To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  KPI Dan Enam Jurusan Tepat Dalam Meta-Coaching
 





KPI DAN ENAM JURUSAN TEPAT DALAM COACHING

 

Disember 2009

Yang membuat coaching ini unik ialah hakikat bahwa saorang pelanggan (klien) itu lah yang dianggap mahir terhadap apa yang dikehendakinya, bukan coach nya.  Jadi dengan itu kita coach kearah matlamat atau outcome klien itu, dan bukan outcome kita sebagai saorang coach. Bertindak dengan saorang klien berdasarkan dengan outcome diri atau kehendak kita itu adalah kerja saorang perundingcara, ahli therapi, pelatih, guru dan juga saorang hypnotherapis. Sungguhpun sesuatu outcome itu dikerjakan, namun, itu bukan lah kerja saorang coach.  Saorang coach mengumpulkan maklumat daripada pelanggan/klien nya - maklumat-maklumat yang;

1)      bertanyakan, apakah yang si klien itu mahukan, inginkan, perlukan, yang akan membukakan segala kemungkinan-kemungkinan dan potensi baginya,

2)     menyokong si klien itu dengan menggerakkan segala sumber-sumber dalaman dan luaran nya supaya dapat membantu si klien itu mencapai matlamat nya. 

 

Sekiranya peraturan ini di tiadakan, saorang coach sudah pasti akan menyiratkan (atau memuatkan) segala keinginan nya kepada klien nya.  Ini amat bertentangan dengan tugas saorang coach.    

 

Jadi bagi saorang coach, kemahiran anda bukan didalam perkara yang si klien inginkan atau mahukan.  Kemahiran anda adalah mengeluarkan segala outcome atau hasil yang terbaik dan terbesar/tertinggi daripada klien anda secara berkesan.  Kemahiran anda bukan lah didalam ‘isi kandungan’ outcome klien anda, tetapi pada proses membolehkan klien itu menemui hasil/outcome nya sendiri.  Itulah sebab saorang coach seperti ini dinamakan Meta-Coach.   Penekanan di dalam Meta-Coaching pada ‘Well-formed Outcome’ (WFO) proses dari NLP dan mencorakkan satu KPI (Key Performance Indicator) yang jelas adalah satu penekanan yang cukup baik.

 

Dan KPI itu sendiri mendorong corak pertuturan coaching itu sendiri.  KPI ini lah yang menentukan apa yang si klien itu kehendaki dan apakah yang diperlukan untuk merealisasikan kehendak atau outcome nya.  Apabila explisit dan jelas nya KPI si klien itu, maka lebih jelas lah hala tuju klien itu ke arah matlamat/outcome nya.  Enam bahagian dibawah ini menerangkan ruang yang diberi perhatian selepas KPI itu di tentukan;

 

1) Clarity – Penjelasan (Jelas)

            2) Motivation – Motivasi (Dorongan)

            3) Decision – Keputusan (Kata Putus)

            4) Planning – Perancangan (Rancang)

            5) Experience – Pengalaman (Yang dia alami)

            6) Change / Transformation – Perubahan / Transformasi

 

1) Anda coach ke arah yang jelas.  Soalan pertama dalam coach ialah, “Apa yang anda inginkan/mahukan?  Bagaimana boleh saya bantu anda merealisasikan pembangunan diri anda keperingkat seterusnya?” Ini penting sebab banyak orang tidak tahu apa sebenarnya yang dia mahu.  Ya benar.  Kita mungkin cuma fikirkan perkara yang kita agak-agak saja.  Kita rasa kita tahu.  Tetapi dalam proses WFO, kemahuan atau matlamat coaching kita akan menjadi dan bertambah jelas dari sebelumnya.  Jadi sementara anda coach, anda juga bertanyakan, “Dimanakah yang anda perlukan hajat ini?  Bila?  Apakah garisan-masa anda?  Dengan siapa? Siapakah yang akan terbabit?  Apakah dan bagaimanakah pandangan nya (kelihatan nya dan bunyian/suara nya)?

