To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Kehebatan Niat - Sudut Neuro-Semantics NLP
 







إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ 
Innamal a’maalu binniyyaat….” 
– Hadis Rasulullah
sollallaahu ‘alaihi wasallam.

PERHATIAN DAN NIAT 

Pendekatan dari sudut Neuro-Semantics® dan NLP

"Energy flows where attention goes as deltermined and governed by intentions."

- Dr Michael Hall

 

 

·         Kenapakah 'Niat' itu penting dalam amal ibadat kita?

·         Dimanakah letaknya kedua-dua 'Perhatian' dan 'Niat' itu didalam minda kita?

·         Apabila anda memberikan 'Perhatian' pada sesuatu itu, bolehkah anda laksanakan dengan baik dan hebat? 

·         Apakah peranan 'Perhatian' dan 'Niat' didalam diri kita? 

·         Apakah 'Perhatian' anda terhadap sesuatu itu selaras dengan 'Niat' anda? 

·         Bagaimanakah kita dapat menjana satu tenaga yang hebat dalam pekerjaan kita melalui 'Niat'?

 



Al-Hadith

 

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .
[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]

 


Arti Hadith:

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattob radiallahu’anhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah sollaahu ‘alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niat-niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan.

Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .

 

 


 

DASAR-DASAR PERLAKSANAAN “KESANGGUPAN, KEMAHUAN” MELALUI NIAT DAN PERHATIAN.

Dr Michael Hall, saorang pakar psikologi di Colorado Amerika Syarikat, menerangkan bahwa, “Dasar-dasar perlaksanaan yang kita jalankan didalam hidup kita ini berpunca dari sifat diri kita yang dinamakan ‘Kehendak atau Kemahuan atau Kesanggupan’ atau ‘Will’ dalam bahasa Inggerisnya.” Bermakna, dengan adanya sifat ini kita dapat melalui proses memilih, memutuskan, bersedia, bersanggupan, dll dalam menjalani hidup seharian kita.

Rollo May (1968) pula menerangkan bahwa yang mencorakkan “Kehendak/ Kemahuan/ Kesanggupan” atau “will” ini pada diri kita terbahagi pula pada dua komponen; (1) Perhatian (Tumpuan) dan, (2) Niat (Maksud, Hasrat, Tujuan). 

Apakah peranan kedua-dua komponen ini dalam fikiran atau minda kita dan dimanakah ‘letak’nya?

Selain membuka minda kita terhadap peranan kedua-dua komponen “Perhatian” and “Niat” ini, secara lazimnya apabila kita memberikan ‘Perhatian’ pada sesuatu, ianya seperti terletak di ‘hadapan’ fikiran kita. Pernahkah anda mengalami keadaan terlupa? Anda cuba mengingatinya, tetapi ianya seolah-olah melintasi sahaja dihadapan fikiran anda. Anda cuba beberapa kali untuk mengingatkannya. Ia tetap melintasi sehingga keadaan yang diingati itu dapat di-kuasai dan terbuka kembali di ’hadapan’ anda (atau minda/fikiran anda). Pada saat itu, mulalah anda mengingatinya dengan gambaran, pendengaran atau perasaan ingatan itu lalu perhatian anda tertumpu padanya.

Bagi ‘Niat’ pula, kita sering mengatakan bahwa segala perkara yang kita ‘Niat’kan atau ‘Hasrat’kan itu terletak di ‘belakang’ pemikiran kita (dalam bahasa Inggeris nya, ‘at the back of our mind’, dan kadangkala dikatakan ianya terletak di-atas pemikiran kita, atau yang biasa kita lakukan adalah di ‘hati’ kita sambil meletakkan tangan kita di dada). Pernahkah anda mengalami satu keadaan lain, semasa memikirkan sesuatu perkara yang seronok, ataupun sesuatu yang menakutkan. Dalam kata lain, anda sedang memberi ‘Perhatian’ pada perkara, kejadian, fikiran, pengalaman itu, dan mungkin anda berkata, “perkara yang saya buat ini akan memberikan saya satu ganjaran besar dalam pekerjaan saya seperti kenaikan gaji dan pangkat.” Cuba perhatikan sekali lagi. Perkara yang anda lakukan (atau fikirkan) adalah ‘Perhatian’ anda buat ketika itu. Tetapi bukan ‘Perhatian’ anda sahaja yang wujud di ‘hadapan’ anda semasa itu, ‘Niat/Hasrat’ anda juga terserlah dengan nya (dalam contoh ini ‘kenaikan gaji dan pangkat’), tapi dimanakah anda merasa ianya berada? … di ‘belakang’ dan di ‘atas’ pemikiran ‘perhatian’ itu tadi bukan?

