Dari Manakah Asalnya?
Neuro-Semantics dan Neuro-Linguistic Programming (NS-NLP) adalah satu model komunikasi 'leading-edge' masa kini.
NLP mula tercipta pada tahun 1970’an oleh saorang pelajar Sains Komputer dan Ilmu Hisab di Universiti California, Santa Cruz, Amerika Syarikat, yang bernama Richard Bandler, dan dengan saorang pakar linguistik, Dr John Grinder, yang pada masa itu adalah saorang Professor Madya di Universiti tersebut. Bersama, mereka membentukkan satu model linguistik yang dipelajari dan ditemui dari beberapa model individu yang sangat hebat seperti Fritz Perls dari Therapi Gestalt, Milton Erickson M.D. dari therapi-hipnotis, Gregory Bateson dari anthropologi dan Virginia Satir dari therapi sistem keluarga. Kegembelengan penemuan mereka ini, sebagai satu campuran Sains Cognitive dan Behavioral, mengakibatkan tertubuhnya sebuah teknologi yang dinamakan Neuro-Linguistic Programming (NLP). Manakala, Neuro-Semantics pula adalah satu bidang yang berkaitan. Neuro-Semantics telah meletakkan NLP ke tahap yang lebih tinggi lagi melalui pengenalan Meta-States (Keadaan-Meta) dan the Matrix Model (Model-Matrix). Kedua-dua model ini telah diterapkan oleh penggubah Neuro-Semantics itu sendiri, Dr Michael Hall, saorang pakar psikologi dari Colorado. Amerika Syarikat.
Neuro-Semantics dan Neuro-Linguistic Programming (NS-NLP) memainkan peranan yang kritikal bagi sesaorang yang ingin berada dibahagian hadapan didalam dunia perniagaan atau dunia korporat sekali pun. Sebagai yang kita maklum, perniagaan itu juga adalah satu kegiataan yang ada hubungan langsung dengan psikologi manusia - bagaimana kita berinteraksi diantara kita dan bagaimana kita berfikir, merasa sesuatu dan bagaimana kita berfungsi sebagai saorang peniaga atau sebagainya. Interaksi ini bukan hanya terdapat didalam dunia perniagaan sahaja, malahan ianya juga terang terkandung didalam keluarga kita sendiri dan kehidupan sosial kita, hiburan yang kita nikmati, kesihatan diri yang kita beri perhatian, pendidikan diri kita, anak kita dan keluarga kita, dll.
Oleh kerana NS-NLP adalah satu model bagaimana sesaorang itu menjalankan kegiataan hariannya (atau beroperasi), ia membentangkan kepada kita model-model yang praktikal, kita boleh langsung menggunakannya dan mengubah cara kita membuat sesuatu perkara, untuk membuatnya dengan lebih efektif. Model-model praktikal ini ada sumbernya dari bidang-bidang seperti Sains Neuro, Psikologi Cognitive, Pembelajaran Pecut (Accelerated), Struktur Mastery, dll.
Mengapakah semua ini penting bagi kita?
Pernahkah anda terfikir, apa perasaan anda sekiranya anda dapat mengetahui bagaimana sesaorang itu berfungsi atau beroperasi pada dan dalam dirinya?...
· Apakah program operasi yang mereka gunakan untuk berfikir?...
· Apakah program operasi mereka apabila mereka membuat sesuatu keputusan?....
· Apakah perasaan mereka semasa mendapat perangsang untuk membuat sesuatu?...
· Bagaimanakah program operasi mereka berjalan dalam keadaan mereka dipengaruhi oleh sesuatu atau dipujuk untuk melakukan sesuatu perkara itu?...
· Bagaimanakah mereka mengambil langkah-langkah baru atau initiatif untuk melakukan sesuatu?
Cuba bayangkan yang kita sedar dan tahu kesemua perkara ini, tidak kah ia meletakkan diri kita pada kedudukan yang lebih hadapan dari mereka yang tidak mengetahui sama sekali atau tidak ada tanda/klu langsung?
