Satu Pendedahan - Satu Penghijrahan…
M Nasser Ismail
2007 (Edition 1) – 2010 (Edition 2)
Faedah apa yang akan saya perolehi dari membaca artikel ini?
Pendedahan pada bidang Neuro-Semantics dan NLP sebagai satu model perkembangan diri dan komunikasi abad ke 21 ini.
Mungkin anda tertanya-tanya pada diri anda?
- Inginkah saya meningkatkan cara saya berkomunikasi dengan lebih berkesan lagi?
- Inginkah saya dapatkan efek maxima dalam kerjaya saya dengan teknologi minda-fiziologi-emosi ini?
- Bolehkah saya tinggikan daya kecerdasan intelek, emosi….saya?
- Dapatkah saya menangani Phobia, Stress, dan lain-lain masaalah yang saya alami?
- Adakah ruang lain dalam menjalani hal-ehwal kehidupan saya yang boleh saya perbaiki ..seperti Perniagaan, Pendidikan, Kaunseling, Perhubungan Manusia, Peribadatan dan Daya Pemikiran saya?
Dari Manakah Asalnya?
Neuro-Semantics dan Neuro-Linguistic Programming (NS-NLP) adalah satu model komunikasi yang ulung buat masa kini - 'a leading-edge' .
NLP mula tercipta pada tahun 1970’an oleh saorang pelajar Sains Komputer dan Ilmu Hisab di Universiti California, Santa Cruz, Amerika Syarikat, yang bernama Richard Bandler, dan dengan saorang pakar linguistik, Dr John Grinder, yang pada masa itu adalah saorang Professor Madya di Universiti tersebut. Bersama, mereka membentukkan satu model linguistik yang dipelajari dan ditemui dari beberapa model individu yang hebat dimasa itu. Diantara mereka adalah Fritz Perls dari Therapi Gestalt, Milton Erickson M.D. dari therapi-hipnotis, Gregory Bateson dari anthropologi dan Virginia Satir dari therapi sistem keluarga. Kegembelengan penemuan mereka ini, sebagai satu campuran Sains Cognitive dan Behavioral, mengakibatkan tertubuhnya sebuah teknologi yang dinamakan Neuro-Linguistic Programming (NLP). Manakala, Neuro-Semantics pula adalah satu bidang yang berkaitan. Neuro-Semantics telah meningkatkan NLP ke tahap yang lebih tinggi lagi melalui pengenalan konsep-konsep Meta-States (Keadaan-Meta) dan the Matrix Model (Model-Matrix). Kedua-dua model ini telah diterapkan oleh penggubah Neuro-Semantics itu sendiri, Dr Michael Hall, saorang pakar psikologi dari Colorado. Amerika Syarikat.
Neuro-Semantics dan Neuro-Linguistic Programming (NS-NLP) memainkan peranan yang penting bagi sesaorang yang ingin meletakkan dirinya berada dibahagian hadapan didalam dunia perniagaan atau dunia korporat sekali pun. Sebagaimana yang kita maklum, perniagaan itu juga adalah satu kegiataan yang ada hubungan langsung dengan psikologi manusia - bagaimana kita berinteraksi diantara kita dan bagaimana kita berfikir, merasa sesuatu dan bagaimana kita berfungsi sebagai saorang peniaga atau sebagai saorang pendidik dan sebagainya.
Interaksi ini bukan hanya terdapat didalam dunia perniagaan sahaja, malahan ianya juga jelas terkandung didalam hal-ehwal kekeluargaan kita sendiri dan kehidupan sosial kita, hiburan yang kita nikmati, kesihatan diri yang kita beri perhatian, pendidikan diri kita, anak kita dan keluarga kita, dll.
Oleh kerana NS-NLP adalah satu model amalan diri, sebagaimana sesaorang itu menjalankan kegiataan hariannya (atau beroperasi dengan dirinya), ia membentangkan kita kepada model-model yang amat praktikal. Kita boleh menggunakannya terus dan mengubah cara kita membuat sesuatu perkara itu dengan baik dan cepat, dan mengarahkan diri kita melakukan sesuatu itu dengan strategi-strategi yang tertentu dan yang lebih efektif atau berkesan. Model-model praktikal NLP ini bersumber dari banyak bidang-bidang berkaitan yang lain. Ianya termasuk Sains Neuro, Psikologi Cognitive, Pembelajaran Pecut (Accelerated Learning), Struktur Mastery, Cybernetics dll.
