To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Kepimpinan - 3 Gaya Kreatif
 


NSNLP  KEPIMPINAN & KREATIVITI





 

MODEL ‘PENGKHAYAL-REALIS-KRITIK’

BAGI PEMIMPIN YANG MEMFOKUSKAN PENYELESAIAN

Kemahiran Mengurus Kreativiti-diri

 

M Nasser Ismail

Januari 2010

 

 

"Saorang pessimis mengadu tentang tiupan angin.

Si optimis pula berharap ianya akan berubah.

 Si pemimpin menyiapsediakan layar nya.”

 

- John Maxwell

 

 

·             Apakah gaya kreatif yang boleh saorang pengurus atau pemimpin gunakan untuk menjadi saorang ‘problem-solver’ yang cekap dan mantap’?

·             Apakah hikmah sebalik wujud nya orang yang bersifat pengkhayal, realis atau kritik?

 

Pengkhayal, Realis, dan Kritik  adalah tiga gaya yang saya gunakan di sini untuk melambangkan kepimpinan campuran yang berkeupayaan tinggi, lebih-lebih lagi dalam segi penyelesaian masaalah. Siapakah Pengkhayal, Realis, dan Kritik  yang kita maksudkan ini dan apakah ciri-ciri nya?  Mengapakah mereka ini istimewa dalam segi kepimpinan dan daya kreatif saorang pemimpin?

Dalam soal kepimpinan, pemimpin sesebuah perbadanan itu sering berhadapan dengan bukan hanya keadaan perubahan dalam organisasi itu sendiri, tetapi pada keadaan yang tidak ketentuan didalam peralihan untuk menerapkan segala perubahan yang telah dikenalpastikan itu juga. Lebih-lebih lagi pada masa kebelakangan ini, tahun 2008, yang mana dunia dilanda kemelut krisis kewangan dan krisis kredit sungguh teruk sekali.  Ini telah membabitkan ramai pelanggan yang kehilangan wang dan asset nya.  Dan lebih teruk lagi adalah kejatuhan sistem kewangan yang ada di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah, yang menyebabkan banyak diantara bank-bank besar terpaksa di isytiharkan bankrup. 

Sebagai satu contoh dalam perbincangan kita di sini, ini lah masa-masa diri saorang pemimpin itu dicabar.  Tercabar dengan diuji kekuatan kemahiran nya dalam menyelesaikan masaalah yang di hadapi.  Dan bertindak untuk  mengatasi soal-soal perubahan dan cara menangani krisis yang dihadapi nya itu.  Dalam keadaan ini perbadanan atau syarikat yang statik tidak akan bertahan dengan tekanan ekonomi seperti ini.  Mereka harus dinamik.  Untuk menjadi dinamik, mereka haruslah bersedia untuk menghadapi segala ancaman dengan membuat pelbagaian perubahan pada perniagaan atau urusan mereka dan perubahan pada sikap yang ada kepada sikap yang lebih lasak (robust).

Di antara kemahiran kepimpinan yang utama yang diperlukan, dan sering dipertikaikan, adalah kemahiran untuk memberi bantuan pada pekerja dan organisasi nya itu sendiri.  Ada dua fasa yang harus di ambil; (1) mengenalpasti perlu nya sesuatu perubahan itu dan/atau (2) mengurus tentangan-tentangan yang datang berkaitan dengan usaha untuk berubah (dan untuk membuat perubahan itu sendiri).  

Tidak semua pengurus memiliki kebolehan didalam semua aspek pengurusan dan kepimpinan.  Ada yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan sesebuah projek tapi tidak mampu menjalankannya sebab kurang kemahiran teknikal.  Didalam keadaan sedemikian saorang pemimpin itu harus membuat beberapa keputusan untuk diri nya dengan bertanyakan;

a)     Di manakah perhatian nya harus di fokuskan dan

b)     Sikap apakah yang harus di ambil untuk memainkan peranan yang baik bagi dirinya dan kumpulan nya supaya dia dapat menangani masaalah yang di hadapinya itu?

