To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Matrix Pemikiran - Mengesan nya
 









SIRI RANGKA PEMIKIRAN KITA - NO 1

 
MATRIX PEMIKIRAN – BAGAIMANA MENGESANNYA?
 
 
  •        Apakah sesaorang itu hanya berfikir saja, tanpa berfikir mengenai pemikirannya?
  •        Apakah kita berfikir secara berperingkat-peringkat?
  •        Apakah peringkat-peringkat pemikiran ini akan menjadi network atau rangkaian...menjadi satu ’Matrix’?
  •         Apakah kita boleh mengesan rangkaian peringkat pemikiran yang dinamakan ‘Matrix’ itu dalam diri kita?
  •         Bagaimana?
  •        Apakah pengaruh rangka pemikiran kita ini?
 
Mempelajari berfikir di peringkat meta memberi kita kuasa serta keupayaan untuk melangkah ketepi (beredar sejenak), atau melangkah keluar daripada kandungan terperinci yang terdapat dari sesuatu pemikiran yang kita sedang layani didalam otak kita itu. Satu langkah keluar dari kandungan pemikiran yang amat menarik dengan ceritanya yang menarik juga, kepada perspektif yang membolehkan kita melihat pengalaman/pemikiran itu dari segi struktur, corak, bentuk dan form. Ini adalah daya pemikiran yang amat berbeza dan ini juga adalah satu kepintaran yang istimewa.
 
Alfred Korzybski menamakan keupayaan untuk mengesan rangka-pemikiran ini sebagai “kesadaran yang mengabstrakkan (mengikhtisarkan)”. Ianya adalah peringkat kesadaran yang lebih tinggi, pemikiran mengenai pemikiran yang lain, atau dengan kata lain, memikirkan tentang pemikiran yang lain – apa yang di katakan sekarang sebagai ‘Kemahiran Cognitive-Meta.’
 
Untuk menjadi mahir dalam mengesan rangka-pemikiran ini, anda hanya perlukan satu keupayan untuk melangkah ‘belakang’ (didalam minda anda) daripada pemikiran anda, perasaan anda, dan terus alami keadaan yang membenarkan anda mengambil perspektif yang lebih luas dan lebih besar. Apakah akan terjadi apabila anda melangkah ‘belakang’ secara konsepnya daripada pengalaman yang anda ada sekarang? Kesadaran anda akan beralih daripada kandungannya kepada strukturnya, dan itu akan mencetuskan satu adventure untuk bermula melihatkan dan mendengarkan sesebuah ’Matrix’ sesaorang itu.
 
Selepas anda melangkah ‘belakang’, tanyakan soalan-soalan mengenai corak, bentuk, proses dan struktur pemikiran itu dan rangkanya.
  • Jenis memikir apakah yang anda sedang buat?
  • Apakah kontek pemikiran anda itu?
  • Faktor-faktor apakah yang mempengaruhi nya?
  • Rangka-rangka apakah yang mungkin berada di ’sebalik’ (’atas’) minda anda itu?
 
Contoh :
 
”Saya sebenarnya malu dengan kemarahan saya!”
 
Ah, disini malu (sebagai satu emosi dan satu keadaan diri) berdiri tegak sebagai satu posisi-meta kepada kemarahan itu (bermakna malu itu berada diperingkat atas (meta) pada kemarahan itu). Malu itu bersebab dari kemarahan. Kandungannya adalah kemarahan, tetapi rangka-meta yang lebih tinggi diatasnya adalah malu. Sementara yang pertama diperhatikan ialah kemarahan itu, lalu melangkah ‘belakang’ itu menunjukkan yang perspektif-meta telah bermula untuk mengenalpastikan perasaan orang itu mengenai kemarahan nya. Secara kaitannya, sementara malu itu berada meta pada kemarahan itu, ianya lah yang membina rangka pemikiran orang itu.

Soalan-soalan 'Mengenai'
 
Untuk menyalur keluarkan peringkat-peringkat meta ini, gunakan beberapa siri soalan ’mengenai/tentang’. ’Mengenai’ yang pertama itu akan bertanyakan tentang peringkat-rujukan yang pertama (peringkat rendah [primary], ’di luar sana’) sesaorang itu, kemudian ia akan menjemput orang itu ke peringkat rujukan yang kedua (di dalam pemikirannya), dan kemudian menaiki lagi ke peringkat-peringkat lebih tinggi pada rangka-rangka yang tersirat didalamnya.
 