Mengapakah semua ini penting bagi kita?
Pernahkah anda terfikir, apa perasaan anda sekiranya anda dapat mengetahui bagaimana sesaorang itu berfungsi atau beroperasi pada dirinya dan didalam dirinya juga?
· Apakah program operasi yang mereka gunakan untuk berfikir?...
· Apakah program operasi mereka apabila mereka membuat sesuatu keputusan?....
· Apakah perasaan mereka semasa mendapat perangsang untuk membuat sesuatu?...
· Bagaimanakah program operasi mereka berjalan dalam keadaan mereka dipengaruhi oleh sesuatu atau diyakinkan untuk melakukan sesuatu perkara itu?...
· Bagaimanakah mereka mengambil langkah-langkah baru atau initiatif-initiatif tertentu untuk melakukan sesuatu?
Cuba bayangkan yang kita sedar, mengetahui serta maklum perkara-perkara yang tersebut diatas ini. Tidak kah kita rasa yang pengetahuan ini sahaja telah meletakkan diri kita ke satu kedudukan yang lebih hadapan dari mereka yang tidak mengetahui langsung, atau mereka yang tidak mempunyai sebarang klu mengenai nya?
Apabila NS-NLP mula mengenalkan model pertamanya yang dinamakan “Model-Meta”, kata-kata dan lebih-lebih lagi soalan-soalan khusus digunakan dengan satu corak yang cukup istimewa. Istimewanya adalah - dengan gunakan kata-kata dan soalan-soalan yang ditawarkan oleh Model-Meta ini dalam perbualan anda, anda dapat secara mudah mencungkil, menarik, mengeluarkan dan mengumpulkan maklumat dari sesaorang itu. Bukan hanya mengeluarkan maklumat sahaja yang akan anda perolehinya, malahan anda dapati bahawa anda akan mendapatkan maklumat yang berbentuk kualiti tinggi, tepat serta lurus. Maka itulah, biasanya soalan-soalan Model-Meta ini dinamakan Precision Questioning.
Apakah kemahiran ini penting bagi diri anda, perusahaan anda, pendidikan anda, pengurusan anda dan lain lain lagi? Tentu sekali bukan?
Selain dari itu, bagaimanakah ia berperanan didalam minda sesaorang itu? Apakah anda pernah bertanyakan? Mungkin ia. Jadi, perbualan melalui soalan-soalan “Model-Meta” ini dapat juga membantu sesaorang itu (baik ahli keluarga anda, pekerja anda, murid anda) mencipta dan menghasilkan “peta-minda” yang lebih ‘kaya’. Dan apabila anda dapat menghasilkan “peta-minda” yang kaya dengan sumber-sumber yang hebat, diri anda dapat membantu diri anda sendiri dan juga orang yang sedang anda berhubung-berkomunikasi itu menubuhkan satu matlamat, keinginan, idea, gol dengan lebih jelas lagi. Dan berpandukan dengan matlamat yang jelas, anda dapat membantu untuk mendorong diri anda ataupun orang lain mencapai matlamat tersebut. Dengan dapatnya maklumat yang tepat anda juga boleh memahami sesaorang itu dan apa maksud mereka sebenar. Ini sudah tentu akan mengelakkan diri kita dari salah-faham, justru itu menjauhi diri kita dari kesengketaan perhubungan dengan orang lain. Dan tambah lagi, anda juga dapat berkomunikasi lebih professional lagi dengan cara dan gaya yang boleh memikat hati dan minda orang lain juga. Ini juga amat penting dalam urusan negotiations atau perundingan.
Model ini terbukti sungguh efektif. Corak atau paten NS-NLP lain pun turut muncul dan berkembang dari masa ke semasa. Ini termasuk sebuah paten membina outcome/gol/tujuan/matlamat/hala-tuju yang ‘tertubuh-baik’ yang dinamakan ‘NLP Well-formed Outcome Pattern’. Apakah hasilnya? Diantaranya adalah (i) menambahbaikkan strategi pencapaian, (ii) memerangsang-diri dan initiatif diri, (iii) meningkatkan daya memikir dengan cara ‘running your own brain’, (iv) menjanakan sesuatu dengan lebih proaktif, (v) mengembangkan pembelajaran pecut (accelerated) dari cara mengakses maklumat yang tepat yang menjurus kepada keberkesanan perlaksanaan diri dan urusan anda.