Tiga Gaya – Pengkhayal, Realis, dan Kritik 

Gaya dan sikap sesaorang itu mengurus dan memimpin organisasinya tergantung pada banyak faktor.  Dalam menangani masaalah, tiga gaya yang telah disebutkan di awal bahagian ini akan kita bincangkan bersama. 

Disini saya ingin memberikan sedikit penerangan kaedah watak/gaya saorang Pengkhayal, Realis, dan Kritik .  Si Pengkhayal ini cenderong memikir dengan mengelamun dan mengkhayal kan sesuatu.  Angan-angan nya tinggi melambung.  Cakap nya atas angin.  Pandangan nya terlalu abstrak bagi orang lain.  Si Realis pula, rasa kurang senang dengan orang yang cakap melambung tinggi, sebab pada dia, angan-angan saja kalau tak praktikal buat apa?  Si Kritik pula, kerjanya tiada lain hanya mengkritik si Pengkhayal, mahupun si Realis.  Se-olah-olah semua serba tak kena bagi nya.  Kadangkala bertelingkah di antara satu sama lain.  Walaubagaimana pun mereka tetap bersahabat.

Dalam beberapa kajian tertentu, ramai pemimpin dapati bahwa dalam era globalisasi ini, saorang pengurus atau pemimpin perlu memiliki sikap terbuka.  Mereka harus bersikap optimis, mereka juga perlu bersikap realis, dan adakali nya perlu menjadi saorang yang bersikap kritik.  Tentu sekali ianya tergantung pada masa dan keadaan yang tertentu.  Secara am nya perbezaan gaya mengendali diri dari jadi saorang optimis, ke realis dan kritik ini mencerminkan typologi (jenis personaliti), sikap, dan perwatakan asas yang digunakan oleh ramai pemimpin.

Tiga Gaya Dan Sikap Kreatif Walt Disney

Walt Disney pernah dikatakan menghadiri mesyuarat nya dengan membawa watak yang berbeza tiap kali ia masuk kedalam bilik mesyuarat.  Tiada siapa yang dapat meneka. Hinggakan pekerja yang bekerja bersama nya pun tak dapat pastikan perwatakan apakah yang ia bawa pada hari itu?   Walaubagaimanapun, Walt Disney sering dilihat menggunakan perwatakan-perwatakan dari tiga perwatakan/gaya/sikap ini; (1) sebagai saorang Pengkhayal/Pengelamun (Dreamer), (2) sebagai saorang Realis (Realist) atau (3) saorang Perosak/Penganggu (Spoiler).  

Sebagai satu ’iktibar, perbezaan yang terdapat pada tiga perwatakan Walt Disney ini boleh dijadikan sebagai satu wawasan, satu proses kreatif yang berguna untuk menghuraikan masaalah dalam urusan atau perusahaan kita.  Disney memanggil proses pengendalian keadaan-keadaan pengurusan perusahaan nya ’Imagineering’.   Ia terbahagi kepada tiga perwatakan – (1) Pengkhayal, (2) Realis, dan (3) Kritik. 

Kesan Kurang Kesinambungan Gaya

Saorang pemimpin yang berwatakan saorang Pengkhayal tanpa ada disisinya saorang Realis tak akan mengubah idea yang di ilhamkan oleh si Pengkhayal itu menjadi satu realiti.  Saorang Kritik pula, apabila di biarkan berbincangkan sesuatu idea dengan saorang Pengkhayal, tanpa membabitkan saorang Realis dalam perbincangan itu, akan terus berbalah berpanjangan dengan konflik pemikiran masing-masing.  Manakala, saorang Pengkhayal dan saorang Realis masih boleh menghasilkan sesuatu ciptaan dari idea yang timbul dari perbincangan mereka.  Walaubagaimanapun mungkin idea nya tidak lah semantap yang di ingini sebab tidak di uji baik oleh saorang Kritik. 