Apabila NS-NLP bermula mengenalkan model pertamanya yang dinamakan “Model-Meta”, perkataan-perkataan dan lebih-lebih lagi soalan-soalan khusus telah digunakan dengan cara tertentu, yang mana hanya dengan cara perbualan itu sahaja, kita dapat menarik dan mengumpulkan maklumat-maklumat yang berkualiti tinggi, yang tepat dan lurus. Dengan perbualan melalui “Model-Meta” ini kita juga dapat mencipta “peta-minda” yang lebih ‘kaya’ yang dapat menjelaskan pada diri kita apa yang kita inginkan sebenarnya, dan bagaimana untuk mencapainya dan bagaimana untuk menjadikan orang lain memahami kita. Model ini telah menjadi sungguh efektif dimana banyak lagi pattern-pattern NS-NLP yang lain muncul dan terus berkembang dari masa ke semasa. Ini termasuk pattern untuk membina outcome/gol atau tujuan atau hala-tuju yang ‘tertubuh-baik’ (well-formed) dan juga yang murni atau enhancing/tambah, bagi memerangsang-diri kita dan initiatif kita supaya kita dapat memandu otak-pemikiran kita sendiri, dan dapat menjanakan sesuatu itu dengan proaktif, dan untuk pembelajaran pecut (accelerated) yang mana kita dapat satu kelebihan dengan terbukanya jalan untuk mencari dan mendapatkan lebih maklumat yang sudah tentu akan digunakan dengan lebih efektif.
Perkembangan model ini juga menjurus kepada pembangunan satu model yang lain dimana ia memerhatikan bagaimanakah cara kita (atau manusia amnya) memandang atau melihat dunia disekelilingnya, dan kemudian menggunakan pengertian itu untuk mempelajari bagaimanakah kita boleh meng-profailkan Penapis Tanggapan (Perceptual Filter) atau “Program-Meta” mereka ini.
Kompas VAKD
Apa gunanya memprofail “Program-Meta” sesaorang itu?
Sebenarnya, ia membolehkan kita menggunakan NS-NLP ini untuk mengisikan jawatan yang kosong, melantik atau mengambil pekerja baru yang layak bagi organisasi-organisasi berkenaan ataupun syarikat-syarikat berkenaan. Cara ini juga membolehkan kita menjana hubungan-baik (rapport) dengan sesaorang itu dengan lebih cepat dari biasa yang kita alami. Pada kebiasaannya, menjalin hubungan-baik itu mungkin memakan masa selama berhari-hari atau berbulan-bulan ataupun kadangkalanya bertahun-tahun. Ia juga dapat membukakan jalan bagi eksekutif-penjualan memajukan diri mereka, menyebabkan diri mereka itu lebih bersedia dan lebih maklum terhadap proses-proses penjualan itu sendiri. Selain dari itu, ia juga dapat membantu eksekutif-penjualan menggunakan pengaruh penjualan mereka sebagai langkah pertama bagi mereka menjelajah masuk ke alam penjualan itu sendiri. Dengan itu mereka akan ternyata lebih bersedia untuk masuk ke gelangang ‘permainan penjualan’ (Game of Sales) itu sendiri dengan lebih berkesan dan lebih berkeyakinan.
Dari pendekatan ini, anda boleh juga memahami lebih baik lagi segala keperluan-keperluan pelanggan itu. Anda juga dapat menjalinkan hubungan-baik dengan pelanggan itu sendiri, yang perlu dalam proses jual-beli yang sempurna. Dengan itu juga, apabila anda dapat menawarkan penjualan berdasarkan dengan pesanan yang jelas, mengikuti sasaran yang tepat, penjualan itu akan menjadi lebih ‘customised’ dan lebih ‘personal’ lagi.
