To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Paten Bahasa I - Program Meta
 


PENGARUH BAHASA DALAM SANUBARI KITA?

Cara mengenalpasti corak nya dan mengguna nya dengan berkesan.

Bab I : Penapis Persepsi - Program-Meta.

 

M Nasser Ismail

Januari 2010


  • Pernahkah kita terfikir yang setiap perilaku sesaorang itu ada hubungan nya dengan cara dan gaya ia berfikir?

  • Apakah terdapat satu daya persepsi sesaorang itu yang mencorakkan untuk bertindak dengan gaya yang tertubuh dalam pemikiran nya?

  • Apakah penapis persepsi atau program-meta itu ?

  • Bagaimanakah dapat kita gunakan teknik mengenalpasti program-meta ini dengan berkesan?

 

Gaya Kita Gunakan Kata-kata

Oleh sebab NLP adalah model komunikasi yang unggul, maka mempelajari berkomunikasi melalui bahasa perantaraan kita adalah satu ruang utama dalam bidang NLP.  Apa yang kita katakan, bagaimana kita sebutkan ada kesannya pada orang lain.  Ia juga boleh mempengaruhi dan merayu sesaorang itu dengan cara yang tersendiri.  Kita perlu dengar dengan terang dan jelas pada kata-kata yang saorang itu keluarkan dari mulut nya.   Apabila ia menyebutnya, perhatikan gaya dan cara ungkapan atau frasa yang dilahirkan dan digunakan oleh orang itu.  Kebolehan melihat dan mendengar struktur komunikasi ini adalah kebolehan luar biasa dan harus di pupuk sekira anda ingin menjadi saorang komunikator yang hebat.

Dan gaya bahasa yang kita gunakan, biasanya di ucap tanpa disedari.  Ianya kelihatan dan kedengaran biasa saja. ”Inilah cara percakapan biasa saya!”, ujar Ahmad. Baik, sekiranya kita dapat mengenal dan menepati gaya bahasa sesaorang itu, perhubungan kita dengan orang berkenaan itu sudah tentu akan bertambah baik apabila kita sendiri berkomunikasi menggunakan gaya yang sama.  Seolah-olah kita meng-’tune’ diri kita dengan frekuensi yang sama. Paten bahasa, yang di kenali didalam NLP sebagai salah sebuah program-meta, akan terus dijana sepanjang hayat selagi kita terus menggunakan bahasa itu untuk berhubung dengan orang lain.  Perlu di sedari juga bahwa pengalaman hidup yang berbeza akan biasa nya mengubah cara kita menggunakan paten-paten bahasa ini.

Bahasa juga digunakan untuk membuat penerangan terhadap sesuatu perkara atau sesuatu pengalaman. Melalui kata-kata yang digunakan, paten bahasa menunjukkan bagaimana sesaorang itu memandang dan mentafsirkan sesebuah situasi yang ditemui itu.  

Contoh:

Sebahagian orang suka melihat pada sesuatu atau memikir sesuatu dengan ’gambaran yang besar, luas dan am’ kalau dibandingkan orang lain yang gemar memandang dan meniliti perkara-perkara dengan cara khusus dan terperinci.  Yang satu ingin mengetahui sesuatu itu, cukup dengan diberikan gambaran yang besar, gambaran yang am tentang sesuatu.  Bagi nya itu memadai. Manakala yang satu lagi menginginkan maklumat yang khusus dan terperinci pula.  Baru dia rasa cukup dan sempurna.  Kedua-dua gaya atau struktur ini dikenali sebagai program-meta ’Global’ dan ’Spesifik’.  Ini adalah polar atau kutub program-meta dari segi ’Saiz Pemprosesan Maklumat’.  Ini di kenali juga sebagai ’Saiz Potongan Program-Meta’ (’Chunk Size Meta-Program’).

Program-Meta

Memahami kecenderongan diri anda dan kecenderongan orang lain terhadap sesuatu boleh membantu membina dan menjalin ’rapport’ di antara anda dan orang berkenaan.  Bukan hanya itu, ia juga boleh memberikan kita satu keupayaan berkomunikasi secara lebih berkesan serta efektif.  Orang yang memiliki paten bahasa yang sama biasa nya menunjukkan paten perilaku yang sama.  Supaya penggunaan program-meta itu menjadi efektif anda harus gunakan kata-kata dan frasa yang sesuai untuk orang yang anda sedang berkomunikasi itu, secara benar dan tepat pada waktu nya.

