Untuk meneruskan dengan penerangan yang terperinci, sila klik hyperlink yang tersedia di bawah ini;
Bahagian 1) A - 'Apa kan daya ku......'
transcend-n-actualise.page.tl/5-Abdul-_-Gaya-Perhubungan-Virginia-Satir-_-2.htm
Bahagian 2) B - 'Bukan aku..kau..kau....'
transcend-n-actualise.page.tl/5-Abdul-_-Gaya-Perhubungan-Virginia-Satir-_-3.htm
Bahagian 3) D - 'Di sana sini..tidak ketentuan...'
transcend-n-actualise.page.tl/5-Abdul-_-Gaya-Perhubungan-Virginia-Satir-_-4.htm
Bahagian 4) U - 'Unit pemproses komputer ...logikal'
transcend-n-actualise.page.tl/5-Abdul-_-Gaya-Perhubungan-Virginia-Satir-_-5.htm
Bahagian 5) L - 'Level...adil saksama....'
transcend-n-actualise.page.tl/5-Abdul-_-Gaya-Perhubungan-Virginia-Satir-_-6.htm
’Pacing’ Gaya Perhubungan 5 Abdul
Perkataan ’pacing’ yang digunakan disini dan di dalam NLP lebih kurang bermakna ’menjejaki’ atau ’menuruti’ - menjejaki sesuatu yang saorang itu lakukan atau katakan. Tetapi bukan lah bertujuan untuk mengikuti jejak langkahnya sepenuhnya. Malahan untuk memadankan atau ’match’ gerak-geri nya dan tabi’at nya dengan hasrat untuk membina ’rapport’ dalam perhubungannya dengan orang itu.
Mengenai dengan menjejaki (’pacing’) salah satu dari gaya 5 Abdul ini, kita buat satu peraturan. Peraturan nya: Jangan sepadankan (’match’) diri kita dengan predikat kata-kata nya. Mengapa? Sebab kalau kita sepadankan diri kita dengan 5 kategori Satir atau 5 Abdul ini, ’rapport’ kita dengan nya akan terputus. Bukan itu saja, malahan kita pula akan menguatkan sikap/gaya yang digunakan itu pula. Ini bertentangan dengan konsep membina ’rapport’ dengan orang seperti itu.
Virginia Satir menyarankan supaya kita jangan sepadankan gaya nya itu tetapi ’lawan’ kan nya (’mismatch’), kecuali apabila kita berhadapan dengan orang yang bergaya L (Leveler). Padankan dengan gaya L ini tidak menghuru-hara kan keadaan dan perhubungan.
Bagaimanakah kita hendak bina ’rapport’ dan ’pace’ (padankan) apabila berhadapan dengan orang bergaya B (Bukan aku...kau kau.../ Blamer)? Masa kita menjalinkan ’rapport’ dengan saorang B ini, kita bolehlah padankan dengan fiziologinya dan lantang (volume) suara nya. Tetapi, elakkan dan jangan sekali kali memadankan nada nya dan kata-kata nya yang mengancam itu. Apa akan terjadi apabila kita menjawab saorang B (Blamer) dengan gaya B? Ianya akan mengakibatkan pertengkaran.
Bagaimana pula kalau kita jawab saorang bergaya A (Apakan daya ku... /Pacifier/Soother) dengan gaya A? Akibatnya – kita akan melihat satu ’dendangan’ rayuan di antara kedua dua nya.
Apa pula dengan orang yang bergaya D (di sana sini..tidak ketentuan / Distracter)? Suasana akan menjadi kucar kacir.
Kalau U (unit pemproses komputer) dengan U pula? Yang ini pula, kita boleh terima dan boleh berlaku dengan sempurna, tetapi perbualan nya akan menjadi ’bosan’ pada orang mendengar....terlalu logik sahaja tanpa berperasaan.
Bagaimana pula diantara L (Leveler..Pengadil) dan L? Bagi gaya L, usaha untuk memadankan boleh dijalankan dan pasti dapat berakhiri dengan cukup selamat.
Kalau dalam suasana yang baru, yang tidak biasa dan tidak dikenali tempat dan orang-orang yang hadir, dimanakah seharusnya kita mulakan perhubungan/komunikasi kita dengan orang lain? Kita boleh bermula menggunakan perhubungan gaya U (Unit pemproses komputer) dan mengubahnya mengikut keadaan sekira perlu.
Pandangan ’Luaran’ Tidak Sama Dengan Apa Yang Dirasai ’Dalaman’
Saorang bersikap B (Bukan aku..kau kau) ini di pandang dari luar sebagai saorang yang keras dan ’aggresif’ apabila dia mengeluar tunjukkan jarinya kearah sesiapa atau sesuatu. Pada masa yang sama juga mereka boleh dilihat sebagai saorang yang ’judgmental’ dan konfiden atau yakin terhadap sesuatu itu. Tapi, kesemua gambaran ’luaran’ itu boleh menyembunyikan perasaan ’dalaman’nya yang sebenar – perasaan kesepian, dan kadangkala perasaan kurang berjaya didalam sesuatu urusan.
