To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Membuka Inspirasi Kreatif Minda
 





 


 

MEMBUKA KUNCI SUMBER ILHAM DAYA-CIPTA MINDA ANDA


SATU TEKNIK MINDA YANG MENGGUNAKAN NLP UNTUK MENGHURAIKAN PEMIKIRAN KUSUT
.
 
 




Anda tahu bahawa minda manusia ini, termasuk minda anda dan minda saya, cukup menakjubkan. Semua yang kita lihat di sekeliling termasuk bentuk-bentuk rekaan yang menarik, lukisan-lukisan yang indah, mesin-mesin dan jentera-jentera yang hebat dan juga lagu dan irama-irama musik yang merdu yang kita dengar digubahkan bagi kenikmatan semua peringkat umur …..bermula dari imaginasi dan hayalan sesaorang itu.
 
Kita semua mempunyai peraturan berdaya-cipta ini.
 
Sungguhpun begitu kadangkala kita juga mengalami keadaan yang menjadikan pemikiran kita “tersekat..kusut...terpanggang” atau pun kita bermula “melihat atau merenung kekosongan dengan tidak tentu arah”, ataupun kita seolah-olah “tercegak…menuju satu jalan yang buntu…tidak dapat menembusi…tambahan lagi berdiri satu tembok yang tinggi dihadapan kita – dah terpaku tidak dapat kemana-mana dan tidak dapat memikirkan ke mana lagi selain dari mencium tembok didepan itu saja…tersekat!” Ini adalah sebahagian kata-kata yang digunakan oleh orang-orang yang dalam keadaan fikiran runsing..“tersekat, terbatas, terpanggang, kusut, buntu.” Minda mereka tidak berupaya dan seolah-olah tidak mahu pergi ke tempat lain. Kelihatannya macam terlekat di situ saja..tidak dapat kemana-mana.
 
Apakah sebenarnya keadaan fikiran seperti yang berlaku ini? Ini adalah satu soalan yang wajar. Dan lebih menarik lagi, didalam keadaan seperti ini, bagaimanakah kita dapat temukan diri kita dengan jalan keluar iaitu cara-cara yang baik dan terbukti keberkesanannya supaya ianya dapat menenangkan diri kita sambil dapat menawarkan satu perubahan keadaan diri yang lebih berdaya-cipta dan berinspirasi?
 

Kalau kita berupaya untuk mengintai dalam minda mereka ini, sudah pasti kita akan bertemu dengan “sekatan atau lekatan” yang kelihatan seperti ‘perakaman video’ yang sedang aktif berputar. Ianya berputar seperti bermainkan ‘cebesan tayangan gambar’ yang ditayangkan berulang-ulang kali….[REWIND…PLAY…REWIND….PLAY]. …“Terhentam kepala didinding …. putar sekali lagi dan balik ke permulaannya dan… terhentam kepala didinding sekali lagi….putar lagi….ulang lagi…” (berterusan)

 
Jadi bagaimanakah kita boleh ‘klik’ butang keluar dan terus lompat keluar dari putaran itu?
 
Disini saya ingin syorkan salah satu cara yang dengan sekelip mata boleh merubahkan keadaan anda: ‘Switch’-kan diri anda ke Sistem ‘Representational’ (Sistem Paparan Minda) Anda.
 
Sebenarnya proses ini lebih mudah dari bunyi perkataan itu sendiri!
 
Bermula dengan sikap tenang seberapa yang anda berupaya, sambil mengenangkan kembali peristiwa atau pengalaman yang ingin anda hadapi semula. Terlebih dahulu perhatikan dimana dan bagaimana anda merasa keadaan “tersekat, terlekat, terpanggang” itu. Pada/didalam bahagian badan anda dimanakah yang anda rasakan itu semua? Perhatikan baik-baik.
 
Baik.  Sekarang ‘switch’kan sistem ‘representational’ anda itu dengan memberikan perasaan itu satu warna. Ya, satu warna pilihan anda. Pelik bukan? Tapi tidak mengapa, teruskan dengan proses ini. ‘Sementara anda perhatikan perasaan itu, apakah warna yang paling baik anda timbulkan atau anda lambangkan bersampingan dengan perasaan itu…merah…biru…hitam..?’ Sekira anda masih terpinga-pinga dengan warna apa yang anda harus pilih, ambil saja apa warna yang terlintas difikiran anda pada pertama kali anda terpandang.
 
Dan kalau anda inginkan, anda boleh juga berikan perasaan itu satu bunyian.
‘Bunyian apakah yang melambangkan perasaan yang anda rasa itu?’
 
Sudah anda dapat melakukannya? Bagus, syabash.
 
