To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Menghapuskan Phobia, Kegerunan dan Ketakutan (Bahagian 1)
 

 


 



MENGHAPUSKAN PHOBIA, KEGERUNAN DAN KETAKUTAN ANDA (Bahagian 1)

Phobia (Fobia) memang tidak asing lagi bagi kita sungguhpun kita sekarang hidup dizaman serba moden ini. Dan menurut majalah Forbes, ada sembilan buah perkara yang biasa ditakuti oleh orang ramai;

 

1.      Takut dengan binatang/serangga seperti kumbang, pepijat, tikus-mondok, ular, kelawar,
2.      Takut dengan keadaan ketinggian (tempat-tempat tinggi dan sebagainya),
3.      Takut dengan air (seperti perasaan lemas dan cemas),
4.      Takut dengan Pengangkutan Awam (seperti terjerat didalam terowong, peledakan bom dan sebagainya),
5.      Takut dengan Guruh dan Sambaran Petir,
6.      Takut dengan Tempat Tertutup (seperti terkandas didalam lif, dimasukkan didalam peti, terkunci didalam bilik dan sebagainya),
7.      Takut dengan Jambatan atau Terowong (seperti menyeberang sungai atau tasek melalui jambatan gantung),
8.      Takut dengan Keramaian (seperti didalam rapat umum, manusia berduyon-duyon didalam perarakan atau temasya),
9.      Takut dengan Berhujah atau berceramah (Public Speaking) didepan khalayak ramai. 

Dan menurut kajian Anxiety Disorders Association bahwa di Amerika Syarikat sahaja ada seramai 19 juta penduduknya menderita phobia khusus (seperti menyeberang jambatan gantung dan terowong), 15 juta penduduknya menderita phobia social (seperti public speaking), dan 2 juta menderita agrophobia (seperti tempat-tempat yang pernah mereka alami serangan panic.) Ini adalah angka yang sangat besar kalau dibandingkan dengan ramai nya penduduk setempat disini.

Penderitaan ketakutan dari phobia ini memanglah tidak resourceful bagi sesaorang itu untuk memajukan diri, sungguhpun ketakutan itu adalah sifat yang dikurniakan oleh Allah swt pada kita sebagai satu benteng diri daripada dilanda bahaya. Oleh sebab ketakutan berphobia berpunca dengan beberapa sebab yang telah dialami oleh sesaorang itu melalui pengalaman fizikalnya sendiri ataupun melalui gambaran dari kaca TV ataupun dari kata-kata atau cerita-cerita dan bahan-bahan akhbar, keadaan ketelanjuran ini telah menjadikan sebab utama diri kita mengalami tekanan yang berpunca dengan cara pemikiran yang tidak harmoni, tidak sehat, yang mana ia akan menjejaskan emosi dan perasaan sesaorang itu, sebagaimana yang telah diterangkan mengenai sistem NLP serangkai, iaitu  ‘minda-tubuh-emosi’. Apabila minda disibukkan dan dipaparkan dengan perkara yang kurang sehat, bahan kimia yang berkaitan akan dikeluarkan dari hypothalamus yang terkandung diotak kita, langsung disalurkan keseluruh badan kita melalui urat-sarap dan akhir sekali dirasai oleh seluruh badan kita. Sekiranya ia memikirkan perkara yang menakutkan, kimia yang disalurkan akan menyebabkan seluruh badan bergentar dan penafasan menjadi pendek dan jantung berdenyutan dengan lebih pantas dari biasa. Itulah akibat sampingannya. Ini tidak dapat kita elakkan sekira kita gagal untuk menguasai pemikiran dan bisikan hati pada sesuatu yang toxic yang melanda pemikiran kita. Tentu sekali ianya menghambat saorang itu dari menjalankan kehidupan yang normal dan sehat.
 
Menggunakan Pemisahan (‘Dissociation’) untuk membina Keyakinan
 
Ketakutan adalah normal. Perasaan kebimbangan yang dialami ini menjadikan kita mengelak dari mangambil risiko dan mengelak dari memotivasikan diri kita untuk merubah sesuatu.
 
