M Nasser Ismail, 2010
Apakah neuropeptides?
Apakah kesan pengalaman yang mengguris emosi kita?
Bagaimana saya menyinkirkan emosi negatif saya?
Apakah trauma lampau itu merbahaya pada pembiyakan sel-sel barah?
Apakah tip yang boleh saya gunakan untuk melepaskan emosi negatif?
Dalam tulisan Dr Deepak Chopra, Quantum Healing 1986, saorang endocrinologist dan mantan chief of staff di Hospital Memorial New England di Massachusetts memberikan satu paradigma baru tentang bagaimana tubuh kita boleh mengendalikan proses peremajaan (‘rejuvenation’) sendiri. Berapa kerapkah tubuh kita ini memperbaharui nya?
Berdasarkan dengan anggaran ilmuhayat quantum, anda mempunyai satu ’lining’ perut baru tiap 4 hari, kulit baru tiap 30 hari, limpa baru dalam 6 minggu, hatta tulang-tengkorak kita diganti tiap 3 bulan. Endokrinologi adalah satu bidang yang berkaitan dengan pengajian tentang biosintesis, simpanan, kimia, dan fungsi fisiologi hormon dan dengan sel-sel dari kelenjar endokrin dan rangkaian yang mengeluarkan mereka.
Neuropeptides
Dua puluh tahun yang dahulu, sekumpulan saintis mendapati ada kimia bernama neuropeptides terdapat didalam otak kita. Neuro sebab dia didapati didalam otak kita, dan peptides sebab dia adalah molekul bentuk protein. Dengan itu, tiap kali anda terlintas suatu pemikiran atau perasaan, satu kehendak dan keinginan, satu naluri, atau satu dorongan, tiap satu daripada nya berkait dengan sistem urat saraf kita melalui molekul messenger yang khusus dinamakan neuropeptides.
Ada pula receptor (penerima/penangkap) kepada neuropeptides ini, bukan saja didalam sel-sel otak malahan dalam sel-sel sistem immune kita. Jadi apabila saintis mula melihat dibeberapa sel-sel sistem immune yang melindungi kita dari barah atau segala jangkitan, mereka dapati ada receptors pada neuropeptides yang sama dalam sel-sel itu. Sebenarnya, neuropeptide ini bukan hanya berada didalam otak saja, tetapi ianya mengalir didalam pengaliran darah kita dan mengalir ke lain-lain anggota organ kita. Jadi oleh sebab ada receptor pada neuropeptide ini didalam sel-sel dalam sistem immune ini, ianya menjadi jelas sepertimana Dr Chopra mengatakan, “Sistem immune ini senantiasa mengintip-dengar pada dialog dalaman kita itu.” Dalam bidang NLP, kita tambah dengan mengatakan, “Sistem immune ini senantiasa merespon pada gambar-gambar, imej, bunyian, suara, rasa perasaan, bauan, rasa, dan kata-kata dalam hati atau dialog dalaman yang kita simpan didalam pemikiran kita.”
Oleh kerana pemikiran/minda unconscious kita dianggap sebagai pengawal kebijaksanaan didalam tubuh kita, ianya juga menjadi satu perhubungan diantara minda kita dan sistem immune kita. Salah satu teori yang NLP, Time Line Therapy gunakan menyatakan bahwa pemikiran/minda unconscious ini boleh berhubung dengan sebarang bahagian tubuh kita pada bila bila masa saja yang di inginkan, dan dengan cara ini juga boleh memerangsang proses penyembuhan.
Tiap pemikiran, tiap emosi dan perasaan, tiap keinginan, tiap pemaparan dalaman yang kita perolehi dipantau, didengari, dan dilihat nya. Sistem immune anda melihat, mendengar, dan merasa. Pernah juga dibuktikan bahawa orang yang sedang bersedih (atas kematian) mempunyai sel-sel immune sedih. Kalau kesedihan itu berpanjangan, sistem immune ini juga mempunyai kata-kata diri nya sendiri, “Biarkan aku bersendirian. Pergi! Aku tak mahu diganggu!” Orang seperti ini menurut Dr Chopra mudah terdedah pada barah dan penyakit-penyakit berjangkit yang lain.
