To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Mengeratkan Perhubungan Dengan Pemadanan
 



MengERATkan Perhubungan Dengan Pemadanan

Sistem Pemaparan Dan Kegunaan nya Untuk Mengelakkan Kesalahfahaman dan Kesengketaan

 

M Nasser Ismail

Ogos 2010

 

 

 

 

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik…….”

 

Surah An-Nahl Ayat 125

 

 

·             Apakah tanggapan atau persepsi kita terhadap pengalaman di dunia luar kita itu satu peta realiti yang dapat kita gunakan sepenuhnya?

·             Apabila segala maklumat sensori yang diresap pada diri kita dan dipapar balik menurut sistem pemaparan (representational system) dalaman kita, bolehkah ia digunakan dengan berkesan dalam perhubungan kita dengan orang lain?

·             Bagaimanakah caranya untuk mengenali tanda-tanda yang boleh menjadikan kita peka dengan pemilihan kata-kata yang berdasarkan pada sistem pemaparan kegemaran sesaorang itu agar kita dapat padankan tindak-tanduk kita dalam perhubungan kita itu? 

·             Bagaimanakah salah satu cara yang kita boleh gunakan agar segala perkataan yang kita keluarkan dari mulut kita itu adalah dengan hikmah kebijaksanaan kita hinggakan orang yang mendengarnya dapat menerimanya dengan lapanghati dan dapat juga memahaminya dengan baik?

 

Cik Salbiah ialah saorang ibu yang selalu dikatakan beleteh pada anak-anaknya hinggakan anaknya rasa binget tiap kali ibunya keluarkan kata-kata nya.  Cikgu Hashim pula mengajar anak muridnya beberapa tahun dan didapati sebahagian anak murid nya itu faham pelajaran yang diajarinya dan sebahagian lagi merenung tembus kedinding darjah itu dengan merasa bahwa penerangan Cikgunya itu payah untuk masuk kedalam otak mereka dan lalu tidak memahami pelajaran yang ajarkannya itu.

 

Kedua-dua Cik Salbiah dan Cikgu Hashim menggunakan bahasa sebagai satu perantaraan perhubungan mereka dengan anak dan anak murid mereka.  Tetapi apakah bezanya diantara bahasa yang dapat menutup jurang perbezaan itu dengan satu yang memutuskan perhubungan diantara sesaorang itu?

 

Apabila kita menjalinkan perhubungan kita dengan sesiapa saja dan pada perkara apa saja, apakah sebenarnya berlaku pada diri kita secara zahir dan secara dalaman fikiran kita apabila kita berfikir?

 

Kita sedia maklum bahwa dalam menjalani kehidupan seharian kita, kita memang tidak jauh dari berhubung dengan segala objek-objek yang kita tempuhi dan orang-persaorangan yang kita temui.  Itulah dunia luaran yang kita berinteraksi tiap hari.  Walaubagaimanapun, kita sebenarnya tidak lah beroperasi secara langsung dengan dunia ini.  Apa yang terjadi adalah segala pancaindera yang kita gunakan untuk mengukirkan persepsi dunia luar itu didalam diri kita adalah melalui beberapa unsur ini; pandangan dari mata kita, pendengaran dari telinga kita, hidu bauan dari hidung kita, rasa dari mulut lidah kita, merasa keadaan kesekitaran kita melalui tubuh badan dan kulit kita.  Dengan persepsi itu kita memutuskan dengan bertanyakan, ”Apakah harus aku lakukan dengan tanggapan ku ini?”  Sebahagian dari kita memerhatikan semua pengalaman yang dilalui itu melalui pancaindera dengan cara sedar atau dengan minda sedar kita; sebahagian pula tidak.

 

Apabila kita persepsikan objek-objek dan manusia disekeliling kita dalam pengalaman harian, lalu mengkodkan kedalam otak kita, kod yang berdasarkan pada sistem pemaparan pengalaman kita ini secara tak langsung akan mempengaruhi perilaku diri kita juga.   Sistem pemaparan kita ini berfungsi sebagai jalur pemprosesan segala maklumat yang datang dari dunia luar kita melalui pancaindera kita itu.  Kita juga mempetakan pengalaman kita itu dengan cara tersendiri.  Peta-peta ini dan alat-alat kod nya amat berbeza kalau dibandingkan dengan pengalaman dunia luar itu sendiri.  Seperti apa yang dikatakan dalam salah satu presupposition NLP yang amat popular, ”Peta itu bukanlah wilayah nya.” atau dalam bahasa Inggeris nya, ”The map is not the territory.

