To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Ringkasan - NLP dan Neuro-Semantics
 




 

 
APA ITU NLP?
 
NLP ialah satu model komunikasi yang menegaskan bagaimana bahasa (linguistik) itu dapat mempengaruhi tubuh badan dan neurologi kita. Kata-kata dan simbol-simbol yang kita gunakan seharian bertindak didalam minda kita seperti sekeping peta sesebuah wilayah atau teritori. Peta-minda ini pula boleh di andaikan seperti tayangan mental dalaman kita; tayangan yang menggambarkan sesuatu pemandangan, yang ditambahkan dengan kedengaran sesuatu bunyian dan/atau suara, yang dapat kita rasa sesuatu sensasi didalam tubuh badan kita, dan yang kita dapat juga menghidu bau-bauan, dan bermacam macam lagi sensasi yang boleh terdapat dari panca-indera kita ini. Kesemuanya dapat kita mainkan atau tayangkan didalam fikiran kita sendiri. 

Akan tetapi ia sebenarnya bukanlah apa yang kita alami diluar dari diri kita pada ketika itu. Dan ini lah ajaibnya tentang simbol-simbol itu, tayangan yang kita mainkan didalam 'panggung-siaran' minda kita sebenarnya dapat menghantar/mengirim segala mesej (dan juga arahan) ke sistem nadi kita tentang bagaimana tubuh badan kita harus merasai sesuatu itu dan bagaimana pula ianya harus bertindak. Maka dengan itu tertubuhlah satu realiti dalaman, realiti didalam diri kita sendiri, bukan sesuatu di luar mahupun dari luar.
 

 
Sebagai satu model berfungsinya saorang manusia pula, NLP menerangkan proses-proses dan paten-paten (atau susunan di namakan ’programming’) yang menguasai sistem minda-dan-tubuh badan kita. Proses-proses dan paten-paten yang membolehkan kita "memandu otak kita sendiri" dengan cara yang terbaru dan yang lebih resourceful bagi diri kita dari apa yang kita telah perolehi. NLP juga boleh ditambah penerangan nya sebagai satu cara, satu teknologi untuk mengubah daya komunikasi kita sendiri (yakni mempeta, membuat tayangan movie dalaman kita dll), supaya kita dapat mengalami keadaan-keadaan gabungan ‘minda-tubuh-dan-emosi’ yang lebih resourceful serta sehat.

 
APA ITU NEURO-SEMANTICS?
 
 
Neuro-Semantics pula ialah satu bidang yang ada kaitan dengan 'maksud/makna' dan segala perkara yang kita lakukan dengan penuh bermakna pada diri kita.
Dan apabila maksud-maksud itu telah kita ciptakan, ianya bukanlah hanya terletak diperingkat paparan (re-presentational) diminda kita sahaja (sebagai tayangan-tayangan movie kita yang kita layarkan diminda kita itu), tetapi ianya terbentuk dengan menyeluruh hingga kesemua peringkat frame-frame minda kita mengenai tayangan-tayangan yang kita layarkan itu.
 


 
 
Tayangan-tayangan ini dan maksud-maksud(makna-makna) yang kita terapkan bukan hanya mengakibatkan tertubuhnya rangka-rangka pemikiran kita sahaja, malahan ianya memberikan efek pada emosi, kemahiran, keadaan diri, dan kebolehan kita juga, yang secara langsung dapat diterapkan kedalam tubuh atau neurologi kita sendiri.
 
 
Oleh kerana kita tidak hanya berfikirkan sesuatu atau merasai sesuatu, kita juga berfikir dan merasa ("Thoughts and Feelings") tentang pemikiran-pemikiran dan emosi-emosi kita juga, dan ianya berterusan dengan cara kita melapiskan satu lapisan demi lapisan demi lapisan, berfikir mengenai perasaan kita, merasa mengenai dengan perasaan kita, dan seterusnya, tiap lapisan menjadikan satu lagi frame, yakni satu lagi "peringkat logik", dan terus menubuhkan frame matrix ‘makna dan maksud’ diri kita. Ini adalah satu pembinaan dunia dalaman kita yang mengandungi semua peraturan-peraturan permainan yang kita gunakan dalam tindakan kita, kelakuan kita, dan kemahiran kita.
 