Walaubagaimanapun, kadangkala orang menjadi takut dengan suasana atau perkara yang benar-benar bahaya, samada perkara itu atau yang berkaitannya. Inilah yang selalu di katakan dengan Phobia. Phobia adalah asal perkataan Yunani yang bermaksud ketakutan. Ini termasuk, sebagai contoh, ketakutan berhujah/bercakap/berceramah dihadapan khalayak ramai, ketinggian, petir, guruh dan ribut, melawat doktor, terbang didalam pesawat kapalterbang, memandu dilebuhraya, berjumpa dengan pegawai atasan, membuat panggilan penjualan, temuduga bagi pekerjaan, dan berurusan dengan mertua. Fikirkanlah salah satu keadaan ini dan sudah pasti anda akan berjumpa dengan saorang yang memperolehi ketakutan terhadap nya. Kalau kita fikirkan tentang ketakutan ini semua, kita dapat merasa bahwa tidak semua ketakutan ini rational. Sekiranya anda secara mental membesar-besarkan bahaya keadaan itu atau menjadi tergugat dengan keadaan itu, manakala orang lain tidak merasai sepertimana yang anda merasainya, anda mungkin mengalami satu phobia/ketakutan yang tidak rational. 
Penyelidikan di Universiti Vermont mendapati bahawa 1 dari 10 rakyat America mengidap atau mengalami ketakutan yang serious. Menurut penyelidik ini juga, phobia kanak-kanak tidak berpanjangan dan selalunya hilang dengan masa, tanpa rawatan. Ini mungkin sama dengan pengalaman kita dengan anak-anak kita; pada satu masa ia takut dengan kegelapan, pada masa yang lain pula mereka takut pada orang yang tidak dikenali; dan pada masa yang lain lagi pada binatang seperti seekor anjing.
Tidak seperti ketakutan kanak-kanak, phobia orang dewasa tidak hanya hilang begitu saja. Sungguhpun 1 dari 10 orang di Amerika Syarikat itu mengalami ketakutan yang serious, kita semua ada ketakutan yang menghidari kita dari membuat sesuatu pekerjaan itu dengan terbaik. Itu menyebabkan kemajuan kita terhambat kebelakang. Sama ada ketakutan dengan public speaking, atau takut dengan bertemuduga atau dengan membuat panggilan penjualan, semua orang merasa yang ketakutannya itu terlalu besar dan tidak terkawal sungguhpun bahaya sebenarnya tidak lah begitu rupa.
 
Oleh sebab tiap orang pernah merasakan ketakutan pada satu ketika didalam hidupnya, anda tentu sekali biasa dengan perasaan kebimbangan(anxiety), panik, atau tidak selesa. Apa yang mungkin anda tidak mengetahui adalah bahwa anda sendiri memperolehi kebolehan untuk menangani perasaan phobia atau ketakutan itu, tapi malangnya ianya belum digunakan dengan cara bersesuaian bagi diri anda sebab mungkin anda sendiri tidak sadar kebolehan itu dan tidak tahu bagaimana hendak menggunakannya.
 
Ingat kata-kata dalam NLP, ”Peta itu bukan lah wilayahnya.” Kalau dilihat secara kasar, perasaan anda ini berpunca dari fikiran diri anda terhadap sesaorang itu, sesuatu kejadian itu, suasana itu, atau benda itu, dan sebenarnya bukanlah orang-orang itu, kejadian nya, suasana nya dan benda-benda pada hakikatnya.
 
Connirae Andreas, saorang pelatih NLP dan penulis buku NLP,’ Heart of the Mind’, pernah bekerja dengan saorang wanita yang sungguh gerun dan takut pada ’public speaking’. Connirae bertanyakan wanita ini dengan menyuruhnya perhatikan gambaran dalaman yang dia buat apabila dia merasa takut. Wanita itu sedar bahwa dia telah bayangkan dirinya dikerumuni oleh orang ramai dengan mata yang terbeliak yang kelihatan sungguh kritikal semasa dia memberi ceramahnya itu. Apabila Connirae menyuruh wanita itu memisahkan dan menonton dirinya sendiri dalam gambaran dalamannya itu, kesemua perasaan takutnya lalu hilang. Dia mula dapat melihat yang pendengarnya /audience nya itu hanya sekumpulan orang-orang biasa saja. Apabila wanita itu mula mengambil pandangan yang berlainan itu pula, peta dalaman nya terus bertukar dengan sendiri.
 