Menambah dan mempertingkatkan penjualan dengan cara ini menjadikan penjualan anda itu lebih cenderong kepada kepentingan dan keinginan pelanggan itu sendiri, dan bukan membabi buta sahaja….asalkan dapat menjual barangan yang ingin dijualnya. Dengan cara ini juga, keinginan dan kepentingan yang kita sebutkan tadi terbukti ada kaitannya dengan nilai-nilai yang tersemat dihati pelanggan tersebut. Jadi, pelanggan pun rasa yang pembelian sesuatu barangan dari penjual itu memuaskan hatinya sebab ianya bukan hanya menyentuh pada keperluan pelanggan itu sahaja, malahan menyentuh pula pada sifat yang lebih tinggi dari keinginan itu, yakni nilai barangan itu pada diri pelanggan dan nilai penjualan dan pembelian itu sendiri. Inilah sebenarnya penjualan yang berbentuk Sama-Sama-Menang (Win-Win).
Jadi, apakah efek penjualan sebagai satu kerjaya, dan bagaimana pula kerjaya lain?
Penjual yang lengkap dengan pengetahuan NS-NLP melaporkan pendapatan jualan yang lebih tinggi, kepuasan pekerjaan yang bertambah, dan memperolehi keseronokan bekerja yang penuh. Keputusan ini adalah tipikal atau biasa apabila sesaorang itu tahu bagaimana untuk mengenalpasti dan pandai ‘bermain dengan rentak’ pelanggan itu sendiri, serta mengenal strategi dalaman nya apabila ia sedang membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan sebelum ia membeli sesuatu.
Dalam permainan perniagaan ini, dan juga didalam kerjaya yang lain seperti saorang doktor, saintis, pensyarah, peguam, guru, ahli psikologi, penjual, ahli pemasar, dan juga ahli politik, pelajaran dan kegunaan NS-NLP semakin bertumbuh dan berkembang. Sebahagian dari mereka menggunakan teknologi ini secara terbuka dan sebahagian pula menggunakannya dengan cara tersembunyi. Sebahagian menggunakan pattern-pattern NS-NLP ini untuk melancarkan perniagaan mereka dan membuatnya lebih efektif lagi, dan yang lain menggunakannya untuk diri mereka sendiri, dengan cara membolehkan mereka ‘menguasai otak/pemikiran’ mereka sendiri sambil menguruskan keadaan-keadaan resourceful (pintar) mereka…yakni didalam keadaan sistem dasar NLP iaitu rangkaian ‘fikiran, tubuh dan emosi.’ Anda tak akan keluar rumah tanpa didalam sesuatu keadaan (state). Anda senantiasa didalam satu keadaan (state). Anda membawanya dimana-mana anda pergi. Kadangkala keadaan anda boleh berubah pada siang harinya dan menukar pada malam harinya. Dalam sesuatu masa itu, anda mungkin didalam keadaan riang, keadaan marah, keadaan ingin-mengetahui, keadaan sedia, keadaan ‘beracun’ – ‘toxic’ dll.
Konsep Keadaan Neuro-Lingusitik
Mengapakah ‘keadaan’ (‘states’) itu penting?
Keadaan atau ‘states’ yang dimaksudkan adalah keadaan pemikiran dan emosional diri kita. Ya, dengan keupayaan untuk mendapat akses kepada ‘keadaan-keadaan’ yang terbaik bagi diri anda itu, untuk memulakan hari anda, atau untuk memulakan pekerjaan anda atau projek-projek yang penting yang anda dipertanggungjawabkan, anda akan dapat menghasilkan keputusan yang lebih positif dan membawakan kejayaan bagi diri anda. Anda juga akan mengalami perasaan yang lebih baik, dengan kurangnya tekanan didalam pekerjaan itu. Stress atau tekanan memang sering dilaporkan oleh akhbar dan journal-journal kesihatan sebagai salah satu fenomena bekerja di zaman ini. Anda akan dapat mencapai tujuan atau gol yang anda citakan lebih efektif lagi. Anda juga akan lebih menonjol dari orang ramai dengan adanya pengetahuan ini. Ini sudah tentu akan menjadikan anda lebih bernilai lagi disisi organisasi yang anda berkhidmat. Ianya juga boleh menambahkan keupayaan anda untuk menyumbang dengan lebih baik dan bertambah lagi kepada organisasi atau syarikat yang anda berkhidmat. Dengan itu anda akan mendapat kepulangan yang lebih tinggi didalam pekerjaan anda atau perniagaan anda, mendapat lebih wang, dan mendapat kenaikan pendapatan anda yang memuaskan.