Sungguhpun saorang Kritik mudah dianggap sebagai saorang pengganggu dalam pembinaan sesebuah idea itu, sebenarnya ia dapat membantu kita untuk menilai dan menghalusi sesuatu produk kreativiti yang sedang kita usahakan itu.  Tetapi, sekiranya saorang Kritik itu menampilkan diri nya secara destruktif (menghancurkan, meruntuhkan), ia akan jelas jadi saorang perosak.  Sebaliknya, apabila ia menyumbang kritikan nya itu dengan cara membina, saorang Kritik itu boleh menjadi sebaik-baik penasihat.

Menjadi saorang penghurai-masaalah (problem-solver) yang efektif dan berkesan,  kesinambungan tiga proses ini harus dibabitkan;

(1)   Pengkhayal – perlu untuk mengeluarkan idea-idea dan matlamat-matlamat baru.

(2)  Realis – perlu untuk gubah idea menjadi kenyataan.

(3)  Kritik – perlu sebagai penapis untuk menghalusi idea dan mengelakkan masaalah-masaalah yang mungkin timbul dari proses pelaksanaan nya.

Mengurus Proses Kreatif Dalam Kumpulan

Bagaimana kita gunakan proses kreatif ini didalam pejabat kita dan dengan kumpulan pekerja kita dengan efektif?  Proses gaya kreatif Disney ini boleh digunakan didalam perkumpulan. Lebih-lebih lagi dengan wujudnya Kumpulan-Kawalan-Kualiti atau Kumpulan-Kerja-Cemerlang (KKC) didalam pertubuhan-pertubuhan Kerajaan dan juga swasta. Dalam menjalankan tugas berkumpulan, kreativiti yang serba membangun itu boleh berputar secara natural dari pangkal Pengkhayal ke Realis dan ke Kritik dan menukar haluan mengikut aliran penjanaan sesuatu idea itu.  Mari kita mulakan dengan Pengkhayal.

Giliran Pengkhayal

Saorang Pengkhayal akan bertindak dengan mengeluarkan idea-idea ber wawasan. Biasa nya ia suka beri gambaran besar dan luas mengenai perkara yang di rundingkan atau di bincangkan itu.  Sememangnya sifat saorang Pengkhayal itu sedemikian rupa, dan secara am ia berfungsi dengan ber’angan tinggi’.  Selalu melihat dari kacamata gambaran besar dan meluas dalam perkara-perkara yang dikendalikan.  Mereka berkeupayaan untuk memikirkan sesuatu dengan memberikan gambaran besar terhadap perkara itu.   Namun begitu, tak semua orang boleh membuat demikian.  Kebolehan ini memang istimewa.

Selain dari itu, tidak lah hairan juga melihat saorang Pengkhayal itu berfikir dengan berunsurkan pandangan jauh ke hadapan.  Mereka dapat memikirkan sambil menggambarkan apa yang boleh diwujudkan dimasa hadapan.  Kadangkala pemikiran nya berprinsipkan futuristik.

Fasa yang berikutnya adalah fasa kacamata saorang Realis.

Giliran Realis

Apabila giliran saorang Realis pula tiba, ia akan bertindak dengan memikirkan dan lalu mengaturkan segala matlamat-matlamat, langkah-langkah dan tindakan-tindakan yang membolehkan sesuatu perkara, pelan atau projek itu menjadi satu kenyataan.  Memang cara nya membuat kerja itu berprosedur, bersusunan dan teratur.  Dari matlamat besar yang diberikan, dia akan pecahkan nya kepada matlamat-matlamat kecil yang boleh dipikul dan dilaksanakan nya.  Kesemuanya dijalankan atas dasar bahwa perkara, pelan atau projek itu harus realistik dan bukan di awang-awangan saja.  Untuk menjalankan dasar pemikiran seperti ini, biasanya saorang Realis akan bertanyakan soalan-soalan seperti, ’Bolehkah perkara ini dilakukan?  Realistik kah? Bolehkah perkara ini berjalan baik?  Bolehkah kita laksanakan supaya ia menjadi satu realiti?  Apakah bukti-bukti yang ianya pernah dilakukan dan terbukti boleh dilaksanakan?’  Ini adalah soalan-soalan yang cukup baik!