Model-model NLP dan Neuro-Semantics terus berkembang. Selain dari bahagian yang telah diterangkan diatas ini, ada sebuah model lagi yang amat menarik.
Model ini merangkakan cara manusia ’menjalani’ dan menjelajahi kehidupan. Dimana-mana saja yang ia pergi, ia akan membawa bersamanya nilai-nilai nya, kepercayaan-kepercayaan nya, paradigma nya, kriteria-kriteria kehidupan nya, peraturan-peraturan nya dan pendek kata ia akan membawa dengan dirinya peta-peta minda nya. Peta-peta minda anda ini lah menapis segala maklumat yang diterima dari dunia luar itu kedalam diri anda. Peta minda ini menjadi semacam ’model of the world’ atau ’ world view’ anda. Jadi, dengan ‘world view’ anda ini lah anda menjalani hidup anda.
Tapi adakah ‘world view’ anda ini satu realiti? Ya dan bukan. Ia adalah satu realiti dalaman diri anda sahaja dan bukan satu realiti diluar diri anda. Bagi diri anda realiti dalaman anda itu adalah satu kenyataan. Soalannya, adakah realiti anda itu realiti orang lain juga? Tidak. Kadang-kadang ada persamaan tapi bukan 100% sama. Dan sebenarnya, realiti yang terbentuk didalam minda dan sanubari anda itu adalah hasil dari penapisan dalaman melalui peta-konseptual anda yang disebut diatas tadi, seperti nilai, kepercayaan, paradigma dll. Dengan itu perjalanan hidup anda itu seperti satu pengembaraan (memandang, melihat, memerhati, mengalami dunia luar anda) yang anda jalani dengan berkompaskan tanggapan-tanggapan yang dihiaskan dari dalaman diri anda. Tanggapan anda semua telah ditapis. Maka itu, penapis-penapis tanggapan andalah yang mainkan peranan dalam urusan harian anda ini. Penapis tanggapan ini dinamakan ’Perceptual Filter’.
Oleh sebab penapis-penapis ini berunsurkan segala peta-konseptual yang anda tubuhkan ditahap pemikiran anda yang lebih tinggi, ia dikatakan berada di tahap ’meta’, yang bermakna diatas atau lebih tinggi. Dan kehiudpan anda seolah-olah direncanakan oleh penapis-penapis meta ini, ia juga dikenali sebagai program-meta atau ’Meta-Program’.
Justru dengan pengertian ’Meta-Program’ ini timbul lah satu kaedah yang boleh meningkatkan keupayaan anda untuk mempelajari bagaimanakah anda boleh meng-profailkan sesaorang itu dengan menggunakan Penapis-penapis Tanggapan (Perceptual Filters) ini. Gambar rajah dibawah adalah satu contoh kompas yang saya namakan ’the thought compass’. Ia digunakan untuk mempelajari kecenderongan gaya pemikiran sesaorang itu.
Apa gunanya memprofail “Program-Meta” sesaorang itu?
Sebenarnya, salah satu kegunaan nya adalah membolehkan sesebuah pertubuhan, syarikat, atau jabatan kerajaan membuat pilihan terbaik bagi mengisikan jawatan kosong, melantik atau mengambil pekerja baru yang layak. Cara memahami sesaorang itu dengan memahami program-meta yang digunakan membolehkan kita menjana hubungan-baik (rapport) dengan nya...lebih cepat dari biasa yang kita alami. Pada kebiasaannya, menjalin hubungan-baik itu mungkin memakan masa selama berhari-hari atau berbulan-bulan ataupun kadangkalanya bertahun-tahun.
Penjualan - Satu Contoh Kegunaan Program-Meta
Sebagai satu contoh yang ketara, memahami program-meta sesaorang itu juga dapat membukakan jalan bagi saorang eksekutif-penjualan memajukan penjualan nya, kelakonan (performance) jualan nya, dan sudah tentu keberkesanan nya. Dengan ini keyakinan-diri nya pun akan meningkat lebih tinggi lagi.