Apa dia Persekutuan (’Association’) dan Pemisahan (’Dissociation’) itu?
 
Apabila saorang itu takut pada sesuatu benda atau keadaan, mereka selalunya bayangkan keadaan yang menakutkan dan lalu ’melangkah dirinya masuk’ kedalam keadaan itu dan mengalaminya seolah-olah ianya benar-benar berlaku pada masa itu. Keadaan ini saya namakan ’bersekutu’ (’associated’). Walaubagaimana pun apabila mereka bayangkan keadaan yang sama tetapi melihat diri mereka sendiri didalam gambaran itu, mereka akan hanya dapat merasakan sebagai saorang pemerhati sahaja. Keadaan ini pula saya namakan ’pisah’ (’dissociated’). Pisah’ membolehkan kita melihat diri kita mengalami pengalaman yang tidak selesa itu. Dengan itu anda dapat menangani nya dengan tidak rasa gerun selama anda tetap melihatnya sebagai saorang pemerhati yang terpisah.
 
Bagaimana hendak mengakses/memperolehi keadaan mental anda
 
Mari kita lakukan satu experimen. Ingatkan kembali dua memori yang telah berlalu, satu yang selesa/seronok/senang dan yang lagi satu yang tidak selesa atau takut/gerun/seram. Ambillah masa sa minit untuk mengalami semula kedua-dua memori dalam apa saja cara yang anda pernah lakukan. Perhatikan bagaimana anda mengenang kembali pengalaman-pengalaman itu, samada anda menghidupkan kembali, iaitu ber’sekutu’, atau samada anda hanya perhatikan pengalaman anda itu, yakni ter’pisah’, dan melihat diri anda seperti dalam sebuah tayangan atau slide dari jarak yang tertentu.
Dari cara mana sekali pun anda mengenang kembali memori-memori yang baik dan kurang baik itu, cuba berbalik kepada tiap satu memori yang sama itu dan tukarkan cara anda mengenangkannya kembali. Bermakna, kalau anda terpisah dari pengalaman atau memori yang kurang menyenangkan/kurang-selesa itu, jejak masuk kedalam imej itu dan perhatikan bagaimana ia merubah perasaan diri anda apabile bersekutu.. Sekiranya anda bersekutu dalam memori itu pula, langkah keluar dari ’tubuh’ anda, dan lihat diri anda dengan terpisah, dan perhatikan bagaimana itu merubah perasaan anda.
Sekarang, fikirkan bagaimana anda mengenang kembali memori yang menyenangkan/selesa atau baik itu. Kalau anda pisah didalam memori menyenangkan/selesa, cuba langkah masuk kedalam nya dan alaminya seperti ianya berlaku sekarang. Kalau anda bersekutu dalam memori menyenangkan/selesa itu, langkah keluar sejenak, dan lihat macam mana kalau anda hanya menonton nya sahaja.
Sekarang, cuba anda bandingkan perasaan keadaan keadaan yang telah anda mengujinya sendiri. Bagaimanakah perubahan perasaan anda apabila anda berbuat demikian?
Apabila anda bersekutu dalam memori ini, anda akan dapati bahwa anda merasa semua perasaan yang anda telah miliki dalam peristiwa yang asal itu, samada menyenangkan atau sebaliknya. Apabila anda pisah, anda akan biasanya perolehi perasaan sebagai saorang pemerhati yang terpisah sahaja. 
Setelah dapat membandingkan perasaan-perasaan dalam pengalaman memori ini, ianya tentu jelas bagi anda atas cara yang manakah yang anda pilih untuk mengingati sesuatu kejadian itu? Tentu sekali anda mahukan pengalaman/memori positif itu di alami dalam keadaan bersekutu bukan? Dan yang negatif pula didalam cara pisah, bukan? Kenapa?
