NLP and Time Line Therapy
- Dr Hall, Bodenheimer, Richard Bolstad, Hamblett – The Structure of Personality.
Selamat Sejahtera.