Mengenai dengan khidmat pelanggan pula, pendekatan program-meta ini juga boleh memberi peluang bagi diri anda untuk memahami keperluan pelanggan anda dengan lebih baik lagi. Dan biasanya anda akan dapat juga menjalinkan hubungan-baik dengan pelanggan anda sendiri. Dan hubungan-baik dengan pelanggan adalah salah satu ciri yang penting dalam proses jual-beli yang baik dan sempurna. Dengan itu juga, apabila anda dapat menawarkan penjualan berdasarkan dengan pesanan yang jelas, mengikuti sasaran yang tepat, penjualan itu akan menjadi lebih ‘customised’ dan lebih ‘personal’ lagi. Sungguh hebat!
Menambah dan mempertingkatkan penjualan dengan cara ini menjadikan penjualan anda itu lebih cenderong kepada kepentingan dan keinginan pelanggan itu sendiri, dan bukan menurut citarasa anda dan bukan membabi buta sahaja….’asalkan jual sudah.’ Dengan cara ini juga, keinginan dan kepentingan yang kita sebutkan tadi terbukti ada kaitannya dengan nilai-nilai yang tersemat dihati pelanggan tersebut. Jadi, pelanggan pun rasa yang pembelian sesuatu barangan dari penjual itu memuaskan hatinya sebab ianya bukan hanya menyentuh pada keperluan pelanggan itu sahaja, malahan menyentuh pula pada sifat yang lebih tinggi dari keinginan itu, yakni nilai barangan itu pada diri pelanggan dan nilai penjualan dan pembelian itu sendiri. Inilah sebenarnya penjualan yang berbentuk Sama-Sama-Menang (Win-Win).
Jadi, apakah kesan penjualan sebagai satu kerjaya, dan bagaimana pula kerjaya lain?
Penjual yang lengkap dengan pengetahuan NS-NLP dilaporkan meraih pendapatan jualan yang lebih tinggi, kepuasan pekerjaan yang bertambah, dan memperolehi keseronokan bekerja yang penuh dibandingkan dengan penjual yang tidak dilatih dalam NS-NLP. Hasil ini typical atau biasa apabila sesaorang itu tahu bagaimana untuk mengenalpasti dan pandai ‘menyesuaikan dengan rentak keinginan’ pelanggan itu sendiri, serta mengenal strategi dalaman nya apabila ia sedang membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan sebelum ia membeli sesuatu.
Dalam ’the business games’ ini, dan juga didalam kerjaya yang lain seperti saorang doktor, saintis, pensyarah, peguam, guru, ahli psikologi, penjual, ahli pemasar, dan juga ahli politik, pelajaran dan kegunaan NS-NLP semakin bertumbuh dan berkembang. Sebahagian dari mereka menggunakan teknologi ini secara terbuka dan sebahagian pula menggunakannya dengan cara tersembunyi. Sebahagian menggunakan paten-paten NS-NLP ini untuk melancarkan perniagaan mereka dan membuatnya lebih efektif lagi, dan yang lain menggunakannya untuk diri mereka sendiri, dengan cara membolehkan mereka ‘menguasai otak/pemikiran’ mereka sendiri sambil menguruskan keadaan-keadaan resourceful (berguna serta pintar) mereka mengikut dasar NLP dengan rangkaian ‘fikiran, tubuh dan emosi’ nya.
Anda akan senantiasa didalam sesuatu keadaan. Suatu keadaan ’mental-fizikal-emosional’ (keadaan ’fikiran-tubuh-emosi). Anda tidak akan kelihatan keluar dari rumah anda tanpa didalam sesuatu keadaan (state). Tetap didalam sesuatu keadaan. Benar? Dan anda juga membawanya kemana-mana saja yang anda pergi.
Keadaan anda kadangkala berubah pada siang harinya dan kadangkala pada malam harinya. Dalam sesuatu masa itu, anda mungkin didalam keadaan riang, keadaan marah, keadaan ingin-mengetahui, keadaan sedia, keadaan pemikiran ‘beracun’ – ‘toxic’ dll.
Mengapakah ‘keadaan’ (‘states’) itu penting?