Itulah sebabnya penting untuk kita memahami bahwa emosi negatif yang terperangkap dalam tubuh kita tidaklah baik bagi kesihatan kita, dan itulah sebabnya kenapa kita melepaskan atau membebaskan semua emosi-emosi negatif sesaorang itu apabila kita menjalani proses penyembuhan dengan menggunakan teknik NLP ataupun Time Line Therapy.
Satu teori utama yang disentuh disini adalah - banyak diantara penyakit mental dan fizikal itu pernah dalam satu masa dahulu di dahului oleh satu pengalaman yang beremosi yang sangat signifikan, penting (SEE – significant emotional experience) dan yang berbentuk negatif. Pengalaman yang berbentuk negatif ini samada berlaku pada saorang itu baru-baru ini, pada masa lampau, mahupun masa kanak-kanak dahulu.
Kalau ianya negatif, dan tergantung pada intensiti negatif nya itu, SEE ada kebolehan untuk menjadi satu punca sebahagian penyakit emosi, mental ataupun fizikal yang tubuh kita alami. SEE ini dipinjam dari kata-kata Dr Morris Massey saorang sociologis dalam buku nya The People Puzzle.
Dalam masaalah ini, perkataan kejadian awal bermakna masa yang pertama sekali pengalaman (SEE) itu terjadi; punca asalnya. SEE bukan hanya satu pengalaman biasa, ianya adalah satu kejadian signifikan, beremosi tinggi dan mengaitkan diri keseluruhan tubuh kita (associated) yang boleh berlaku dimana saja. Rantai-emosional adalah satu proses dimana pemikiran unconscious menghubungkaitkan semua pengalaman-pengalaman kita yang berbentuk sama. Dalam NLP, perkataan ’Gestalt’ pula digunakan untuk menunjukkan bahwa memori-memori kita yang berkaitan dengan sesuatu perkara itu telah dikaitkan bersama; majmuk.
Satu kebolehan SEE yang negatif itu dapat menciptakan penyakit berdasarkan dengan satu-satu emosi yang terperangkap dan yang terkandung dalam memori kita dan secara langsung disimpan didalam tubuh kita. Kajian saorang ahli fizika neural yang bernama Dr Paul Goodwin dari Universiti Alaska Pacific, menunjukkan bahwa emosi-emosi yang terperangkap didalam tubuh kita berkemungkinan untuk mencipta ‘sofwe’ atau satu batas yang boleh menghalang pengaliran maklumat saraf melalui jaringan neural didalam tubuh kita.
Anda boleh mengetahui kalau anda masih ada emosi-emosi negatif didalam salah satu memori lampau anda dengan cara merujuk balik ke memori tersebut, dan mengingati nya dan mengimbaskannya kembali apa yang telah terjadi dari pandangan kedua mata anda sendiri. Sementara anda mengingat kembali memori itu, dan sekiranya, anda rasa sesuatu emosi negatif ada didalam tubuh anda, itu akan menunjukkan adanya kandungan emosi negatif didalam memori anda itu, dan itu juga menunjukkan adanya emosi yang terperangkap didalam tubuh anda itu. Emosi negatif yang terperangkap, kalau anda merasakan nya, adalah punca penyakit itu.
Sekarang, selain dari penyakit, kenapa kah kita harus buangkan emosi negatif yang terperangkap didalam tubuh sesaorang itu?
Sebagai satu contoh perhatikan ini; konteks: dalam satu perhubungan diantara anda dan orang yang anda sayangi - mungkin anda pernah rasa kecewa yang mendalam lalu anda berkata pada diri anda, “Aku tak akan membiarkan nya berlaku lagi pada diri ku!”
