To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Model-Meta - Membuka Tabir Kegelapan Minda
 




MEMBUKA TABIR KEGELAPAN MINDA DENGAN SOALAN ‘COACHING’-

Soalan Yang Mencetus Pemikiran Anda Dan Diri Anda

 

(PATEN-PATEN MODEL-META)

 

 M Nasser Ismail

 2009

 

 

·                Apakah kata-kata yang kita keluarkan dari mulut kita menggambarkan keadaan pemikiran kita?  Pernahkah anda mengalami kata-kata yang samar atau abstrak atau konseptual ( ‘vague, ‘abstract’, ‘conceptual’) dikeluarkan oleh orang lain mahupun diri anda sendiri, dan apabila didengari, si pendengar tidak dapat memahaminya walaupun menggambarkannya, tapi hanya boleh membuat anggapan sahaja apa yang sebenarnya maksud kata-kata itu…boleh jadi dia maksud begini..boleh jadi dia maksud begitu..? Ini menjadi satu tanda tanya, apakah anggapan itu benar dan tepat?

·                Pernah kah anda berada didalam keadaan bingung atau marah atau bertengkar setelah berbincang sesuatu perkara dengan rakan atau rakan-kongsi perniagaan anda, kemudian ia berbalik pada diri anda dengan mengatakan ‘itu bukan apa yang aku maksud kan’?

·                Pernahkah anda bertanyakan samada cara kita berfikir itu kurang mantap dan diselubungi oleh banyak ‘distortion’ kognitif?

·                Apakah garis pandu atau teknik yang mudah yang boleh kita gunakan untuk menghurai kekusutan pemikiran kita yang kurang positif, kurang tepat atau ‘specific’ mengenai sesuatu sehingga ia menjadikan satu masaalah bagi diri kita dan diri orang lain?

·                Apakah paten Model-Meta NLP ini dan bagaimanakah boleh kita gunakan didalam  ‘coaching’ sesaorang itu?

·                Bagaimanakah boleh kita gunakan agar cara dan daya pemikiran kita sendiri, keluarga kita, murid kita, pekerja kita akan bertambah baik, tepat serta jelas dalam kita berkomunikasi dengan diri kita dan diri orang lain?

 

Model-Meta adalah salah satu bahagian didalam NLP dan Neuro-Semantics yang digunakan oleh ramai pengamal NLP dan juga oleh ahli Meta-Coach mahu pun NLP Coach untuk membantu diri pelanggannya mencapai tahap daya pemikiran yang lebih sehat.  Ini adalah salah satu cara dalam NLP yang boleh membantu mencorakkan daya pemikiran yang tidak diselubungi oleh syak, tidak ketepatan, meneka, mengagak, menuduh, menekan diri sendiri atau orang lain, membuat anggapan, menggembur-gemburkan kenyataan yang tidak berdasar dan lain lain lagi.  Sudah tentu mengetahui Model-Meta ini adalah penting dalam perhubungan seharian kita termasuk perhungungan diantara ibu-bapa dan anak, suami dan isteri, rakan, keluarga, ketua, guru, murid dan lain lain lagi didalam masyarakat kita ini.

 

Di sini saya ada memberikan sebahagian contoh-contoh yang biasa di ketemui dan yang terdapat didalam perhubungan diantara sesaorang itu dengan sesaorang yang lain.  Dalam menelitikan cara sesaorang itu berhubung dengan kata-kata yang dikeluarkan dari diri nya, saorang ‘coach’ itu dapat menggunakan perbezaan linguistik (linguistic distinctions) ini untuk membantu nya dengan istilah (yang saya gunakan) ‘membuka tabir kegelapan minda’.  Kadangkala diri kita sendiri yang perlukan peraliran paradigma seperti ini agar kita dapat hidup dengan pemikiran yang lebih baik serta harmoni dari hidup dalam pemikiran yang dipenuhi dengan berbagai gejala ‘distortions (cognitive distortions)’ dan ‘generalizations’.  Contoh-contoh ada diberikan dibawah ini, dan soalan-soalan yang ditujukan kepada orang yang ingin dibantu itu ada juga di berikan sebagai satu garis pandu.

