To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  5 Abdul - Gaya Perhubungan Virginia Satir - 2
 




sambungan 2

1) A – ’Apa kan daya ku’ (Penenang, Pereda /’Pacifier/Soother’)

 

Sikap atau gaya A, iaitu ’Apa kan daya ku’, boleh di andai kan seperti penenang atau pereda sesuatu keadaan atau perasaan atau satu perhubungan.  Perkataan didalam bahasa Inggeris nya adalah pacifier atau soother.

Sikap dan gaya A ini berlawanan dengan B, iaitu ’Bukan aku..kau kau’ - si penyalah atau penuduh (’Blamer’). Dan dalam keadaan lain ia boleh mencerminkan serba sedikit sikap B juga.

Saorang ’Apa kan daya ku’ biasanya menggunakan tindakan atau kata-kata halus untuk mengalihkan apa saja tuduhan ataupun tanggungjawab nya ke arah lain.  Samada ke arah perkara, tempat, mahupun orang lain.  Bukan diri nya.  Tetapi si dia tu, tempat sana tu, pejabat itu dan lain lain lagi, sebagai contoh.  Kelihatannya macam pandai main seni-mempertahankan diri ’Tai Chi’..tepis kiri ..tepis kanan. Saorang bersikap sedemikian biasanya mahu dirinya dilihat orang lain sebagai saorang yang baik, bak kata pepatah, ‘pijak semut pun tak mati’.

Kadangkala pula, dia kelihatan macam dapat menerima segala kritik atau tuduhan itu. Tapi dalam masa yang sama ia sebenarnya mengharapkan simpati orang lain.  Contoh ungkapan nya adalah seperti, ’Ya betul ini semua salah saya…’.

Saorang yang bersikap A ini gunakan bahasa yang tak lah keras, mahupun memaksa.  Gerak gerinya pun tidak pula mengancam sesiapa – hinggakan kadangkala orang lain merasa sedap mata memandang, kesian dan simpati atas diri nya.

Orang yang bersikap A ini pun boleh dianggap berkelakuan seperti ‘kura-kura’, apabila ada sesuatu perkara genting berlaku dia akan masuk kedalam karongnya.

Sikap dan gaya A ini boleh juga membuat orang lain rasa bersalah atas kata-kata atau reaksi nya.  Mungkin kita biasa dengar ungkapan-ungkapan ini; ’Apa kan daya aku ini...’, ’Siapa lah aku ni...jawatan tinggi pun tak ada’, ’Aku hanya pekerja biasa saja, manalah ku boleh sampai ke peringkat itu’, ’Apa lah aku ni, bukan lah pandai sangat.’, ’Cuba tengok ni, semua sudah ku buat.  Dia minta ini saya dah beri.  Dia minta saya buatkan seperti ini,  saya pun dah lakukan. Apa lagi yang saya nak buat?’, dan kata-kata seperti, ‘Mengapa aku saja yang bersusah-payah kerana orang lain –tak ada orang pun yang peduli pasal diri aku?’, ’Mereka tak sepatut buat begini pada aku.’, ’Mereka semestinya memberikan laluan bagi ku dan mereka tak boleh jadikan aku macam ini.’, ’Kalau aku tahu ini akan terjadi, tidak lah aku kan buat semasa ini.’ Ini lah sebahagian dari contoh-contoh yang biasa kita ketemui.

Saorang yang bersikap dan menggunakan gaya A ini kelihatan lebih cenderung pada gaya ’Kinesthetik’.  Selain dari kata-kata yang tidak keras, gerak-geri badan pun turut menonjolkan sifat kelemahan. Apabila dalam keadaan ini biasanya si A ini akan mengangkatkan bahunya, seperti menyerah diri, sambil mengembangkan tangannya dan menadahkan telapak kedua tangannya keatas.  Gaya badan ini seolah-olah memaparkan kata-kata ’tolong lah’, ’macam mana ni?’, ’berikanlah’, ’tak kan tak boleh?’ dan lain lain lagi.





Saorang bersikap/gaya A ini juga ada perasaan takut.  Takut yang orang lain akan marah pada dirinya, atau takut hilang kawan – kawan pergi dari dia dan tak kembali lagi.

Kalau membuat keputusan terhadap sesuatu, biasanya ia tidak akan mengeluarkan keputusannya tapi lebih suka mengikut yang lain.  “Apa saja yang kau mahu atau yang orang lain mahu, ok bagi aku.”  “Mana saja!”

Masa-masa Gaya Ini Berguna

Gaya ini boleh digunakan apabila kita ingin mendapatkan simpati pada pandangan, idea, fikiran atau saranan kita didalam sesuatu perbincangan. Oleh sebab orang yang bersikap seperti ini amat cendorong pada persepakatan yang menyenangkan (pleasing) orang lain, perasaan muhibah dapat dijalinkan didalam keadaan yang mungkin kita perlukan.

Pada fikiran dalaman orang yang bersikap ini, dia merasa yang dia tidak lah sepadan dengan orang lain.  Postur badannya menonjolkan perasaan lemah.

(Balik ke muka surat asal, klik hyperlink dibawah ini.)

transcend-n-actualise.page.tl/5-Abdul-_-Gaya-Perhubungan-Virginia-Satir-_-1.htm






 
 
  Today, there have been 87 visitors (108 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free