Dengan ini timbul lah keadaan ‘meta’ yang berlapisan yang Dr Michael Hall menegaskannya sebagai ‘Meta-States’. Beliau menerangkan lagi bahwa ‘Meta-States’ ini bukan hanya lapisan pemikiran (atau ‘thoughts’) sahaja, malahan mengikut beliau ianya adalah ‘Meta-States’ of ‘Thoughts and Feelings’, yang bermakna lapisan Keadaan-Meta Pemikiran dan Perasaan.

Jadi berbalik pada ‘Perhatian’ dan ‘Niat’ itu tadi, kedua-dua nya ‘terletak’ di peringkat minda yang berasingan, satu di hadapan (atau yang rendah) dan satu lagi di belakang atau di atas (yakni yang lebih tinggi). Di peringkat rendah, kita hanya mengalami ‘Perhatian’ – iaitu, perkara-perkara yang berada di dalam dan di hadapan fikiran kita. Inilah yang memberi fokus pada diri kita apabila melakukan sesuatu itu, yakni fokus pemerhatian (“focus of attention”).

Di atas peringkat ‘Perhatian’ pula, terdapat ‘Niat’ –iaitu segala perkara yang berada ‘di belakang atau di atas fikiran’ kita, perkara-perkara yang kita hasratkan agar ianya tercapai. Perkara-perkara yang kita maksudkan ini termasuk tujuan kita, maksud kita, dorongan kita, agenda kita, sebab-sebab kita, dll.

Dengan ini juga, menurut Dr Michael Hall, kita didedahkan pada dua-lapisan keadaan “will power” (atau “tekad / keazaman”) yang dinamakan “will power” Gestalt.

 

Keunggulan timbul apabila kita selaraskan ‘perhatian’ kita dengan ‘niat’ kita (yang terletak diperingkat lebih tinggi).

 

Apa yang terjadi di skrin mental atau skrin minda kita apabila kita berikan ‘perhatian’ kepada sesuatu itu adalah apa yang di katakan didalam NLP sebagai ‘peta re-presentational’ yang menggambarkan ‘dunia luar’ kita dari ‘dalaman’, dan yang telah secara tak langsung mengalami ‘pemprosesan’, ‘penapisan’, ‘penyesuaian’ oleh/pada minda kita sendiri.

Dan semasa kita memikirkan dan menyiapkan laporan dipejabat untuk ketua pejabat kita, atau sedang kita memikirkan strategi-strategi perniagaan yang boleh meningkatkan penjualan produk-produk syarikat kita, ataupun semasa kita menyiapkan kerja-sekolah dirumah untuk diserahkan kepada guru keesokkan harinya… kita dapat merasakan yang seolah-olah pekerjaan ini telah mengisi dan memenuhi keseluruhan ‘ruang perhatian’ kita. Dalam keadaan ini kita dikatakan sedang memberi ‘Perhatian’ terhadap perkara yang sedang kita lakukan.

Kita merasai seolah-olah ‘Perhatian’ kita lah yang menguasai minda kita. Cuba anda bertanyakan, “Apakah yang sedang anda fikirkan? Apakah yang ada didalam fikiran anda sekarang?”. Jawapan yang biasa diberikan sudah tentunya ada kaitan dengan ‘Perhatian’ kita semasa itu. “Oh, saya sedang fikirkan tentang laporan saya….. Oh, saya sedang memikirkan bagaimana hendak menghuraikan masaalah kewangan syarikat kita…dll” Samada laporan ataupun masaalah kewangan kita, itu adalah ‘Perhatian’ semata-mata.

Didalam peringkat pemikiran seperti ini, kita dapat merasakan bahwa ‘Perhatian’ kita terlalu ‘volatile’, mudah berubah, tidak stabil, tidak tentu, dan sukar untuk berdiam. Pada peringkat ini juga, perubahan atau peredaran minda kita beroperasi seperti kita ini hidup dalam keadaan ‘melayari-saluran’ kesadaran kita (‘channel-surfing’, dalam bahasa internet kini) – berganjak dari satu saluran kesadaran ke saluran kesadaran yang lain. Ini adalah satu keadaan tipikal.