Giliran Kritik

Apabila giliran itu sampai pula ke saorang Kritik, tindakan seterusnya adalah tindakan menguji kualiti atau mengawal kualiti (QC-Quality Control) sesuatu rancangan atau projek.  Dalam menilai sesuatu pelan atau projek itu saorang Kritik itu akan melihat dan meniliti nya.  Apabila ia merasa yang ada sesuatu di dalam pelan/projek itu yang tak ’kena’, dia akan ambil tindakan yang perlu untuk mencari hubungan yang ’hilang’.  Apa dia? Bagaimana? Dimana? Kenapa? Kalau ini berlaku bagaimana? Kalau itu berlaku, bagaimana?  Tak mungkin! Sekiranya ia berlaku....?  Saorang Kritik akan terus menguji keadaan pelan/projek itu.  Menguji segala kemungkinan yang timbul.  Kemungkinan-kemungkinan yang mengakibatkan masaalah-masaalah tertentu menjelma dan yang boleh menjejas perlaksanaan projek atau pelan berkenaan. 

Menghasilkan Keseimbangan

Selepas menjalani proses giliran ketiga-tiga gaya ini, apa pula? Apakah hasil berikutnya? 

Apabila suasana sesuatu perbincangan atau musyawarah itu dapat diterapkan dengan kesefahaman bahwa kita perlu mewujudkan ketiga-tiga gaya ini, bersilir ganti diantara mereka, bukan hanya bergilir hanya sekali tapi beberapa yang perlu, maka hasil yang akan dikeluarkan itu juga akan menjadi baik, lebih baik dan seimbang.  Kadangkala menakjubkan.

’Keseimbangan’ ialah kriteria utama hasil dari proses kreatif yang dilakukan secara berkumpulan.  Sebagaimana yang telah di katakan oleh ramai pemimpin, ini adalah kunci nya.  Untuk menyelesaikan satu masaalah atau mengeluarkan satu pelan secara efektif, pilihan kita bukan hanya tergantung pada satu gaya berfikir sahaja malahan ketiga-tiga itu dikehendaki untuk menghasilkan yang terbaik.  Satu pun tak seharusnya ditinggalkan sungguhpun gaya berfikir mereka dianggap berbeza.  Perwatakan pun biasanya berbeza. Ini sungguh baik sebab dengan cara begini lah kita dapat mencapai dan melaksanakan idea-idea baru dengan lebih mantap sebab ia telah menjalani satu proses pengujian kualiti.  Ini lah satu lambang bagaimana musyawarah itu di tuntut didalam agama kita.

 

”.... dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”

Surah Ali-Imran, Ayat 159

 

Sekiranya kita lihat secara terbuka, tentu sekali kita dapat perhatikan peranan-peranan yang dimainkan oleh tiap-tiap satu daripada tiga gaya/watak pemikir ini;

·          Pengkhayal membantu menjana kemungkinan yang tidak terfikir oleh orang lain dan mengeluarkan alternatif-alternatif baru.

·          Realis membantu untuk mengenalkan tindakan-tindakan yang di perlukan untuk menjadikan sesuatu idea itu satu kenyataan.

·          Kritik membantu untuk menilai dan menerangkan kebaikan dan kekurangan sesuatu itu.

Sebagai satu kesimpulan, penerapan (1) kesemua jurusan kreatif ini (Pengkhayal, Realis, Kritik) dan (2) kesemua pandangan yang berbeza dari ahli kumpulan ketiga-tiga gaya itu, adalah amat penting supaya kita dapat membuahkan hasil keberkesanan penyelesaian yang bermutu tinggi.