 

 

Sebahagian dari Paten Model-Meta yang akan disentuh disini adalah;

 

·        Mind-reading (Menduga/Tanggapan/ Membaca-hati/Membaca-Minda)

·        Modal Operator of Necessity (Beroperasi diri secara keperluan)

·        Modal Operator of Impossibility (Beroperasi diri secara tidak mungkin)

·        Cause-Effect (Sebab-Akibat)

·        Complex Equivalence (Persamaan Komplex)

·        Universal Quantifier (Kuantifier-Universal – ‘Pukul-Rata’ - Generalisasi)

·        No-knowledge (Tidak Tahu)

·        Contextual (Penyesuaian Konteks)

 



Paten Model-Meta: Mind-reading


Soalan Yang Ditujukan:

Bagaimana kau(kamu) tahu?

 

Apabila sesaorang itu menganggap yang dia tahu isi hati orang lain, atau tahu apa orang lain sedang fikirkan, itu saya namakan “baca-hati” atau menduga atau mind-reading.  Apabila anda bertanyakan Bagaimana kau(kamu) tahu? Mereka akan merenung kembali sambil merujuk pengalaman-pengalaman mereka dalam ‘dunia’ mereka itu. Selalunya mereka tak tahu jawapannya dan apakah sebenarnya yang berlaku – malahan itu hanyalah khayalan belaka seperti apa yang dikatakan sebagai hallucination

 

Didalam satu mesyuarat saorang pegawai bernama Jali (nama samaran) ditanya oleh ketua pejabatnya, “Jali, kelihatan dari wajah kau, kau ada sesuatu yang nak dipersoalkan…sila-lah!”  Jali pun tercengang sambil berkata didalam hatinya, “Aku tak ada apa yang nak dipersoalkan pun. Bagaimana dia tahu?”

 

Sebagai contoh yang lain;

“Saya tahu boss saya tak sukakan saya.”  Bagaimana kamu tahu?

“Aminah tak suka pada saya.”  Bagaimana kamu tahu?

“Saya rasa diri saya tak sesuai dengan orang-orang dalam kerja baru saya itu.”  Bagaimana kamu tahu?

“Perempuan ini hanya mahukan satu perkara saja.” Ronny, aku termenung sekejap dengan kata-kata kau itu … bagaimana yang kau tahu? “Aku tahu lah!” Oh, tentu sekali, dan aku rasa ‘curious’ lah dengan proses yang membuat kau tahu. Tolong terangkan bagaimana kau tahu?

"Kau tak payah bilang aku, aku tahu apa yang kau fikirkan."  Ooh, bagaimana kau tahu?

Contoh-contoh yang lain;

"Aku tahu kau tak peduli."

"Rashid lebih mengetahui."

"Aku boleh baca yang kau tak sukakan aku."
 

“Mind-reading” pun kadangkala digunakan oleh sesaorang itu untuk menilai keadaan dalam diri nya itu (keadaan emosi, mental, fisikal).

Anda boleh bertanyakan “Bagaimana kau tahu?” juga apabila saorang itu mengakui tahu tentang keadaan dalaman nya.  Apabila anda buat demikian, mereka biasanya

  • ‘Disassociate’ daripada diri nya (yakni membayangkan diri nya dari jarak (dekat atau pun jauh) yakni seolah-olah ‘terpisah-diri’) sambil ia memikirkan dan membayangkannya, dan
  • Menjalani proses penilaian sendiri untuk mengetahui bagaimana mereka mengetahui yang itu adalah benar.

Cara ini boleh memberikan keterangan (non-verbal) yang hebat.  Ini juga boleh mengeluarkan diri saorang itu dari cengkaman pemikiran yang menghambat semangat dan kemajuan sesaorang itu.

 

Contoh;

“Saya depress.”  Bagaimana kau tahu?  Apabila orang itu menjawab soalan seperti ini, biasanya mereka akan mengeluarkan kata-kata yang menonjolkan kepercayaan-diri (‘belief’) mereka, dan ini akan memberikan anda keterangan extra tentang diri orang itu dan apakah pengalaman dalamannya yang sedang dia alami.  Biasa juga soalan seperti ini digunakan oleh saorang coach untuk meng-‘deframe’-kan pemikiran kusut sesaorang itu, sambil memecahkan rangka pemikiran nya itu.

“Saya adalah saorang Gagal.”  Bagaimana kau tahu? “Sebab saya tidak mencapai markah peringkat atau Gred A dalam peperiksaan bulanan ini.”  Kemudian anda boleh mencabar kepercayaan itu.  Bagaimanakah dengan tidak mencapai target markah itu dalam peperiksaan bulanan menjadikan kau saorang Gagal?




Paten Model-Meta: Modal Operator of Necessity


Soalan Yang Ditujukan:

Apa yang akan terjadi sekiranya anda tidak…?