Anda telah pun tamat melakukan bahagian yang utama. Apa yang anda telah lakukan adalah satu keupayaan untuk mendapatkan (akses / ‘access’) satu bahagian dari minda anda dengan memaparkan/melambangkan/ menyesuaikan perasaan itu dalam sistem sensori yang berbeza (yakni, sistem ‘Visual/Auditory’– Penglihatan/Pendengaran, dalam percubaan kita yang diterangkan diatas ini.)
 
Kalau anda mahukan, untuk berseronok saja, anda boleh juga melambangkan perasaan itu sebagai satu bauan atau rasa (manis, masam, tawah, masin, panas, sejuk dll) ‘Apakah rasa/bau perasaan yang anda dapat memaparkan/mengeluarkan dalam fikiran anda?’
 
Dengan itu anda telah pun secara sepintas lalu mengakses pelbagai ‘resources’ yang berpusat didalam otak anda didalam kedudukan yang berbeza, sambil membenarkan proses pemikiran berdaya-cipta itu timbul dengan mudahnya.
 
Apa yang anda boleh mencuba selepas itu adalah anda boleh menjelajah mencari representasi baru dalam sistem sensori itu sendiri. Bagaimana? Jadi sebagai contoh, cuba kita ambil perasaan yang kita rasakan sekarang… yang telah berubah dengan teknik yang telah anda lakukan tadi, tapi sekarang ianya diubahkan lagi hingga kelihatannya seperti awan kabus hitam yang berbunyikan seperti bunyian suara radio yang kecil dan juga jauh dari anda dan dapat kita rasakan betapa sunyi sepi dan sayu apabila ianya didengari.
 
Langkah seterusnya ialah untuk memainkan [PLAY] semula perasaan (atau pengalaman anda) didalam fikiran anda itu dengan gambaran-gambaran dan bunyi-bunyian ini, satu persatu.
 
Sebagai contoh lagi, apa akan terjadi sekiranya anda warnakan disekelilingi awan berkabus hitam itu dengan garisan putih atau perak?
 
Kalau anda dapat bayangkan diri anda ketika itu sambil membawa sebuah radio dekat kepada telinga anda, bagaimanakah kualiti sistem bunyian itu akan berubah? Putarkan dan tinggikan punat ‘volume’ nya didalam gambaran fikiran anda itu?
 
Jadi, dengan itu saya rasa anda sekarang telah pun dapat mengetahui proses asas ini. Teruskanlah dan berikan peluang untuk mencuba dan cuba dengan cara tambahan yang agak ‘lucu’ sebab kelucuan itu akan membuat kita ketawa dan merasa riang?
 
 
 
Sekarang marilah kita menguji kesan latihan minda ini. Soalan saya pada anda adalah, “Apa yang terjadi sekarang apabila anda fikirkan kembali perkara yang menyebabkan keadaan anda menjadi ‘tersekat’?”
Perasaan anda telah berubah bukan! Saya pasti dengan pemerhatian dan perlaksanaan proses yang telah saya terangkan diatas ini, anda telah dapat melepaskan jeratan fikiran anda sambil dapat mengeluarkan diri anda dari sekatan itu justru terpapar jalan baru yang boleh anda lalui dengan lebih berkesan.
 
Dengan secara langsung, proses ini telah meluaskan fikiran anda dengan lebih banyak pilihan untuk fikiran anda berfungsi.   Daripada membiarkan diri anda ‘terpaku’ pada satu ‘jalan mati’, anda sekarang ada banyak pilihan untuk mengambilnya kearah yang lebih ‘resourceful.’ Dan kelebihan pilihan itu secara ‘ilmu-hisab’ bersamaan (=) dengan menjadikan anda lebih ‘flexible’, yang bersamaan (=) juga dengan menjadikan anda lebih berdaya-cipta.
 
Daya-cipta (kreativiti) adalah hanya satu keadaan fikiran yang boleh dicetuskan dengan strategi mental yang khusus, dan boleh juga membangkitkan perspektif-perspektif fikiran ‘resourceful’ yang lain.   Dan satu perkara yang anda harus ingat adalah, “lebih banyak anda berlatih memikir secara daya-cipta, lebih berdaya-cipta fikiran anda akan berkembang!”
 
Saya harap dengan hanya mempelajari cara mudah seperti ini agar dapat anda gunakan otak anda dengan lebih meluas lagi, anda boleh mendapati kunci-utama untuk menguasai minda imaginasi berdaya-cipta anda ini. Selamat mencuba.
 
Wallaahu’alam dan Selamat Maju Jaya.



M Nasser Ismail, ACMC
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)
Personal & Executive Meta-Coach (MCF)


 
  Today, there have been 50 visitors (84 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free