To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  NLP dalam Pendidikan dan Perhubungan
 



NLP dalam Pendidikan dan
Perhubungan

M Nasser Ismail

Julai 2010


 



(dipetik dari mindperspective.wordpress) 

Sampingan menulis artikel ini, ingin saya bermula dengan petikan sajak ’Guru O Guru’ oleh Usman Awang yang berbunyi seperti berikut;

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

(* di-petik dari http://www.moe.edu.my/hariguru/sajak.htm)

 

·  Apakah ada suatu teknik yang boleh anda gunakan untuk menambah dan meninggikan taraf kecekapan anda sebagai saorang guru?

·  Pernahkah anda berkeadaan ’marah’, ’moody’, ’tidak peduli’, ’sedih’ dan lain-lain lagi apabila memasuki bilik darjah anda sebelum menyampaikan mata-pelajaran yang akan anda ajar itu?  Apakah hasilnya?

·  Bagaimanakah caranya untuk senantiasa berkeupayaan untuk menetapkan keadaan mental-fizikal-emosional anda supaya kecekapan penyampaian ilmu kepada murid-murid anda tidak terjejas?

·  Bagaimanakah boleh kita jadikan satu-satu pelajaran itu berkesan dan ’memorable’?

·  Apakah bahasa mainkan peranan dalam mendidik anak-anak bangsa dalam bilik darjah? Apa dia dan bagaimana menggunakannya?

 

Dr Don A. Blackerby penulis sebuah buku ”Rediscover the Joy of Learning”, pernah menjadi saorang guru Mathematics dan saorang Dekan Kolej dalam tahun 1996.  Dia pernah mengongsikan pengalamannya dengan berkata, ”Banyak kali semasa saya mengajar Mathematics, saya perhati ada murid yang renung keluar tingkap bilik darjah sedang berkhayal.  Saya terfikir, apakah yang sedang bermain didalam pemikiran mereka itu hinggakan mereka tidak merasa terdorong pada pelajaran Mathematics ini.  Selalu juga saya katakan pada diri saya, ’kalau lah aku boleh buka kepala mereka itu dan intip didalam nya apakah yang akan aku lihat?’  Semasa itu saya tidak dapat membuatnya tetapi sekarang saya boleh (satu andaian).  Saya lakukannya dengan Neuro-Linguistik Programming (NLP).”  Selain dari itu Dr Don juga gunakan teknik NLP yang berdasarkan pada strategi-strategi dan proses-proses didalamnya untuk membantu murid-murid yang lemah termasuk murid-murid yang mengalami ’Attention Deficit Disorder (ADD)’.

Dengan itu, apakah kita berupaya untuk menjelajah ke satu alam dengan alat-alat ’penyelam’ yang membolehkan kita menyedari, mempelajari, mencungkil dan menjana kehebatan diri kita dan murid-murid kita juga?  Tentu sekali!

Seni Mencipta Pelajaran Yang Menghasilkan Kenangan

Tentang satu seni ini, saya tertarik dengan apa yang telah ditulis oleh Nick Kemp, salah saorang pelatih NLP yang terkenal, tentang peranan NLP dalam pendidikan.  Dia berkata bahwa dalam pengalaman nya dia telah berjumpa ramai orang yang ceritakan kisah alam persekolahan mereka dahulu dan berkata yang mereka boleh mengingat sekurang-kurangnya satu guru yang telah berikan inspirasi yang hebat dan sungguh berkesan bagi diri mereka, dan sekurang-kurangnya satu guru yang lain yang di ingatinya yang mengajar dengan cara yang kurang berimpak sehinggakan pelajaran itu tidak menjadi satu ingatan atau kenangan didalam hidupnya.

Disini ada sebahagian dari faktor-faktor yang boleh membantu anda menciptakan pelajaran yang boleh membangkitkan satu kenangan yang teguh.

·  Mulakan dengan mendapatkan perhatian.

