To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Menghapuskan Phobia, Kegerunan dan Ketakutan (Bahagian 2)
 



 

 


 

MENGHAPUSKAN PHOBIA, KEGERUNAN DAN KETAKUTAN ANDA (Bahagian 2)

Mencipta Perspektif Baru
Persekutuan (’Association’) dan Pemisahan (’Dissociation’)
 
Apabila kita berkata tentang mengambil pandangan yang lain/berbeza, tiap pandangan yang berbeza itu akan memberi anda maklumat yang berbeza dan perasaan yang berbeza.
Apabila kita melihat sesuatu peristiwa, memori, pengalaman dari pandangan mata kita sendiri kita namakan proses itu ’association’ atau Persekutuan. Apabila kita melihat pula dari pandangan luar yang melihat diri kita sendiri dari jarak jauh kita namakan proses itu ’dissociation’ atau Pemisahan.
 
Pisah juga membolehkan kita jauhkan diri kita dari perasaan kita setelah kita mengambil perspektif sebagai saorang pemerhati. Dengan menggunakan latihan ’Teknik Pemulihan Phobia Secara Pantas’ anda juga boleh mempelajari bagaimana untuk mengurangkan ketakutan dengan pantas, yang mungkin telah menghambat/menindas/menahan diri anda dari berjaya didalam hidup anda itu. Contoh; seperti takut untuk mengeluarkan komen atau idea-idea anda didalam mesyuarat, takut untuk membuat panggilan perniagaan, dan membuat persembahan dikhalayak ramai.
 
 
Analitikal atau ’Experiential’, satu lagi pandangan proses ’Dissociation’ dan ’Association’?
Kita proses maklumat dalam 2 cara: analitikal (analitis) dan secara mengalaminya (’experiential’). Apabila kita ’berfikir’ atau membaca sesuatu secara experiential (mengalaminya) kita rasa seperti kita berada didalam cerita itu dan telah memasuki dalamnya mungkin sebagai saorang pelakon utama, menerajui watak penting dalam jalan cerita itu. Dengan sedemikian kita seolah-olah telah menjejak masuk ke dalam cerita itu atau ’movie’ dalam minda kita itu agar kita rasa semacam kita berada disana. Untuk melakukan ini, kita memaparkan kembali secara kod-kodnya pemikiran kita itu yang menyebabkan kita kembali semula mengalami peristiwa itu secara neuro-linguistik.
Sebaliknya, apabila kita berfikir atau membaca sesuatu secara analitikal, kita memegang dan melihat bahan itu dari jarak bersesuaian dengan keinginan kita, dan terletak dihadapan diri kita. Ianya seperti kita melangkah keluar dari ’movie’ atau cerita itu lalu melihat dari jarak jauh dan lalu memikirkan tentang nya. Cara seperti ini membolehkan kita meneliti sesuatu perkara itu, fikirkan tentang nya dan mengambil pandangan sebagai saorang pemerhati atau penonton terhadap perkara yang kita fikirkan itu. Seperti keadaan yang pertama, kita ’bersekutu’ dengan ’movie’ itu dan berada didalam bahan isi ceritanya; dalam keadaan kedua pula, kita ’berpisah’ daripada nya.
Keadaan yang kita namakan ’berpisah,’ dan proses ’pemisahan’ jelas ada kaitan nya dengan tubuhbadan kita. Jadi, sungguhpun dikatakan ’berpisah’ kita masih merasa sesuatu peristiwa itu didalam tubuhbadan kita. Kita mengalami satu sensasi somatik (tubuh) dan rasa. Khususnya kita mengalami sesuatu perasaan yang berlainan dan kadangkala pelik, seperti perasaan ’terputus’ atau rasa kaku. Untuk menerangkan lebih tepat lagi, kita sebenarnya mengambil langkah ketepi/kebelakang/keluar secara konseptual, langkah keluar daripada emosi kita dan langkah keluar dari segala apa yang dipaparkan di minda kita buat masa itu, dan memikirkan tentang perkara itu dari kedudukan ’meta’ (atas, tinggi, jauh, selanjutnya). Sebagai manusia yang bertubuhkan neuro-linguistik, kita tidak boleh sebenarnya atau secara literal ’berpisah’ dari badan kita, semasa kita hidup. Ini hanyalah kata-kata penerangan saja, mungkin sebagai satu metaphor atau andaian sahaja.
Sebenarnya tiap kali kita ’berpisah’ dalam satu satu emosi atau keadaan emosi itu, kita sebenarnya juga ’bersekutu’ masuk kedalam keadaan emosi yang lain. Apabila kita ’pisah’ daripada keriangan, kita ’bersekutu’ pula masuk kedalam kemurungan, kita melakukan kedua-dua ’persekutuan’ dan ’pemisahan’ pada masa yang sama. Ini adalah istilah yang relatif, bukanlah mutlak. Tidak ada ’persekutuan’ dan ’pemisahan’ yang mutlak. Soalan yang harus diberikan adalah:
·               Keadaan apakah yang kita ’bersekutu’kan diri kita ini (langkah masuk)?
·               Keadaan apakah yang kita ’pisah’kan diri kita ini (langkah keluar)?
·               Berapa gigihkah, penuhkah, kuatkah perasaan yang kita alami dalam ’melangkah masuk’ kedalam sesuatu keadaan itu?
 
