What's Up |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Menghapus Phobia, Kegerunan dan Ketakutan (Bahagian 3) |
|
|
Sambungan Teknik 'Movie Rewind' dari Bahagian 2....
ACROPHOBIA/ ALTOPHOBIA- Takut Ketinggian (Fear of heights)
Saorang guru mengalami ketakutan menaiki lif. Kalau pergi menziarahi saudara-mara nya yang tinggal di flat perumahan ditingkat 10 atau 15, sekalipun di tingkat 7, dia terpaksa menaiki tangga flat itu hingga ke apartment saudaranya, ataupun mengelak dirinya sama sekali dari menziarahi saudaranya itu.
Ketakutan ini telah betul-betul menyekatnya dari menghampiri keluarga dan saudara-maranya yang tinggal di flat-flat perumahan dimana ramai saudara-maranya tinggal, sungguhpun dia dapat banyak ’exercise’ dari berjalan naik tangga flat-flat itu. Guru ini tinggal di-sebuah kawasan perumahan sebuah-sebuah, rumah terrace di-kawasan Kembangan di Singapura.
Apabila saya bertanyakan tentang dari mana dia mula-mula dapat ketakutan itu, katanya, dia pun tak tahu asal nya. Dia tak dapat mengingati dari mana mulanya, tapi dia kata ketakutan tempat-tempat tinggi ini telah dia merasai sejak dulu lagi, sepanjang hidupnya. Tetapi, dia juga dapat mengingati semasa dia saorang budak berumur dalam sekitar 7 tahun.
Dia takut sangat menaiki lif di salah satu bangunan di bandar untuk mendapatkan rawatan dari saorang doktor mata dan telinga di tingkat 7 didalam bangunan itu. Oleh sebab ia terlalu takut, ibunya terpaksa menemankan dia menaiki tangga. Cuba bayangkan berapa lelah dia dan ibu nya berjalan naik ke tingkat 7 itu. Dia masih menggeletar apabila mengingati kembali peristiwa itu... peristiwa hendak memasuki lif dalam bangunan itu. Mengingati peristiwa itu pun sudah cukup untuk ia merasa takut dan menggeletar badannya.
Untuk membantu nya mengatasi ketakutan nya itu, dia di suruh gambarkan yang dia dapat melihat dirinya itu di dalam lif menaiki ke atas. Dia di jemput menggambarkan gambaran yang ditayangkan didalam mindanya... dalam hitam-putih, seperti ’movie-movie’ lama.. movie nostalgia.
Dia saolah-olah menonton movie saorang budak yang berumur 7 tahun itu (yakni dirinya semasa 7 tahun itu) , menaiki lif dengan penuh gerun dan ketakutan, penuh dengan panik. Dia melihat semua nya seolah-olah dia menonton diri kecilnya itu dari jauh (seperti duduk di-seat belakang di panggung wayang). Selain dari melihatkan diri kecil nya itu didalam dan menaiki lif, penting juga baginya mendengarkan tangisan diri kecil nya itu sambil meronta-ronta hendak keluar dari lif tersebut kerana ketakutan.
Kata-kata dirinya itu semasa melihat gambaran ini, sesuai menunjukkan bahwa dirinya ’dissociate’ dari apa yang dibayangkan itu. (Disini saya menggunakan perkataan ’Dissociate’ yang bermakna ’terpisah’) Apabila menerangkan kejadian yang digambarkan ini, dia telah menggunakan perkataan seperti ”Tengok budak itu, dia benar-benar dalam ketakutan, budak kecil itu sungguh takut dan gerun!”
Setelah dia memainkan tontonan diri semasa kecilnya itu bergerak naik keatas apabila lif itu mula bergerak naik keatas dan kemudian dirinya keluar di tingkat paling atas sekali sambil mengetahui bahwa dia telah selamat sampai dan didalam keadaan selamat sekali lagi, dia terus disuruh untuk ’associate’ kan dirinya (disini saya menggunakan perkataan ’Associate’ yang bermakna dia bayangkan diri nya itu memasuki dan menjadi dirinya sendiri mengalami dan merasai seolah-olah dirinya disitu dan sedang mengalami keadaan itu pada masa ini..ya masa ini...ya masa ia seolah-olah sedang mengalami nya) kedalam tubuh badan diri kecilnya itu; dia ’lompat masuk’ kedalam dirinya itu di penghujung ’movie’ tersebut dan mainkan nya kebelakang (’gostan’ atau ’go a stern’ dalam kata biasa) atau ’rewind’ seperti ’rewind’ pemain ’video player’, dan ’rewind’ nya sungguh pantas (’fast-rewind’)... melalui semua sequence atau urutan movie itu, daripada penghujung ’movie’ itu hingga ke permulaannya.
Apabila dia mainkan ’movie-rewind’ ini secara pantas dari penghujung hinggakan pada permulaan episod itu, gambaran yang dimainkan itu adalah ber warna-warni, bukan hitam-putih, dan dia lakukan kesemua ’rewind’ ini dengan pantas, dengan sekelip mata, mengambil masa selama satu atau dua saat saja dari penghujung ke-permulaan nya.
Pada penghujungnya, yakni setelah bermainkan movie ini kebelakang (rewind), dia pun ’keluar’ dari movie itu pada permulaan nya, pada masa pengalaman memasuki ke dalam lif itu belum lagi terjadi. Itu saja. Proses nya sudah pun selesai. Setelah beberapa tahun hingga sekarang, dia telah dapat mengatasi pengalaman gerun itu dan sekarang tidak lagi merasa takut menaiki lif ke tingkat atas lagi.
Sejurus setelah dia melakukan teknik ini, dia uji ketakutan dirinya dengan menaiki lif yang dapat memandang pemandangan diluar kawasan bangunan itu didalam sebuah shopping centre di Orchard Road, ketingkat yang paling atas sekali untuk membeli belah. Bagaimana rasa nya? Tenang, dan perasaan takut itu sudah tidak dirasai nya lagi.
Bagaimana? Mahu mencuba teknik ’Movie-rewind’ ini?
Ada saorang doktor gigi (dentist) kenalan saya juga telah mengalami ketakutan ketinggian. Ingin mendengar ceritanya pula...cerita bagaimana ketakutannya telah dapat diatasi?
SNAKEPHOBIA - OPHIDIOPHOBIA
Ada saorang suri rumahtangga pula mengalami ketakutan ular atau phobia ular. Bagaimana pula dia mengatasi nya?
EXAMINATION PHOBIA
Bagaimana pula phobia untuk membuat persembahan eksekutif (Executive Presentation), ataupun untuk menyediakan anda atau anak anda menduduki peperiksaan dengan tenang dan tiada ketakutan?
Selamat Mencuba.
M Nasser Ismail, ACMC
Neuro-Semantics & NLP Trainer
TESTIMONY
NS-NLP THERAPEUTIC INTERVENTION- ‘PHOBIA’ CURE
( Acrophobia-Fear of Heights)
“Its INCREDIBLE! I’m now able to climb up to higher floors and
looking down from the top without having shivers and feeling cold
and numb in my legs.
In the recent past I even had problems going up the escalator and
staying at the 3rdfloor cinema in the Mall in Gadong. Now not
anymore.”
-Dr Ismail, Dentist at RIPAS
-2007
|
|
|
|
|
|
|
Today, there have been 111 visitors (133 hits) on this page!
Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach
|
|
|
|
|
|
|
|