·  Ciptakan minat dan keinginan mengetahui dengan bercerita, dan gunakan bahasa yang kaya dengan sensorinya.

·  Gunakan suara, nada dan rentak/irama dengan baik.

·  Tubuhkan pelajaran yang berstruktur.

Mulakan Dengan Mendapatkan Perhatian

Didalam bidang NLP, kita faham berapa penting suatu ‘keadaan’ mental-fizikal-emosional itu.  Satu ‘keadaan’ mental-fizikal-emosional yang saorang itu berada didalam nya, boleh mempengaruhi diri nya dan diri orang lain. Dr Michael Hall, saorang pengasas International Society of Neuro-Semantics, Amerika Syarikat menegaskan, “Baiknya ‘keadaan’ ini bermakna baiklah cara kita mengendalikan kehidupan kita, pembelajaran kita, peringatan kita, kelakuan kita dan komunikasi kita.  Semua nya itu tergantung pada ‘keadaan’ yang kita perolehi dimasa itu.”  Bayangkan bagaimana ‘keadaan’ yang dimaksudkan ini juga boleh menjadi salah satu pengaruh besar dalam berkomunikasi didalam bilik darjah bagi saorang guru.  Sekarang soalannya, ’Bukankah keadaan diri kita itu datang secara natural?’  ’Bukankah keadaan diri kita ini berkaitan dengan suasana persekitaran kita pada masa itu?’ ’Bagaimana pula boleh kita ubah?’

Tip: Bagaimana Hendak Mengakses ’Keadaan’ Mental-Fizikal-Emosional Yang Ukuh

Disini ada satu latihan mudah yang terbukti berkesan.  Ini boleh digunakan bagi mana-mana guru sekolah mahupun sesiapa saja untuk mengakses dan berada dalam satu keadaan yang mengoptimumkan tindak-tanduk anda untuk mengajar, sebelum anda melangkahkan diri anda masuk kedalam bilik darjah.

  1. Imbas kembali satu pengalaman mengajar yang lampau. Satu pengalaman dimana pelajaran yang anda sampaikan itu diajarkan dengan sangat baik. Dan murid-murid anda pun me-respon dengan sangat positif dan sangat baik sambil mereka benar-benar menikmati pelajaran yang disampaikan itu.
  2. Lihat gambar yang anda lihat dalam minda anda itu. Dengarkan segala yang anda dengar dan rasakan bagaimana anda rasakan ketika itu.  Apabila anda gambarkan masa itu dalam fikiran anda, perhatikan kalau anda nampak gambarnya berwarna atau tidak, dan dimanakah kedudukan gambar itu?  Perhatikan juga apa yang anda katakan pada diri anda atau fikirkan dan bagaimana anda sebutkan nya.  Perhatikan bagaimana eloknya dan baiknya anda rasakannya.
  3. Sekarang jadikan gambar itu lebih terang lagi dan lebih berwarna-warni (kalau ianya dahulu hitam putih, ubahkan menjadi warna-warni).  Jadikannya lebih fokus dan besarkan gambar itu dua kali ganda, sambil memerhatikan bagaimana anda rasakan semasa anda edit-kan gambar di minda anda itu.
  4. Sekarang katakan pada diri anda apa yang membuat anda terdorong untuk memberikan pelajaran ini, sambil memberi perhatian pada nada yang anda gunakan; nada yang memberikan diri anda satu dorongan yang kuat dan yang membuatnya lebih kuat lagi.
  5. Sekarang sebelum anda melangkahkan kaki anda masuk kedalam bilik darjah itu, mainkan segala tayangan minda (movie) didalam imaginasi anda itu dan bayangkan semasa anda memberikan pelajaran tersebut.  Lihat diri anda yang berkeyakinan tinggi dan yang sedang ’engage’ dengan murid-murid anda semasa mengajar pelajaran tersebut sambil memerhatikan bagaimana anda memberi perhatian anda pada tiap-tiap murid yang ada.
  6. Ukur kekuatan ’keadaan’ anda menggunakan skala 0 hingga 10.  0 – lemah, 10 – terkuat.  Sekiranya kekuatannya itu kurang dalam jangkaan dan perasaan anda itu, apa lagikah yang perlu anda lakukan untuk meninggikan kekuatan ’keadaan’ diri anda itu?  Sekiranya anda telah berpuashati dengan ukuran kekuatan anda itu, teruskan tindakan anda ke nombor 7.
  7. Sekarang masuklah kedalam bilik darjah anda itu dan berikanlah pelajaran yang ingin disampaikan.  Uji keberkesanan nya.