Kedudukan Persepsi Pertama, Kedua dan Ketiga
Tiap satu dari gaya-gaya perceptual/persepsi/penanggapan ini ada kebaikan dan kelemahannya. ’Persekutuan’ memberi-kuasa kepada kita untuk mengambil kedudukan ’perceptual pertama’ diri, untuk memasuki kedalam cerita itu, untuk mengalami nya, dan untuk mengetahuinya dari dalam. ’Pemisahan’ pula membenarkan kita untuk mengambil kedudukan perceptual kedua dan ketiga, untuk memakai analisis peribadi atau secara saintifik, untuk mempelajari daripadanya, untuk menghalang nya dari mencetuskan response emosi kita, dan untuk mengetahuinya dari luar, dari kedudukan saorang pemerhati. Apabila sesaorang itu mengalami terlalu banyak ’bersekutu’ diri mereka akan menjadi ’lumpuh’ emosinya, mungkin menjadi histerikal, tidak dapat ’berfikir’, dan bertindak secara emosional. Apabila terlalu banyak ’pemisahan’ pula, mereka akan menjadi saorang intelek keterlaluan, tidak cekap secara emotional, tidak dapat berhubung dengan orang ramai secara berperasaan dan secara peribadi, dan akhir sekali kecerdasan emosional mereka akan terus menjunam jatuh kebawah.
Mengenai dengan luka(hati), trauma, menghadapi realiti yang kurang baik dan kurang senang, ramai yang tidak secara langsung dapat berfikir tentang peristiwa itu secara terbuka dan tidak dapat berfikir dengan menganggap segala peristiwa itu hanya sebagai maklumat sahaja. Apabila mereka ’memikirkan’ tentang peristiwa lama yang melukakan hati itu, mereka akan terus mengembalikan perasaan trauma itu se-olah olah mereka itu sedang mengalami peristiwa itu lagi. Dan itulah kuncinya. Di dalam diri mereka, mereka terus mengalami perkara itu lagi.
Biasanya sesaorang itu tidak mahu mengembalikan segala peristiwa pedih yang mereka alami itu. Dan biasanya juga orang-orang berprofession seperti kaunselor, penasihat dan therapist pun sering terjerumus menjadi ’burned-out’ secara emosional sebab mereka senantiasa menjalani perasaan trauma yang dialami oleh klien-klien mereka semasa ’merawat’ mereka. Sebahagian dari mereka juga mengidap PSTD (’Post-Traumatic Stress Disorder’) dan efek sampingannya. Oleh sebab mereka tidak berdaya berfikir sahaja mengenai peristiwa yang pedih itu tanpa memasuki kedalam ceritanya dengan keadaan emosi yang pedih serta negatif itu, mereka langsung mengambil kata putus yang memikirkan peristiwa ini sahaja cukup untuk merasa amat tertekan (’distressful’) dan tidak selesa langsung. Sungguhpun begitu keadaan dan perasaan sesaorang itu mengalami peristiwa pedih ini, boleh merampas diri mereka dari satu sumber yang amat penting: yakni kemahiran berfikir tentang peristiwa yang pedih atau yang kurang selesa dengan keadaan selesa serta terbuka.
 