 
Neuro-Semantics juga berlaku dengan reflexivity keadaan diri kita (Keadaan-Meta atau ‘Meta-States’) yang menciptakan Frame-Matrix kita sendiri, dan dengan itu ia menyalurkan diri kita supaya bertindak agar jurang ‘Tahu-Laku’ (Knowing-Doing) kita akan dirapatkan, yang bermakna kita akan dapat melakukan perkara yang kita tahu, mengamalkan pengetahuan kita dan bukan setakat mengetahui saja tanpa beramal. Neuro-Semantics memfokuskan pada integrasi atau sinergi yang terdapat apabila kita mengalihkan pemikiran (idea-idea) yang baik dan hebat didalam kepala kita kearah tubuhbadan kita, agar ianya benar-benar terisi dan berada didalam tubuhbadan kita sendiri (Paten ‘Minda-ke-Otot’ atau ‘Mind-to-Muscles’, sebagai contoh)
 
Sebagai satu model yang mempunyai banyak sub-model yang lain pula, Neuro-Semantics juga menjelaskan struktur pengalaman. Intisari atau hati Neuro-Semantics sendiri adalah memodel (mencontoh) pengalaman kecemerlangan dan kecekapan/kemahiran atau ‘mastery’.  Proses memodel ini membolehkan kita menciptakan lebih banyak model-model dan paten-paten tertentu untuk menjana, men-duplikasikan kesemua pengalaman-pengalaman cemerlang yang kita inginkan.


PRINSIP BARU BAGI MINDA KITA
 
NLP berlandaskan pada prinsip-prinsip yang berbeza dari bidang psikologi yang kita lazim ketahui. Sementara psikologi klinikal yang tradisional khususnya menumpukan perhatian pada kerumitan, kesusahan, kesakitan, lalu mengkategorikan nya, dan mencari sebab-sebab nya dari sejarah pesakit itu, NLP pula cenderong pada bagaimana pemikiran kita, tindakan kita, dan perasaan kita sebagai satu sistem yang terjalin melahirkan pengalaman kita.
 
Jadi NLP bermula dengan prinsip-prinsip baru mengenai bagaimana minda/otak kita berfungsi. Prinsip-prinsip ini atau anggapan-anggapan ini dinamakan NLP ’Presuppositions’.  Sekiranya kalau kita dapat meringkaskan ianya dengan satu rangkai kata, ianya adalah: "Manusia berfungsi dengan lengkap/utuh/sempurna atau ’perfect’". Sesuatu pemikiran kita, tindakan kita, dan perasaan kita senantiasa mengeluarkan sesuatu ’results’ atau keputusan. Kita boleh jadi senang atau kurang senang dengan keputusan itu, tapi kalau kita mengulang pemikiran, tindakan dan perasaan yang sama kita akan mendapat keputusan yang sama juga. Proses ini bekerja dengan cukup lengkap/sempurna. Kalau kita ingin mengubah keputusan kita, kita haruslah mengubah pemikiran, tindakan, dan perasaan kita yang akan digunakan untuk menjananya. Apabila kita telah memahami secara terperinci bagaimana kita menciptakan dan tetapkan pemikiran dan perasaan dalaman kita bagi sesuatu pengalaman diri kita, adalah mudah bagi kita untuk mengubahnya dengan sesuatu yang lebih baik dan berguna. NLP ’Presuppositions’ ini adalah satu landasan untuk kita mencapai hasrat ini. Sebahagian dari ’Presuppositions’ adalah seperti berikut;
 
 
(1) Peta itu bukanlah wilayah / territory
Peta mental kita mengenai dunia diluar bukanlah dunia itu sendiri. Kita menyahuti (respond) kepada peta kita daripada dunia diluar secara langsung. Peta mental atau minda, lebih-lebih lagi perasaan dan tafsiran/penanggapan, boleh di 'update' atau di-perbaharui dengan lebih mudah lagi daripada mengubah dunia diluar.
 
 
(2) Pengalaman mengandungi struktur
Pemikiran dan ingatan-ingatan kita ada mengandungi paten-paten (corak susunan) yang tertentu. Apabila kita mengubah paten atau struktur tersebut, pengalaman kita secara otomatik akan berubah. Kita dapat menenangkan memori yang kurang selesa, dan kita juga boleh memperkayakan memori atau pengalaman ingatan kita yang baik dan yang boleh digunakan untuk berkhidmat pada diri kita ini sendiri.
 
 
(3) Sekiranya sesaorang itu dapat melakukan sesuatu, sesiapa saja boleh mempelajari untuk melakukannya juga.
Kita boleh mempelajari peta mental saorang yang berjaya itu dan membuat nya sebagai peta diri kita sendiri. Terlalu ramai orang merasa yang sesuatu perkara itu tidak mungkin dilakukan tanpa kita hadhir keluar disana untuk melakukannya sendiri. Anggap sahaja yang kesemuanya itu berkemungkinan. Apabila terdapat had fizikal atau kesekitaran, dunia pengalaman itu akan memberitahu diri kita.
 
 
(4) Minda/Pemikiran dan tubuhbadan adalah bahagian dari sistem yang sama
Pemikiran kita ini secara segera/instant akan dan boleh mempengaruhi ketegangan otot-otot, penafasan, perasaan, dan lain lain, dan sebaliknya dia (penafasan, perasaan dan lain lain) juga boleh mempengaruhi pemikiran kita. Apabila kita belajar mengubah salah satu daripada nya, kita telah mempelajari bagaimana untuk mengubah yang lain. Perasaan ke pemikiran, atau pemikiran ke perasaan.
 