Mencipta Minat dan Sifat Ingintahu dengan Bercerita dan Menggunakan Bahasa yang Kaya-Sensori

Dua dari cara yang terbaik sekali untuk mencipta dan meneruskan minat dalam bilik darjah adalah (i) menggunakan bahasa yang kaya-sensori, dan (ii) menceritakan cerita-cerita berkenaan sebagai bahan komunikasi atau bahan menyampaikan maklumat.  Bahasa sensori ini berperanan menggunakan kata-kata dan frasa yang mengaitkan pancaindera kita itu secara langsung. Banding dua penerangan dibawah ini dan perhatikan bagaimana contoh yang kedua itu mengaitkan perhatian pendengar dengan cara yang amat berbeza dan dengan cara yang dapat menciptakan representasi pelajaran itu dengan lebih teguh.

Contoh satu

“Saya teringat semasa saya sedang berjalan dipantai memerhatikan lautan nya, pasir nya dan angin yang meniupi dari ombak laut itu.”

Contoh dua: Mengguna bahasa sensori

 “Saya teringat semasa saya sedang berjalan dipantai, memerhatikan lautan dalam yang biru, pasir nya yang bercahaya keemas-emasan dan bunyi-bunyian dari pukulan ombak dihampiran pantai itu, sementara saya merasai tiupan angin yang sejuk melalui dicelah-celah telinga, pipi, hidung, mata dan keseluruhan muka saya.”

Bahasa yang kaya dengan sensori ini menggunakan perkataan-perkataan atau rangkai kata yang mengait langsung pada kelima-lima pancaindera kita.

Indera yang kita maksudkan ini termasuk;

·  Penglihatan (Visual) – Saya nampak, lihat, memandang, cerah, jelas, mari kita fokuskan…

·  Pendengaran (Auditori) – Dengar, bunyi seperti...

·  Rasa sentuhan (Kinesthetik) – Rasanya seperti, sejuk, hangat...

·  Bau

·  Rasa





Di United Kingdom kerjaya perguruan telah maklumi kepentingan penggunaan pemaparan LDR(Lihat-Dengar-Rasa) atau lebih dikenali sebagai representasi VAK (Visual, Auditory, Kinesthetic) didalam bilik darjah, tapi saya rasa ia memerlukan keluasan penggunaan bahasa dan kesedaran terhadap penggunaan nya.  Lebih banyak cara yang kita boleh corakkan pemaparan sesebuah pengalaman pembelajaran kita itu, maka lebih mudah lah dan lebih baik lagi bagi kita untuk mengingati kembali apa dipelajari didalam bilik darjah itu atau dalam pengalaman kita itu. 