NS-NLP juga digunakan oleh sebahagian orang, dengan lebih halus lagi, iaitu untuk membolehkan orang lain ‘menguasai otak-pemikiran’ mereka dan mengurus keadaan-keadaan mereka sendiri. ‘Cendiakawan Penolong’ atau ‘The Helping Professionals” melakukannya. Tindakan mereka ini memperkayakan kehidupan orang lain, menjana perhubungan lebih baik lagi diantara mereka dan orang lain. Mereka juga menggunakannya untuk kepimpinan dan kemahiran pengurusan yang bertahap-tinggi didalam suasana perniagaan yang mencabar. Mereka juga menggunakannya untuk memperkayakan kemahiran semula jadi mereka untuk memprofail sesiapa yang berkenaan untuk faedah atau kelebihan perniagaan peribadi mereka. Ini membuat mereka lebih intuitif mengenai orang-orang (pelanggan atau pesaing) dalam hubungan mereka, justru itu memberikannya perangsang tambahan untuk lebih cekap membuat keputusan yang lebih tepat, penting dan tegap lebih-lebih lagi di dalam situasi perniagaan yang genting (kritikal).
NLP dan Neuro-Semantics dan penjanaan nya
Dahulu, sebelum saya mengetahui apa itu NLP dan Neuro-Semantics sebenarnya, memikirkan persoalan “memandu-mengawal-menguasai otak sendiri” agak pelik bagi saya. Saya kurang pasti sekiranya perkara ini benar-benar munasabah, perkataan ‘memandu’ itu saya melihat seperti memandu kereta saya sendiri. Konsep seperti ini agak payah untuk saya memahami ketika itu. “Tidakkah saya ‘memandu-mengawal-menguasai otak-pemikiran’ saya sendiri sejak dulu?”, saya sering bertanyakan diri saya. Kalau saya ‘memandu-menguasai’ otak-pemikiran saya, bagaimanakah harus saya lakukan? Dengan cara apa? Peralatan apa yang saya harus gunakan? Dan mengapa kah saya harus lakukannya? Amat pelik juga apabila saya sedari bahwa pemikiran yang datang secara tiba-tiba di-minda saya apabila saya bermula memikirkan sesuatu, datang kadangkalanya dalam se-saat, sungguh laju, berlalu dan kadangkala kembali berlalu dua-tiga kali, ‘fast-forward’ iaitu berputar ke-hadapan dan kadangkala seolah-olah ber-‘rewind’ seperti perakaman video, tanpa menyedari kemanakah ia (pemikiran kita) telah pergi, dan apakah perkara atau benda itu sebenarnya. Melayang dan terus melayang, entah kemana.
Otak saya seperti mempunyai minda tersendiri…jentera tersendiri, berlari kesana kemari dengan tiada tujuan dan tanpa dapat dikawal atau dikuasai, menjana emosi-emosi yang saya rasa selalu ‘memerangkap’ saya daripada saya ‘memerangkap’ nya. Jadi, saya hidup dalam ‘dunia pelayaran.’ Dimana saja pemikiran saya membawa saya, saya terus belayar bersamanya. Dan peliknya juga, pengalaman yang dibawa oleh minda saya ini, mengakibatkan tertimbulnya emosi yang berkaitan dengan ‘pelayaran’ saya itu. Sekiranya, pemikiran saya membawa saya ke dalam keadaan atau pengalaman yang pahit dan geram, emosi saya pun turut berganjak menjadi marah dan muka saya menjadi merah padam, pernafasan saya menjadi singkat dan pendek, dan keseluruhan badan saya menjadi tidak selesa. Mengapa terjadi sedemikian?
