To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  5 Abdul - Gaya Perhubungan Virginia Satir - 5
 



Sambungan 5

4) U – ’Unit-Pemproses’ (Komputer/’Computer’)

 


 


Saorang yang bersikap dan bergaya U ini dilihat macam sebuah Unit Pemproses dalam sebuah komputer.  Ia dipandang sebagai saorang yang mekanikal dan apa yang dimasukkan, akan diproseskan.  Hasilnya akan dikeluarkan sepertimana yang dimasukkan dengan ditambah suaikan nya melalui pemprosesan nya itu.

Saorang bergaya U ini melakukan sesuatu secara logikal.  Amat terkawal dalam pengendalian sesuatu itu dan lebih lebih lagi dilihat tidak mengeluarkan sebarang emosi atau perasaan.  Dia pula nampak dan dianggap sebagai saorang yang penuh tenteram seperti ’Mr Cool’.  Ia bersikap dingin dan menonjolkan personaliti yang ’tidak berperasaan’.  Bahasa yang digunakan pula adalah bahasa atau kata-kata yang menyembunyikan perasaan nya.  Tidak terdedah.  Membentengkan dirinya, lebih-lebih lagi perasaan nya, dari dilihat orang.  Dia adalah saorang yang tidak mudah menyerahkan ’diri’ pada sesaorang yang lain dari didedahkan perasaan nya.  Dilihat juga seperti pendinding, iaitu pendinding perasaan diri nya dari dilihat orang.

Apakah kesannya pada perhubungan didalam rumah-tangga?  Pasangan pula akan merasa diri pasangan yang bersikap U ini amat ’dingin’ dan kadangkala dianggap sebagai saorang yang ’angkuh’ kerana tidak mahu ’memahami’ perasaan pasangan nya itu.  Apabila keterlaluan, gaya dan sikap U yang digunakan oleh pasangan itu boleh menyebabkan masaalah didalam rumah tangga nya.

Saorang bergaya dan bersikap U ini juga ada cara tersendiri apabila meneliti atau memikirkan sesuatu itu.  Biasanya dia akan meng-’dissociate’ (iaitu memisahkan) dirinya dari perkara yang di perhatikan, fikirkan dan telitikan.  Itu makanya, pada tiap penelitian tentang sesuatu itu, ia tidak dapat merasakan perasaan keadaan atau sesaorang itu.  Ia seolah-olah terkeluar dari keadaan itu.  Apatah lagi kalau hendak memahami perasaan pasangan nya itu apabila bersemuka dengan sesuatu keadaan genting, seperti pergaduhan, perselihan faham, kesayangan, cinta dan lain lain.

Orang bergaya dan bersikap U ini juga pintar menggunakan bahasa dan kata-kata sehinggakan dia boleh membuat banyak alasan atau sebab-sebab yang kelihatan menasabah.  Dia juga sering memberikan mesej dalam kata-kata nya dengan mengeluarkan perkataan ’kau’ atau ’sesaorang itu’ (yakni, sesuatu atau sesaorang yang luar daripada diri nya).  Jadi, rujukan nya adalah sesuatu yang luar dari diri nya.

Dengan pandai menggunakan bahasa, ia boleh juga menepiskan tuduhan ataupun tanggungjawab nya dengan kata-kata, ’Sesaorang itu seharusnya memutuskan dan bersetuju untuk melakukan kerja ini.’  Kata-kata ini tidak ditujukan pada dirinya.  Ia menggunakan perkataan ’sesaorang itu’, yang bermakna sesiapa saja.  Lebih mengisyaratkan diluar sana bukan diri nya.  Dia akan elakkan mengguna perkataan ’saya’.  Kadangkala dia sering mengungkap kata-kata ’pudar’, tak jelas, konseptual, umum dan sebagainya.  Kata-kata seperti, ’Tidak ada baiknya berkeras…’.  Soalan nya, siapa yang dia maksudkan? ’Berkeras’ macam mana dan kepada siapa?

Orang-orang yang banyak menggunakan gaya dan sikap U ini, sebagai contoh, termasuk ahli-ahli politik, jurutera, guru disiplin dan akauntan.

Orang yang bergaya dan bersikap U ini biasanya datang dari kalangan orang-orang yang cenderong pada pemikiran cara ‘Auditory Digital’.  Apabila berhubung, berbincang atau memikirkan sesuatu dia biasanya akan meletak tangan nya berpeluk dada. Tubuh nya tegak dan kurang gerakan nya.  Banyak diam.  Muka dan mulutnya biasa dan tak menunjukkan expressi perasaan.

Dia menonjolkan perwatakan orang yang selalu berfikir, tenang, dan penuh menggunakan logik dalam sesuatu perbincangan, perbualan dan sebagai nya.

Saorang U ini rasa khuatir dan kadangkala takut kalau-kalau orang lain tahu perasaan mereka.  Jadi dia akan seberapa upaya cuba melindunginya dan menyembunyikan nya.

Berguna apabila melengah untuk menjawab soalan.


(Balik ke muka surat asal, klik hyperlink dibawah ini.)

transcend-n-actualise.page.tl/5-Abdul-_-Gaya-Perhubungan-Virginia-Satir-_-1.htm






 
 
  Today, there have been 98 visitors (120 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free