Bercerita


Bercerita adalah satu cara baik untuk mendapatkan perhatian si pendengar. Ramai diantara kita dibesarkan dengan kisah-kisah yang menarik baik oleh ibubapa kita mahupun saudaramara kita semasa kecil hinggakan besar.  Kisah-kisah yang diceritakan ini memberikan pelajaran bagi kita dengan secara tak langsung dan ianya sudah tentu mengaitkan imaginasi kita untuk berkembang dan terus melekat diceruk pemikiran kita hinggakan kita dapat mengingatinya sampai bila-bila masa.  Apabila saorang itu bercerita, si pendengar itu akan seolah-olah ditarik masuk kedalam jalan ceritanya dan kadangkala merasa yang dirinya ada pada masa itu mengalami keseluruhan jalan cerita itu. Dengan itu tercetus lah dan timbul lah perasaan ingintahu sambil bertanya, ’apakah selepas ini....selepas ini...selepas ini...’  Didalam bilik darjah, teknik ini boleh digunakan untuk menjadikan pelajaran yang dipelajari itu lebih ’memorable’; lebih dijadikan kenangan dan apabila digunakan dengan menggunakan bahasa kaya-sensori itu, kesannya amatlah mendalam dan juga hebat.  Salah satu pengaruh kuat terciptanya NLP adalah dari saorang yang bernama Milton Erickson yang menggunakan teknik bercerita dalam kerja terapinya apabila melayani pelanggan nya.  Jadi apabila kita mula menceritakan sesebuah kisah dengan, ”Pada satu hari....”, ianya cukup untuk mencetuskan sifat ingin tahu apakah yang akan berlaku selepas ini dan seterusnya.

Albert Einstein pernah berkata,

”Yang penting, janganlah sekali-kali berhenti dari bertanya.

Sifat ingin tahu mempunyai sebab-sebab tertentu kewujudannya.

Seorang itu akan hanya dapat merasa betapa hebatnya

ketika dia merenungkan misteri keabadian, kehidupan, dan 

struktur realiti yang mengagumkan itu.

Cukuplah apabila seseorang itu hanya cuba untuk memahami

sedikit dari misteri-misteri ini setiap hari.

Dan janganlah sekali-kali kehilangan rasa ingin tahu."

 

Kisah-kisah atau cerita-cerita adalah bahan hebat sebab ia adalah cara kita berfikir secara semulajadi.

Saorang penulis bernama Chris Cade menulis bahwa anda berfikir secara intuitif dengan struktur yang naratif (cara mengisahkan), samada anda sedar atau pun tidak.  Ini termasuk samada anda berceritakan hal harian diri anda atau berhubung dengan kawan anda atau mengimbas kembali pengalaman-pengalaman anda pada hari-hari yang telah lalu.  Dalam satu kajian mengenai corak bahasa saorang anak kecil, anak ini didapati ‘berkata-kata dalam bahasa tersendirinya’ sebelum ia masuk tidur yang menunjukkan bahawa ada satu rahsia besar dan hebat terserlah didalam pemerhatian ini.  Satu-satu yang dapat kita pelajari.

Sungguhpun sebelum anak kecil itu mula pandai berkata-kata, paten bahasanya menunjukkan bahwa dia membebelkan tentang apa yang telah dia lakukan pada hari itu dan kelihatan merancang pula apa yang hendak ia lakukan pada hari kemudiannya. Sekarang bayangkan dimana dalam hidup anda sendiri – seperti anak kecil tadi, sudah tentu secara naluri andalah mula-mula yang dapat memahami pengalaman harian anda itu sebagai satu kisah atau cerita.  Anda tidak pula perlu mengetahui atau menggunakan apa-apa bahasa untuk berhubung dengan orang lain ketika itu.




Sepertimana yang anda boleh lihat disini, cerita-cerita atau kisah-kisah ini meng-‘imprint’ atau meninggalkan bekas atau kesan pada otak kita secara semulajadi sejak kecil lagi.  Cerita-cerita ini pula sebenarnya adalah bahan yang anda sendiri memahaminya dengan baik sekali.  Anda mengalaminya dan menciptakannya. Jadi apabila anda menulisnya secara langsung anda akan mengakses bahagian yang paling dalam sekali dari diri anda dan dari jiwa anda. 