  • Apakah (mengenai apakah) yang anda marahkan? (Peringkat Rendah(Primary))
  • Apakah rasa anda mengenai kemarahan anda ini? (Peringkat-meta pertama)
  • Dan apakah yang anda fikir dan rasa mengenai nya? (Peringkat-meta kedua)
  • Ok, apabila anda fikir dan rasa seperti itu, apakah kepercayaan anda mengenai nya(itu)?
  •  Hmmm, dan apakah nilai (penting) nya bagi anda mengenainya?
 
Soalan-soalan ’mengenai/tentang’ ini beri kita satu keupayaan istimewa untuk bergerak naik ke Matrix sesaorang itu didalam rangka-rangka ’maksud/makna’ orang tersebut. Ini juga bermakna kita dapat menjelajah ke peringkat-peringkat yang lebih tinggi dalam berfikir dan bagaimana sesaorang itu membuat rujukan-rujukan pengalaman nya. Pada tiap lompatan, kita akan menaiki ke rangka-rangka yang lebih berpengaruh pada orang itu. Rangka-meta atau rangka yang tinggi akan mempengaruhi rangka peringkat dibawahnya, dan seterusnya hingga ke peringkat yang paling rendah, iaitu peringkat ’primary’ dimana sesaorang itu dikatakan sedang mengalami sesuatu ’yang di luar’. Sebagai contoh, ”Saya marah pada si Ahmad itu.”  Marah adalah satu keadaan yang terjadi dengan subject 'di luar sana' (iaitu Ahmad).  Marah adalah satu keadaan atau emosi yang terletak di bahagian awal sekali iaitu di peringkat rendah(primary level).  Dan apabila, kita bermula memikirkan mengenai 'Marah' atau kemarahan kita itu, kita pun bermula merasa 'Malu' terhadap kemarahan kita itu.  Di sini 'Malu' adalah keadaan yang terletak di sebelah atas pada 'Marah', diperingkat meta.
 

Malu
PERINGKAT META
Marah
PERINGKAT RENDAH





 
Pada tiap lompatan ke peringkat yang lebih tinggi, kita dapat menyalur-keluarkan dan mengesan rangka-rangka yang lebih tinggi lagi. Walaubagaimanapun, biasanya apabila sampai sekitar 5 ke 7 peringkat, kita akan bermula berputar-kembali, menaiki keatas dan kemudian turun keperingkat bawah dan kemudian naik lagi dan seterusnya. Ini biasanya menunjukkan orang itu menggunakan sinonim (kata seerti, muradif) untuk peringkat-peringkat meta yang sama dan ianya sedang berada di penghujung (diatas) Matrix nya itu. Kita sudah sampai ke penghujung ’peta mental’ mengenai perkara tertentu itu. Kerana kita tidak mempetakan perkara-perkara itu lebih dari ini, kita sebenarnya telah sampai kepenghujung model dunia kita. Di sini, kita akan mendengar perkataan-perkataan ’penghujung peta mental’ seperti;
  • ”Itulah dia cara sebenarnya. Itulah dia. Itulah saja.”
  • ”Dah tak ada lagi dah.”
  • "Itulah...”
  •  ”Saya tak tahu.”
  • ”Entah!”
  • ”Mana ada lagi?”
  • ”Tak ada apa-apa lagi!”
 
 
Dengan itu, apabila kita berfikir, kita tidak berfikir di satu peringkat sahaja. Kita juga memikirkan pemikiran kita, meningkat dari satu peringkat ke-peringkat yang lebih tinggi, peringkat meta.
 
Soalan-soalan yang menggunakan perkataan ’mengenai/tentang’ boleh mengeluarkan rangkaian ’matrix’ pemikiran sesaorang itu hingga ke penghujungnya, dimana kata-kata ’penghujung-peta mental’ akan mengambil peranan. Apabila sesaorang itu dapat mengembangkan kemahirannya untuk memerhatikan struktur pemikiran sesaorang dari kandungan nya sendiri, maka dengan itu ia dapat menjelajah masuk kedalam dunia ’matrix’ minda orang itu dan memahami lebih dalam lagi apakah yang dikatakan kemahiran cognitive-meta itu dan kegunaan nya.
 
Selamat Maju Jaya.
 

 
 

 
 
  Today, there have been 126 visitors (152 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free