Kalau ‘Perhatian’ terletak di peringkat yang rendah, apa pula yang berada diatasnya, diperingkat yang lebih tinggi?

Di peringkat yang lebih tinggi pula (yang dinamakan disini peringkat-‘meta’), terletak ‘Niat’ (atau maksud, agenda, hasrat dll). Ini bermakna, setiap perkara yang difikirkan dan/atau dilakukan itu ada ‘Niat’ nya yang tersendiri, yang memandu atau mendorong kita untuk memberi ‘Perhatian’ pada kerja itu dan justru melaksanakannya. 

Disinilah terdapatnya perkara-perkara seperti hasrat, maksud, motivasi, sebab-sebab, agenda, gol, matlamat, dll yang kelihatan bermain di-dalam hati kita atau di ‘belakang fikiran’ kita. Di-sini pula terdapat segala ‘Niat’ yang menentukan apakah tujuan kita sebenarnya, motivasi kita, sebab-sebab kita, agenda kita yang kita ingin mencapai. 

Penelitian pada kedua-dua dimensi ini, ‘Perhatian’ dan ‘Niat’, memberi kita satu daya ‘Step-Back’ yang boleh kita gunakan untuk memikirkan atau menyoalkan kembali segala ‘Perhatian’ yang kita berikan pada setiap perkara yang bermain didalam fikiran kita itu. Contohnya, “Ahmad bekerja dengan gigih dalam penjualan komputer syarikatnya itu. ‘Step-Back’ dan fikirkan kembali, apakah yang mendorong Ahmad bertindak sedemikian? ‘Step-Back’ ini membolehkan Ahmad sendiri meneroka, peringkat yang lebih tinggi (peringkat-meta) dengan menjawab bahwa hasratnya atau niatnya adalah agar ditambahkan pendapatan jualan komputer syarikatnya itu. Jadi, itu adalah satu peringkat-‘meta’ yang dikaitkan dengan ‘Perhatian’ kepada penjualannya itu. Sekiranya, ia ‘step-back’ kedua kali untuk menyoalkan, apakah niatnya atau tujuannya atau pentingnya menambahkan pendapatan jualan komputer syarikatnya itu? Mungkin jawapannya adalah agar ia akan dinaikkan pangkat dan gaji oleh majikannya. Itu adalah peringkat-meta yang lebih tinggi dari peringkat-meta yang pertama. Seterusnya, kita boleh mencungkil lebih ‘niat-niat’ atau ‘tujuan-tujuan, hasrat-hasrat’ kita satu demi satu hingga ke penghujung ‘Niat’ yang terletak di bahagian teratas itu. 

Jadi proses ‘step-back’ ini dapat menimbulkan ‘niat-niat’ sesaorang itu hingga tercapai tahap atau peringkat ‘Niat’ yang tertinggi (highest intention).

PENGARUH NIAT DAN ARUS KESADARAN

Dengan itu, kita dapat perhatikan bahwa ‘Niat’ beroperasi di peringkat logikal yang lebih tinggi dari ‘perhatian’ (atau tumpuan) itu. Maka oleh kerana itu, ia beroperasi dalam keadaan yang lebih stabil dan berpanjangan. Sungguhpun begitu, kita jarang sekali mengalami ‘Perhatian’ yang berpandukan ‘Niat’ sebagai sesuatu yang berbeza atau sesuatu yang asing diantaranya. Kita alaminya sebagai satu keadaan ‘Gestalt’, satu keadaan Majmu’ yang akibatnya adalah satu keadaan baru mengandungi efek yang melebehi efek-efek kedua-duanya jika dicampurkan bersama, seperti satu ‘synergy’.


Baik pemikiran yang tersemat ‘dibelakang fikiran’ kita, mahupun pemikiran ‘dihadapan fikiran’ kita, ataupun struktur double-helix “Fikiran-Emosi” kita itu adalah seperti satu yang sama. Inilah yang dinamakan ‘Kesadaran’.



Sebenarnya, kedua-dua tenaga ‘psychic’ ini lah (‘Niat’ dan ‘Perhatian’) yang mempengaruhi arah tujuan pengalaman hidup harian kita dan kualiti pengalaman itu sendiri.

