PATEN SWISH DAN MEKANISMA NYA
Pernahkah anda mengalami saat masa dibangku sekolah semasa guru sedang mengajar pelajaran yang mungkin anda rasa terlalu membosankan atau ‘boring’? Dimanakah anda membawa fikiran anda itu? Ke-Shopping Centre? Ke-padang bola? “Oh betul juga. Dimana ya? Banyak tempat? Kesana kemari. Kadangkala dengan sekelip mata. Terasa macam fast-forward. Kadangkala normal dan kadangkala slow-motion. Seperti main video-player. Seperti memainkan movie snapshots didalam otak saya lah.”
Ya memang benar, dan oleh kerana otak dan pemikiran kita ini boleh melayang kemana-mana saja, kadang-kadang dia membawa kita ke suasana mental dan emosi yang bermasaalah dan ke-arah fikiran yang amat terhad dan singkat. Untuk kita menjalankan hidup kita dengan penuh bermakna dan dengan penuh bertenaga, keadaan seperti ini memang lah tak akan dapat mencapai hasrat kehidupan kita ini yang murni dan resourceful serta baik. Tapi bagaimanakah kita hentikan otak kita dari menghantar fikiran kita (yang menjejaskan emosi kita juga) ke tempat-tempat seperti itu? Boleh kah? Bagaimanakah kita boleh tunjuk ajar otak kita untuk pergi ke tempat-tempat yang lebih baik dari itu?
Paten Swish ialah jawapannya. paten ini membolehkan kita mengenalpasti kiu atau isyarat dalam hidup harian kita yang secara natural menghantar kita kearah yang tidak resourceful, perasaan tewas, tidak bermaya, tidak kuasa, malas dan lain-lain perasaan yang negatif. Ok, keupayaan anda untuk mengenalpasti isyarat ini memanglah baik sebagai satu langkah pertama yang membolehkan kita meng-arahkan kembali otak kita ke jalan yang lebih resourceful dan untuk melatih nya untuk pergi ke tempat-tempat yang boleh memberikan kita tenaga positif dan yang boleh memajukan diri kita. Apakah anda ingin menjadi saorang saintis yang hebat, pemain bola yang hebat seperti pemain bolasepak antarabangsa Ronaldo? Dengan itu, paten swish boleh mengubah cara kita merasa dan bertindak-laku seperti mana yang kita kehendaki, dengan keinginan berkemajuan tinggi.
Dengan itu kita juga tertanya-tanya, bagaimanakah cara kita berfikir dan memproseskan maklumat yang berkaitan dengan mekanisma nya, dimana NLP istilahkannya sebagai bahasa minda (’languages of the mind’)? Mekanisma nya termasuk;
- Sistem representasi sensori kita yang mengisikan tayangan minda kita dengan mengandungi kesemua feature sinematiknya, dan diaturkannya secara merangkakan (frame) movie itu satu demi satu (ini juga dinamakan kualiti submodaliti dalam NLP);
- Peta linguistik kita dimana kita gunakan simbol perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat untuk menambahkan penerangan movie yang kita mainkan didalam panggung tayangan minda kita itu;
- Sistem fiziologi dan kinesthetik kita yang termasuk penafasan kita, kedudukan tubuh-badan atau posture kita, mimik muka, dll.
Oleh sebab kita bersemuka dengan realiti dunia luaran kita juga, dan mengalaminya hanya secara tidak langsung melalui representasi peta minda kita, response kita ke dunia luar (emosi, kelakuan kita dll) timbul dari model dunia dalaman kita. Betul tak? Dan apabila kita ubah model dalaman kita ini, kita akan terus berubah, seperti mana response, emosi, dan paten kita akan turut berubah. Sebagai contoh, apakah yang agaknya bermain di tayangan minda anda apabila anda bertabiatkan menggigit kuku jari anda? Dan apakah yang agaknya bermain di tayangan minda anda apabila anda bertabi’atkan merokok? Dan apakah yang agaknya bermain ditayangan minda anda apabila anda bertabi’atkan mengambil dadah terkawal? Dan apakah yang agaknya bermain ditayangan minda anda apabila anda bertabi’atkan untuk melarikan diri atau ’ponteng’ dari kelas sekolah anda?