 

Pengalaman luaran itu dikodkan dan dipetakan didalam otak kita sebagai sensasi-sensasi penglihatan, pendengaran, perasaan, rasa dan bauan.  Setelah itu kita gunakan kesemua sensasi ini untuk membuat, menimbulkan, menggubah makna dan maksud bagi tiap-tiap pengalaman yang kita tempuhi itu dalam proses yang dinamakan berfikir.  Apakah maksud dan maknanya selalu sama dengan apa yang terdapat diluar fikiran anda itu?

 

Tanggapan atau Persepsi dan Maksud


Diantara hasil dari proses kita berfikir itu, kita mengeluarkan kata-kata dari makna dan maksud yang telah kita gubahkan sendiri dari persepsi pengalaman yang kita tempuhi itu.  Memahami dan mempengaruhi orang lain dalam perhubungan atau berkomunikasi itu menjadi mudah apabila anda mengetahui sistem pemaparan (representational systems) kegemaran sesaorang itu atau sistem yang sedang mereka gunakan itu.  

 

Sebagai contoh, teliti rangkai kata berikut ini;

Saya nampak maksud anda itu!” adalah jelas dan hebat bagi saorang yang berfikir berunsurkan ’Visual’ atau penglihatan.

Manakala contoh seperti, ”Saya dengar apa yang anda katakan itu!” atau ”itu kedengaran seperti logik bagi saya!” akan lebih didengari oleh saorang yang berunsurkan ’Auditori’ atau pendengaran. 

Dan contoh seperti, ”Saya dapat rasakan apa maksud anda sebenarnya!” atau ”Saya rasa senang dengan maksud anda itu!” atau ”Saya dapat tangkap apa yang anda maksudkan itu!” akan menyampaikan maklumat dengan selesa pada saorang ’Kinesthetik’.  Bila didengari, ianya seolah-olah mengisyaratkan kepada orang itu bahwa anda memang memahami keadaan nya.

 

Lihat tu!  Komunikasi anda menjadi mudah bila anda dapat menterjemahkan kata-kata anda itu kepada sistem pemaparan kegemaran orang yang anda sedang berkomunikasi.  Maklumat yang anda terjemahkan yang mengikuti sistem pemaparan kegemaran nya, akan masuk kedalam otaknya dengan mudah, senang, selesa dan serasi bagi dirinya. Dan mudah juga untuk diproseskan didalam otaknya.  Ini jauh beza berbandingkan dengan penerimaan maklumat dimana si penerima itu terpaksa menukar dan menterjemahkan maklumat yang diterimanya itu (oleh kerana terdapat penyanggahan diantara sistem pemaparan kegemaran yang digunakan dan maklumat yang diterima dari sistem yang berbeza) didalam otaknya agar dirinya dapat memahami.  Proses penterjemahan didalam otak kita ini menggunakan tenaga dan memakan masa.  Kadangkala, hasilnya tidak ketepatan.  Orang menjadi bingung, kekeliruan atau ’confused’.  Akhir sekali maksud sebenarnya tidak dapat disampaikan dengan baik dan jelas.  Salahfaham dan kesengketaan pun boleh berlaku.

 


Andaian cara kita berfikir melalui sistem pemaparan sensori NLP.

 

Cuba anda perhatikan apabila anda berhubung dengan saorang yang gerak-geri dan tutur-bahasa nya dapat jadikan diri anda rasa cukup selesa dengan nya.  Kenapa begitu?  Apakah yang digunakan dalam tutur-kata nya? Diantara sebab diri anda merasa tergabung, secucuk, serasi dan lalu selesa dengan perbualan dengan orang itu adalah kerana dia menggunakan kata-kata dari sistem pemaparan yang mudah anda terima dan proses; iaitu sistem pemaparan kegemaran anda sendiri.  Semuanya rasa munasabah dan mudah bagi diri anda untuk memahaminya.  Sebaliknya, mereka yang sering berkonflik dengan diri anda biasanya adalah dari kalangan orang-orang yang selalu menggunakan sistem pemaparan yang lain dari sistem kegemaran anda. Sungguhpun anda membincangkan soalan yang sama dan dalam keadaan yang sama, anda tetap bercanggah. Pernah anda perhatikan?

