To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Coaching Dan Therapi - Beza nya?
 






Menjana Perubahan
- Coaching Dan Therapi – Apa beza nya?
 
Kalau kita bahaskan tentang coaching secara umum, perhatian kita akan tertarik pada perkataan perubahan. Tentu sekali kan?
Dan sekiranya coaching itu dipandang dari sudut facilitation (pemudahan) atau proses fasilitasi yang dinamik dalam membangkitkan perubahan atau menjana transformasi dalam kehidupan sesaorang itu, saorang coach itu pula dianggap sebagai saorang ejen perubahan par cemerlang. Itu maka nya kita meng-coach, tidak kah begitu? Kita coach untuk membuat satu perubahan yang diingini, baik dalam kehidupan kita mahupun personaliti kita, dan yang membolehkan diri kita memuncakkan (maximise) bakat (talent) diri kita, mencungkil potensi-potensi kita dan membawa kemahiran kita dari satu tahap ke tahap yang baru dan yang lebih tinggi dari yang ada.  Ini juga akan membawa kita ke puncak yang optimal dalam pembangunan diri kita serta performance kita dalam kehidupan harian kita.  Ini termasuklah kerjaya kita, hatta perniagaan kita juga.

 

·          Sungguhpun begitu, apakah sebenarnya perkara yang kita katakan perubahan itu?

·          Adakah perubahan yang dikatakan itu dianggap sebagai sesuatu yang baik bagi kita atau sebaliknya?

·          Adakah perubahan itu mudah atau susah, seronok atau traumatik?

 

Perbagai Perubahan
Apabila terlintas didalam fikiran kita tentang perubahan, kita selalu teringat pada sesuatu yang kita kaitkan dengan therapi. Memang therapi itu juga adalah salah satu pembawa perubahan, tapi ianya adalah perubahan remedial – yakni tumpuan untuk memperbaiki sesuatu, sesuatu yang telah terjejas/pecah/remuk/rosak, menolong sesaorang itu melalui pengalaman pahitnya, kelukaan serta traumanya, mengubah distortion dalam personaliti diri sesaorang itu, corak pemikirannya, dan emosi nya yang dalam distress, sebagai sebahagian dari contoh-contoh. Dalam konteks ini, ramai orang mendapati perubahan itu satu pengalaman yang amat mencabar, sungguh payah, dan terlalu susah. Dalam keadaan ini, therapy juga harus mengendali subjek-subjek yang lebih meluas yang berhubung dengan jenis perubahan itu sendiri, seperti  tentangan, mekanisma pertahanan diri, melawani perubahan itu sendiri, takut kepada perubahan itu sendiri dan relapse atau kembali-semula kepada keadaan (atau masaalah) asal.
Sebagai perbandingan pula, coaching adalah satu proses yang menumpukan pada perubahan generative dan bukan remedial. Ianya berkait dengan peningkatan bakat, ilmu pengetahuan, dan kemahiran sesaorang itu ke satu tahap cemerlang yang baru. Ianya berfungsi sebagai satu fasilitasi perkembangan yang tinggi yang dialami oleh saorang yang telah berfungsi-baik dan dengan itu coaching terus membolehkan penerapan transformasi baru kepada nya sambil memperkasakan (empower) diri nya itu untuk mencapai kecemerlangan visi dan impian nya.

Dalam konteks ini orang yang mengikuti coaching itu sedia menerima perubahan, mengingini perubahan itu dan siap-sedia untuk berubah. Inilah dinamakan perubahan generative dan bukan remedial.

Selamat Maju Jaya


M Nasser Ismail
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)
Personal & Executive Coach


   ******** TESTIMONY OF A COACHING CLIENT *******

"He brings out a thought, a tear, a smile, a dream and a vision that I so often avoided and sometimes thought that I do not possess... By listening well and questioning my very own words, he has made me more aware of who I am, who I want to be, where do I want to go and be. He made me realised and sometimes painfully accepted how my successes, happiness and disappointments in my life buzzed through and thus taught me to put up my sail, feel the wind, smell the air, love the rain and ride the waves, come rain or shine."





Miss Mariani Abbas,
Petroleum Engineer, Energy Economist
Corporate Division, Brunei Darussalam





 
 
  Today, there have been 128 visitors (154 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free