Kenalpasti dahulu program-meta yang mana satu kah yang orang berkenaan itu gunakan.  Kemudian aturkan komunikasi anda untuk menggunakan paten yang sama dalam respon kata-kata anda itu.  Oleh sebab anda menggunakan paten bahasa yang sama, seolah-olah anda memasuki ’saluran perhubungan’ orang tersebut, diri nya menjadi selesa dengan anda. Maka itulah, dengan menjalinkan ’rapport’ dengan menggunakan paten bahasa yang sama dapat membantu orang itu mendengar dan memahami apa yang anda katakan atau sampaikan itu dengan lebih cepat dan efektif.  Pada diri nya, semua yang anda katakan itu adalah munasabah! (’make sense’)

Contoh:

Ahmad telah mengenalpasti bahwa saorang pekerja nya yang bernama Borhan didapati cenderong menggunakan program-meta motivasi yang dinamakan ’menjauhi dari’.  Jadi untuk membantunya meneruskan kerja nya dengan segera dan tanpa dilengah-lengahkan lagi, Ahmad gunakan paten bahasa yang bercorakkan program-meta ’menjauhi dari’ supaya Borhan akan dapat merespon nya dengan selesa dan baik. Langsung Ahmad berkata pada Borhan, ”Borhan, anda boleh lah habiskan kerja ini dengan cepat sebab anda tak perlu berada di sini hingga lewat malam untuk menghabiskan nya.”  Oleh sebab program-meta Borhan mengisyaratkan pada nya tiap kali untuk ’menjauhi dari’, dia akan bergerak supaya dia dapat ’menjauhi’ diri nya dari kerja hingga lewat malam itu.  Jadi, untuk ’mengelakkan atau menjauhi daripada’ bekerja lewat malam, Borhan terus ’membakar’ dorongan nya untuk bergerak untuk menghabiskan kerja nya itu. 

Sekiranya Borhan adalah saorang pekerja yang dikenalpasti menggunakan program-meta ’menuju kepada’, ada wajarnya yang Ahmad menggunakan bahasa yang mendorong Borhan untuk ’menuju kepada’ sesuatu.  Untuk mengarah Borhan dengan gelombang yang sepadu, Ahmad boleh gunakan kata-kata (sebagai contoh), ”Borhan, anda boleh lah habiskan kerja ini dengan cepat sebab anda akan dapat pulang rumah awal hari ini.”  Di sini, pada Borhan perkataan ’pulang rumah awal’ adalah penggerak ’menuju kepada’ program-meta diri nya.  Borhan akan rasa selesa dengan kata sedemikian.

 


Contoh-contoh Program-Meta

Contoh 1 – Program-Meta (1) Menjauhi Dari  (2) Menuju Kepada

 

MENJAUHI DARI

MENUJU KEPADA

Gaya:

Elak, tak termasuk, kecuali, mengenal masaalah, tak ada, halang

Menjauhi dari sesuatu yang negatif.  Menjauhi masaalah.

Gaya:

Dapati, capai, untung, termasuk, sasaran, meraih, terlaksana

Menuju ke sesuatu yang positif. Meorientasikan matlamat dan pencapaian.

Anda perlukan:

Gunakan perkataan yang ambil orang itu jauh dari satu situasi.

Anda perlukan:

Guna perkataan yang mengambil orang itu menuju ke matlamat.

Contoh:

Kalau anda tak buat projek itu anda boleh buat.....

Kalau anda tak capai matlamat ini.........

 

Contoh:

Mari kita dapatkan 30% lebih panggilan penjualan minggu hadapan ini.

Kebaikan dan kelebihan mendapat bonus ini...

 

Contoh 2 – Program-Meta (1) Global  (2) Terperinci

 

GLOBAL – MENYELURUH

TERPERINCI – SPESIFIK

Gaya:

Melihat pandang keseluruhan. Gambaran besar dan luas. Tidak mengikut urutan – secara random.  Umum atau ’am.