Mengetahui Tidak Memadai – Harus  Bertindak

Satu lagi bahagian yang penting dan harus kita lakukan untuk mengurus baik kreativiti kumpulan ini adalah kebolehan saorang pemimpin itu untuk mengarah ahli nya bertindak dan mengimplementasikan keseluruhan giliran gaya kreativiti itu.  Mengetahui saja tidak mencukupi.  Kita mesti bertindak!

Contoh:

Saya ingin mengambil Walt Disney sebagai contoh di sini. Disney mempunyai bilik-bilik khas untuk tiap satu gaya yang tersebut, baik Pengkhayal (P), Realis (R), mahupun Kritik (K). 

Bilik (P) di sediakan dengan gambar-gambar, lukisan dan tulisan yang memberi inspirasi. Di gantung pada dinding-dinding bilik itu.  Biliknya agak berselerak dan tak saorang pun dibenarkan mengkritik.  Yang dibenarkan hanyalah membayangkan, mengkhayalkan dan menjanakan impian-impian sesuatu idea, pelan, rancangan dan sebagainya.

Di bilik (R) pula, disediakan meja lukis dengan bermacam perkakas moden yang mereka perlu untuk mengatur langkah-langkah dan menyusun matlamat yang khusus untuk mencapai matlamat yang diingini. 

Untuk si Pengkritik pula Disney sediakan satu bilik (K) kecil terletak di bawah salah satu tangga.  Mereka diberikan draf-draf yang telah digubahkan untuk di nilai.  Bilik ini sempit, panas dan kurang selesa.

Paten Asas Kognitif Dan Fizikal Tiga Gaya Berfikir

Apakah paten asas kognitif ketiga-tiga gaya ini?  Apakah cara mereka berfikir?  Apakah ada paten-paten yang tertentu supaya kita dapat kenalpasti? Apakah tahap fokus nya?  Apakah sistem pemaparan minda yang digunakan nya? Bagaimana kah motivasi nya? Apakah garisan masa yang di rujuk nya? Apakah cara mereka membuat perbandingan?

Bagaimana pula kedudukan fiziologi nya?  Apakah ada perbezaan diantara mereka?

Pengkhayal

Di sini orientasi nya adalah kepada masa hadapan dan menggunakan jangka-masa panjang (atau long term) dalam pemerhatian nya.  Selain dari itu ia juga lebih cenderong berfikir dengan memandang kepada suatu yang lebih luas, dengan memberi gambaran yang lebih besar mengenai sesuatu perkara. Tumpuan fikiran nya adalah pada usaha untuk mengeluarkan hasil idea, pemikiran, alternatif, rancangan atau pilihan baru.  Penekanan juga diberi pada hasil meluaskan persepsi dirinya terhadap sesuatu itu, baik idea, pelan, projek, rancangan atau sebagainya.





Pada asas nya, fokus yang terdapat dalam fasa ini adalah pada penjanaan isi nya, isi sesuatu rancangan, pelan, projek atau idea tersebut.  Ringkas nya ”What?” atau ”Apa?” -  dalam perhatian sesuatu yang ditumpukan itu.

Menurut Disney fungsi fasa ini ialah membayangkan perkara yang diberi perhatian itu dengan terang dan jelas di minda.  Nyatakan secara positif segala tujuan/matlamat/sasaran dan habuan yang ingin di capai.

Realis

Tujuan saorang Realis pula ialah untuk memupuk impian itu hingga ianya menjadi satu yang boleh dilaksanakan, dan akhir sekali menjadi satu realiti.  Sebagai saorang Realis anda perlu beraksi se-olah-olah impian itu (possible) berkemungkinan boleh berlaku.  Anda fokus pada langkah dan tindakan yang perlu untuk benar-benar capai impian itu. 

Dalam fasa ini fokus asas nya adalah dengan tinjauan kata-kata ’Bagaimana?’ atau ’How?’ untuk mengimplementasikan pelan atau idea anda itu.

Proses fasa ini pula berorientasikan tindakan (action).  Dia menggerakkan dan mendorong anda kearah tujuan yang ditentukan. 