Saorang bergaya dan bersikap A (Apa kan daya ku...) pula menonjolkan postur atau gaya badan saorang yang lemah yang tak berdaya menghadapi sesuatu itu. Dalam masa yang sama ia boleh juga merasa kurang beryakinan, rendah jati diri dan juga harga diri.
Saorang U (Unit pemproses komputer) pula, pada luaran nya dilihat amat tenang dan terkawal diri. Tapi pada masa yang sama ia merasa kurang selesa dalam keadaan sesuatu itu dan senantiasa rasa yang diri nya boleh terdedah pada segala yang dia anggap mengancamkan.
Gaya D (Disana sini..tak ketentuan) pula boleh dilihat sebagai orang yang senantiasa ’banyak mulut’, cakap tak henti henti, beralih dari satu topik ke topik yang lain. Di dalaman diri nya pula ia merasa kurang ’seimbang’ terhadap dirinya mahupun keadaan sesuatu yang dihadapi nya. Kadangkala dia rasa dia tidak di sayangi orang lain.
Satu perkara yang jelas boleh menyebabkan sesaorang itu terjerumus masuk kedalam salah satu dari sikap 5 Abdul itu dan menjadikan nya kurang resourceful adalah ’stress’ atau tekanan. Kadangkala, saorang yang bergaya/sikap L pun boleh terserong sikap ke sikap B atau A apabila dirinya tidak dapat menangkis tekanan-tekanan yang di alami nya. Jadi apabila kita menyedari hakikat diri kita dan suasana yang kita hadapi yang mendatangkan tekanan bagi diri kita, bersedialah agar kita tidak terjerumus kedalam gaya perhubungan yang tidak membawa faedah dan tidak membangunkan diri kita dan diri orang lain.
Rumusan Untuk Mengambil Iktibar
Itu lah dia serba sedikit ke-lima lima sikap dan gaya perhubungan (ABDUL) yang dijelaskan oleh kategori Satir ini.
A – ’Apa kan daya ku’ (Penenang, Pereda/’Pacifier/Soother’)
B – ’Bukan aku....kau kau..’ (Penyalah, Penuduh/’Blamer’)
D – ’Di sana sini’ (Pengganggu/’Distracter’)
U – ’Unit-Pemproses’ (Komputer/’Computer’)
L – ’Level’ (Pengadil/’Leveller’)
Gambar dibawah ini merumuskan ke-lima lima gaya yang telah dibincangkan;
Jadi, untuk menjadikan semua ini sebagai satu pengajaran, satu muhasabah diri, apakah anda tertanya-tanya dimanakah letak nya sikap dan gaya anda sendiri? A, B, D, U ataupun L? Anda ada jawapan nya? Kalau ada, alhamdulillaah. Sebab, itulah titik mula kita memahami, menyedari dan lalu merubah gaya dan sikap kita yang kita anggap sudah menjadi lapok dan tidak berguna lagi.
Memang tidak kita nafikan bahwa, sikap-sikap ini jelas terdapat didalam mana-mana pertubuhan, pekerjaan, jabatan, kementerian, sekolah, institusi-institusi, hatta dalam rumah tangga kita sendiri. Dengan mengenali sikap dan gaya-gaya ini sekurang-kurangnya kita dapat memahami dan memerhatikan nya dengan lebih resourceful lagi agar dapat kita memilih, merubah dan menambah sikap-sikap mana yang baik untuk kita gunapakai agar perhubungan kita dengan orang lain dapat dipertingkatkan dan diperbaiki dari masa ke semasa. Kita mungkin tidak perlu menjadi saorang ’Blamer’ (Penuduh), dan mungkin pula kita tidak perlu menjadi saorang yang lemah seperti ’Pacifier’. Sekarang, segala kemungkinan untuk anda memilih ada di tangan anda sendiri.
Kalau kita pandangkan pengertian 5-Abdul ini dalam kehidupan harian kita yang kita dapat saksikan nya sendiri di depan mata kita, fikirkan lah bagaimana kalau kita dapat menerapkan kefahaman sebahagian gaya-gaya dan sikap-sikap yang resourceful ini pada diri kita? Dan kalau kita dapat menerapkan nya pada diri kita dan keluarga kita supaya tahap kesefahaman kita dengan ahli keluarga kita, suami kita, isteri kita dan anak-anak kita bertambah baik, tak nak kah? Dan agar ketenteraman dalam rumah tangga dan di pejabat kita dapat tercapai supaya kita dapat meningkatkan prestasi diri kita dalam hubungan kita dengan orang lain, dan justru itu mengasah amalan harian kita dengan sebaik mungkin, tak nak kah?
Mudah-mudahan usaha kita untuk memperbaiki diri kita dalam perhubungan dengan manusia sebagai satu talian (hablun minannaas) dapat juga menjalin satu talian ke Ilahi, Robbul Jaleel (hablun minallaah). Dan atas segala amalan kita ini, terdapatnya satu ukuran dan ujian bagi kita semua sebagai insan, dan siapakah yang baik amalan nya. Sepertimana yang di firmankan oleh Allaah Subhanallaahu Ta’ala didalam Surah Al-Mulk;
”Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”
Surah Al-Mulk Ayat 2
Selamat sejahtera dan selamat berjaya.
M Nasser Ismail, ACMC
Personal & Executive Coach (ISNS, MCF)
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)