Seperti mana yang terkandung didalam hadis Rasulullaahi sollallaahu ‘alaihi wasallam yang masyhur;

“Innamal-a’maalu binniyyaat…”

yang lebih kurang bermaksud,

“Sesungguhnya, pada tiap-tiap perbuatan (kelakuan, penumpuan, perkara yang dilakukan dll) itu adalah dengan (atau penerapan, penegasan, penubuhan, penguasaan) niat-niat nya…”

Keadaan Gestalt “Kehendak/Kemahuan” ini menjelaskan bahwa kita menpunyai satu arus kesadaran. Tetapi dalam arus ini pula terkandung dua buah dimensi. Pertama, kita mengalami dimensi ‘Perhatian’ sebagai suatu yang ‘zahir/terdedah,’ manakala ‘Niat/Hasrat’ pula adalah dimensi kedua yang lebih tersembunyi (sirr – dalam bahasa Arabnya). Tidak menjadi kehairanan, sekiranya apabila kita melakukan sesuatu itu, kita langsung tidak mengetahui atau sedar akan ‘Niat’ kita atas perkara yang kita buat itu. Mungkin juga kita rasa susah untuk menerangkan apa ‘hasrat’ kita itu. Apakah kita sentiasa hidup dengan keadaan ‘Perhatian’ yang ‘volatile’ itu sahaja, ataupun kita ini hidup dengan penerapan ‘Niat’, yang lebih stabil dan berpanjangan itu? Apakah perbuatan kita yang hanya berdasarkan dengan ‘Perhatian’ itu sahaja teguh dan mencukupi dan yang menjadikan kita hebat, resourceful dan cemerlang? Tentu sekali tidak.

Cuba kita lihat dan meneliti sedikit tentang shalat yang kita tunaikan seharian. Adakah sama kualiti shalat yang berdasarkan dengan ‘Perhatian’ terhadap amalan itu sahaja, tanpa menzahirkan ‘Niat’ kita (ataupun ‘Niat’ tertinggi kita) sebenarnya dalam melaksanakan ibadat shalat itu, dengan kualiti shalat yang penuh pengertian dan penerapan ‘Niat’ itu sendiri? Apabila kita melafazkan niat shalat itu secara lisan, adakah niat shalat itu tersemat masuk benar-benar ke peringkat-‘meta’ kita sebelum kita mengangkat tangan kita sambil ber‘takbirratul-ihram’? Jadi, apabila kita menunaikan shalat, adakah kita didalam keadaan memberi ‘perhatian’ pada ‘amalinya’ dan/atau ‘qaulinya’ sahaja, iaitu menumpukan ‘perhatian’ pada gerak fizikalnya dan/atau bacaannya saja? Kenapakah agama Islam mementingkan ‘Niat’ itu diatas segala amalan ibadat yang kita lakukan? Dan apakah hukumnya sekiranya segala amalan yang kita lakukan itu dilaksanakan tanpa ber-‘Niat’? Sah? 

Menurut kajian bidang Neuro-Semantik, penerapan ‘Niat’ atas ‘Perhatian’ itu menjana kehebatan, kecemerlangan dan resourcefulness pada sesaorang itu dan amalannya. Sebagai saorang Islam, perkara ini bukanlah baru bagi kita. Lihat sahaja cara kita mendirikan shalat atau menunaikan puasa dibulan Ramadhan dan yang lain lain lagi. Tiap satu itu dimulakan dengan ber-‘Niat’. 

Kalau kita memandangkan kefahaman dari Neuro-Semantik tentang ‘Niat’ ini sahaja, memanglah benar ianya akan menjana kehebatan. Tapi sayangnya ramai diantara orang Islam kita mengambilnya sambil lewa sahaja. Akibatnya…kurang penghayatan dan justri itu jauh dari kehebatan.

Allah swt berfirman didalam Al-Qur’an Al-Kareem, dalam Surah Al’Ashr, Ayat 1-2 yang bermaksud, “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada didalam kerugian.” Apakah kita didalam kerugian? Sama-sama lah kita muhasabah diri kita.