Bagaimanakah kita dapat mencungkil keluar keadaan kesedaran kita itu? Bagaimana? Ini lah dia....kita buat nya dengan cara me-respond kepada cetusan stimuli khusus kita (baik luaran atau dalaman, yang diingati kembali atau direka dalam imaginasi kita). Ini bermakna kita mengambil peranan aktif diri untuk menguruskan keadaan diri kita supaya kita benar-benar dapat menjenterakan minda kita sendiri dengan menggunakan bahasa-bahasa minda yang kita telah sedia maklum boleh dihasilkan dalam NLP.
Paten swish ini juga adalah paten penjana atau ’generative’. Kalau anda fikir tentang ”kelakuan atau tabi’at yang boleh mengubah response lama” anda, anda telah memprogramkan fikiran anda dalam tindakan/response yang khusus itu. Tapi sekiranya kalau anda fikirkan tentang ”diri anda yang mana perkara yang anda lakukan tidak lagi berjalan sebagai satu masaalah bagi diri anda,” anda akan langsung menghantar kesedaran anda ke diri anda atau imej-diri anda yang lebih hebat, positif, yakin dan konfiden. Langkah-langkah untuk melakukan ini ada diserapkan didalam pattern Swish itu sendiri.
Disebalik pattern ini terdapat satu prinsip neurodinamik. Prinsip ini berdasarkan pada bagaimana sistem otak/pemikiran-jasmani-emosi secara hakikatnya bergerak menjauhkan diri dari kesakitan/keperitan (dan tidak selesa) (’pain’), dan menuju ke arah keadaan yang lebih selesa dan seronok (’pleasure’). Jadi, bilamana kita mengaitkan satu maksud keseronokan kepada satu stimulus(pencetus perasaan kita) itu, kita akan secara otomatik memprogramkan diri kita untuk bergerak menuju keseronokan itu. Secara ini, kita hala-tuju kan (’directionalise’) kesedaran kita itu, lalu menukilnya atau ’mengikat-sambung-pertalian nya’ (perkataan ini saya gunakan istilah sel-sel otak kaitan satu neuron ke neuron yang lain melalui kaitan synapse–nya) secara neurologi. Sebagai satu kesimpulan dan secara am nya, biasa nya sesaorang itu membuat pilihan yang terbaik untuk diri nya pada saat itu, saat apabila pilihan itu dibuat.
"Synapse memancarkan neuro-transmitters untuk menjalinkan perhubungan diantara neuron."
Jadi, cubalah pattern Swish ini agar anda, ahli keluarga anda, orang yang tersayang bagi anda, dapat menggerakkan dan memotivasikan diri anda dan diri mereka ketahap yang lebih tinggi, lebih positif dan lebih menghasilkan dan resourceful. Teruskanlah ke bahagian ’Pattern NSNLP’ untuk meneruskan dengan latihan diri cemerlang anda menggunakan Swish.
Selamat Mencuba dan Selamat Maju Jaya.
M Nasser Ismail, ACMC
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)
Personal & Executive Meta-Coach (MCF)
coach.demetaexquisite@yahoo.com.au
TESTIMONY
NS-NLP APPLICATION – KEGELISAHAN & TEKANAN
DARI MASAALAH PENDAPATAN DAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA
“….Experimen dan teori NLP ini ku akui memang berkesan kerana
dengan membuat satu percubaan yang semestinya dengan hati
yang jujur lagi ikhlas ianya sungguh efektif, cuba kita bayangkan
hanya dalam beberapa minit saja sekurang-kurangnya masalah
yang ada perlahan-lahan hilang dari benak fikiran seperti hidup
dalam istana…tapi tetap ku akui memang dapat kita alihkan
masalah itu dengan membuat NLP.
Sekali lagi ku ucapkan berbanyak terima kasih kepada
Tuan Hj Nasser kerana hanya dengan berteorikan NLP
rupanya masalah dapat dibereskan jua…..”
Awg Julaihi
(Salah satu peserta ceramah “Mengenal Kecenderongan Kecerdasan Diri…dari sudut NS-NLP”)