Dengan itu, tiap kali anda alami satu keadaan dalam perhubungan anda itu, anda pula akan merasa perasaan negatif lama itu kembali lagi. Lalu anda putuskan hubungan tersebut. Dengan itu juga, anda akan dapat perhatikan dan bertanyakan, kenapakah tiap perhubungan anda berakhiri dengan cara yang sebegitu tiap kali? Anda kadangkala tak dapat mengingati sumber perasaan-perasaan negatif itu, tapi pada saat ia ’menjelma’ atau terimbas kembali, hah perhubungan itu pun berakhir sebab ’program’ nya telah mengarahkan secara otomotik untuk membuat keputusan itu.
Sekarang bayangkan yang anda berada dalam keadaan lega dari emosi negatif itu, bagaimana agaknya perasaan anda pada masa itu? Dan apakah anda rasa yang perhubungan anda itu akan menjadi lebih baik? Tentu sekali!
Time Line Therapy berpotensi untuk membebaskan emosi yang terperangkap didalam memori kita itu dalam masa yang singkat saja.
Mengikut Dr Tad James, kita boleh membebaskan semua emosi negatif sesaorang itu dari memori lampau dalam jangkamasa 4-5 jam. Kesan yang mendalam dapat dirasai pada sesaorang itu apabila emosi negatif nya dapat dilepaskan atau dibebaskan dari dibelenggu didalam tubuh badan nya.
Melepaskan emosi negatif ini bukan hanya melegakan kesihatan fizikal, ianya juga ada potensi untuk memperbaiki kesihatan mental dan emosional orang itu. Paradigma ini bukan lagi satu teori. Penyelidikan oleh doktor perubatan Jerman sudah merangkumi 45,000 kes dalam penyelidikan barah nya.
Jumlah doktor perubatan yang percaya bahwa semua barah mula dengan satu konflik psikologikal yang teruk, semakin berkembang. Ini sebenarnya berlaku, “Anda menyendirikan diri anda, dan tidak mengongsi emosi anda dengan orang lain. Anda marah, benci dan tak mahu berkongsi dengan atau meluahkan kepada orang lain – anda terlalu obsess dengan konflik itu. Konflik ini merubah keseluruhan hidup anda – anda tidak akan merasa seperti biasa dan seperti dahulu.” Menurut pemikiran terkini dalam bidang ini, SEE yang berbentuk ini biasanya terjadi 1 atau 3 tahun (purata) sebelum terjadinya dan munculnya simptom yang pertama bagi pertumbuhan barah itu.
Apabila SEE terjadi, emosi yang berkaitan dengan SEE itu terperangkap di suatu spot dalam otak kita, dan menurut kajian, seolah satu “short-circuit” terjadi. Ramai doktor telah mengaitkan tempat didalam otak itu dengan tempat tumbuhan tumor itu didalam tubuh kita, dan juga jenis trauma yang menyebabkan nya.
Apabila satu SEE yang besar itu berlaku, satu emosi yang berkaitan itu didapati terperangkap didalam otak nya. Otak itu mengalami macam satu stroke yang ringan dan mula mengirimkan maklumat yang salah ke bahagian tubuh yang lain, dan kemudian penumbuhan barah mula berkembang di kawasan itu. Bentuk SEE akan memastikan ruang dimana didalam otak itu ianya akan tumbuh, dan jenis barah apakah yang akan timbul. Penumbuhan itu juga tergantung pada SEE itu sendiri. Sebaik saja SEE itu dihapuskan, ada satu edema yang berlaku dikawasan dimana emosi itu terperangkap. Edema ini boleh diperhatikan dari CT-Scan. Apabila edema terjadi, penumbuhan barah itu akan berhenti, dan pemulihan bermula.
