Coaching - Kemahiran Mengait Hati.
M Nasser Ismail
Jan 2010
Kalau kita mahu ’coach’ sesaorang itu dengan baik, samada pelanggan kita mahupun anak dan ahli keluarga kita, dan lebih-lebih lagi kalau kita ingin menjadi saorang Meta-Coach yang cemerlang, kita haruslah mempunyai satu kemahiran yang khusus dan istimewa untuk mengait dan menawan hati (dalam bahasa Inggerisnya Engaging the Heart) saorang yang kita sedang ’coach’ atau saorang yang mahu di-’coach’ itu. Dr Michael Hall, pengasas the International Society of Neuro-Semantics dan Yayasan Meta-Coaching menerangkan asas dan keperluan ‘Engaging the Heart’ dalam ‘coaching’ seperti tertulis dibawah ini.
Dalam memerhatikan cara-cara yang unggul untuk membantu sesaorang itu melahirkan potensi-potensi sehat dan hebat dari dalam diri mereka, daya dan kemahiran saorang ‘coach’ itu meminpin saorang lain yang di’coach’kan itu ternyata menjadi amatlah penting. Engaging the heart adalah salah satu yang amat penting sekali dalam coaching. Disini timbul lah persoalan-persoalan yang bersangkut paut dengan mengait dan menawan hati itu:
· Apakah maksud mengait hati dalam ’coaching’ itu?
· Bagaimana kita mengait hati saorang yang sedang kita ‘coach’ itu?
· Apakah perlu saorang ’coach’ itu jadikan proses coachingnya itu ’personal’?
· Siapakah yang dikatakan telah bersedia untuk di-’coach’?
· Dimanakah peranan coach untuk merealisasikan impian sesorang itu supaya dirinya dapat meng-Aktualisasikan dirinya?
· Apakah ciri-ciri yang perlu ada bagi saorang coach untuk mengait dan menawan hati saorang yang di’coach’kan itu?
Satu Jalinan Istimewa
Mengait hati sesaorang (’coachee’) itu (atau engaging the heart) secara ringkas adalah satu perhubungan yang terjalin rapat diantara saorang coach dan sesaorang itu. Jalinan perhubungan ini adalah satu jalinan yang luar biasa, yakni penjalinan yang dimeterai melalui nilai-nilai dalaman (nilai,maksud,tujuan,niat dll) sesaorang itu dan secara langsung menyentuhi identiti dan emosi utama sesaorang tersebut. Apabila kita dapat melakukannya, ianya bermakna yang kita telah berjaya menyentuh diri saorang itu secara mendalam; penyentuhan disini adalah penyentuhan pada rangka pemikiran (justru emosi juga) yang tertinggi sekali.
Untuk melakukannya kita juga harus berpendirian bahwa saorang yang di coach itu adalah saorang manusia biasa, saorang insan dan bukan di anggap sebagai ‘klien’, ‘pesakit’, ‘pelanggan’ atau pun ‘kes-kes’ sahaja. Dengan cara ini juga kita membawa saorang insan itu dengan faktor keinsanannya selaras agar perhubungan yang ingin kita bina dapat dijalankan dengan terbaik mungkin.
Menjadikannya Personal
Kenapa kita buat demikian? Tujuan menarik atau mengait (menawan) hati ini adalah untuk menjadikan coaching itu personal, secara peribadi, dan kita membuat nya supaya kita dapat menjadi personal dengan mereka. Dan kita buat itu agar kita dapat mengalir masuk ke sanubari sesuatu perkara itu, dan bukan hanya mengadakan “perbualan biasa” sahaja dengan mereka.
Coaching yang tidak berupaya dan yang tidak dapat memasuki diri ’dalaman’ sesaorang itu, mahupun yang tidak dapat masuk ke hati sanubari makna dan maksud sesaorang itu, atau yang tidak dapat menjadi personal akan berakhir dengan kesan yang cetek, kesan yang terletak pada permukaan sahaja dan dengan itu tidak lah mengubahkan sangat diri sesaorang itu, dan tentu sekali tidak memberi kesan perubahan yang optimal yang diperlukan bagi sesaorang itu.
Apakah yang perlu ada sebelum menentukan yang saorang itu boleh di ’Coach’?
Kebolehan sesaorang itu untuk di coach atau dalam bahasa Inggerisnya ‘coachability’, juga ada kena mengena dengan mengait (menawan) hati sesaorang itu.
Bagi sebahagian orang, perbualan coaching itu adalah pengalaman yang paling rapat (intim) dan pada masa yang sama pengalaman yang terdedah (‘vulnerable’) dalam hidup mereka. Boleh kah mereka pergi sedalam itu? Sanggupkah mereka ‘pergi kedalam’ dan betul betul menghadapi dengan kenyataan atau realiti mereka sendiri – definasi-diri mereka, merasakan tujuan dan misi hidup mereka, kebolehan dan kekurangan mereka, kebenaran mereka dan lain lain lagi. Kalau kita tidak dapat mengait (menawan) hati itu (atau menghubung ikatan hati itu), kita sebenarnya tidak atau belum dapat memasuki nya.