Jadi, sebagai penekanan, apabila kita diwajibkan bershalat dengan mengisytihar ‘Niat’ kita sambil menerapkannya, ianya bukanlah hanya mengiktirafkan sebagai sah shalat itu sahaja menurut hukum fiqh, malahan ianya mengakibatkan penjanaan kehebatan pada diri kita sebagai saorang Muslim dengan menga’bdikan diri kita kepada Al-Khaliq. Allaahu Akbar!

MENGALIRNYA TENAGA

Dimanakah datangnya kehebatan itu? Apakah ianya timbul dengan satu arus ‘tenaga’ fizikal dan spiritual? Disini saya ingin memetik kata-kata rujukan dari Neuro-Linguistik (NLP)

“Energy Flows Where Attention Goes.”

Yang saya terjemahkan disini (lebih kurang),

 “Tenaga (atau kuasa) mengalir dimana saja ‘Perhatian’ menuju (ditumpukan).”

Dalam bidang Neuro-Semantics pula, Dr Michael Hall menambah rangkai kata ini berdasarkan kajian dan penemuannya mengenai ‘Meta-States’, saya memetik kata-katanya,

“Energy flows where attention goes as determined and governed by intention.”

Yang saya terjemahkan (lebih kurang),

“Tenaga(atau kuasa) mengalir dimana ‘Perhatian’ menuju(ditumpukan), sebagaimana yang ditentukan dan dikuasai oleh ‘Niat’.”

Dengan itu, ‘energy’ atau tenaga kita akan lebih berfokus-‘laser’ dan menjadi lebih intense apabila sesuatu amalan itu (‘Perhatian’ terhadap sesuatu) dilakukan dengan dorongan ‘Niat’, dengan ‘Hasrat’, dengan ‘Maksud, dengan ‘Agenda’ dan sebagainya. Bermakna ia bukan setakat melakukan sesuatu perbuatan itu saja, malahan diperkasakan dengan ‘Niat’ kita atas amalan itu. Adakah tenaga yang berfokus-‘laser’ ini yang mempunyai magnitude intense ini, mendorong kita menjadi bertambah khusyu’ dan hadhir mengadap Allah swt didalam shalat kita?

Merujuk pada kitab suci Al-Qu’ran Al-Kareem, dalam Surah Al-Mukminun, Ayat 1-2, Allah swt berfirman (yang bermaksud), “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam shalatnya.”

Ini agaknya yang dikatakan dengan kehebatan ‘Niat’!

Jadi, dengan pengertian keadaan-meta atau ‘meta-states’ ini, model ini menjadi satu sumber yang boleh kita gunakan untuk bersifat lebih resourceful, lebih hebat, dan lebih cemerlang untuk menjalani hidup seharian kita.

Dengan pengetahuan ini dan tatacara-tatacara Neuro-Semantik yang tertentu, kita sekarang bolehlah mengubah ‘Perhatian’ atau fokus kita secara spontan apabila ianya tidak memenuhi sasaran dan kepentingan kita….lebih-lebih lagi apabila ia tidak diterapkan dengan ‘Niat’. 

Tahap ‘Niat’ itu bukan hanya pada satu peringkat sahaja, seperti mana yang telah diterangkan diatas tadi. Malahan, kita boleh mengenalpasti ‘Niat-Niat’ yang lebih tinggi dari itu hingga ke ‘Niat’ yang tertinggi sekali. Dan apabila kita dapat menyelaraskan (‘align’) ‘perhatian’ harian kita dengan kesemua niat-niat ini………… apa agaknya akan terjana? Tenaga fokus apakah yang akan timbul? Fokus-‘laser’ bertenaga tinggi? Tentu sekali!

MENGUASAI PERHATIAN BARU

Selain dari mengenalpasti ‘Niat-Niat’ kita dibeberapa peringkat ‘meta’, kita juga berupaya untuk menubuhkan ‘Niat-Niat’ positif yang baru, yang lebih positif dari yang positif, diperingkat lebih tinggi lagi, dan dengannya kita dapat menguasai ‘Perhatian’ baru pula. Dengan cara ini kita dapat menggugurkan atau melemahkan ‘kuasa-tenaga’ ‘Perhatian-Perhatian’ lama yang mungkin tidak terpandu dan tidak pula resourceful pada diri kita, dan terus menciptakan satu fokus kecermelangan hidup yang baru serta hebat.