Cuba pertimbangkan orang yang sedang mengalami atau dalam keadaan kemurungan. Mereka ini adalah orang-orang yang selalu pisah dari pengalaman positif nya dan bersekutu pada negatifnya. Ada juga orang yang mengalami hidup nya lebih sebagai pemerhati sahaja, yakni ’pisah.’ Selalunya mereka ini tertarik pada kerjaya yang memerlukan analisis, seperti bidang-bidang sains, kejuruteraaan atau perancang komputer. Mereka biasanya lebih cenderong pada konsep-konsep, maklumat, dan benda-benda daripada bekerja dengan rakan sekerja atau orang ramai. Mereka lebih cenderong berhubung dengan benda-benda dari berhubung dengan manusia.
Untuk menikmati hidup kita denga lebih ’balance’, kita mungkin inginkan diri kita berada didalam keadaan bersekutu dalam memori kita, supaya kita dapat menikmati semua perasaan menyenangkan/selesa/seronok yang kita perolehi atau alami dan akhir sekali menggunakannya sebagai sumber-sumber (resources) yang positif. Dengan ini kita dapat membantu dan menyokong sikap-sikap positif kita ini untuk digunakan pada masa hadapan bagi pencapaian yang hebat lagi.
Fiziologi ’Sekutu’ dan ’Pisah’
Fiziologi perasaan seronok itu juga lebih sehat untuk tubuhbadan kita kalau dibandingkan dengan fiziologi yang berunsur penuh-tekanan yang terdapat dari perasaan yang kurang baik, kurang selesa, perasaan takut, ataupun phobia. Khususnya apabila kita berada didalam perasaan ketidakselesaan ini tubuhbadan kita akan ber-reaksi dengan fiziologi yang dinamakan ”lawan atau lari” (”fight or flight”). Memang keadaan ”lawan atau lari” ini berguna pada keadaan-keadaan yang tertentu agar kita dapat melepaskan diri kita dari ancaman-ancaman bahaya apabila berhadapan dengan keadaan yang benar-benar membahayakan diri kita. Tetapi pada kebiasaannya, keadaan seperti begini akan hanya mengakibatkan lebih ’tension’, menaikkan tekanan darah tinggi, dan mengakibatkan ’response’ tekanan fiziologi yang lain pula.
Tidak cukupkah kita mengalami pengalaman yang buruk itu sekali sahaja; mengapa alaminya berulangkali? 
Memandang pada pengendalian memori seperti ini, dan apabila kita ’pisah’kan dari memori buruk ini, kita akan dapat melihat diri kita dari luar dan melihat diri kita yang kelihatan tidak gembira langsung. Kita dapat melihat diri kita didalam keadaan itu dengan jarak yang bersesuaian bagi pandangan kita. Dengan itu kita masih boleh menyedari keadaan yang kita tidak inginkan berlaku pada diri kita pada masa-masa hadapan. 
Justru itu kita tidak rugi sebarang maklumat pun dari pengalaman itu, dan kita masih boleh mengingati pelajaran penting yang boleh kita pelajari dari pengalaman-pengalaman itu. Dengan pisahkan diri anda dari memori yang buruk itu, anda boleh tetap menjadi resourceful dan kreatif, dan ini membolehkan anda menangani perkara ini dengan lebih baik lagi. 
Mempelajari untuk memilih bilakah masanya kita perlu bersekutu dan bilakah kita harus ’pisah’ memberikan kita satu cara mendalam untuk merubah kehidupan kita sendiri. 
 

