PROSES NLP DAN PEMULIHAN.
KES-STUDY: PEMULIHAN KETAKUTAN (FOBIA) ITU MEMULIHKAN SAKIT NYA JUGA?
Anchor-point : January 2003
dari artikel Dr Richard Bolstad dan Libu ka Prochazka.
Saorang yang bernama Carmen datang berjumpa saya (Libu ka Prochazka) untuk mendapatkan rawatan physiotherapy bagi merawat sakit di bahagian bawah kedua kakinya. Buku-lali kanan nya telah di bina-semula secara surgical tiga tahun dahulu setelah terseliuh yang teruk pada ligamen nya. Dia telah mengalami sakit itu pada kedua kakinya selama lebih satu tahun. Semasa bermain bola-jaring dan bola-lisut, dia membalut kakinya, tapi merasa terlalu sakit selepas tiap permainan itu. Kedua kakinya sakit dan perit sepanjang hari, dan sakitnya menyebabkan dia sentiasa tersedar dari tidur nya pada tiap malam. Sememang dari dulu dia telah mencuba rawatan physiotherapy, senaman rumah yang di preskripsikan oleh physiotherapist itu, dan menggunakan sarong-kasut orthotic serta membalut kakinya. Semua ini telah dilakukan nya tetapi kejayaan yang didapatinya hanyalah terhad.
Bila saya memeriksa dirinya, dia rasa amat gentar (nervous), takut dan anxious mengenai masaalahnya. Saya dapat rasa bengkak pada buku lali kirinya, dan dia beritahu kelembutan pada betisnya, lebih-lebih lagi pada kaki kirinya itu. Saya merawatnya gunakan beberapa teknik physiotherapy (masaj tisu dalam, ultrasound, acupuncture, membalutnya dan me-rujuk kembali program senaman rumahnya). Selepas empat rawatan dengan progress yang tidak memuaskan hati, saya bincang dengan Carmen mengenai NLP dan dia terasa untuk mencubanya.
Carmen adalah saorang yang kinesthetik. Dia jarang sekali memandang terus kemata saya apabila berkata-kata tapi banyak bergerak-isyarat (gestures) dan terlalu tersentuh (‘in touch’) dengan perasaan dirinya. Dia pantas sekali meluahkan ketakutannya itu, ketakutan yang telah berada dengannya selama beberapa tahun lama nya. Dan dia juga boleh mengakses perasaan yang berkaitan dengan sesuatu perkara itu dengan mudah. Ketakutan, atau ‘fobia’, yang diceritakan ini adalah ketakutan memanjat sesuatu benda, sungguhpun benda itu kelihatan tegap. Fobia dari tangga rumah adalah paling teruk sekali sebab dia membayangkan dirinya jatuh dari tiap kaki tangga itu oleh kerana badannya yang terlalu berat itu. Memikirkan benda-benda seperti tangga rumah, pagar, hatta berdiri diatas meja pun membawa kepeluhan pada tubuh badannya ( Saya menyaksikan sendiri semasa dia menerangkan perkara ini pada saya). Bukan itu saja, malahan itu menjadikan denyutan jantungnya menjadi lebih pantas dan membuat kakinya menjadi lemah macam ‘agar-agar.’
Saya menerangkannya yang ada kemungkinan sakit kakinya itu dirasai sebab minda unconscious nya sedang melindungi dirinya dari ketakutan, yang berterusan berada pada dirinya tiap hari dan dengan itu menghambat dirinya dari menjalani aktiviti harian nya. Dengan izin Carmen saya bercadang untuk gunakan proses NLP yang dikenali sebagai ‘Phobia Cure’ atau ‘Pemulihan Fobia.’
Lima hari kemudian, saya membuat sessi ikutan (follow-up) dengan Carmen. Dari saat dia keluar dari klinik saya selepas menjalani proses ‘Phobia Cure’ itu, dia tidak terasa sakit lagi di kakinya. Malahan, dia merasa baik sekali. Pada hari sebelum nya dia ada juga bermain bola-jaring (tanpa membalut kaki) dan menerangkan bahwa rakan kumpulan nya mengatakan yang dia bermain dengan penuh keghairahan. Mereka kata dia bermain sama seperti dirinya dahulu, sebelum mengalami kesakitan itu, lebih konfiden dan lebih berdaya-saing. Seterusnya dia tidak mengalami kesakitan lagi samada semasa bermain atau selepasnya dan merasa amat konfiden. Keadaan ini juga membuatnya bermain bola-lisut (softball) pada hari selepasnya. Disini juga dia terdapat yang dia main lebih baik dari dahulu, hingga dia meluncur atau menggelongsor kakinya untuk memijak tanda ‘base’ dalam permainan bola itu, dan langsung tidak merasa sakit.
Bila Carmen berjumpa saya di klinik, dengan keadaan ghairah dia seolah olah macam melompat masuk ke bilik ini. Dan apabila saya mendengar kata-katanya pula, dia berkata, ‘saya merasa berbeza pada keseluruhan diri saya’. Dia juga kelihatan lebih konfiden. Saya memeriksa kaki kirinya untuk memastikan ada kelembutan tendon Archilles nya atau tidak. Jelas, ianya tidak seperti itu lagi.
Dia membincangkan fobia lamanya dengan tidak tertimbul rasa takut itu lagi, seraya berkata, ‘ketakutan itu bukan lagi masaalah bagi saya.’ Dan pada masa yang sama, dia juga berharap dapat memanjat bumbung rumahnya untuk memerhatikan bintang-bintang yang berkicawan dilangit pada malam hari dengan anak perempuannya. Ini adalah satu-satu aktiviti yang anaknya selalu lakukan dan ingin sangat emaknya berada bersama disampingnya. Keinginan anaknya sekarang telah pun tercapai. Kata-kata Carmen yang saya dengari pada akhir sessi saya adalah, “Kehidupan saya telah berubah pada keseluruhannya…..dan ianya seperti magik!”
Selamat Maju Jaya
M Nasser Ismail, ACMC
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)
Personal & Executive Coach (MCF, ISNS)
TESTIMONY
NS-NLP THERAPEUTIC INTERVENTION- ‘PHOBIA’ CURE
( Acrophobia-Fear of Heights)
“Its INCREDIBLE! I’m now able to climb up to higher floors and
looking down from the top without having shivers and feeling cold
and numb in my legs.
In the recent past I even had problems going up the escalator and
staying at the 3rdfloor cinema in the Mall in Gadong. Now not
anymore.”
-Dr Ismail, Dentist at RIPAS
-2007