Ini penting untuk kita fahami dalam merawati barah, sebab sistem immune mungkin tak perlu untuk melawan sel-sel barah itu. Sistem immune itu tak juga perlu untuk mengenali sel-sel barah itu sebab masaalah nya adalah didalam otak itu sendiri – jawapan nya adalah merawat otak itu.
Pemikiran terkini pula menjuruskan kepada satu kaedah dimana diantara penyebab tumbuh nya barah dalam badan sesaorang itu bukanlah dari trauma lampau zaman kanak-kanak yang dialami nya, malah trauma yang terjadi baru-baru ini lah yang lebih bahaya.
SEE itu terjadi seperti adanya luka dalam otak kita. Walaubagaimanapun SEE ini boleh dibebaskan dengan satu prosedur yang dianggap sebagai satu cara psikologikal. Tetapi dengan melakukan ini, satu SEE yang dibayangkan pun cukup untuk mengembalikan satu relapse simptom barah itu. Jadi, disini kita perlu lebih berhati-hati. Pengalaman Dr Tad James dengan Time Line Terapi nya boleh menghalang terjadinya relapse ini sebab prosedur yang dilakukan itu membebaskan emosi yang terkandung pada kejadian yang pertama, yang asal, yang awal.
Penting juga untuk diberi perhatian disini bahwa konflik atau SEE yang dibayangkan atau dikhayalkan pun cukup untuk memulakan kembali simptom barah tersebut. Satu kajian yang dijalankan di Jerman dimana saorang wanita yang mengalami sakit barah servical mendapatkan nya melalui membaca balik surat-surat cinta suaminya yang telah meninggal itu. Sambil ia membaca nya ia merasakan yang seolah-olah dalam kematian suami nya itu, suami nya tidak sekali-kali mahu mengadakan hubungan kelamin dengan nya.
SEE juga boleh bersumber dari sekecil kecil pengalaman seperti binatang pemeliharan kita lari dari kita ataupun mendengarkan umpatan dari jiran kita sendiri. Ia juga boleh berbentuk yang lebih besar dari itu seperti harga saham menurun atau hilang pekerjaan.
Sekarang bagaimana pula keadaan merebaknya (metastasize) barah itu didalam tubuh kita? Teori yang biasa diterima dalam perubatan masa sekarang, adalah sel barah ini telah berpecah dari sel barah utama, lalu mengalir melalui saluran darah kita ke tempat lain di tubuh kita, dimana penumbuhan barah baru bermula. Walaubagaimanpun ada kajian lain yang telah menolak idea ini sepenuhnya. Pertama sekali, menurut pemikiran terkini, pengkaji tak mungkin dapat membuktikan sebab terjadinya satu rebakan (metastasize) sel barah dalam experimen laboratori.
Sebaliknya, yang berlaku adalah, saorang pesakit itu pergi berjumpa dengan saorang doktor perubatan, dan dengan bersifat perihatin doktor itu rasakan ada baiknya pesakit diarahkan untuk menjalani ujian yang extensif. Laporan nya pula mengatakan, “Barah!” Dan ianya seolah-olah satu yang muktamad. Pesakit pun menjadi gerun dan takut yang teramat sangat. Pada mula saat itu, perasaan dan kehidupan nya terus berubah. Mencetuskan satu SEE baru. Dalam kes ini, ketakutan nya menjadikan penyebab barah lymph, dan ketakutan atas kematian itu memulakan barah paru-paru (dua tempat yang barah itu didapati telah metastasize). Sekarang doktor perubatan tersebut dengan maksud yang luhur mengatakan, “Ianya sudah merebak kesemua bahagian anggota badan anda.” Lagi satu fakta! Mendengarkan berita itu dan dengan penuh kepercayaan, tubuh badan anda pun bertindak sedemikian (seperti yang dilaporkan).