Keadaan atau ‘states’ yang dimaksudkan adalah keadaan pemikiran, fizikal dan emosional diri kita. Apakah keadaan atau ’states’ ini senantiasa bersama diri kita dan berubah mengikut masa dan waktu dan keadaan? Jadi, apa yang hendak kita pertikaikan lagi? Apakah keadaan kita ini seperti hanyutnya sebuah sampan yang tidak berdayung mahupun bermotor – yang mengalir mengikut arus sungai yang ada? Bolehkah kita mengawalmya dan mengubah haluannya dan hala-tujunya? Apakah keadaan kita ini seperti sebuah sampan berkenaan? Kalau bukan, bolehkah kita ubahkan haluan keadaan kita dengan sengaja? Bolehkah kita pandunya?
Ya, dengan mempelajari teknik-teknik yang tersedia dalam NS-NLP ini anda akan berkeupayaan untuk mengakses ‘keadaan-keadaan’ yang terbaik dari diri anda sendiri agar dapat menghasilkan satu kesan yang lebih positif, membangun dan yang membawa kepada kejayaan diri anda. Dengan itu anda dapat memulakan hari anda dengan lebih ceria, memulakan pekerjaan anda dengan lebih baik, dan menjalankan projek-projek anda dengan lebih bertanggungjawab. Anda juga akan mengalami perasaan yang lebih baik, dengan kurangnya tekanan didalam pekerjaan anda . Stress atau tekanan memang sering dilaporkan oleh akhbar dan journal-journal kesihatan sebagai salah satu fenomena bekerja di zaman ini. Anda akan dapat mencapai tujuan atau gol yang anda citakan lebih efektif lagi. Anda juga akan lebih menonjol dari orang ramai dengan adanya pengetahuan ini. Ini sudah tentu akan menjadikan anda lebih bernilai lagi disisi pertubuhan yang anda sedang berkhidmat. Ianya juga boleh menambahkan keupayaan anda untuk menyumbang dengan lebih baik dan bertambah lagi kepada pertubuhan atau syarikat yang anda berkhidmat. Dengan itu anda akan mendapat kepulangan yang lebih tinggi didalam pekerjaan anda atau perniagaan anda, mendapat lebih wang, dan mendapat kenaikan pendapatan anda yang lebih memuaskan.
NS-NLP juga digunakan oleh sebahagian pengguna, dengan lebih halus dan berkesan. ‘Cendiakawan Penolong’ atau ‘The Helping Professionals” melakukannya. Tindakan mereka ini memperkayakan kehidupan orang lain, menjana perhubungan lebih baik lagi diantara mereka dan orang lain. Mereka juga menggunakannya untuk kepimpinan dan kemahiran pengurusan yang bertahap-tinggi didalam suasana perniagaan yang mencabar. Mereka juga menggunakannya untuk memperkayakan kemahiran semula jadi mereka untuk memprofail sesiapa yang berkenaan untuk faedah atau kelebihan perniagaan peribadi mereka. Ini membuat mereka lebih intuitif mengenai orang-orang (pelanggan atau pesaing) dalam hubungan mereka, justru itu memberikannya perangsang tambahan untuk lebih cekap membuat keputusan yang lebih tepat, penting dan tegap, lebih-lebih lagi di dalam situasi perniagaan yang mempunyai cabaran yang genting.
NLP dan Neuro-Semantics dan penjanaan nya
Dahulu, sebelum saya mengetahui apa itu NLP dan Neuro-Semantics sebenarnya, memikirkan persoalan “memandu-mengawal-menguasai otak sendiri” agak pelik bagi saya. Saya kurang pasti sekiranya perkara ini benar-benar munasabah, perkataan ‘memandu’ itu saya melihat seperti memandu kereta saya sendiri. Konsep seperti ini agak payah untuk saya memahami ketika itu. “Tidakkah saya ‘memandu-mengawal-menguasai otak-pemikiran’ saya sendiri sejak dulu?”, saya sering bertanyakan diri saya. Kalau saya ‘memandu-menguasai’ otak-pemikiran saya, bagaimanakah harus saya lakukan? Dengan cara apa? Peralatan apa yang saya harus gunakan? Dan mengapa kah saya harus lakukannya? Amat pelik juga apabila saya sedari bahwa pemikiran yang datang secara tiba-tiba di-minda saya apabila saya bermula memikirkan sesuatu, datang kadangkalanya dalam se-saat, sungguh laju, berlalu dan kadangkala kembali berlalu dua-tiga kali, ‘fast-forward’ iaitu berputar ke-hadapan dan kadangkala seolah-olah ber-‘rewind’ seperti perakaman video, tanpa menyedari kemanakah ia (pemikiran kita) telah pergi, dan apakah perkara atau benda itu sebenarnya. Melayang dan terus melayang, entah kemana.