Dalam fasa ini, anda lebih beroperasi dalam jangka-masa yang lebih pendek dari jangka-masa yang terdapat di fasa Pengkhayal itu.   Fasa Realis ini lebih memfokuskan pada prosedur, peraturan dan tindakan.

Fiziologi berfikir yang ketara bagi saorang Realis dilihat seperti berikut; duduk nya dengan kepala agak tegak dan mata memandang terus kehadapan, atau dengan kepala yang sedikit condong ke depan seolah-olah ingin mendengar dengan lebih terang.  Postur nya agak simmetrik. 

Fokus kognitif nya pula adalah pada tindakan yang berdasarkan ’se olah-olah’ impian itu boleh dan akan tercapai.  Ia cenderong memikirkan bagaimana pelan itu boleh di laksanakan, menumpukan pada tindakan-tindakan khusus dan menentukan langkah-langkah jangka-masa pendek. 

Kritik

Fasa Pengkhayal dan Realis di ikuti pula oleh fasa Kritik.  Tujuan utama fasa Kritik ialah menilai idea, rancangan, pelan atau projek yang telah dibentangkan.  Dengan menilaikan segala idea, pelan  dan sebagainya, saorang Kritik perlu juga melihat dan meramal atau menduga (anticipate) masaalah yang akan dan boleh timbul dalam pelaksanaan idea tersebut.  Saorang Kritik juga perlu meniliti segala ’hubungan atau kaitan’ yang di anggap ’hilang’ dalam penilaian itu.  Tugas nya adalah mengisikan, memenuhkan dan menyambungkan hubungan yang dianggap hilang itu.

Untuk menjadi saorang Kritik yang efektif dan berkesan,  penting bagi anda untuk mencuba dan membolehkan diri anda mengambil perspektif orang yang akan anda pengaruhi itu, atau orang yang di pengaruhi itu.  Lihat dan bertanyakan, ’Apakah kesan positif dan negatif pelan atau idea ini?’  Setelah itu boleh lah anda berikan timbangan yang wajar.  Timbangan yang mementingkan semua keperluan dan reaksi yang telah di terima dari timbal-balas.

Secara kognitif, saorang Kritik akan menilai sesuatu idea atau pelan itu dengan timbangan secara logik dan menyoal dengan soalan seperti, ’Apakah yang akan berlaku sekiranya masaalah itu berlaku?’

Secara fiziologi atau tubuh nya pula, apabila saorang Kritik berfikir, postur tubuhbadan nya kelihatan condong sedikit, matanya akan memandang kebawah, dan kepala nya akan tunduk dan condong sedikit.   Sebagai satu kebiasaan, dia akan menongkat dagu nya atau meletakkan tapak tangan nya di muka atau di pipi nya.

Saorang yang bergaya Kritik biasa nya di anggap sebagai orang yang paling susah untuk di tangani.  Kerana sikap nya terlalu memfokuskan kepada yang negatif.  Dengan itu ia selalu saja menyanggah (mismatch) idea dan saranan orang lain.  Sekiranya penyanggahan itu menjadi keterlaluan, ia boleh mengakibatkan masaalah besar dalam perhubungan dengan orang lain.  Masaalah yang paling mencabar ialah apabila si Kritik itu bukan hanya mengkritik idea, impian atau sesuatu pelan itu sahaja.  Malah dia turut mengkritik si Pengkhayal dan si Realis itu juga. Sebagai contoh, daripada mengatakan ’Idea itu tak berguna langsung!’, dia keluarkan kata-kata seperti, ’Kau ini bodoh dan tak guna langsung.  Pelan apa yang kau buat ni?’

Kita juga perlu ingat bahwa pada tiap kritikan itu pasti ada niat atau tujuan positif nya.  Gunakan rangka-pemikiran dan anggapan baik ini.  Gunakan juga soalan ’coaching’ agar dapat kita mencungkil segala yang bermenafaat yang tersirat dalam kritikan itu, termasuk membezakan, dan lalu menukarkan kritikan itu dari satu cemuhan kepada satu soalan yang lebih bersifat positif.  Sebagai contoh, untuk mendapatkan niat yang tersirat dalam kritikan itu, tanyakan;

1)      Secara khusus, tolong beritahu saya, apakah sebenarnya kritikan atau bantahan anda itu?