Yang tersemat ditahap para-sedar mahupun bawah-sedar (subconscious atau unconscious) itu merupakan cerita-cerita anda yang telah menjadi ‘imprint’.  Apabila anda dapat mengeluarkannya atau mengakses nya, anda akan dapati bahwa anda telah mengakses suatu yang amat berharga, berguna dan bernilai bagi perkembangan diri peribadi anda itu.  Dan apabila anda menulis kesemuanya sambil mengakses keluar cerita-cerita itu, anda sebenarnya telah membawakan nya kehadapan diri sedar anda untuk anda melihatnya, mendengarnya, menikmatinya dan bertindak dengannya.  Bayangkan juga bahwa sebenarnya proses membawa resources bawah-sedar anda ini keluar memaparkannya pada diri sedar anda itu boleh menghasilkan satu transformasi peribadi yang sangat signifikan dan hebat.



saorang guru sedang bercerita. 

Suara – Nada dan Irama

Baik didalam bilik darjah mahupun didalam bilek mesyuarat, kegunaan suara amatlah penting, sepentingnya isi kandungan atau bahan berkomunikasi kita itu.  Bagaimana kita sebutkan sesuatu itu dengan kata-kata tertentu adalah sepenting apa yang kita katakan.  Apabila kita mendengar suara saorang itu kita seolah-olah memandikan diri kita dengan bunyian suara seolah-olah dari ’pembesar suara’ yang digunakan nya.  Apabila bunyi sepotong kata itu sejajar dengan makna perkataan nya, kita berpeluang besar untuk mengingati apa yang telah disebutkan nya itu.  Sebagai contoh, perkataan ”lunjur” (seperti melunjur kaki) sepatutnya berbunyi seperti ”lunjuuuuuuuuur” supaya bunyian itu bunyi dilunjurkan dari berkata ’lunjur’ seolah-olah diputuskan saja.  Dalam menggunakan suara, ada tiga macam nada dan infleksi yang utama harus kita perhatikan.  Dia nya adalah;

·  Soalan – infleksinya naik keatas

·  Perbualan – infleksinya rata

·  Perintah – infleksinya kebawah

Mempelbagaikan rentak, irama dan nada dalam berkomunikasi dalam pelajaran yang diajari itu boleh mempengaruhi minat pada murid-murid anda.  Proses yang sama ini juga digunakan dalam bidang penjualan dan pemasaran dimana tujuan utama nya adalah untuk mendapatkan perhatian dan kemudian membinakan minat murid-murid tersebut.  Kalau anda memikirkan tentang suara saorang pengacara yang berpengaruh, anda pasti akan dapat perhatikan bahwa mereka pandai menggunakan rentang dinamik suara mereka dengan cukup baik.

Menstrukturkan Pelajaran

Sementara tiap cerita itu ada permulaan nya, pertengahan nya dan akhir nya, jadi tiap pelajaran itu, kalau mahukan nya menjadi satu kenangan, perlu mempunyai struktur yang jelas.  Dalam cara ini, murid anda juga akan mengingati isi kandungan penuh yang telah disampaikan nya.  Dan ada baiknya anda mengulang kembali dipenghujung pelajaran itu semua ’point-point’ utama untuk memperteguhkan isi kandungan pelajaran yang dipelajari nya itu. Dan bukan itu saja, tentu sekali sifat ingintahu ’apakah yang akan diberikan didalam pelajaran yang akan datang’ pun berkemungkinan timbul juga diminda murid-murid anda.

Apakah Anda Berucap Dengan Bahasa Yang Sama?

Apakah menggunakan bahasa yang ’sama’ itu juga penting?

Salah satu aspek menarik dalam NLP ialah bagaimana kita boleh memanfaatkan kekuatan penggunaan bahasa (linguistik) kita ini.  Bolehkah kita guna kuasa ini untuk menjana satu perhubungan baik (’rapport’) dengan murid-murid kita, dengan rakan-sejawat kita dan dengan orang lain? Kita maklum bahwa semasa kita berucap sesuatu menggunakan bahasa perantaraan tertentu, kita sebenarnya menggunakan bahasa untuk meluahkan atau memaparkan kembali segala isi kandungan atau idea yang bermain didalam tayangan minda (‘movie of the mind’) kita. Kata-kata kita melambangkan dan mencerminkan pemaparan tayangan yang bermain diminda kita itu. Ini lah satu penemuan hebat yang ditonjolkan oleh NLP.  Jadi tiap orang meluahkan idea dan pemikirannya dengan kaedah, corak dan cara masing-masing. Sungguh unik!  Unik didalam perspektif tersendiri.

