To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  7-10 Langkah Membina Keyakinan
 


7-MINIT-10-LANGKAH MUDAH 
MELATIH DIRI UNTUK MEMBINA KEYAKINAN

Mohamad Nasser Ismail

 

Dalam menggunakan kemahiran NLP, kita perhatikan yang gambar, imej, dan bayangan yang kita ciptakan dan keluarkan dari dalam fikiran kita, kepala kita dan segala apa yang kita katakan kepada diri kita (dan bagaimana kita menyebutnya juga) memberikan banyak perbezaan pada diri kita dan tentu sekali kesannya pada diri kita.   Ini memang benar apabila kita melihat cara kita membina perhubungan dengan orang lain baik dalam konteks bekerja mahupun dalam konteks perhubungan social.

Salah satu soalan yang biasa ditanyakan didalam banyak seminar motivasi adalah “Bagaimanakah saya boleh menjadi lebih konfiden atau yakin dengan diri saya dan dengan perhubungan saya dengan orang lain?”  Keyakinan ini tentu sekali bukanlah satu ‘perkara’ fizikal yang kita boleh perolehinya dimana-mana atau membeli nya pula dikedai-kedai atau di pasaraya.  Keyakinan ini datang dari cara kita bereaksi dalam keadaan yang tertentu dan bagaimana pengalaman itu dicorakkan didalam diri kita sendiri. 

Dibawah ini ada satu latihan yang anda boleh cuba yang hanya akan memakan masa beberapa minit saja.  Ini menunjukkan berapa mudahnya kita boleh bermula untuk mencungkil ’resources’ dalam diri kita untuk membina keyakinan diri. 

 

LATIHAN NLP – 10 LANGKAH MENUJU KEYAKINAN DIRI

1.                  Kenangkan kembali satu masa dahulu dimana anda berkeyakinan tinggi dan sepenuhnya.

2.                 Apakah bayangan atau gambaran dari ingatan anda itu apabila anda mula mengingatinya?  Tidak kira lah kalau anda dapat mengingati keadaan diri anda semasa itu dengan satu gambaran yang jelas atau kurang jelas. Terus ingatkan ingatan gambaran itu.

3.                 Adakah gambar/imej itu berwarna atau hanya hitam putih saja?

4.                 Apa yang anda kata-kata pada diri anda (berkata-kata didalam hati) pada masa itu dan dalam keadaan itu? (Nada apakah yang anda gunakan untuk berkata-kata? Sebagai contoh, adakah anda berkata-kata dalam keadaan tenang atau bergelombang atau bergetar?)

5.                 Sekarang ingat kembali satu masa dahulu dimana anda tidak begitu seyakin yang anda inginkan dan ulangi latihan ini (langkah 3 dan 4), mengumpulkan segala maklumat yang relevan itu dan dalam cara yang sama diatas itu.

6.                  Dapatkah anda perhatikan perbezaan nya?

7.                 Sebagai contoh, adakah gambar ini kurang berfokus kalau bandingkan dengan gambar yang asal itu (gambar yang pertama itu) atau tidak?

8.                 Adakah anda mengatakan sesuatu pada diri anda (didalam hati) yang berbeza dan dengan nada yang berbeza juga? Apakah perbezaannya?

9.                 Sekarang tukarkan gambar/imej anda itu didalam keadaan yang tidak yakin itu pada gambar yang yakin dengan segala sifat-sifatnya.  Dan jadikanlah gambar itu terang, besar dan lebih fokus didalam fikiran anda sekarang.

10.             Setelah melakukan nya, rujuk pada perasaan diri anda itu apabila melihat kembali pengalaman yang tidak berkeyakinan itu dalam kaca-mata keyakinan dan sifat-sifat nya. Tentu sekali ianya akan berubah.  Tidak kah begitu?


Selamat mencuba.

 



M Nasser Ismail, ACMC
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)
Personal & Executive Coach (MCF, ISNS)

mnasserismail@yahoo.com.au
coach.demetaexquisite@yahoo.com.au

2009 

 


 
 
  Today, there have been 122 visitors (148 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free