 
 
(5) Sesaorang itu sudah disempurnakan dengan segala resources yang mereka perlukan
Gambaran-gambaran mental, suara-suara dalaman, sensasi/rasa, dan perasaan kita adalah tunjak pembangunan asas kesemua resources mental dan fizikal diri kita. Kita boleh menggunakan nya untuk membina sebarang pemikiran, perasaan, atau kemahiran yang kita mahukan atau inginkan, dan justru itu menggunakan didalam kehidupan kita pada tempat dan masa yang paling kita inginkan.
 
 
(6) Anda tidak boleh TIDAK berkomunikasi
Kita senantiasa berkomunikasi, sekurang-sekurangnya ’nonverbal’, yakni bukan secara lisan, dan kata-kata yang kita keluarkan dari mulut bibir kita selalunya adalah yang paling kurang pentingnya. Satu keluhan, satu senyuman, dan satu pandangan mata kesemuanya adalah komunikasi. Hingga pemikiran kita juga adalah satu komunikasi dengan diri kita sendiri, dan ianya terdedah pada orang lain melalui mata kita, nada suara kita, kedudukan dan gerak-geri badan kita. Hendak tak hendak, kita akan tetap berkomunikasi.
 
 
(7) Maksud sesebuah komunikasi itu adalah response yang anda terima
Orang lain menerima apa yang kita katakan/suarakan dan menerimanya melalui peta mental dunia mereka sendiri. Apabila sesaorang itu mendengar sesuatu yang berbeza daripada apa yang kita maksudkan, ada peluang bagi kita untuk memerhatikan bahwa komunikasi itu akan memberi makna yang lain dengan cara ianya diterima. Memerhatikan bagaimana komunikasi kita diterima memberi kita peluang untuk merubah/adjust, agar pada lain kali ianya akan lebih terang lagi.
 
 
 
(8) Pada tiap segala kelakuan ialah niat yang positif
Pada setiap kelakuan, baik ianya menyakitkan, menganiyakan dan sungguhpun tidak-masuk-diakal mempunyai tujuan yang positif didalam situasinya tersendiri. Melaungkan suara yang tinggi atau memekik supaya mendapat perhatian. Memukul untuk mengelakkan dari bahaya. Bersembunyi untuk merasa selamat. Daripada kita menyekat dan merendahkan perbuatan-perbuatan ini, kita boleh pisahkan nya daripada niat positif sesaorang itu, agar pilihan pilihan yang lebih positif, yang baru dan updated boleh di tambahkan untuk memenuhi niat yang sama.
 
 
(9) Sesaorang itu senantiasa menggunakan pilihan-pilihan yang terbaik yang diberikan pada mereka.
Tiap-tiap diri kita mempunyai sejarah peribadi yang unik. Didalam nya kita belajar apa yang harus kita buat dan bagaimana hendak kita melakukannya, apa yang kita mahu dan bagaimana kita mahukannya, apa yang hendak dinilai dan bagaimana untuk menilaikannya, dan apa hendak kita belajar dan bagaimana hendak kita belajarnya. Inilah pengalaman kita. Dari sini, kita harus membuat segala pilihan kita; yakni, sehingga yang baru dan yang lebih baik telah bertambah untuk dan pada diri kita.
 
 
(10) Sekiranya apa yang anda lakukan tidak berhasil, lakukanlah perkara yang lain. Buat apa saja!
Kalau anda selalu membuat sesuatu yang anda selalu lakukan, anda akan selalu mendapat atau menghasilkan apa yang anda selalu hasilkan. Kalau anda mahukan sesuatu yang baru, buatlah satu yang baru pula, lebih-lebih lagi apabila anda dibukakan kepada banyak alternatif lain.
 

Testimony

"The training/talk was a great experience and was DEFINITELY life changing.
Understanding how we work has very much made us realise how to be
more in control. Once again, thank you very much for sharing with us
the power that was hidden all this time ."


Nur Shazwani Hj Abd Samat,
3rd Year Engineering Undergraduate 2009
University of New South Wales
Australia


**********

"The NLP talk is very helpful and it changes the way I view everything.
This talk explains and helps to optimise our thinking skills so that we
can further succeed in education, life and even work.
This talk also teaches us how to deal with people by observing their behaviour
and from this, unnecessary conflicts can be avoided.
Overall, the talk was great and very helpful."
 
Qahirah Tompal,
3rd Year Engineering Undergraduate 2009
University of New South Wales
Australia
 


Selamat Maju Jaya


M Nasser Ismail, ACMC
Personal & Executive Coach (MCF)
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)

 

 
  Today, there have been 42 visitors (109 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.