Dalam satu keadaan yang lain, saorang pesakit menjalani satu pembedahan, dan merasa harga-diri nya amat rendah. Dalam kes ini, sistem kesuburan atau reproduktif nya akan di bedah. Pesakit itu merasa sekiranya dia dibedah, ia rasa seolah-olah identiti dirinya tidak menentu. Apakah dirinya sebagai saorang lelaki atau perempuan, dan mungkin dirinya berkata “Macam ini saya tak akan dapat hidup seperti biasa lagi.” Atau, mungkin ia berkata, “ Sekarang aku tak guna lagi.” Satu lagi SEE, satu lagi barah! Proses ini bukanlah satu proses yang merebakkan barah, malah ia menjadi satu proses yang merebakkan SEE.
Sekarang bagaimana anda menggunakan maklumat ini untuk membantu proses penyembuhan dengan menggunakan teknik Time Line Therapy ™? Nampak nya ada 2 tahap utama dalam proses ini.
1. Fasa Dis-ease: SEE terjadi apabila pesakit tidak mempunyai strategi untuk mengatasi trauma ini, emosi itu terperangkap dalam satu kawasan didalam otak, otak itu mula mengirimkan signal yang salah ke kawasan tubuh, dan penumbuhan tumor berkembang dikawasan berkaitan. Dalam fasa ini, pesakit rasa kurang selesa, tegang, kadangkala tidak boleh tidur, dan tangan dan kaki mulai sejuk. Ini menunjukkan satu aktiviti sistem urat-saraf sympathetic (adalah satu sistem yang kita gunakan untuk berfikir, merancang, bertindak, dll) Saorang yang sehat boleh mengalih dari sistem ini ke sistem urat-saraf parasympathetic dengan mudah. Semasa dalam fasa Dis-ease ini pesakit itu didalam sistem sympathetic sahaja.
2. Fasa Penyembuhan: SEE itu dibebaskan, konflik dihuraikan, emosi yang terperangkap didalam otak itu di bebaskan, edema didalam kawasan didalam otak itu terjadi, dan tumor berhenti dari berkembang. Didalam fasa Time Line Therapy ini pesakit terus switch ke sistem parasympathetic. Pesakit akan merasa tenang, penat, perlukan tidur dan akan menjadi lapar. Menurut pengalaman Dr Tad James, kita boleh tahu di fasa manakah pesakit itu berada. Katanya saorang pesakit bernama Marlene telah ber’gelut’ dengan penyakit barah sebelum berjumpa dengan nya. (Sebenarnya, doktor perubatan yang merujuk Marlene kepada Dr Tad James telah berkata bahwa harapan Marlene untuk pulih sangatlah tipis.)
Pada sessi pertama, Marlene didapati terlalu lemah hingga tak dapat berjalan masuk kedalam bilik nya. Marlene kelihatan ’kelabu’; dia tak dapat tegakkan lehernya selama satu atau dua minit pun; dan nada suaranya terlalu rendah dan perlahan. Susah untuk mendengarkan nya. Serangan pertama penyakit ini terjadi pada Ogos 1984 - barah payudara. Pengetahuan pertama nya adalah pada tahun 1983 dimana dia dapati ada benjol di payudara kanan nya. Diantara tahun 1984 dan tahun 1990 dia didapati memiliki barah di belakang-tengah tubuh nya, pinggang, bahu kanan, belakang, kawasan pelvic, bahu kiri, leher, dan hati nya. Dia telah melalui pembedahan, radiasi, dan chemotherapy dalan proses rawatan kesemua barah-barah nya itu.
Dalam menanyakan dan merujuk kembali sejarah masa dahulu nya, Tad dapati dia telah merana sepanjang hidup nya daripada berbagai emosi negatif termasuk kemurungan, kesedihan, ketakutan, rasa bersalah, kemarahan, kebencian, cemas, perasaan luka, kesakitan, harga-diri yang rendah, dan cemburu.