Keadaan ini menciptakan satu fokus baru mengenai cara untuk mengendalikan sistem neuro-linguistik diri kita. Seandainya kita hanya cuba mengendalikan sistem neuro-linguistik ini dengan hanya menumpukan ‘Perhatian’ kita saja, tanpa menghiraukan ‘Niat’ kita, tentu sekali kita tidak akan dapat satu ‘leverage’ yang membolehkan kita ‘transform’ keseluruhan sistem itu untuk menjadi lebih baik. Dan ianya akan membuat sesuatu perubahan diri itu menjadi rumit.

Saya ingin menerangkan tentang tahap kesadaran dan peranan ‘Perhatian’ dan ‘Niat’ dengan mengambil contoh berikut. Kesadaran diri ini boleh kita istilahkan seperti menonton televisyen dalam ruang tetamu kita. Kita terus menonton rancangan yang terpapar dikaca televisyen itu sambil memahamkan jalan ceritanya. Bayangkan juga pada masa yang sama, ada orang lain didalam bilek yang berasingan pula yang sedang menguasai remote control televisyen yang sedang kita tonton itu. Dengan menguasai remote control itu dia pun melayar saluran-saluran televisyen yang lain dari bilek nya, manakala kita sedang menonton televisyen tersebut. Cuba bayangkan apa yang akan kita tontonkan di televisyen itu sekarang! Bolehkah kita mengawal rancangan yang sedang kita tonton itu? Sebahagian orang memang hidup dalam kesadaran seperti ini…tidak terkawal…menukar pada bila bila masa saja…tidak menentu…berbolak balik.

Sama juga dengan diri kita apabila mengalami satu keadaan samada sedang berfikir atau sedang melakukan sesuatu. Mengapakah sebahagian orang merasa susah untuk mengawal “pengaliran kesadaran” mereka itu? Kenapakah ‘perhatian’ mereka berubah, berputar, berpusing, dan melompat kesana kemari dan bersifat ‘volatile’? Pernahkah anda bertanyakan diri anda, “Mengapakah kacau betul fikiran saya ini? Saya rasa macam ada 1001 perkara didalam fikiran saya ini.” 

Ya, memang benar, kita semua memang berpengalaman dalam mengacau fikiran kita sendiri dengan ‘layaran-saluran’ yang tidak tentu itu, kadang-kadang ianya bertukar secara otomatik. Tidak kah begitu? Lalu kita pun hilang ‘control’.

Baik, sebelum kita lebel-kan nya sebagai sebab “Genetik”, “Biokimia”, dan sebagainya, kita haruslah sekurang-kurangnya merujuk pada ‘Niat’ yang tersemat didalam diri kita itu sendiri, dan persoalkan rangka-fikiran yang terletak ditahap ‘meta’ itu.

Dan, lihat saja seandainya anda mengalami suasana pertengkaran dan pergaduhan diantara ibu dan bapa anda, bertengkar terus …dan boleh jadi, sebab masaalah tidak mempunyai cukup wang untuk menyara hidup sampai hujung bulan ini, atau pada masa yang sama, mungkin juga anda teringatkan pengalaman anda semasa kecil lagi yang mana mereka pernah memanggil anda dengan gelaran-gelaran yang kurang baik ketika anda membuat kesilapan dengan tidak disengajakan,… ketika anda menumpahkan sesuatu makanan atau minuman dibaju atau dimeja atau di set kerusi, ….ketika anda terlupa membuat sesuatu, dan anda dimarahi nya dan diucapkan ‘bodoh, biol, benak!”, dan selepas terjadi nya insiden ini pada diri anda, anda lalu bersiap untuk pergi kesekolah …dan mempelajari sesuatu mata-pelajaran dan cara kebetulan anda pula tidak sangat berminat dengan mata-pelajaran ini dan tidak pula mempedulikan nya sangat. Jadi, didalam keadaan ini, cubalah anda sedaya upaya menumpukan pelajaran anda, dan cuba membuatnya secara efektif. Boleh?

Untuk menumpukan ‘Perhatian’ seperti itu kita perlukan ‘Niat’ yang kental dan kuat agar kita boleh mencapai tahap fokus yang tinggi. Selain dari itu, anda juga perlu berada didalam keadaan berminat, riang, seronok, ingin membangunkan kemahiran, dan lain lain keadaan-meta yang resourceful itu. Kesemua ini akan berubah keadaan diri anda, secara ‘fikiran-tubuhbadan-emosi’ untuk membuat anda merasa lebih baik dan lebih resourceful lagi. 