Ada tiga cara utama kita memaparkan cara kita berfikir apabila kita berkomunikasi dengan orang lain.  Walaupun kita menggunakan kesemuanya dalam kadar yang tertentu pada satu masa, tiap orang didapati lebih cenderong menggunakan salah satu dari gaya expresi mereka.  Ini adalah seperti berikut;

  • Cara Penglihatan (Visual) - "Saya lihat/nampak/tengok…"
  • Cara Pendengaran (Auditori) - "Saya dengar"
  • Cara Kinaesthetik - "Saya rasa"

Contoh bahasa penglihatan:

  • "Mari kita lihat sama-sama apa yang boleh kita lakukan"
  • "Kita harus memfokuskan pada apa yang terbayang dihadapan"
  • "Pada saya, pandangan yang telah kita bincangkan itu jelas."

Contoh bahasa pendengaran:

  • "Saya dengar apa yang anda katakan"
  • "Kedengarannya elok bagi saya.  Bunyi nya okay bagi saya."
  • "Perkara yang hendak kita buat bersama ini memang se-irama."

Contoh bahasa kinaesthetik:

  • "Saya rasa perkara itu memang benar."
  • "Saya dapat rasa yang perkara ini akan berjalan dengan baik."
  • "Tindakan anda itu memang meringankan beban yang saya pikul dibahu saya ini."

Ini perlu diingat bahawa dalam perbualan harian kata-kata dan frasa yang kita pilih adalah petanda yang ianya datang dari fikiran dan niat kita.  Satu pencerminan.  Berucap dengan ’bahasa yang sama’ dengan murid kita atau pelanggan kita, kita menambahkan peluang untuk membina perhubungan baik (’rapport’) dan justru itu menghindarkan diri kita dari salah faham atau ’miscommunicate’.  Kalau murid atau pelanggan kita berucap dengan lebih menggunakan kata-kata penglihatan (visual), sebagai saorang guru atau pengurus atau saorang eksekutif penjualan, anda akan membina rapport yang lebih baik sekiranya anda ubah kata-kata anda agar sejajar dengan kata-kata ’visual’ orang yang anda sedang berkomunikasi itu.  Ini adalah salah satu seni penggunaan bahasa dalam pemujukan atau persuasi.  Bagi perhubungan didalam talipon, perlu di ingat bahawa anda hanya tertumpu pada penggunaan medium auditori (pendengaran) sahaja.  Disini faktor-faktor yang berikut ini penting untuk  menentukan hasil yang akan anda terima pada setiap interaksi anda itu;

  • Isi kandungan nya – apa yang anda katakan, sebutkan
  • Nada/’Tone’ – bagaimana anda luahkan apa yang anda katakan itu
  • Kekuatan atau Volume nya
  • Jejak/’Pace’ – kecepatan dan irama yang keluar dengan kata-kata anda itu

Didalam mana-mana pertubuhan atau sekolah atau perusahaan sekali pun, pasti kita dapati ada orang yang bercakap terlalu pantas dan ada yang tidak menghayati bagaimana kita boleh gunakan nada yang baik dan tepat untuk menarik minat si pendengar itu dalam perbualan nya. Inilah salah satu sebab mengapa sebahagian murid-murid kita tidak dapat mengingati pelajaran nya – ianya tidak meninggalkan satu kenangan (tidak ‘memorable’), ianya gagal untuk menarik perhatian dan minat si pendengar itu.  Jadi, dalam perhubungan melalui talipon, nada suara itu didapati amat penting juga dititik beratkan dari isi kandungan nya.