Apabila anda mendengar perkataan seperti mesti, terpaksa, harus dan sepatutnya, itu adalah isyarat yang orang itu sedang mengalami satu keadaan yang mana pilihannya amat terbatas atau jalan lain bagi dirinya tidak wujud… kelihatannya seperti sudah sampai dipenghujung jalan.   Anda boleh menjemputnya untuk menjelajah dalam minda nya, dan memperkayakan peta realiti-minda nya itu dengan soalan seperti diatas ini. 

 

Contoh;

“Saya terpaksa menghisap rokok dengan kawan saya!” Apa yang akan terjadi sekiranya anda tidak melakukannya?

“Saya sepatutnya jadikan isteri saya bahagia.”  Apakah yang akan terjadi sekiranya anda tidak menjadikannya bahagia?  

“Aku mesti jadikan diri ku teratur!” Apa yang akan berlaku kalau kau tidak? 

 

Mempunyai pilihan adalah lebih baik dari tiada pilihan langsung, jadi amat berguna sekali bagi kita untuk membukakan ruang kemungkinan (possibilities) bagi sesaorang yang dalam keadaan seperti ini…pemikiran terbatas.

 

“Saya sepatutnya menjadi sibuk pada setiap masa!” Apa yang akan berlaku kalau anda tidak menjadi sebagaimana yang anda katakan? “Saya akan merasa bersalah!” Tentang apa? ... <teruskan bertanya>

 
PERBEZAAN DIANTARA SOALAN ‘KENAPA’ DAN …?

 

Apakah bezanya diantara soalan Kenapa/Mengapa? dengan soalan Apa yang akan berlaku sekiranya anda tidak…? 

 

Ambil contoh ini;

“Saya terpaksa mengambil dadah apabila berada dengan kawan-kawan saya itu!”

dan apabila kita bertanyakan soalan Kenapa? diri nya akan merujuk kepada jawapan dari alasan-alasan yang telah digunakan dahulu ataupun merujuk pada pengalaman-pengalaman dahulu.  Dari segi pemikiran rangka-masa (time-frame), soalan Kenapa atau Mengapa membawa sesaorang itu ke-belakang…ke masa lampau untuk mencari jawapan sebagai alasan atau sebagai satu justifikasi perbuatan tersebut….’back to the past.’  Dalam kes-kes seperti kes penderaan dan pencabulan dan sebagainya, membawa fikiran sesaorang itu ke pengalaman dahulu bukan hanya menimbulkan pandangan kejadian ngeri itu saja dalam ingatannya, malahan sistem tubuh badan-mental kita akan bertindak dengan menarik perasaan serta emosi yang terdapat pada kejadian itu berbalik pada diri kita sekarang semasa kita sedang memikirkannya……dengan itu kita akan cukup merasai keperitannya juga. Ini kita harus berhati-hati dengan pertanyaan yang kita tawarkan itu.  Dan membawa sesaorang itu balik memikirkan soal lama yang penuh emosi itu hanya akan mengakibatkan peningkatan emosi buruk itu lebih lagi.  Soalan Kenapa atau Mengapa bertindak seperti itu.

Manakala, apabila soalan ‘Apa yang akan berlaku kalau anda tidak melakukannya?’,  diri dan pemikiran orang itu akan terbuka untuk memandang kehadapan atau memikirkan perkara yang belum berlaku dan memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang terjana (dan akan terjana secara tak langsung) dalam fikirannya itu.  Disini kita memberi diri nya peluang untuk menjelajah ke alam baru…alam kemungkinan.  Dan dengan itu, pemikirannya akan tertumpu pada perkara luar dari tabi’at merokok atau mengambil dadah atau pencabulan atau penderaaan sekali pun, sebagai contoh yang digunakan dalam kes ini.

Itulah hebatnya memberi soalan-soalan bil-hikmah.

 

 

Meta- Model Pattern: Modal Operator of Impossibility

 

Soalan Yang Ditujukan:

Apakah akan terjadi sekiranya anda boleh/dapat..?

(What would happen if you did / could? )

 

Memang kita sedia maklum bahwa kita biasanya mengisyaratkan kepercayaan-kepercayaan yang terbatas (limiting beliefs) dengan kata-kata “Saya tak boleh (I can’t)…Mana boleh..”   Apabila anda bertanyakan soalan seperti diatas ini, mereka akan melangkah luar dari model pemikiran terbatas mereka itu kepada sesuatu yang berkemungkinan.

Contoh;

“Saya tak boleh mulakan perniagaan saya.”  Apa akan terjadi sekiranya anda dapat melakukannya?