Saya lalu mula bertanya pada diri saya sendiri, bagaimanakah saya dapat mengawal pemikiran-pemikiran ini agar perasaan saya pun dapat terkawal juga? Bagaimanakah sebenarnya saya dapat “memandu-menguasai’ otak-pemikiran saya ini, kalau seandainya perkara ini boleh dilakukan, berkemungkinan dan munasabah? Saya sekarang merasa bahwa teknologi NS-NLP ini telah membantu mengubah pandangan saya terhadap perkara ini kesemuanya. Ia memberi saya peralatan yang praktikal dan dengan menggunakan bahasa yang benar-benar dapat ‘memandu-menguasai’ otak-pemikiran saya, meng-’edit’ atau menyunting dan mengarah perjalanan pemikiran itu apabila ditayangkan di “Tayangan Minda” saya. Sungguh menakjubkan juga apabila dapat saya kuasai pemikiran saya dengan menyunting sendiri tayangan minda saya, mengarahnya, sambil terus mainkan tayangan itu di “tayangan minda” saya, perasaan/emosi saya lalu menjadi terurus dan terus membentukkan dirinya dengan bentuk pemikiran yang dimainkan itu, setelah disunting dengan suntingan yang baru. Transformasi itu membuat saya agak bingung juga, pada mulanya.
Kemudian, setelah saya tamat dari latihan Certified Practitioner Neuro-Semantics-Neuro-Linguistic dari The International Society of Neuro-Semantics (Colorado, USA) dan Institute of Neuro-Semantics, saya memudahcarakan saorang suri-rumahtangga yang telah mengalami phobia (terhadap ular) yang agak serious, melalui proses yang dinamakan ‘NLP Visual-Dissociation’ yang lebih dikenali sebagai “Phobia-Cure”. Mula-mulanya saya mengenalpastikan struktur pengalaman nya yang berkaitan dengan perasaan phobic itu. Kemudian saya membawa kesedaran phobia itu kepadanya dengan menjemputnya mengembalikan pengalaman nya dengan bayangan-bayangan yang menakutkan itu. Akhir sekali, saya gunakan pattern yang disebutkan diatas tadi, lalu ‘zap!’ keseluruhan keadaannya itu. Dalam kiraan saya, saya hanya mengambil masa selama 30 minit untuk membantunya secara gradual menghilangkan perasaan/emosi yang bergantung kuat pada dirinya, dan yang ia telah menyimpannya selama lebih 20 tahun. Saya rasa itu adalah satu transformasi yang hebat bagi dirinya dan sudah tentu ianya amat memerangsangkan dan memperkayakan kehidupannya lagi.
Menangani ‘Phobia’ ,Tekanan
Phobia memang tidak asing lagi bagi kita sungguhpun kita sekarang hidup dizaman serba moden ini. Dan menurut majalah Forbes, ada sembilan buah perkara yang biasa ditakuti oleh orang ramai;
(1) Takut dengan binatang/serangga seperti kumbang, pepijat, tikus-mondok, ular, kelawar,
(2) Takut dengan keadaan ketinggian (tempat-tempat tinggi dan sebagainya),
(3) Takut dengan air (seperti perasaan lemas dan cemas),
(4) Takut dengan Pengangkutan Awam (seperti terjerat didalam terowong, peledakan bom dan sebagainya),
(5) Takut dengan Guruh dan Sambaran Petir,
(6) Takut dengan Tempat Tertutup (seperti terkandas didalam lif, dimasukkan didalam peti, terkunci didalam bilik dan sebagainya),
(7) Takut dengan Jambatan atau Terowong (seperti menyeberang sungai atau tasek melalui jambatan gantung),
(8) Takut dengan Keramaian (seperti didalam rapat umum, manusia berduyon-duyon didalam perarakan atau temasya),
(9) Takut dengan Berhujah atau berceramah (Public Speaking) didepan khalayak ramai.