Corak-Susunan Yang Teruji Selama 30 Tahun
Bagi perkara yang diterangkan diatas ini, corak-susunan yang dinamakan sebagai ’V-K Dissociation Pattern’ atau ’Fast Phobia Pattern’ atau ’Movie Rewind Pattern’, yang saya namakan sebagai ’Teknik Pemulihan Phobia Secara Pantas’, ini memberi kita satu alternatif yang amat resourceful. Corak-susunan ini bukan hanya dapat menangani gejala perasaan trauma dan phobia ini sahaja, tetapi ianya dapat menghapuskan apa saja perasaan emosi atau response emosi yang terlalu sengit, dan terlalu amat sangat yang payah untuk kita menerimanya. Jadi, corak-susunan teknologi ini ada efeknya bagi mengeluarkan segala kesengitan perasaan dan emosi peristiwa-peristiwa yang pedih/buruk/tidak membangun dari dalam pemikiran kita.
Corak-susunan ini telah diuji dan gunakan lebih dari 30 tahun untuk menolong merawati orang-orang hingga pulih dari keadaan trauma, phobia, mengurangkan reaksi emosi yang keterlaluan, dan juga memberikan satu jalan keluar bagi menangani PTSD.
Teknologi corak-susunan ini berfungsi dengan menggerakkan diri kita secara mental dan konseptual ke rangka-pemikiran(rujukan) atau ’frame-of-reference’ yang berbeza. Dengan mengambil ’kedudukan perceptual’ berlainan, kita boleh melihat maklumat itu dari jarak jauh. Jadi dengan jarak psikologikal itu, kita boleh menghindarkan diri kita dari melangkah masuk kedalam ’movie’ minda kita lalu ’bersekutu’ didalam keadaan emosi yang negatif itu. Dengan melangkah kebelakang (atau langkah balik) dari pemikiran kita itu, untuk mendapatkan perspektif yang lebih luas dan membina, kita juga boleh membawa sumber-sumber baru untuk diterapkan diatas keadaan ’pedih’ itu. Itulah mulanya satu ’transformasi’ diri yang kita akan alami.
Dalam ’Movie Rewind Pattern’ ini, kita hentikan dari menguatkan fikiran lama tentang luka atau trauma itu, sambil melangkah ke ’frame-of-reference’ yang lain, dalam pandangan saorang pemerhati dan bukan saorang pelakun utama. Ini membolehkan kita melihat apa yang kita tidak dapat melihat dahulu. Ia membenarkan kita untuk melihat maklumat yang pedih itu sementara dalam keadaan selesa. Ini mengganggukan (dengan sengaja) pemikiran trauma kita yang menghalang kita dengan cara mendorong diri kita pada kehancuran dan memasuki kedalam keadaan emosi negatif.
Pengaruh ’kod’ dalaman neurologi kita
Kesemua ini menunjukkan bahwa dasar pengalaman peribadi kita adalah sesuatu yang berpandukan pada cara kita meng’kod’kan pemikiran kita dan ’movie’ kita kedalam sistem minda-tubuhbadan-emosi kita ini. Sementara kita meng-kod maklumat tersebut, kita juga mengalaminya sekali gus. Apabila kita dapat menukarkan kod yang kita telah terapkan ke neurologi kita ini, kita akan dapat secara langsung menukarkan pengalaman kita itu. Ini disebabkan kita telah dapat menghantarkan mesej yang berbeza kepada sistem nadi kita tentang bagaimana hendak kita merasakan pemikiran-pemikiran tersebut itu.
Kita sekarang dapat memilih samada untuk mengambil pemikiran kita secara experiential (mengalami nya) ataupun analitikal, yakni secara langkah masuk kedalam pengalaman itu sendiri (’bersekutu’) ataupun langkah keluar (’pisah’). Daya memilih ini memberikan kita kesadaran yang lebih flexibel dan berkembang baik. Ini bermakna kita berada di titik pemilihan yang lebih resourceful mengenai yang mana satu hendak kita gunakan dan pada bila masa ianya dipilih untuk digunakan. 
Kita juga diberikan peluang sekarang untuk membuat keputusan cara kita mengkodkan segala pengalaman kita sebagai satu maklumat secara – analitikal, objektif, dan tidak ber-emosi, atau mengalaminya, secara peribadi, dan ber-emosi. Kita boleh mengingatkan peristiwa lama sebagai pemerhati atau penonton sahaja atau sebagai saorang pelakun utama dalam movie itu.
’Movie Rewind Pattern’ ini amat berguna untuk menguruskan secara efektif segala emosi kita agar kita dapat menjadikannya sebagai satu ’iktibar agar kita dapat mempelajari segala peristiwa yang terjadi pada masa yang lampau itu. Ini amat berbeza dari menggunakan peristiwa yang lampau itu untuk merasakan pedihnya lalu merasa ’sakit’ dengan sebabnya. Anda boleh gunakan paten ini untuk ’switch off’ sebarang adegan atau babak-babak yang anda tidak perlu mentayangkan kembali didalam panggung minda anda. Satu peringatan: Kalau anda gunakan corak-susunan ’Movie Rewind’ ini pada pengalaman yang menyeronokkan, anda akan meng-neutralkan nya, dan itu tidak akan menjadi satu yang bersesuaian dengan diri anda. Ianya akan menghapuskan perasaan seronok, selesa, bermotivasi dan lain-lain.
Ada lagi cara yang berguna untuk memproses memori buruk (tidak menyenangkan) agar mereka menjadi resources yang positif, dan ianya ialah dengan memainkannya kebelakang, seperti rewind video. Gunakan latihan seterusnya untuk mengetahui berapa hebat kegunaannya.