“Saya tak dapat masuk ke pasaran tumpuan saya.”  Apa akan berlaku kalau anda dapat?

“Mana boleh pendapat orang-orang seperti kami diterima oleh pengurus jabatan ini.”  Bagaimana kamu tahu?  Dan apa akan terjadi sekiranya pendapat itu diterima?

Satu kelebihan: sebelum mereka menjawab soalan ini, mereka biasanya akan membayangkan apakah yang akan berlaku kalau mereka dapat melakukannya.  Anda boleh memerhatikan gerak-hati dan gerak-badan sebagai bukti luaran (seperti pergerakan mata, gerak-badan dan lain-lain).

“Saya tak dapat membayangkannya.”  Apa akan terjadi kalau anda dapat membayangkannya?

"Saya tak boleh beritahu dia apa fikiran saya tentang perkara ini."  Apa akan berlaku kalau anda dapat memberitahu?

 

Paten Model-Meta: Cause-Effect

 

Soalan Yang Ditujukan:

Bagaimanakah <sesuatu> menjadi/mengakibatkan <sesuatu>?

 

 

Sememang biasanya orang suka memberi sebab-sebab terhadap sesuatu perkara yang terjadi pada diri mereka mahupun bagi diri orang lain. Sebab-sebab itu selalunya memberikan isyarat pada kita wujudnya sesuatu kepercayaan-diri orang itu yang ada berkaitan dengan perkara yang dikatakan itu. Kalau ianya adalah kepercayaan yang menghambatkan diri, anda boleh mencabar pemikiran seperti itu.


Contoh;

“Saya tak boleh belajar untuk menjadi saorang pelatih sebab saya tak boleh membuktikan tindakan saya itu.”  Bagaimanakah dengan tidak boleh membuktikan nya mengakibatkan atau menjadikan anda tidak boleh menjadi saorang pelatih?

“Kita ada masaalah memotivasikan pekerja sebab penggunaan komputer dan alat informasi maklumat terlalu rumit.”  Bagaimanakah penggunaan komputer dan alat ini yang rumit dan mungkin mencabar telah menjadikan masaalah untuk memotivasikan pekerja anda? 

“Tak ada gunanya untuk memotivasikan pekerja sebab tiada ruang kenaikan pangkat yang terdapat dalam jabatan kita ini.”  Bagaimanakah dengan tiada ruang kenaikan pangkat menjadikan ianya tidak berguna untuk memotivasikan pekerja jabatan ini?

 Apabila anda bertanyakan soalan seperti ini, orang itu akan memikir dan menyelidik kembali proses penjanaan maksud/makna yang mereka gunakan untuk mencipta/merangsang pemikiran tersebut; kadangkala dengan soalan ini sesaorang itu terus mula berubah sebab dengan soalan seperti ini dia mula sedar bahwa sebab dan akibat yang dia berikan itu tidak jalan selari, tidak masuk di akal, dan tidak 100% benar. 

Contoh-contoh Sebab-Akibat yang lain;

"Aku lambat sebab kau."

"Bila kau percaya pada diri ku, aku boleh buat."

"Kau buat aku rasa kecewa."

 

 

Paten Model-Meta: Complex Equivalence


Soalan Yang Ditujukan:

Bagaimanakah <sesuatu> bermakna <sesuatu>?

 

Ada dua cara dimana kepercayaan diri timbul dalam kata-kata kita..bahasa yang kita gunakan: ‘A bermakna B’ atau ‘A menyebabkan B’. Apabila saorang itu berkata A bermakna B, dia telah meluahkan satu kepercayaan pada diri nya, jadi anda boleh mengumpulkan keterangan itu sambil memperkayakan model dunia pemikirannya itu.

Contoh;

“Saya tidak mempunyai ijazah. Saya saorang yang bodoh.”  Bagaimanakah dengan tiada ijazah ini bermakna anda bodoh?

“Saya botak.  Saya tidak menarik bagi wanita.”  Bagaimanakah dengan kenyataan yang anda ini botak bermakna anda tidak menarik bagi wanita?

 

“Boss saya tidak memandang sebelah mata pun kepada saya apabila dia berjalan lalu.  Dia memang tidak sukakan saya.”  Bagaimanakah dengan boss anda berjalan lalu tanpa memandang anda bermakna boss anda tidak sukakan anda?


Contoh-contoh Persamaan-Kompleks yang lain;

“Muka Ramli merah.  Itu bermakna dia sedang marah.”  

“Anda tahu jawapan nya, jadi anda pasti mahir dalam perkara ini.”  