Otak saya seperti mempunyai minda tersendiri…jentera tersendiri, berlari kesana kemari dengan tiada tujuan dan tanpa dapat dikawal atau dikuasai, menjana emosi-emosi yang saya rasa selalu ‘memerangkap’ saya daripada saya ‘memerangkap’ nya. Jadi, saya hidup dalam ‘dunia pelayaran.’ Dimana saja pemikiran saya membawa saya, saya terus belayar bersamanya. Dan peliknya juga, pengalaman yang dibawa oleh minda saya ini, mengakibatkan tertimbulnya emosi yang berkaitan dengan ‘pelayaran’ saya itu. Sekiranya, pemikiran saya membawa saya ke dalam keadaan atau pengalaman yang pahit dan geram, emosi saya pun turut berganjak menjadi marah dan muka saya menjadi merah padam, pernafasan saya menjadi singkat dan pendek, dan keseluruhan badan saya menjadi tidak selesa. Mengapa terjadi sedemikian?
Saya lalu mula bertanya pada diri saya, bagaimanakah dapat saya mengawal pemikiran-pemikiran ini agar perasaan saya pun dapat terkawal juga? Bagaimanakah sebenarnya saya dapat “memandu-menguasai’ otak-pemikiran saya ini, kalau seandainya perkara ini boleh dilakukan, berkemungkinan dan munasabah? Saya sekarang merasa bahwa teknologi NS-NLP ini telah membantu mengubah pandangan saya terhadap perkara ini kesemuanya. Ia memberi saya peralatan yang praktikal dan dengan menggunakan bahasa yang benar-benar dapat ‘memandu-menguasai’ otak-pemikiran saya, meng-’edit’ atau menyunting dan mengarah perjalanan pemikiran itu apabila ditayangkan di “Tayangan Minda” saya.
Sungguh menakjubkan juga apabila saya dapat kuasai pemikiran saya dengan menyunting sendiri tayangan minda saya itu, mengarahnya, sambil terus mainkan tayangan itu di “tayangan minda” saya, perasaan/emosi saya lalu menjadi terurus dan terus membentukkan dirinya dengan bentuk pemikiran yang dimainkan itu, setelah disunting dengan suntingan yang baru. Transformasi itu membuat saya agak bingung juga, pada mulanya.
Kemudian, setelah saya tamat dari latihan Pengamal Neuro-Semantics-Neuro-Linguistic dari The International Society of Neuro-Semantics (Colorado, USA) dan Institute of Neuro-Semantics, saya memudahcarakan saorang suri-rumahtangga yang telah mengalami phobia (fobia ular) yang agak serious, melalui proses yang dinamakan ‘NLP Visual-Dissociation’ yang lebih dikenali sebagai “Phobia-Cure”.
Mula-mulanya saya mengenalpastikan struktur pengalaman nya yang berkaitan dengan perasaan phobic itu. Kemudian saya membawa kesedaran phobia itu kepadanya dengan menjemputnya mengembalikan pengalaman nya dengan bayangan-bayangan yang menakutkan itu. Akhir sekali, saya gunakan paten yang disebutkan diatas tadi, lalu ‘zap!’ keseluruhan keadaannya itu. Dalam kiraan saya, saya hanya mengambil masa selama 30 minit untuk membantunya secara gradual menghilangkan perasaan/emosi yang bergantung kuat pada dirinya, selama lebih 20 tahun. Saya rasa itu adalah satu transformasi yang hebat bagi dirinya dan sudah tentu ianya amat memerangsangkan dan memperkayakan kehidupannya lagi.
Menangani ‘Phobia’ ,Tekanan
Phobia (ketakutan irrational) memang tidak asing lagi bagi kita sungguhpun kita sekarang hidup dizaman serba moden ini. Dan menurut majalah Forbes, ada sembilan buah perkara yang biasa ditakuti oleh orang ramai;
(1) Takut dengan binatang/serangga seperti kumbang, pepijat, tikus-mondok, ular, kelawar.