Gaya:

Terperinci. Mengikut urutan. Tepat. Khusus.

Anda perlukan:

Gunakan kata-kata tentang perkara ’am, besar, luas, keseluruhan.

Anda perlukan:

Guna perkataan yang berunsurkan detail dan khusus.

Contoh:

Apakah maksud keseluruhan perkara yang anda hendak lakukan ini?

 

Contoh:

Pada penghujung suku tahun terakhir, pertumbuhan kita akan meningkat ke tahap 20%.

 

Contoh 3 – Program-Meta (1) Dalaman  (2) Luaran

 

DALAMAN

LUARAN

Gaya:

Tahu pada/dalam diri sendiri. Guna cita rasa sendiri. Ruang kawalan adalah ’diri sendiri’. Suka dengan membuat keputusan sendiri.

Gaya:

Bergantung pada orang lain, fakta dan angka. Ruang kawalan adalah pada orang lain. Perlukan timbal-balas.

Anda perlukan:

Gunakan kata-kata tentang perasaan diri peribadi.

Anda perlukan:

Guna perkataan merujuk pada orang lain atau fakta-fakta sokongan.

Contoh:

Anda saja yang putuskan, terpulang pada diri anda.

 

Contoh:

Majikan saya kata saya tak boleh buat bahagian pengurusan itu.

Orang lain sudah memberi contoh bahwa perniagaan ini akan datangkan hasil.

 

Contoh 4 – Program-Meta (1) Masa Silam  (2) Masa Depan

 

MASA SILAM (ORIENTASI MASA)

MASA DEPAN (ORIENTASI MASA)

Gaya:

Menumpukan pada waktu dan masa silam, masa lepas, masa yang telah lalu.

Gaya:

Melihat pada masa hadapan. Berfokuskan masa depan.

Anda perlukan:

Gunakan perkataan tentang masa-masa silam.

Anda perlukan:

Guna perkataan mengarahkan masa depan.

Contoh:

Dulu saya berikan satu persembahan......

 

Contoh:

Dalam 5 tahun akan datang, saya mahu menjadi saorang peniaga utama di Mall ini.

 


Contoh 5 – Program-Meta (1) Pilihan  (2) Tatacara

 

PILIHAN (OPTIONS)

TATACARA (PROCEDURES)

Gaya:

Mencuba cara-cara baru. Menawarkan pilihan-pilihan.  Suka pada pelbagaian dan kemungkinan yang berbeza. Memulakan projek tapi tidak selalu dapat menghabiskan nya.

Gaya:

Mengikuti peraturan-peraturan yang tertera, cara-cara, prosedur.  Gemar pada arahan yang tepat dan berurutan. Mematuhi peraturan pejabat, jalan raya (mematuhi had laju di jalan raya)

Anda perlukan:

Gunakan perkataan mengenai pilihan-pilihan yang ada dan yang berkemungkinan.

Anda perlukan:

Guna kata-kata dengan tatacara, urutan, arahan yang jelas.

Contoh:

Anda boleh pesan dalam warna apa saja yang anda pilih.

 

Contoh:

Anda harus ikuti langkah satu hingga sepuluh dengan tepat dan jelas.

 

Contoh 6 – Program-Meta (1) Proaktif  (2) Reaktif

 

PROAKTIF

REAKTIF

Gaya:

Dapat laksanakan sesuatu kerja. Dapat mengawal dan mengambil tanggung-jawab dengan baik. Dapat mengambil tindakan.

Gaya:

Menunggu orang lain untuk jalankan dahulu.  Meniliti pilihan dan matlamat terlebih dahulu.  Menunggu arahan. Pemikir.  Jejak langkah yang lambat dan bertindak apabila sesuatu telah terjadi.

Anda perlukan:

Gunakan perkataan mengenai tindakan.

Anda perlukan:

Guna kata-kata tentang pilihan-pilihan yang ada dan perlu.

Contoh:

Anda boleh buat projek ini begini, sekarang...

 

Contoh:

Kita tunggu dulu untuk melihat apa tuan pengurus kata.