 

Kepercayaan diri ini kadangkala keluar seperti satu bungkusan yang lebih besar dari anda fikirkan. Sebagai amaran.…apabila satu kepercayan diri keluar, anda akan dapati bahwa lebih lagi yang akan menyusulinya. Berwaspada.

 

 

Paten Model-Meta: Universal Quantifier


Soalan Yang Ditujukan:

    Selalu? Tak Pernah, Tak Sekali Pun, 
    Semua-Orang, Semua…?

 

Apabila orang generalize atau ‘pukul-rata’ sesebuah pengalaman nya itu sebagai satu perkara/pengalaman yang benar dalam semua keadaan, mereka gunakan kuantifier-universal – perkataan seperti ‘selalu’ dan ‘tak pernah’. Anda boleh memecahkan generalisasi ini dengan mengulangi kata-kata itu sebagai soalan, kemudian memberikan contoh berlawanan.

Contoh;

“Dia selalu lambat?” Selalu? Tak pernah kah dia datang tepat pada masa sungguhpun sekali?

“Isteri saya tak pernah mendengar cakap/pendapat saya.” Tak pernah? Tidak sekali pun? walaupun anda ada belikan hadiah (harijadi, ulangtahun dll) untuknya?

Anda cuba buatkan contoh berlawanan yang membuat ia terfikir kembali … seberapa extrim atau kadangkala yang tidak ia terfikir..satu yang ridiculous. 

“Saya selalu tak bermotivasi …tak bersemangat.”  Selalu?  Sungguhpun bila anda hendak ke-bilik air dan tidak tertahan lagi untuk membuang air besar (untuk berqada’ hajat)?

“Semua orang bencikan saya.”  Semua? Adakah ini termasuk isteri dan ibu kamu dan anak bayi kamu juga?

“Tiada satu pun yang masuk akal.”  Tiada satu pun? Yang mana satu kah sebenarnya tidak masuk di akal? Berdasarkan pendapat siapa?

Contoh-contoh Kuantifier-Universal lain;

"Orang Melayu tak pandai Maths."

"Tidak syak lagi, semua orang katakan begitu."

"Di England tu, semua cantik."

"Pegawai-pegawai pejabat kerajaan semuanya meeting saja, mana ada kerja lain."
 

 

Meta-Model - No-Knowledge 

 

Soalan Yang Ditujukan:

Sekiranya anda mengetahui, apakah jawapan nya?

(If you did know, what would the answer be? )

 

Ini adalah satu soalan yang hebat ditanyakan kepada orang yang menggunakan “Saya tak tahu!”….”Entah!”. Walaubagaimanapun, amat penting bagi diri kita menjana ‘rapport’ atau perhubungan rapi dan menggunakan kata-kata lembut, kalau tidak orang itu akan menjadi defensive, iaitu cuba mempertahankan fikirannya/ideanya/kepercayaannya/fahamannya itu.

Kita boleh menggunakan contoh jawapan seperti, Ya, saya tahu agak susah untuk mendapatkan jawapan pada soalan seperti itu [ini adalah kata-kata pacing (turutan) pemikiran orang itu] tapi kalau anda boleh mengetahuinya apa agaknya jawapan nya itu? Cara begini biasanya memberikan respon jawapan yang lebih baik.

 

Meta-Model –Contextual

 

Soalan Yang Ditujukan:

Dimana, bila dan dengan siapa anda mahu [apa yang anda mahukan]?

 

Amat penting juga kita meletakkan matlamat atau tujuan hala-tuju ataupun gol kita didalam kontek yang bersesuaian.

“Saya mahu bertegas.” Dimana, bila dan dengan siapakah anda mahu bertegas?  Kadangkala orang mahu sesuatu itu pada semua waktu dan dimana saja, tapi sebenarnya mereka belum memikirkan dengan terperinci.

“Saya mahu diri saya penuh dengan tenaga.”  Dimana, bila dan dengan siapakah anda mahukan ini? “Pada tiap masa!”  Anda boleh mencabar dengan contoh berlawanan kalau perlu.  Pada tiap masa? Sungguhpun pada masa anda hendak masuk tidur?

 

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk mencabar dengan soalan-soalan paten Model-Meta itu?



Selamat mencuba 'membuka tabir minda' anda dan selamat maju jaya.

 

 

M Nasser Ismail,ACMC
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)
Personal & Executive Coach (MCF, ISNS)
mnasserismail@yahoo.com.au,
2009 


 

 
 

 
 
  Today, there have been 95 visitors (117 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free