 

Ada saorang pelajar kursus ini rasa tidak yakin dengan apa yang telah ia pelajari dalam kegunaan bahasa atau kata-kata yang berdasarkan sistem pemaparan ini.  Pada malam yang sama, dia menerima satu panggilan dari rakan sekolah lamanya yang memang dahulu lagi mempunyai sejarah konflik diantara mereka berdua.  Dalam kebanyakan isu yang mereka biasa bincangkan, mereka terpaksa ambil jalan sengit– bersetuju untuk tidak-bersetuju.  Biasanya perhubungan melalui talipon mereka berakhir dengan menghempaskan talipon itu.  Rasa kecewa dan marah.  Pada malam ini satu perkara berbeza tercetus pada dirinya.   Selama perbincangan nya ini, rakan wanitanya mengeluarkan kata-kata ”Saya tak dapat bayangkan dan gambarkan perkara yang kita bincang ini!  Apabila mendengar kata-kata itu dia lalu teringatkan frasa yang dipelajarinya yang bersandarkan dengan frasa atau kata-kata ’Visual’ yang digunakan oleh rakan wanitanya itu.  Tiba-tiba dia sedar bahwa dirinya itu lebih cenderong pada cara ’Kinesthetik’ berbandingkan rakan wanitanya yang lebih cenderong menggunakan cara pemikiran ’Visual’.  Dia lalu menjawab rakannya yang sedang bercakap dalam talipon itu, ”Tunggu sekejap!” (Hold on a minute).  Dia mencari dan capai senarai kata-kata Visual yang telah dipelajarinya.  Dia mula menggunakan seberapa rapat yang dia boleh segala kata-kata ’Visual’ dalam senarainya itu.  Ternyata perhubungan nya berhasil; perhubungan yang menggunakan dan menterjemahkan kata-kata yang biasa dikeluarkannya itu kepada kata-kata berunsurkan ’Visual’.  Inilah kali pertama dirinya mengaku dapat mencapai satu jalinan perhubungan (rapport) yang baik, dapat membuat keputusan bersama dan dapat juga menghasilkan satu perilaku yang baik, yakni meletakkan talipon itu dengan cara lembut.

 

Apa yang telah dia lakukan adalah memadankan kata-katanya itu mengikut sistem pemaparan rakannya.  Penerimaan kata-kata itu menjadi mudah, seperti satu hikmah pada diri nya dengan cara bijaksana.  Perhubungan menjadi lebih baik dan selesa.

 

Apakah contoh kata-kata yang boleh digunakan secara berhikmah ini melalui pengetahuan NLP?

Tip 

 

Sebagai satu tip, anda boleh melaksanakan tiga cara ini;

(1) Bila anda berhubung, berkata-kata, dan berbincang dengan orang lain perhatikanlah pula gerakan matanya.  Gerakan matanya memberi isyarat yang baik bagi diri kita. Kearah manakah matanya tuju?  Kiri, kanan, atas, bawah? Kalau keatas dan memandang hadapan dengan biji matanya yang kelihatan tidak berfokus (seperti mengelamun) menandakan orang itu lebih membuat gambaran dan imej didalam pemikirannya (secara ’visual’).  Kalau matanya kebawah-kanan, ianya menandakan pengaitan kepada perasaan (kinesthetik), dan yang lain adalah bagi bunyi-bunyian dan suara yang didengari.  (Ini mungkin berbeza pada orang yang kidal, atau yang menggunakan tangan kiri lebih dari tangan kanan). (Lihat gambar rajah dibawah)





(2) Kemudian dengarkan kata-kata yang digunakan, pastikan sistem pemaparan kegemaran nya dan terjemahkan cara anda mempersepsikan dunia anda kepada cara mereka (sistem pemaparan mereka).  Inilah cara yang halus untuk memahami dan juga mempengaruhi orang lain. 