 
Latihan : Association (Bersekutu) dan Dissociation (Terpisah)
  1. Bersekutu
    1. Fiziologi. Gunakan fiziologi bersekutu. Condong kehadapan, pandang kekiri dan kekanan, rasa apa saja perasaan yang anda sedang mengalami sekarang, dan rasa satu perasaan sedia untuk bergerak, untuk bertindak dengan response pada apa saja yang akan terjadi selepas itu.
    2. Sekutu kedalam Memori Kesenangan/Keseronokan. Sekarang fikirkan satu memori yang senangand dan ambil masa untuk sekutu kedalam nya dengan sepenuhnya, agar anda berada didalam nya semula, memandang keluar dari mata anda sendiri, melihat apa yang telah dikihat, mendengar apa yang telah didengar, dan menikmati perasaan semua perasaan yang baik anda ada pada asalnya dalam keadaan itu.
    3. Ulangi langkah b. Gunakan beberapa memori seronok yang lain, satu persatu, manakala tetap dalm fiziologi sekutu. Pilih memori yang seronok daripada konteks yang berbeza – pekerjaan, bermain, dirumah, sukan, kepuasaan-diri, di iktiraf oleh yang lain dan lain lain. Sekutu pada tiap dari keadaan itu sepenuhnya, agar anda dapat menikmati perasaan positif itu dan perasaan resourceful itu sepenuhnya.
    4. Bertanyakan pada minda anda untuk sekutu hanya yang positif. Sekarang tutup mata anda, dan tanyakan ’minda-bawah-sadar’ (unconscious mind) anda kalau ia mahukan menjadi resource yang positif untuk anda dengan membenarkan diri anda secara otomatik bersekutu kedalam memori yang positif, bila masa saja anda mengingatinya kembali. Kenalinya pada hampir tiap 'cases', ini akan menjadikan satu pilhan yang wajar yang membolehkan anda menikmati kehidupan lebih baik dan untuk menjadi lebih resourceful dalam menghadapi kehidupan anda yang payah yang tidak dapat dielakkan. Ambil masa untuk memastikan yang mesej dalaman ini telah didengari dan disahuti dengan cara positif. Henti sebentar dan rehat/relax.
  2. Pisah
    1. Fiziologi Pisah. Gunakan fiziologi pisah. Sandar pada kerusi anda, dan rasakan bahu anda bergerak kebelakang lebih sedikit. Dongak dengan meninggikan dagu anda sedikit sementara kepala dan bahu anda mara kebelakang, dan kaku kan seluruh badan anda.
    2. Pisah dari memori yang tidak menyenangkan. Sekarang fikirkan satu memori yang tidak disenangi dan ambil masa untuk pisah sepenuhnya dari itu. Lihat diri anda dalam memori itu, seolah-olah menonton movie didalam TV.  Ada juga baiknya kalau anda dapat membuat movie itu hitam-putih, ataupun alihkan TV itu jauh sedikit, dan jadikan movie itu menjadi gelap dan kurang jelas (dim). Kalau anda ada masaalah untuk pisah, bayangkan melihatnya melalui satu tingkap kaca yang tebal. Nikmati perasaan sebagai pemerhati yang terpisah, tetapi masih berminat dan hairan/ingin tahu.
    3. Ulangi langkah b. Gunakan beberapa memori tidak menyenangkan yang moderate yang lain dan daripada konteks yang berbeza – pengalaman tidak menyenangkan dalam situasi pekerjaan, sukan, rumah, dengan orang lain dan persendirian, kecewa, kesilapan dan lain lain. Pisah diri sepenuhnya daripada tiap satu, satu persatu, agar anda dapat menikmati perasaan menjadi saorang pemerhati terpisah, tapi berminat dan hairan/ingin tahu.
    4. Tanyakan minda-bawah-sadar anda hanya secara positif. Sekarang tutup mata anda dan tanyakan ’minda-bawah-sadar’ (unconscious mind) anda kalau ia rela menjadi resource yang positif bagi anda untuk membenarkan anda pisah secara otomatik dari kesemua memori yang tidak senang bila masa saja anda mengingatkan kembali peristiwa itu, mengenalpasti yang hampir kesemua 'cases' itu adalah pilihan yang wajar dan membolehkan anda menikmati kehidupan lebih baik dan untuk menjadi lebih resourceful dalam menghadapi kepayahan hidup anda. Ambil masa untuk memastikan yang mesej dalam ini telah pun didengari dan disahuti dengan positif.
Bersambung......
 

 TESTIMONY

NS-NLP THERAPEUTIC INTERVENTION- ‘PHOBIA’ CURE (PHOBIA OF SNAKES)







“Selepas saya menjalani proses ini, saya tidak menyangka yang
perasaan saya benar-benar bertukar menjadi berani, dari rasa 
terlalu takut dan geli selama ini. Sekarang ianya hilang terus 
dari diri saya. Saya amat bersyukur sebab saya merasa lega 
dan saya tak ada ‘phobia-ular’ lagi yang terlalu sangat 
menghambat kehidupan saya.”

-Suri rumahtangga 2005

 
  Today, there have been 28 visitors (45 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.