Satu lagi corak atau paten penggunaan bahasa dalam NLP adalah kegunaan ’predikat yang menyarankan.’  Frasa berbentuk ini juga menjadi sumber-sumber unggul dalam membentuk kebolehan kita untuk mempengaruhi murid-murid kita ataupun orang lain dalam pembelajaran dan dorongan.  Tiap frasa memberikan si pendengar itu satu daya jangkaan yang mendorongnya untuk ingintahu apakah kisah selanjutnya. 

Contoh ‘predikat menyarankan’ termasuk berikut:

  • "Saya kurang pasti bagaimana pantas anda akan (terlihat)perhatikan…."
  • "Saya tak tahu bagaimana mudah anda akan dapat perhatikan…."
  • "Bayangkan sekiranya….."
  • "Apakah (atau Seperti apakah) yang akan berlaku apabila anda…"

Corak kata-kata ini pun penting dalam membuat persembahan perniagaan dimana menarik minat pelanggan anda itu adalah sangat perlu.  Dalam satu kajian, saorang eksekutif penjualan telah dapat meninggikan penjualannya 300% dengan hanya menggunakan corak frasa seperti ini apabila berinteraksi dengan pelanggan nya.  Tengok tu! Bayangkan!

Penggunaan Bahasa Dalam Pejabat dan Dalam Perkhidmatan Pelanggan

Ada satu prinsip didalam NLP yang disebut, ‘Makna atau maksud komunikasi anda itu adalah (sepertimana) respon yang anda terima.’ Kadangkala saorang yang sedang berkomunikasi itu tidak sedar yang penggunaan frasa-frasa tertentu itu tidak menghasilkan mesej yang ia ingin sampaikan.   Rakan saya pernah menceritakan pengalamannya bekerja dengan saorang ketua bahagian dalam jabatan kerajaan. Ketua ini kerap menggunakan kata-kata ”Saya akan cuba”; salah satu frasa yang menyarankan bahawa tindakan yang ingin dilakukan itu tidak akan dilaksanakan. Akibatnya, ramai pekerja bawahan nya tidak terlalu yakin yang dia akan laksanakan apa yang ia katakan.

Contoh:

  • "Mudah-mudahan…"
  • "Kami akan cuba …"
  • "Kami akan bertujuan untuk…"

Kesimpulan

Bagi memudahkan murid-murid anda mengingati sesebuah pelajaran itu, rahsianya adalah mencorakkan bahan pelajaran nya itu menjadi satu kenangan (‘memorable’) dengan mengaitkan imaginasi tiap murid itu.  Teknik dan pendekatan mudah ini boleh digunakan dimana mana konteks termasuk pengucapan awam, persembahan dan pengiklanan.  Jadi teruskan dengan mengeksperimen pendekatan ini, menikmatinya dan perhatikan keputusan yang lebih baik yang akan anda capai.

Linguistik atau bahasa yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu (pelajaran dll) dalam komunikasi harian kita adalah salah satu aspek bagaimana kita berkomunikasi.  Banyak lagi paten atau corak didalam NLP yang boleh diguna pakai.  Apabila kita terus berkembang dengan menajamkan pendengaran kita dengan membuka telinga kita sesedar mungkin, kita akan dapati bahawa kita juga akan membuka minda kita pada kemungkinan-kemungkinan baru dan yang menarik dalam aspek-aspek kehidupan kita juga.

Selamat maju jaya.

M Nasser Ismail, ACMC

Neuro-Semantics & NLP Trainer

Personal & Executive Coach

 

(International Society of Neuro-Semantics, Colorado, USA)


"The important thing is not to stop questioning. Curiosity has
its own reason for existing. One cannot help but be in awe
when he contemplates the mysteries of eternity, of life, of
the marvelous structure of reality. It is enough if one tries
merely to comprehend a little of this mystery every day. Never
lose a holy curiosity."  -- Albert Einstein


 
  Today, there have been 30 visitors (40 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free