 

2) Anda coach untuk memotivasi.  Selepas saorang itu capai sesuatu tahap jelas nya matlamat/kemahuan coaching nya itu, tidak lah bermakna proses itu telah berakhir.  Belum lagi.  Anda boleh teruskan menanyakan, “Apakah anda betul betul mahu kan nya?  Berapa ‘besar’ kah yang anda mahukan? Adakah ianya menarik, dan kuatnya seperti terasa satu paksaan dalam diri anda untuk mendapatkan nya?  Apakah ini satu passion/keghairahan bagi anda? Dan adakah ianya ekologikal: realistik, sesuai dan secucuk, selari, seimbang dengan nilai-nilai anda, masa anda, usaha anda, tenaga anda, kesihatan anda, perniagaan anda, perhubungan anda, dan lain lain?”  Motivasi atau dorongan ini memang seharusnya ada kaitan terus menerus dengan nilai-nilai dan makna/maksud diri sesiapa saja.  Kalau tidak, motivasi itu tak berkekalan.

 

3) Anda coach kearah satu keputusan.  Apabila segala outcome atau hasil yang kita mahukan sudah dapat diperjelaskan sejelas-jelasnya, serta ia nya cukup sesuai pada diri kita, dan berisi penuh dengan passion yang bermakna (justru itu memberikan kita tenaga yang cukup), kita akan lebih bersedia untuk membuat satu komitmen terhadap hasil yang di inginkan itu. "Bagaimana, anda rasa begitu kah? Apakah anda akan melaksanakan nya? Ok mungkin anda boleh melaksanakan nya, tapi apakah anda akan melakukan nya?  Apa akan anda ‘belanjakan/keluarkan/korbankan’ untuk membuat keputusan itu?  Apakah kebaikan dan kelebihan nya serta nilai yang anda akan terima?" Coaching untuk menghasilkan satu keputusan yang sudah difikirkan sepenuhnya memberikan klien satu daya untuk membuat keputusan yang lebih hebat.  Dan satu-satu keputusan yang dibuat nya tidak akan di kesali di belakang hari.  Dan apakah rangka pemikiran mengenai kepercayaan, kefahaman, identiti dan lain lain yang menyokong atau menghambat diri kita untuk mengkomitkan keputusan kita itu?

 

 

4) Anda coach untuk perancangan.  Jadi anda ada rancangan?  Berapa banyak strategi yang anda telah gariskan selama ini? Apakah blueprint anda untuk mencapai matlamat anda ini? Rancangan apa yang anda ada sekarang?”  Ini adalah bahagian cipta/reka dalam coaching.  Anda akan memudahcarakan perbincangan dan bertujuan membangunkan satu jalan atau lebih untuk bertindak. Perbincangan ini mungkin juga dibuat untuk menghasilkan satu rancangan perniagaan (business plan), satu strategi untuk mempelajari sesuatu yang berkaitan, atau satu matrix rangka-pemikiran baru yang dapat menggerakkan dirinya kepada tujuan atau fokus nya itu.  Di sini anda coach kearah satu ‘permainan dalaman’. 

 

5) Anda coach untuk pengalaman.  Semua coaching berakhir dengan tindakan – tiap satu plan tindakan itu ia seharusnya dapat ‘menterjemahkan’ segala idea-idea hebat ke memori dan gerakan otot-otot (‘muscle memory’) kita. Kita coach untuk menutup jurang ‘tahu-laku’ (‘knowing-doing’) kita. Kita coach pada axis Maksud/Makna dan kemudian pada axis Amal/Kelakonan kita untuk mendapatkan sinergi aktualisasi-diri.  Kita coach agar klien mendapat keputusan atau hasil yang dia kehendaki. 

 

6) Anda coach untuk perubahan transformasi.  Kesemua lima pertuturan coaching yang pertama diatas ini membabitkan “perubahan”.  Anda merubah pemikiran anda dari kekeliruan kepada kejelasan, emosi anda dari tidak-bercenderongan, kekhuatiran atau ketakutan kepada keghairahan, ketidakpastian anda membuat keputusan kepada keputusan yang komited, kekurangan prosedur kepada strategi yang mantap, dan kefahaman anda ke ‘urat-sarap memori otot’ anda.

 

Sebagai saorang coach, anda memanglah coach untuk menghasilkan perubahan – perubahan pada saorang yang sehat dalam segi psikologi nya. Anda mengubahkan kepercayaan diri, keputusan, identiti, arah tujuan, penapis/saringan program-meta, rangka-rangka keadaan-meta, dan lain lain. “Apa yang sepatutnya berubah, apa yang perlu di ubah, apa yang anda merubah agar anda dapat mencapai visi dan nila-nilai tertinggi dan nilai murni anda?”

 

 Selamat maju jaya.

 

 M Nasser Ismail, ACMC
Personal & Executive Coach
Neuro-Semantics & NLP Trainer


   Rujukan: Di petik dari Dr Michael Hall, Post KPI Coaching




 
  Today, there have been 5 visitors (37 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.