(3) Ingat juga pada hasil atau outcome mereka semasa anda berkomunikasi dengan mereka agar kedua-dua akan dapat meraihkan hasil yang diinginkan.

 

Contoh Kata-kata Dari Sistem Pemaparan Diri

Contoh kata-kata berdasarkan dengan sistem pemaparan (Visual, Auditori dan Kinesthetik) ini adalah;

 

Visual (Pandangan)

Auditori (Pendengaran)

Kinesthetik (Perasaan)

Gambar

Tune

Sentuh

Jelas

Irama

Tangani

Terang

Lughat

Buang

Fokus

Teloh

Campak

Perspektif

Berdering

Jari-jari

Pandangan

Tengking

Kejut (fizikal/perasaan)

Lihat

Menjerit

Kacau

Nampak

Nada

Hempas

Cahaya

Nyanyi

Kait

Pandangan masa depan

Bunyi

Terkam

Kaca-mata

Dengar

Tinggalkan kesan

Kerlingan

Terang kedengaran

Teruja

Preview

Kata-kata

Gerak

Pandangan pendek

Cakap

Pukul

Membezakan

Ungkap

Langgar

Illustrasi

Pekek

Meraba-raba

Melukis

Klik

Impak

Awan

Runcing

Mengurut

Menerangkan

Tanya

Ketuk

Grafik

Kuatkan/Besar (amplify)

Usap

Tunjuk

Harmoni

Tajam

Menonjolkan

Kunci

Merangkak

Menjelma

Senyapkan

Ganggu

Dedah

Suara

Gelitik

Skrin

Gubah (lagu)

Luka

Kabus

Gesekan

Ambil

Kabur

Kejutan (alarm)

Ragut

 

 

Angkat

 

 

Mendatar

 

Latihan dan Contoh Memadankan Kata-kata dan Terjemahan

 

Contoh 1:

Masa depan saya kabur.

 

Memadankan:

Visual:  Bila saya lihat masa depan saya, ianya tidak seterang yang saya anggap.

 

 

Terjemahkan:

Auditori:  Saya tak dapat tune kan diri saya pada masa depan saya.

Kinesthetik:  Saya tak dapat rasakan apa yang akan terjadi dimasa depan saya.

 

Contoh 2:

Salbiah tak dengarkan kata-kata saya.

 

Memadankan:

Auditori:  Salbiah pekakkan dirinya apabila saya bercakap.

 

Terjemahkan:

Visual:  Salbiah tak nampak saya, sungguhpun saya didepannya.

Kinesthetik:  Saya dapat rasa yang Salbiah itu tak tahu yang saya ni hidup bukan tunggul.

 

Contoh 3:

Boss saya jalan terus saja macam saya ni tikar alas depan pintu tu.

 

Memadankan:

Kinesthetik:  Boss saya jejak saya seperti barang pijakan.

 

Terjemahkan:

Visual:  Boss tak pandang langsung pada saya apabila dia menjelma depan saya.

Auditori:  Boss saya membisu pada saya - tak cakap langsung pada saya.

 

 

Ringkasan



Tanggapan atau persepsi kita atas segala yang dialami didunia luaran kita dikodkan didalam otak kita.  Pemikiran menggunakan gambar-gambar (imej), bunyi-bunyian dan perasaan kita memastikan proses komunikasi kita.  Gerakan mata yang mengikuti sesuatu corak (
pattern) yang dapat kita perhatikan adalah berdasarkan dengan samada kita guna gambar, bunyi atau perasaan dalam kita berfikir.  Kata-kata yang kita pilih mencerminkan sistem sensori kegemaran kita – ’Visual, Auditori ataupun Kinesthetik’.  Dengan menterjemahkan peta pemikiran kita kepada sistem pemaparan kegemaran orang itu ianya boleh menghasilkan penambahan rapport dan persefahaman diantara anda dan orang yang anda sedang berkomunikasi itu.

 

 

Selamat Mencuba dan Selamat Maju Jaya. Bagi ibubapa, ikutilah program FDP (Family Development Program).

 


 

M Nasser Ismail, ACMC

Personal & Executive Coach

Neuro-Semantics & NLP Trainer

Rujukan: Influencing with Integrity - Laborde


 



 
  Today, there have been 40 visitors (84 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.