Dan menurut kajian Anxiety Disorders Association bahwa di Amerika Syarikat pula ada seramai 19 juta penduduknya menderita phobia khusus (seperti menyeberang jambatan gantung dan terowong), 15 juta penduduknya menderita phobia social (seperti public speaking), dan 2 juta menderita agrophobia (seperti tempat-tempat yang pernah mereka alami serangan panic.) Ini adalah angka yang sangat besar kalau dibandingkan dengan ramai nya penduduk setempat disini.
Penderitaan ketakutan dari phobia ini memanglah tidak resourceful bagi sesaorang itu untuk memajukan diri, sungguhpun ketakutan itu adalah sifat yang dikurniakan oleh Allah swt pada kita sebagai satu benteng diri daripada dilanda bahaya. Oleh sebab ketakutan berphobia berpunca dengan beberapa sebab yang telah dialami oleh sesaorang itu melalui pengalaman fizikalnya sendiri ataupun melalui gambaran dari kaca TV ataupun dari kata-kata atau cerita-cerita dan bahan-bahan akhbar, keadaan ketelanjuran ini telah menjadikan sebab utama diri kita mengalami tekanan yang berpunca dengan cara pemikiran yang tidak harmoni, tidak sehat, yang mana ia akan menjejaskan emosi dan perasaan sesaorang itu, sebagaimana yang telah diterangkan diatas mengenai sistem NLP serangkai, iaitu ‘minda-tubuh-emosi’. Apabila minda disibukkan dan dipaparkan dengan perkara yang kurang sehat, bahan kimia yang berkaitan akan dikeluarkan dari hypothalamus yang terkandung diotak kita, langsung disalurkan keseluruh badan kita melalui urat-sarap dan akhir sekali dirasai oleh seluruh badan kita. Sekiranya ia memikirkan perkara yang menakutkan, kimia yang disalurkan akan menyebabkan seluruh badan bergentar dan penafasan menjadi pendek dan jantung berdenyutan dengan lebih pantas dari biasa. Itulah akibat sampingannya. Ini tidak dapat kita elakkan sekira kita gagal untuk menguasai pemikiran dan bisikan hati pada sesuatu yang toxic yang melanda pemikiran kita. Tentu sekali ianya menghambat saorang itu dari menjalankan kehidupan yang normal dan sehat. Mengembalikan ingatan kita kepada Allah swt Al-Khaliq, Maha Pencipta, lalu berzikir kepadanya (bertahlil, bertahmid, bertakbir dan membaca Al-Quran seumpamanya) sambil berusaha untuk menangani masaalah kita sudah tentu dapat mententeramkan diri dan hati sanubari kita.
Ini telah termaktub didalam Al-Qur’an Al-Kareem. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :
“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)
Selain dari itu, tekanan atau stress pun memainkan peranan yang sama hebat dimasa kini. Baik stress didalam pekerjaan, persekolahan, keluarga ataupun pendapatan.