Latihan : Memainkan Movie Kebelakang ('Movie Rewind').
  1. Memori yang tidak menyenangkan(buruk/takut). Fikirkan kembali satu memori yang tak senang yang moderate, dan mainkan rakaman movie itu, bagaimana saja anda mengingati nya kembali sekarang. Sementara anda menonton/menggambarkan dan mendengarkan pada movie itu, perhatikan apa saja perasaan yang tak senang yang anda ada. Mainkan ia terus dari mula hingga akhir.
  2. Mainkan movie kebelakang. Sekarang langkah kedalam movie itu diakhirnya, dan mainkan keseluruhan movie itu kebelakang, dalam warna-warni, dan dengan pantas, laju, mengambil hanya satu setengah saat untuk melakukannya. Ianya macam seperti anda berada dalam pengalaman itu dan masa/waktu berjalan kebelakang sungguh laju. Buat ini dua atau tiga kali lagi kalau anda mahu.
  3. Uji nya. Sekarang mainkan movie yang sama yang anda mainkan dalam langkah 1, dan perhatikan lagi perasaan dengan respond pada nya.
Bagi kebanyakan orang, perasaan asal yang tidak menyenangkan itu yang mereka perolehi telah pun di neutralisasikan atau ditawarkan. Menghidupkan pengalaman kebelakang dengan pantas merubahkan susunan pengalaman itu sendiri didalam otak kita dengan cara yang membuat perasaan takut atau gerun itu di musnahkan atau dihapuskan. Anda tidak dapat memperolehi ketakutan itu lagi. Menjalankan proses ini didalam fikiran minda anda adalah seperti menarik keluar ketakutan itu dari keadaan yang dialaminya. Berada dalam keadaan bergerak kebelakang bermakna yang anda sebenarnya telah melompat ke akhirnya dan membayangkan yang anda membuat semua perkara itu kebelakang, jalan kebelakang, percakapan kebelakang/terbalik, bergerak kebelakang, membuat semuanya terbalik/kebelakang – seoalah olah anda menjadi pelakun dalam video di VCR anda yang diprogramkan pada mode ”reverse” atau ”fast-rewind”, dan lakunan anda tamat di permulaan pengalaman/movie itu sebelum perkara itu berlaku.
Sekiranya dan apabila proses ini tidak berhasil, ianya disebabkan yang anda hanya membuat movie diri anda itu berjalan kebelakang, melihat diri anda membuat nya, daripada berada didalam pengalaman itu sendiri, dan mendapat segala sensasi nya dengan bergerak kebelakang. Anda seharusnya perlu menghidupkan pengalaman itu kebelakang. Ada baiknya kadangkala anda boleh menganggap movie kebelakang ini seperti anda di ikat pada satu getah-lastik yang raksasa yang menarik balik anda ke permulaan movie itu dari kedudukan akhirnya mendapat rasa sensasi gerakan kebelakangan nya itu.

Mencantumkan 'pisah' dengan memainkan movie kebelakang memberikan satu cara yang lebih hebat lagi dari kedua-dua cara itu sendiri - satu yang sungguh hebat yang boleh meng-neutralkan atau menawarkan phobia atau memori yang sangat traumatik sekali pun.  Cara ini di cipta oleh Richard Bandler dan John Grinder, pengasas NLP.
Bersambung....... 


TESTIMONY

NS-NLP APPLICATION –  ‘STRESS’ MANAGEMENT

“….I was really surprised that the sad part was getting shorter
as I recall…. …I didn't see the sad part anymore. I was smiling
when I opened my eyes.

My body felt heavy as if just awakened from a deep slumber.
But the smile lasted till the end of the day.....Nowadays when I 
try to recall.. I could hardly see the sad part.....

I can't thank you enough Mr Nasser for giving me the peace
that afternoon.”

Dayangku Sri Joedianna

2005



 
  Today, there have been 5 visitors (24 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.