Jadi Tad tanya, ”Apa yang telah berlaku 1 ke 3 tahun sebelum benjolan itu timbul (dalam tahun 1983).” Dia mengeluh dan katakan dalam 1980 dia dan suami nya mula bertemu. Pada tahun 1981, meskipun ada beberapa ketakutan dan kesangsian, dan sungguhpun dia terlalu agresif, dia tetap dan telah mengawini lelaki itu. Katanya lagi, semenjak dia kahwin, suami nya telah putuskan segala perhubungan dengan kawan-kawan nya dan dengan keluarga nya.
Semasa intervention pertama, Tad melepaskan kesemua emosi negatif nya -kemurungan, kesedihan, ketakutan, rasa bersalah, marah, benci, kecemasan, rasa sakit, rendah harga diri, dan iri hati. Selain itu, dengan cara yang halus melalui teknik NLP (hubungan minda unconscious), Tad menghapuskan keputusannya untuk masih ’mengingini untuk memiliki’ benjolan pada payudara kanan nya itu.
Semasa rawatan/intervention itu tangan nya menjadi panas. Dia merasa penat, lelah, mengantuk, dan terlalu lapar. Malam itu dia dapat tidur amat lena sekali. Nyenyak tidur nya yang pertama kali dialami nya sejak 5 tahun kebelakangan ini. Semasa terapi ini, dia beralih dari Fasa Dis-ease ke Fasa Penyembuhan. Hasilnya – hari hari seterusnya dia menjadi waspada, tersenyum, dan semua tanda kurang cerah pada tubuhnya telah hilang.
Kadangkala fasa penyembuhan boleh membuat diri kita menjadi kurang selesa.
Dengan kajian yang telah dilakukan oleh sebahagian dari professional perubatan serta pengalaman nya dengan pesakit-pesakit, jalan alternatif bagi menangani gejala penyakit ini tetap ada. Selain dari mendapat kefahaman yang lebih tentang bagaimana sel-sel sihat dan sel-sel barah itu berperanan didalam tubuh badan kita, harapan untuk terus menjalani hidup yang sehat tetap wujud dengan kekuasaan Allah subhanallahu wataa’la dan qudrat Nya. Dan ingatlah bahwa ”Tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati.”
Berikut ada disematkan tip untuk menangani emosi negatif dengan cara Neuro-Semantik yang dipanggil ’meta-stating’.
Tip: Corak Neuro-Semantik NLP Menangani Emosi Negatif
Menangani Masaalah Perasaan Negatif Yang Menghancurkan Semangat Diri dengan kaedah ’Meta-Stating’
Pernahkah anda merasakan sesuatu emosi negatif yang melarat dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain menyebabkan diri anda merasa hampa, kecewa dan tidak bermaya?
Apakah kesannya dan bagaimanakah boleh diri anda menangani nya secara efektif?
Teruskan ke webpage: http://transcend-n-actualise.page.tl/Meta_State-_-Emosi-Negatif.htm
6 Langkah Sebagai Ringkasan;
1. Kenalpasti keadaan emosi anda yang bermasaalah.
2. Selidik tahap keizinan diri anda.
3. Corakkan satu struktur penerapan keadaan-meta yang baru.
4. Terapkan keadaan-meta pada emosi negatif dengan resources mental-emosi yg hebat.
5. Kawal-Kualiti (QC) keizinan itu dan tambahkan rangka-pemikiran yang perlu.
6. ’Install’ kan buat masadepan anda.
* Tidak ada tuntutan yang dibuat oleh penulis artikel ini pada teknik penyembuhan yang telah diterangkan. Sekira teknik ini digunakan, ia harus digunakan dengan bersampingan dengan rawatan perubatan dan nasihat doktor atau pakar perubatan yang tertentu.
- Dr Richard Bolstad and Margot Hamblett - Mind-Body Healing of Cancer.
- Dr Tad James – NLP and Time Line Therapy
- Dr Hall, Bodenheimer, Richard Bolstad, Hamblett – The Structure of Personality.
Selamat Sejahtera.