Pengalaman lain yang ingin saya kongsi kan bersama adalah dengan saorang eksekutif kewangan yang bekerja di salah satu pejabat kerajaan disini. Setelah menerangkan secara ringkas apa itu NS-NLP sambil menggunakan soalan-soalan Model-Meta, didapati bahwa struktur pemikirannya menunjukkan bahwa ia mengalami tekanan kerja yang berat sehingga mengakibatkan dirinya payah untuk memejamkan matanya untuk tidur pada malam hari selama beberapa malam. Ia menjadi kurang tenteram selama tekanan itu berada pada dirinya, ibunya turut merasa ragu, keluarganya pun turut bimbang dengan keadaan seperti ini. Keadaan ini menjejas prestasinya di pejabat dan keadaan keluarganya dirumah juga. Saya menawarkan proses NS-NLP ini, dan ia bersetuju untuk mencubanya. Dengan memudahcarakan proses ini, ia dapat mengeluarkan dirinya daripada perasaan yang diakibatkan oleh tekanan tersebut dan terus merasa lega dan girang. Sejak itu, beliau tidak lagi mengalami masaalah berehat pada malam hari lagi. Oleh sebab proses ini dapat ia memahaminya dan melakukannya sendiri setelah di ‘pandu’ dengan menunjukkan cara menguasai otak-pemikiran nya melalui “Tayangan Minda” (Movie of the Mind) nya, dia sekarang lebih berkeyakinan untuk menggunakan teknik ini dalam keadaan yang lain. Ini jelas adalah satu transformasi diri yang dapat menempatkan diri kita ke tahap lebih positif dan lebih progresif. Segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam, alhamdulillaah.
Sungguhpun contoh yang diberikan adalah sebahagian dari therapi NS-NLP yang berbentuk cognitive-behavioural, kegunaan NS-NLP dan peralatan yang boleh disesuaikan amatlah luas. Baik dalam pelajaran anak-anak, kecemerlangan didalam sekolah dan kerja, pengubahan kelakuan atau tabi’at yang negatif atau yang tidak resourceful yang boleh menghambat daya kita menjalankan pengurusan perniagaan kita atau pejabat kita, ataupun dalam ketekanan dll
Pengalaman transformasi seperti ini boleh menjadi hak anda juga, atau menjadi hak anak-anak kesayangan anda, atau ahli keluarga anda yang lain.
Menguasai arah-tuju hal-ehwal anda (..perniagaan dll)
Jadi, dengan kebolehan ini, kebolehan ‘memandu-menguasai’ otak-pemikiran anda, ianya bagaikan satu kuasa yang membolehkan anda menerajui (‘take charge’) kehidupan anda, kerjaya anda, perhubungan anda, dan perniagaan anda dengan lebih efektif lagi dan lebih pintar lagi. Betapa hebat, seronok, dan mengkagumkan!
Didalam alam perniagaan, yang mana kebolehan anda untuk memupuk perhubungan, memupuk hubungan-baik (rapport), bond dengan pelanggan anda, sekalipun pelanggan prospek, dengan berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan mereka dengan mengetahui bagaimana mereka beroperasi dan bagaimana mereka membuat keputusan, adalah satu tambahan yang amat besar bagi anda serta perniagaan anda.
Rahsianya terkandung pada sifat semula jadi kita. Apabila anda dapat memahami dan seiring dengan ‘model dunia’ pelanggan anda atau sesiapa saja yang berkenaan, mereka akan merasa yang mereka telah difahami oleh anda. Dengan itu anda bukan hanya mendapat perhatian mereka, malahan anda telah mendapat kepercayaan mereka sekaligus juga. Dengan itu, tawaran anda tidak mudah ditolak olehnya. Mereka akan dapat meraihkan faedah dan munafaatnya dari perhubungan dan perniagaan itu, dan anda juga mendapat meraihkan bersama untuk menjalin mahabbah dan matlamat ‘Sama-Sama-Menang.’
Ahli-ahli Neuro-Semantics. Dr Michael Hall (US, di tengah), Nasser (kanan), Denis Bridoux (UK, disebelah kiri)
Selamat maju jaya!
Untuk maklumat lanjut mengenai program untuk badan korporat dan organisasi anda tentang “NS-NLP – Model Komunikasi Anda dalam Pembangunan Diri, Perniagaan, Pengurusan, Pekerjaan, Persekolahan….”
hubungi kami di (673)8884-855
atau e-mail saya di coach.demetaexquisite@yahoo.com.au.