2)     Apakah niat positif di sebalik kritikan anda itu?

3)     Berdasarkan niat anda itu, apakah soalan yang anda ingin sampaikan mengenai impian/pelan/rancangan itu?

 

Paten Kognitif Pengkhayal, Realis, dan Kritik 

Gaya Berfikir

Pengkhayal

Realis

Kritik 

Tahap fokus

Apa?

Bagaimana?

Kenapa?

Pilihan Sistem Pemaparan Minda

Visual -Menggambarkan

Bertindak - Beraksi

Meniliti dengan nilai logik.

Pendekatan/

Motivasi

Menuju ke

(Toward)

Menuju ke

(Toward)

Menjauhi dari

(Away)

Jangka masa

Panjang

Pendek

Panjang/Pendek

Orientasi Masa

Masa depan

Sekarang

Silam /Masa Depan

Rujukan

Diri sendiri (dari dalam diri)

Di luaran - Persekitaran

Di Luaran. Dari orang lain

Cara Perbandingan

Memadan

(Match)

Memadan

(Match)

Menyanggah

(Mismatch)

 

Contoh Fiziologi Pengkhayal, Realis, dan Kritik 

 



 

 

Proses Kumpulan Pengkhayal, Realis, dan Kritik 

Pemimpin Projek(Idea/Rancangan dll)

Pengkhayal

Realis

Kritik 

Apa tujuan nya?

Siapakah kumpulan dan pemimpin nya?

Bagaimana kah dilaksanakan?

Apakah jangka-masa nya?

Siapa yang bertindak atas nya?

Siapakah yang akan terbabit? Positif atau negatif? Kenapa?

Kenapa dan apakah sebab saorang pemimpin tidak akan melakukan nya?

 

 

 

Respon Kumpulan

Pengkhayal

Realis

Kritik 

1) Apa kah munafaat/ kebaikan yang terdapat didalam nya?

1) Apakah langkah pertama? Seterusnya?

1) Kenapa kah sesaorang itu boleh menolak nya?

2) Apakah kemungkinan-kemungkinan lain?

2) Apakah bukti/timbal-balas yang menanda anda perolehi ’progress’?

2) Apakah keperluan dan ekspektasi mereka?

3) Apa lagi yang projek ini dapat menghasilkan pada masa depan?

3) Sumber-sumber apakah yang ada dan boleh membantu?

3) Apa yang belum atau tidak wujud, yang kelihatan ’hilang’ didalam nya?

 

Kesimpulan

Secara kesimpulan,  tiap gaya/watak/sikap itu ada kebaikan nya masing-masing.   Disini saorang pemimpin pasti dapat mempelajari cara-cara untuk mengenalpasti orang-orang dari kumpulan kerja nya yang berkemampuan bertindak sebagai saorang Pengkhayal, Realis mahupun Kritik sama ada mereka sedari atau pun tidak.  Dengan itu, saorang pemimpin boleh lah menggembeling sumber-sumber ini untuk menghasilkan satu ’outcome’ yang menambahkan nilai produk, perkhidmatan, pelan, idea, matlamat, dan projek yang ditumpukan itu.  Keberkesanan ini pasti di rasa bukan hanya dari sudut pencapaian matlamat organisasi itu, malah dengan secara langsung pemimpin itu telah menjadi ejen penyelesai-masaalah.  Ini lah kreativiti yang terdapat dari keseluruhan proses ini.

 

Selamat Maju Jaya.

 

M Nasser Ismail, ACMC

Personal & Executive Coach

Neuro-Semantics & NLP Trainer

Rujukan:  Robert Dilts  – Modeling in NLP






 
 
 

 
  Today, there have been 72 visitors (102 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free