 

Contoh 7 – Program-Meta (1) Optimis (Best Case)  (2) Pessimis (Worst Case)

 

OPTIMIS

PESSIMIS

Gaya:

Memandang pada senario kes-terbaik. Bergerak dengan wawasan dan impian masa depan.

Gaya:

Memikir ke arah keadaan buruk, perkara negatif dan berfokuskan masaalah.

Anda perlukan:

Gunakan kata-kata yang mendorong pada wawasan, peluang masa depan, idea, perkara positif.

Anda perlukan:

Guna kata-kata yang menunjukkan masaalah, bahaya, ancaman dan kesusahan.

Contoh:

Menurut kajian yang dibuat baru-baru ini, kita dapati perusahaan tahun depan akan bertumbuh sebanyak 10% lagi.

 

Contoh:

Kita harus lebih berhati-hati dengan strategi perniagaan kita untuk masa akan datang sebab kalau tidak syarikat kita akan mengalami kerugian besar.

 

Contoh 8 – Program-Meta (1) Mengapa (Asal)  (2) Bagaimana (Jawapan)

 

MENGAPA

BAGAIMANA

Gaya:

Memproses sesuatu didalam fikiran dengan bertanyakan mengapa sesuatu itu terjadi. Bertanyakan sumber sesuatu.

Gaya:

Memikir sesuatu dengan kecenderongan pada proses nya.  Bertanyakan bagaimana sesuatu itu boleh dilakukan atau terjadi.

Anda perlukan:

Gunakan kata-kata untuk mendapatkan sumber mengapa sesuatu itu terjadi.

Anda perlukan:

Guna kata-kata tentang proses sesuatu perkara.  Bagaimana ia nya boleh dilakukan.

Contoh:

Anda telah mengeluarkan angka rendah bagi pertumbuhan ekonomi.  Mengapakah pertumbuhan kita jatuh ke angka yang diberikan itu?

 

Contoh:

Saya tak peduli kenapa ia terjadi, saya mahu anda tunjukkan bagaimana kita boleh mengatur tindakan untuk memperbaiki situasi perniagaan kita.

 

Latihan Diri

Program-meta apa yang diri anda cenderong gunakan dalam hidup seharian anda dan didalam keadaan/konteks apakah ianya digunakan? 

Sebagai satu latihan diri, tandakan dengan [ X ] untuk menilai diri anda dengan program-meta yang disenaraikan dibawah ini.  Tanda [ X ] di penghujung kiri atau kanan skala menandakan anda gunakan 100% program-meta di polar itu.  Sekirannya anda menggunakan 50% dari kedua polar program-meta itu, anda tandakan [ X ] di ruang tengah. Selain dari itu, anda boleh tandakan [ X ] di ruang mengikut penilaian peribadi anda.





Kesimpulan

Kesan penggunaan bahasa dengan memahami penapis persepsi yang dinamakan program-meta ini, sudah pasti memberikan satu penguasaan bagi tiap individu.  Kesedaran dari perbezaan gaya dan daya berfikir sesaorang itu jelas dapat di lihat dengan kacamata program-meta ini.  Kesedaran ini bukan hanya terhenti di situ sahaja, malah ianya harus digunakan agar jurang perbezaan itu tidak lagi menjadi satu tembok halangan untuk saorang menjangkau ’dunia dalaman orang lain’ dengan berkomunikasi secara hebat menggunakan teknik yang ada dalam NLP.

Pendekatan komunikasi hebat ini boleh di lanjutkan kegunaan nya di beberapa bidang lain.  Ianya digunakan dalam organisasi untuk memprofail pekerja atau calon pekerja yang sesuai.  Selain dari itu, pemahaman program-meta ini juga amat penting dan berguna dalam membina ketenteraman dan kesefahaman didalam keluarga.  Secara langsung, kemahiran berkomunikasi dengan menggunakan program-meta ini meningkatkan taraf perhubungan didalam keluarga.



Selamat mencuba dan selamat maju.

 

M Nasser Ismail,ACMC


Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)

Personal & Executive Coach

Email: mnasserismail@yahoo.com.au



Rujukan:  Dr Michael Hall, Manual for the Brain Vol 1, Robert Dilts – Modeling with NLP, Joseph O’Connor – Introduction to NLP




 

 


 
 
  Today, there have been 88 visitors (110 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free