Hatta coaching kelakunan/amalan (performance) pun perlukan membuat demikian sebab kelakunan/amalan itu akhir sekali akan dipandukan dengan kepercayaan diri, dengan sikap diri, dengan definasi-diri, dengan tujuan, dengan maksud-maksud yang tersirat, dengan wawasan diri, dan dengan banyak lagi peringkat-peringkat meta minda kita ini.
Coaching untuk Meng-Aktualisasikan Diri
Mengait (menawan) hati ini juga terdapat pada sumber coaching ‘Self-Actualisation’ atau coaching aktualisasi-diri, sebab corak coaching ini adalah untuk memperkasakan sesaorang itu supaya menjadi nyata – untuk menjadi saorang yang tulen. Dan menjadi saorang yang tulen itu bermakna ianya haruslah bersikap terbuka, terdedah (‘vulnerable’), bersikap saorang manusia biasa yang terdedah pada membuat kesilapan (bukan maksum), dan juga bersifat rendah-diri. Kita tidak akan berada ditempat yang terbaik sekali sekiranya kita berpura-pura; didalam kepura-puraan sahaja.
Walaubagaimana pun kita mungkin perlukan “berbuat-buat saja hingga kita dapat melakukan sesuatu kemahiran yang diingini.” Namun demikian masa kita mempelajari membuatnya didalam proses pembelajaran kita, biasanya kita dapat merasa bahwa diri kita ini tidak kongruen, ianya tidak sepadan. Tetapi apabila tabi’at baru ini mula terterap dalam diri kita, latihan kita itu akan menjadikan diri kita mulai merasa kongruen atau sepadan dengan perbuatan atau amalan kita itu. Ini berbeza dengan sikap berpura-pura yang terus berada didalam kepura-puraan dan justru itu tidaklah merasa kongruen.
Tip – Proses 5-Langkah Untuk Menghasilkan Pengaitan Hati
Jadi, apakah proses untuk mengait hati sesaorang itu?
1. Mula dengan membina ‘rapport.’ Model NLP telah memberikan kita jalan untuk kita menciptakan ‘rapport’ samada dengan cara kita memadankan (‘matching’) ungkapan lisan kita dengan klien kita mahupun penyataan bukan-lisan kita. Apabila anda memadankan sepertimana yang diperlukan, anda akan merasai diri anda itu bermula ’menyelam masuk’ dunia-dalam orang tersebut. Memadankan juga memberi isyarat pada diri mereka bahawa anda ini sama seperti diri mereka. Mereka akan rasa bahawa diri mereka tidak terancam. Dengan itu mereka akan rasa lebih tenteram dan lebih selamat untuk meneruskan sessi ’coaching’ ini bersama dengan anda. Untuk menjanakan keadaan ’rapport’ yang baik ini agak memerlukan banyak perhatian dan pendengaran aktif dari diri saorang coach terhadap orang yang di-’coach’kan itu. Ia juga memerlukan kebolehan diri anda sebagai saorang coach untuk melihat dari sudut atau perspektif mereka agar anda dapat memahami sebenarnya bagaimana mereka merangkakan pengalaman mereka dalam fikiran mereka itu.
2. Minta Izin. Setelah anda dapat mencapai keutuhan ‘rapport’ dan apabila kepercayaan mula terbina diantara kedua-dua, coach dan ’coachee’ itu, mintalah izin supaya anda dan dirinya itu boleh bekerjasama untuk menjalankan sessi coaching ini dengan secara luhur, tulen dan nyata (‘real’). Ini akan memberikan satu lagi daya untuk ’menyelam’ masuk kedalam realiti klien anda itu.