DISORDER KEKURANGAN PERHATIAN

[Attention Deficit Disorder (ADD)]

Dr Michael Hall, menekankan bahwa mereka yang kelihatan mempunyai deficit atau kekurangan dalam perhatian mereka (atau Attention Deficit), sebenarnya mengalami deficit atau kekurangan ‘Niat’ (atau Intention Deficit) lebih dari Attention Deficit itu sendiri. Atas kekurangan ‘Niat’ ini, dengan kekurangannya penyebab untuk meneruskan mempelajari sesuatu mata-pelajaran dibangku sekolah itu, segala perkara yang hendak dilakukan nya turut menjadi lemah. ‘Perhatian’ sudah tentu akan terjejas. Fokus dan penumpuan pun agak lari dari sasaran dan berganjak dengan tidak tentu haluan. Memang ada besar kemungkinan juga yang mereka ini belum lagi memperkembangkan ‘penyebab’ yang cukup kuat, cukup kental, dan cukup gigih.

Ini berbeza sekali kalau dibandingkan dengan orang yang melakukan sesuatu dengan ‘Niat’ atau penyebab yang jelas, tegas dan teguh. Untuk mendapatkan sesuatu pengetahuan, sebagai misal, mereka lebih jelas menunjukkan yang mereka peka mendapatkan pengetahuan itu….lebih tepat, …tahu apa yang mereka akan lakukan untuk menimba ilmu atau mendapatkan maklumat itu, dan bagaimana ia dapat menggunakan secara maksima yang boleh memperkayakan hidup nya, …..tapi, orang yang kekurangan ‘Niat/Hasrat’ itu tidak ada klu langsung …baik didalam penghayatannya mahupun didalam kegunaannya. Suruh membuatnya, dia buatnya sebagaimana yang disuruh. Tapi apabila ditanyakan kenapa ia membuatnya, ia tidak pula tahu. Sering kali kita mendengar pelajar kita yang bermasaalah dalam penumpuan pada mata-pelajaran yang dipelajarinya. Sekejap mereka berkhayal, sekejap mereka berubah perhatian pada benda yang lain.

Jadi sebagai contoh saorang pelajar, secara langsung, mereka kelihatan tidak mempedulikan…tentang pelajaran Ilmu-Hisab, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, dan lain lain lagi.

NIAT ITU PROAKTIF, PERHATIAN ITU PASSIF

Kita sekarang dapat menyusunkan satu lagi perbezaan utama diantara ‘Niat’ kita dan ‘Perhatian’ kita. ‘Perhatian’ kelihatan beroperasi secara ‘passive’. Ia seolah-olah sedang menunggu sesuatu untuk menarik perhatiannya. ‘Niat/Hasrat’ pula beroperasi dengan cara yang lebih proaktif dan direktif (bertujuan, atau yang disengajakan). Ia beroperasi dari satu tahap minda yang tinggi, yang menggunakan perkataan dan kata-kata hati seperti, “Saya mahu…!”

‘Perhatian’ kita ini mudah memasuki mode ‘layaran-saluran’ (Channel surfing) seperti mana kita terangkan diatas tadi. Apabila didalam ‘channel surfing’ ini ia akan terus berganjak kesana dan kemari, dan berputar kesana kemari, kecuali kita mengambil peranan aktif, dan ‘mengambil kuasa’ (take charge) diri kita keatas ‘Perhatian’ kita itu sendiri. Bagaimana? Dengan memupuk rangka-fikiran (‘frames of mind’) yang lebih tinggi lagi. 

 

Untuk selaraskan ‘Perhatian’ dengan ‘Niat’ pula, kita haruslah meningkatkan peringkat ‘Niat’ itu sendiri ke tahap yang lebih tinggi serta membuatnya explicit, jelas dan tegas.  Apabila peringkat tertinggi itu telah tercapai, bolehlah kita menerapkannya balik kebawah supaya kita dapat menetapkan ‘Perhatian’ yang baru itu agar ia melaksanakan sesuatu perbuatan itu dengan ‘berkhidmat’ kepada ‘Niat’ itu tadi.  Sudah tentu ini akan dapat menjanakan satu perlaksanaan pekerjaan yang lebih berkesan, cemerlang, fokus serta hebat lagi.

