To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  5 Abdul - Gaya Perhubungan Virginia Satir - 6
 



Sambungan 6


5) L – ’Level’ (Pengadil/’Leveller’)



 

Saorang bersikap dan bergaya L atau ’Level’ ini tidak banyak sifat-sifat yang jelas – sifat yg lain tidak kelihatan.

Komunikasi nya secara faktual, tetap pendirian, jujur, dan tepat.  Biasanya dia tegas dan juga berpengaruh.  Orang seperti L ini boleh diharapkan oleh kerana dia benar dengan persepsi nya terhadap sesuatu keadaan atau apa perkara pun.  Ia lebih menjuruskan kepada kebenaran dan kejujuran serta disokong dengan fakta-fakta yang perlu.




Tubuh badan dan bahasa yang digunakan agak kongruen.  Tapak tangannya selalu mengadap kebawah, tangannya naik se tinggi pertengahan badan nya..pada pinggang nya.   Oleh sebab ia tulus dan mengeluarkan sesuatu yang bersifat benar, ia menjadi satu cabaran bagi nya sebab ramai orang kadangkala belum bersedia untuk mendengar yang benar atau yang hak, dan ada pula yang jelas tidak mahu mengetahui yang benar atau yang hak, mungkin sebab ia akan menjejaskan kedudukan nya.  Merasa terancam.  Apabila ini terjadi, mereka ini akan merespon atau berbalas dengan negatif pada diri si L ini.  Kadangkala, apabila saorang bergaya dan bersikap L ini terlalu banyak memberikan sebab-sebab dalam perhubungan atau perbincangannya dengan orang lain, sungguhpun kesemuanya benar, ia boleh mengakibatkan orang lain itu menjadi ’bosan’ untuk  mendengar nya lalu menolaknya.

Apabila berhadapan dengan orang lain dalam sesuatu perbincangan, saorang L ini akan meletakkan dirinya sama “rata” dengan diri orang itu.  Dan apa saja yang dia ulaskan itu adalah ’asli’.  Apa yang diperhatikannya dan dirasakannya, akan dibentangkannya. ’What you see is what you get.’  Dia sering menggunakan kata-kata seperti, “Ini lah dia!.  Ini lah cara nya!” – ’This is it!  This is the way!’

Gaya L ini berguna apabila kita hendak menghentikan segala penyoalan atas perkara tertentu sambil memberikan maklumat yang tidak bersebelahkan pada mana-mana pihak.  Yakni, kita upaya memberikan kata-kata yang berfakta atau faktual.



(Balik ke muka surat asal, klik hyperlink dibawah ini.)

transcend-n-actualise.page.tl/5-Abdul-_-Gaya-Perhubungan-Virginia-Satir-_-1.htm








 
 
  Today, there have been 93 visitors (115 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free