3. Akses dan kendalikan dari keadaan menghormati sesaorang itu supaya anda boleh memberikan keperihatinan dan belas-kasihan (’compassionate’) yang baik dan yang diperlukan. Ada baiknya juga anda pastikan yang rangka pemikiran anda adalah seperti, “Semua orang berhak mendapati penghargaan positif yang tidak berbelah-bagi – terhadap kehormatan, martabat dan maruahnya.” Dengan berpandukan dengan pemikiran seperti ini, anda boleh menghormati siapa saja, sungguhpun pada orang yang anda tidak sukai, atau pada orang yang perwatakan nya anda rasa terlalu buruk dan menyakitkan hati. Mereka masih saorang manusia insan biasa. Jadi tetapkan lah dan tambahkan lagi dengan rangka Neuro-Semantik anda yang menegaskan bahawa : ”apabila timbulnya masaalah – rangka pemikirannya lah masaalahnya, bukan orang nya.” Apabila anda bersikap sedemikian, anda boleh menjadi saorang yang mudah memberikan keperihatinan dan belas-kasihan kepada orang lain – sebab, sementara masaalah itu ada pada orang tersebut – samada didalam cara ia berkata-kata, dalam cara ia beremosi, dalam ia berkelakuan mahupun pada latar belakangnya dan pengalaman-pengalaman lampau nya itu – masaalahnya bukanlah pada orang itu tetapi ianya tetap berada pada rangka pemikiran nya sahaja! Dan fikirkan dan bayangkanlah bahwa sekiranya anda sendiri memperolehi rangka pemikiran yang sama dengan diri nya, tentu sekali anda pun berkemungkinan akan mengalami masaalah yang sama juga. Jadi untuk menawarkan sesuatu, apakah anda bernar-benar perihatin pada diri orang itu? Disini kita boleh ambil kesimpulan dengan berprinsipkan ’bahwa orang tidak peduli pada apa yang anda boleh tawarkan sehingga mereka tahu yang anda perihatin pada diri mereka.’ Dan sebenarnya, hanya hati saorang yang perihatin lah yang benar-benar boleh mengait hati saorang lain. Dan ini memang penting bagi saorang coach untuk berada dalam keadaan mental dan emosi yang betul dan tepat dan menepikan segala ’ego’ dari menghalang diri nya. Kalau tidak, sebagai saorang coach, anda akan menjadi kurang sabar, marah, benci, sakit hati dan kecewa. Sebaliknya mereka (’coachee’) pula akan menjadi ’defensive’ (mempertahankan diri mereka) pada diri dan keadaan mereka. Dengan itu mereka tidak mungkin boleh berada didalam keadaan terbuka. Mereka akan terus mengepong tutup ruang-ruang yang dianggap ’merbahaya’ dan kurang selamat. Ini tidak akan menghasilkan keberkesanan yang tinggi yang diharap-harapkan.
4. Jadi saorang yang tulen dan pelupa-diri. Oleh sebab coaching ini bukan mengenai diri anda tetapi diri klien anda, anda seharusnya memudahkan jalan bagi klien anda untuk mencapai hasil keinginan tertinggi nya, sementara anda dapat menepikan ’ego’ anda sendiri dari memasuk campur dalam hal-ehwal perkembangan klien anda itu. Anda juga seharusnya menjadikan diri anda itu sebagai saorang yang pelupa-diri dalam segi melupakan bahwa ini tidak ada kena-mengena dengan diri anda, ini adalah hal-ehwal diri klien anda! Dengan itu anda benar-benar boleh menggunakan sepenuh diri anda yang terlatih itu, ’intuition’ terlatih anda itu, dan sifat ketulenan (’authentic’) anda itu semasa menjalani sessi coaching ini. Ini sudah pasti akan bantu membentuk diri anda menjadi sebagai sebuah ‘cermin’ yang jelas bagi klien anda itu. Dan ’cermin’ istimewa ini berupaya mencerminkan balik segala corak timbal-balas yang relevan dan berguna pada klien anda, dan yang berdasarkan dengan sensori diri klien anda itu sendiri. Bukan hanya itu, ianya juga dapat mencerminkan segala-galanya dengan secara tulus, celuru dan authentic agar klien anda dapat benar-benar menghayati apa yang dilihat, didengar dan dirasanya.
5. Menjadi saorang yang hadir sepenuhnya dalam tiap saat. Kemuncaknya satu perbualan coaching adalah apabila lahirnya dan tercapainya keadaan fokus (”genius”) engagement secara keseluruhan. Diwaktu ini masa, diri, dunia, dll kesemuanya seolah-olah lenyap dari pemerhatian anda kecuali pada diri klien anda sahaja. Dan anda mungkin juga merasa bahawa anda telah sesat didalam keseluruhan pengalaman itu hingga saat akhir perbualan anda dengan klien anda itu. Dan apabila anda imbas kembali, anda akan melihat dan mengetahui bahwa ’engagement’ sepenuh itu mengakibatkan satu pengalaman kemuncak serta hebat yang anda telah jalinkan bersama klien anda itu. Sekarang, dalam keadaan hadir keseluruhan dan sepenuhnya pada tiap saat anda bersama dengan klien anda itu, anda perlu juga ketepikan segala tugas-pelbagaian (’multi-tasking’) anda yang mungkin juga mengganggu dengan tugas anda pada klien anda ini. Lepaskan nya dan anda akan merasa berapa kehadiran anda pada klien anda itu dapat menghasilkan satu outcome yang kemuncak dan hebat lagi.
Itulah sebahagian dari ciri-ciri penting bagi saorang 'coach'. Selamat berlatih.
Selamat maju jaya.
M Nasser Ismail, ACMC
Neuro-Semantics & NLP Trainer
Personal & Executive Coach
(International Society of Neuro-Semantics, Colorado, USA)