(2) Takut dengan keadaan ketinggian (tempat-tempat tinggi dan sebagainya).
(3) Takut dengan air (seperti perasaan lemas dan cemas)
(4) Takut dengan Pengangkutan Awam (seperti terjerat didalam terowong, peledakan bom dan sebagainya)
(5) Takut dengan Guruh dan Sambaran Petir
(6) Takut dengan Tempat Tertutup (seperti terkandas didalam lif, dimasukkan didalam peti, terkunci didalam bilik dan sebagainya)
(7) Takut dengan Jambatan atau Terowong (seperti menyeberang sungai atau tasek melalui jambatan gantung)
(8) Takut dengan Keramaian (seperti didalam rapat umum, manusia berduyon-duyon didalam perarakan atau temasya),
(9) Takut dengan Berhujah atau Pengucapan-Awam (Public Speaking) didepan khalayak ramai.
Dan menurut kajian Anxiety Disorders Association bahwa di Amerika Syarikat pula ada seramai 19 juta penduduknya menderita phobia khusus (seperti menyeberang jambatan gantung dan terowong), 15 juta penduduknya menderita phobia social (seperti public speaking), dan 2 juta menderita agrophobia (seperti tempat-tempat yang pernah mereka alami serangan panic.) Ini adalah angka yang sangat besar kalau dibandingkan dengan ramai nya penduduk setempat disini.
Penderitaan ketakutan dari phobia ini memanglah tidak resourceful bagi sesaorang itu untuk memajukan diri, sungguhpun ketakutan itu adalah sifat yang dikurniakan oleh Allah swt pada kita sebagai satu benteng diri daripada dilanda bahaya. Oleh sebab ketakutan berphobia berpunca dengan beberapa sebab yang telah dialami oleh sesaorang itu melalui pengalaman fizikalnya sendiri ataupun melalui gambaran dari kaca TV ataupun dari kata-kata atau cerita-cerita dan bahan-bahan akhbar, keadaan ketelanjuran psikologikal-fizikal-emosional ini telah menjadikan sebab utama diri kita mengalami tekanan yang berpunca dengan cara pemikiran yang tidak harmoni, tidak sehat, yang mana ia akan menjejaskan emosi dan perasaan sesaorang itu, sebagaimana yang telah diterangkan diatas mengenai sistem NLP serangkai, iaitu ‘minda-tubuh-emosi’.
Apabila minda disibukkan dan dipaparkan dengan perkara yang kurang sehat, bahan kimia yang berkaitan akan dikeluarkan dari hypothalamus yang terkandung diotak kita, langsung disalurkan keseluruh badan kita melalui urat-saraf dan akhir sekali dirasai oleh seluruh badan kita. Sekiranya ia memikirkan perkara yang menakutkan, kimia yang disalurkan akan menyebabkan seluruh badan bergentar dan penafasan menjadi pendek dan jantung berdenyutan dengan lebih pantas dari biasa. Itulah akibat sampingannya. Ini tidak dapat kita elakkan sekira kita gagal untuk menguasai pemikiran dan bisikan hati pada sesuatu yang toxic yang melanda pemikiran kita. Tentu sekali ianya menghambat saorang itu dari menjalankan kehidupan yang normal dan sehat. Mengembalikan ingatan kita kepada Allah swt Al-Khaliq, Maha Pencipta, lalu berzikir kepadanya (bertahlil, bertahmid, bertakbir dan membaca Al-Quran seumpamanya) sambil berusaha untuk menangani masaalah kita sudah tentu dapat mententeramkan diri dan hati sanubari kita.
Ini telah termaktub didalam Al-Qur’an Al-Kareem. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :
“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)
Selain dari itu, tekanan atau stress pun memainkan peranan yang sama hebat dimasa kini. Baik stress didalam pekerjaan, persekolahan, keluarga ataupun pendapatan.