Sila rujuk dibawah ini sebagai satu latihan tatacara Neuro-Linguistik dan Neuro-Semantik.

 

Tip Latihan Neuro-Linguistik dan Neuro-Semantik Sebagai Satu Perhatian Pada Niat-Niat Baru.

 

 

 

Langkah 1: Kenalpastikan apa yang anda mahu

 

  1. Berkenaan dengan pekerjaan, persekolahan, perniagaan anda…, tanyakan diri anda, “Apakah yang anda mahu?
  2. Dari sini, pastikan niat (niat-niat) peringkat pertama anda.
  3. “Apakah yang anda sedang mencari supaya anda mengalami, mencapai, merasakan, atau menciptakan didalam hidup anda? (dengan perkara-perkara yang anda fikirkan, rasakan, katakan, dan membuat)”
  4. Terangkan dan tentukan dengan tepat, ‘outcome’ (matlamat) yang anda inginkan (‘desired’).

 

 

 

Langkah 2: Kenalpasti segala kemahuan peringkat tinggi anda seterusnya.

 

  1. Lanjutkan pertanyaan anda dengan bertanyakan, “Apakah yang anda mahukan untuk diri anda daripada kemahuan itu?”
  2. “Apakah yang anda ingin dapatkan dengan tercapainya tujuan anda itu?”
  3. “Kenapakah anda ingin mendapatkan perkara itu?”
  4.  “Dengan tercapai perkara itu, bagaimanakah ia dapat memperkayakan hidup anda?”
  5. “Apa yang perkara ini boleh buat pada diri anda?”
  6. Kenalpastikan dengan sepenuhnya ‘outcome’ dari ‘outcome’ yang anda inginkan
  7.  Teruskan proses soal-meta niat anda hingga anda “sampai ke-puncaknya”.

 

 

 

Langkah 3: Gambarkan struktur niat-niat anda, dan niat atas niat anda, dan bandingkan nya dengan ‘perhatian-perhatian’ anda.

 

 

 

Langkah 4: ‘Design’ dan ‘Re-design’ peringkat eksekutif anda dan segala keadaan-meta anda yang bertujuan (atau yang berniat).

 

 

 

 

 

Langkah 5: Dengan satu penubuhan niat-niat anda dan niat-diatas-niat anda, tubuhkan kedalam diri eksekutif tertinggi anda untuk meng-‘install’ semua bahan ini sebagai pendirian bertujuan/berniat anda.

 

  1. Sedang anda mempertimbangkan niat-niat positif anda ini dan outcome-outcome positif anda yang berperingkat tinggi ini, mahukah anda mengambil kesemuanya untuk diri dan kehidupan anda?  [Ya!]
  2. Sanggupkah anda membenarkan ia menguasai minda-dan-emosi anda? [Ya!]
  3. Sanggupkah anda menerima hakikat rasa ketidak-selesaan apabila melangkah keluar dari zon-selesa lama anda, dan terus membuat pengakuan pada diri anda sambil melatih niat-niat baru ini sehingga ia mengambil dan menjadi keadaan eksekutif anda yang bertujuan? [Ya!]
  4. Jadi, anda betul-betul mahukan nya? [Ya!]
  5. Tidak, saya tidak fikir yang anda mahukannya! [Ya! Memang saya mahukan!]
  6. Jadi, hayatilah dengan ‘menyerapkannya kedalam’ diri anda, lalu tugas kan rangka-rangka ini untuk mengambil alih dan menjadi pendirian bertujuan anda dalam hidup anda.

 

 

 

Langkah 6: Bawa ke-Masa hadapan [Future Pace] anda dan re-frame segala bantahan-bantahan didalam diri anda (sekira ada).

 

 

Rujukan:

L.Michael Hall, Ph.D, (2000) Secrets of Personal Mastery, Crown House Publishing.

L.Michael Hall, Ph.D, Bob G. Bodenhamer, (2003) The User’s Manual For The Brain Volume II, Crown House Publishing.

Selamat maju jaya.

 



M Nasser Ismail, ACMC
Personal & Executive Coach
Neuro-Semantics & NLP Trainer

 



 
  Today, there have been 81 visitors (114 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free