To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Coaching - Model Paksi Perubahan
 







Bersambung dari Coaching Dan Therapi - Apa Beza nya?

Perbagai Perubahan


Apabila kita fikirkan tentang perubahan, kita selalu teringat pada sesuatu yang kita sampingkan dengan therapi. Memang therapi itu juga adalah salah satu pengendali perubahan, tapi ianya adalah perubahan remedial – memperbaiki sesuatu, sesuatu yang telah terjejas/pecah/remuk/rosak, menolong sesaorang itu melalui pengalaman pahitnya, kelukaan serta traumanya, mengubah distortion dalam personaliti diri sesaorang itu, corak pemikirannya, dan emosi nya yang dalam distress, sebagai contoh. 

Dalam konteks ini, ramai orang mendapati perubahan itu adalah satu pengalaman yang amat mencabar, sungguh payah, dan terlalu susah. Dalam keadaan ini, therapi terpaksa juga mengendali subjek-subjek yang lebih luas yang berhubung dengan jenis perubahan itu sendiri, seperti  tentangan, mekanisma pertahanan diri, melawani perubahan itu sendiri, takut kepada perubahan itu sendiri dan relapse atau kembali-semula kepada masaalah yang asal.

Perubahan Generatif

Sebagai perbandingan pula, coaching adalah satu proses yang menumpukan pada perubahan generative dan bukan remedial. Ianya berkait dengan peningkatan bakat ('talent'), ilmu pengetahuan, dan kemahiran sesaorang itu ke satu tahap cemerlang yang baru. Ianya berfungsi sebagai satu fasilitasi perkembangan yang tinggi yang dialami oleh saorang yang telah berfungsi-baik  dan dengan itu coaching terus membolehkan penerapan transformasi baru pada diri nya sambil memperkasakan diri nya itu untuk mencapai kecemerlangan visi dan impian nya. Ini juga ada kaitan dengan apa yang mungkin dilakukannya dan dicapainya.

Dalam konteks ini orang yang mengikuti coaching itu memang sedia menerima perubahan, menginginkan perubahan itu dan telah siap-sedia untuk berubah. Inilah dinamakan perubahan generative dan bukan remedial.

 

Model AXES of CHANGE (Paksi Perubahan)?

 

Axes of  Change star - Designed by M Nasser



Apa dia model AXES of CHANGE (AOC)?

Model ini dicipta oleh Dr Michael Hall dan Michelle Duval bebeapa tahun yang lalu.  Kedua-duanya bertanggungjawab atas penubuhan Yayasan Meta-Coach atau Meta-Coach Foundation.

Sebagai satu model yang terus bertindak pada proses perubahan ini, model AOC gunakan mekanisma-mekanisma utama yang berkaitan dengan perubahan itu sendiri. Ini termasuk:

  1. Emosi - negatif dan positif. (a) menggerakkan diri kita menjauhi dari sesuatu, manakala (b) menggerakkan kita menuju kesesuatu yang lain. (Warna Biru)
  2. Reflektiviti atau mungkin saya boleh gunakan perkataan muhasabah diri – satu pemahaman reflektif (pencerminan) diri untuk mengetahui apakah yang perlu diubah dan apakah keputusan yang diri sesaorang itu telah mengambil dan apakah komitmennya untuk menjadikan keinginan dirinya untuk berubah itu sebagai satu realiti. (Warna Kelabu)
  3. Perancangan dan pencorakkan yang membina mengenai perkara yang hendak di ubah, bagaimana memulakan pelan tindakan nya serta menguji kesan efektif nya. (Warna Kuning)
  4. Memperteguhkan (‘reinforce’) tindakan-tindakan yang telah berjalan dengan baik dengan memberikan ganjaran keatas nya. Dan meneruskan menguji, meninjau dan mempertanggungjawapkan keatas perubahan itu supaya ianya menjadi pejal dan teguh (‘solidify.’)  (Warna Merah)

Apabila kita membezakan dua polar dalam ‘program-program-meta’ yang terkandung dalam ke-empat-empat proses ini, kita dapati bahwa ada 8 faktor yang 'coachee' (sesaorang yang di coach) itu akan alami;

  1. Hindar atau Penghindaran (Aversion): ketakutan, kemarahan, stress, kekecewaan, distress, sakit, luka, ketidakselesaan, tidak bertoleransi, “dah cukup”, kepinggiran, keperluan, emosi negatif, dan lain lain.
  2. Penarikan (Attractions): harapan, impian, nilai-nilai, visi, jangkaan, keseronokan, inspirasi, kemungkinan, penumbuhan (growth), pembangunan, emosi positif, dan lain lain
  3. Pemahaman Reflektif: ilmu pengetahuan, kesedaran tinggi dan berkemuncak, wawasan, penemuan, mengenali keadaan ‘Ah-Ha, itu dia!”
  4. Membuat Keputusan (Decision): Mengatakan ‘Tidak atau Bukan’ pada kemungkinan yang lama dan yang lapuk, dan mengatakan “Ya” pada kemungkinan yang baru, keberanian untuk membebaskan diri supaya dapat menjanakan perubahan, komitmen, kemahuan, kesukarelaan, dan lain lain.
  5. Corak/Design Kreatif: perancangan bagi perubahan itu, pengetahuan tentang apa yang akan dilakukan sekarang, pelan tindakan perubahan dengan jadual masa dan butir-butirnya, strategi tentang bagaimana hendak dilakukannya.
  6. Tindakan: Kelakonan (Performance), latihan, ujian-ujian (experimentasi), timbal-maju (feed-forward).
  7. Keteguhan (Reinforcement): sokongan, meraihkan, menerajui latihan-latihan baru, ganjaran, rakan (partners), dan lain lain.
  8. Menguji (Testing): tinjauan, timbal-balas, latihan yang telah diperbaharui, akauntabiliti, review kelakonan, mencorak-baru-kan pelan tindakan atau pelan kelakonan, dan lain lain.



M Nasser Ismail, ACMC
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)
Personal & Executive Coach (MCF, ISNS)

mnasserismail@yahoo.com.au
coach.demetaexquisite@yahoo.com.au

2009 




 
  Today, there have been 13 visitors (32 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.