Pengalaman lain yang ingin saya kongsi kan bersama adalah dengan saorang eksekutif kewangan yang bekerja di salah satu pejabat kerajaan disini. Setelah menerangkan secara ringkas apa itu NS-NLP sambil menggunakan soalan-soalan Model-Meta, didapati bahwa struktur pemikirannya menunjukkan bahwa ia mengalami tekanan kerja yang berat sehingga mengakibatkan dirinya payah untuk memejamkan matanya untuk tidur pada malam hari selama beberapa malam. Ia menjadi kurang tenteram selama tekanan itu berada pada dirinya, ibunya turut merasa ragu, keluarganya pun turut bimbang dengan keadaan seperti ini. Keadaan ini menjejas prestasinya di pejabat dan keadaan keluarganya dirumah juga. Saya menawarkan proses NS-NLP ini, dan ia bersetuju untuk mencubanya. Dengan memudahcarakan proses ini, ia dapat mengeluarkan dirinya daripada perasaan yang diakibatkan oleh tekanan tersebut dan terus merasa lega dan girang.
Sejak itu, beliau tidak lagi mengalami masaalah tidak boleh tidur pada malam hari lagi. Oleh sebab proses ini dapat ia memahaminya dan melakukannya sendiri setelah di ‘pandu’ dengan menunjukkan cara menguasai otak-pemikiran nya melalui “Tayangan Minda” (Movie of the Mind) nya, dia sekarang lebih berkeyakinan untuk menggunakan teknik ini dalam keadaan yang lain. Ini jelas adalah satu transformasi diri yang dapat menempatkan diri kita ke tahap lebih positif dan lebih progresif. Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam, alhamdulillaah.
Sungguhpun contoh yang diberikan adalah sebahagian dari therapi NS-NLP yang berbentuk cognitive-behavioural, kegunaan NS-NLP dan peralatan yang boleh disesuaikan amatlah luas. Baik dalam pelajaran anak-anak, kecemerlangan didalam sekolah dan kerja, pengubahan kelakuan atau tabi’at yang negatif atau yang tidak resourceful yang boleh menghambat daya kita menjalankan pengurusan perniagaan kita atau pejabat kita, ataupun dalam ketekanan dll kegunaan nya amat lah luas.
Pengalaman transformasi seperti ini boleh menjadi hak anda juga, atau menjadi hak anak-anak kesayangan anda, atau ahli keluarga anda yang lain.
Menguasai arah-tuju hal-ehwal anda (..perniagaan dll)
Jadi, dengan kebolehan ini, kebolehan ‘memandu/menguasai’ otak-pemikiran anda, ianya bagaikan satu kuasa yang membolehkan anda menerajui (‘take charge’) kehidupan anda, kerjaya anda, perhubungan anda, dan perniagaan anda dengan lebih efektif lagi dan lebih pintar lagi. Betapa hebat, seronok, dan mengagumkan!
Didalam alam perniagaan, yang mana kebolehan anda untuk memupuk perhubungan, memupuk hubungan-baik (rapport), bond dengan pelanggan anda, dengan berkeupayaan untuk berkomunikasi, dan tahu bagaimana pelanggan anda membuat keputusan, adalah satu kemahiran tambahan yang amat besar faedahnya bagi diri anda, mahupun perniagaan anda.
Rahsianya terkandung pada sifat semula jadi kita. Apabila anda dapat memahami dan seiring dengan ‘model dunia’ pelanggan anda atau sesiapa saja yang berkenaan, mereka akan merasa yang mereka telah difahami oleh anda. Dengan itu anda bukan hanya mendapat perhatian mereka, malahan anda telah mendapat kepercayaan mereka sekaligus juga. Dengan itu, tawaran anda tidak mudah ditolak olehnya. Mereka akan dapat meraihkan faedah dan munafaatnya dari perhubungan dan perniagaan itu, dan anda juga mendapat meraihkan bersama untuk menjalin mahabbah dan matlamat ‘Sama-Sama-Menang.’
Ternyata teknologi Neuro-Semantics dan NLP ini adalah satu model komunikasi yang unggul. Pendedahan kepada nya adalah satu advantage bagi sesiapa saja. Dan memang benar, satu pendedahan yang unik ini akan pasti jadi satu titik-tolak bagi diri anda melayarkan satu penghijrahan yang membina serta hebat. Mahukah anda berada dihadapan?
Selamat majukan diri dan selamat maju jaya.
M Nasser Ismail, ACMC
Neuro-Semantics & NLP Trainer
Personal & Executive Coach
(International Society of Neuro-Semantics, Colorado, USA)