To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Daya Tahan (Resilience)
 



DAYA-TAHAN (RESILIENCE (THE META-STATE OF))

Mengorak-langkah Daya Ketahanan Diri

 

Untuk berdaya-tahan, anda mestilah mempunyai sesuatu yang anda harus berdayatahankan.  Ini adalah atas sebab daya-ketahanan ini memerlukan sumber-sumber yang memberikan anda satu lantunan untuk menjanakan satu keadaan (keadaan meta) daya-tahan itu sendiri.  Dengan ini, soalannya adalah: Bagaimanakah caranya untuk membolehkan anda bina keadaan seperti ini bagi diri anda mahupun bagi orang lain?

Semua ini bermula dengan menjauhkan diri anda dari dicemari oleh semangat dan perasaan “tidak terdaya” atau “tidak berdaya” yang mana, sesuatu yang buruk yang berlaku itu, yang pada hakikatnya berlaku dan berada diluar diri anda, telah anda terapkan kedalam diri anda itu sendiri (lalu melemahkan segala ‘jentera tahanan’ diri anda itu sendiri).  Dan dengan keupayaan menjauhkan diri anda dari dicemari, itu bermakna yang anda telah pun berhasil membina benteng disekeliling diri anda agar segala halangan yang menimpa diri anda itu akan ditafsirkan sebagai;

  1. Luaran (sesuatu yang berlaku di luaran) dan bukan mengenai diri anda,
  2. Di sini sahaja (sesuatu yang berlaku di sini) dan bukan melimpah-ruah kemana-mana sahaja dalam hidup anda,
  3. Sekarang (sesuatu yang berlaku hanya pada masa atau saat ini) dan bukanlah bila-bila masa dan senantiasa berlaku.   

Itu adalah langkah pertama. Apabila anda dapat melakukannya seperti ini, anda telah menciptakan satu teras proaktif dalam diri anda yang membolehkan anda menzahirkan diri anda bukan berperanan seperti seorang mangsa keadaan, malahan menjadikan diri anda sebagai seorang yang berfokuskan penyelesaian yang senantiasa menoleh mencari segala sumber-sumber baik-pulih yang diperlukan.

Langkah kedua timbul apabila anda mengenali bahawa sesuatu halangan itu bukan berlaku selama-lamanya.  Hanya beberapa masa sahaja dan “Ini pun akan berlalu.”  Dengan pemerhatian seperti ini, anda sebenarnya telah dapat menetapkan satu rangka pemikiran yang lebih tinggi dari biasa dan mengenalinya pada tahap yang lebih mendalam juga bahawa, “Saya akan dapat mengatasinya.”  Ini cuma satu-satu perkara yang saya harus uruskan.  Apabila anda berfikir dan melakukan sedemikian, anda telah membuka ruang dan memberikan kebebasan dalam diri anda untuk mengakses segala sumber-sumber yang diperlukan untuk membangkitkan diri anda semula.  Kemudian, anda hanya perlu memikirkan bagaimana untuk melalui keadaan ini, bagaimana untuk mengatasinya dengan kerugian-kerugian yang berlaku, dan bagaimana untuk menggantikannya dengan sebaiknya.  Kesemua ini mendorong untuk menerapkan diri anda (meta-stating) dengan sifat-sifat redha dan menerima-bulat segala keadaan dan hakikat kehidupan seperti apa yang berlaku, dan mengasahnya dengan satu mentality ‘penghuraian-masalah’ (problem-solving) yang diperlukan untuk menangani segala yang telah terhalang atau hilang dalam pengalaman itu.

Kemudian, berikan diri anda beberapa soalan “lantunan” diri:  Apakah sumber atau penyebab yang boleh melantunkan kembali semangat anda? Apakah yang membolehkan diri anda bangkit dengan penuh tenaga, semangat, keriangan dan komitmen?  Sementara anda gubahkan senarai sumber-sumber yang menjana keadaan-keadaan ini, anda akan juga menjana strategi-strategi diri anda untuk mengatasi  dan menguasai segala cabaran-cabaran kehidupan anda ini.  Sebagai contoh, di sini terdapat satu senarai yang boleh digunakan untuk mengenalpasti sumber-sumber ‘energizers’ sebagai pemangkin pembangkitan daya-tahan diri anda:

Keperkasaan-Berkuasa (Empowerment)

Bertanggungjawab

Pemilikan

Proaktif

Penerimaan (Redha)

Mengambil Initiatif

Penghargaan

Mengalu-alukan/Harga-diri

Mengira (sesuatu yang baik)/tidak merendah-rendahkan diri sendiri

Tegas

Kawalan / Pilihan

Berinspirasi

Berniat Penuh (Intentionality)

Keghairahan

Bertujuan

Penuh Bermakna

Optimis

Fokus Penyelesaian

Keseronokan/ Kegembiraan

Kreativiti

Cinta, Sayang

Kepercayaan

Pengampun

Melepaskan

Menghargai

Persahabatan

 

 

 

Dengan itu juga soalannya, apakah yang terdapat dalam senarai sumber-sumber yang terbaik anda yang akan menyalurkan tenaga yang tertinggi yang akan menghasilkan lantunan yang hebat bagi semangat diri anda? Kenalpastikannya dan kemudian ambillah masa yang sesuai bagi diri anda untuk mengakses tiap satu daripadanya, membesar atau memperkasakannya ke tahap yang paling optimal bagi diri anda, kemudian tetapkan satu cetusan atau trigger (sebagai satu sauh diri atau ‘anchor’) supaya anda dapat mengakses kembali keadaan bersumber itu dengan sepenuhnya (yakni dari dalam pemikiran anda, emosi anda, atau tubuh anda) bila masa sahaja yang anda inginkan.

 Di tengah-tengah satu keadaan diri yang berdaya-tahan ini terdapat satu perhatian yang penting. Anda seharusnya berada didalam satu keadaan ‘real-time’, yakni berada dalam detik-detik masa ini-dan-sekarang, dan alami kehidupan diri anda disini-dan-sekarang.  Jadi, yang menjadi satu kunci kehebatan berdaya tahan ini adalah ‘berada atau hadir pada detik masa ini(sekarang).’  Namun begitu, anda boleh juga mengganggu sifat dan keadaan ‘hadir’ anda itu.  Anda juga boleh mengsabotajnya melalui sifat kemarahan-kebencian anda (merasakan sentiment-sentimen lama anda berulang-ulang kali), memahut sesuatu sifat atau sikap lampau yang buruk, dan/atau menjalani hidup anda dengan penuh kepahitan dan penuh dengan perasaan marah, benci dan tidak puas hati.  Buatlah kesemua ini dan tentu sekali anda akan mempunyai jalan yang pasti akan menghindari diri anda dari memiliki kecergasan daya-tahan diri.  Jelas, ini tidak disyorkan!

Dalam bidang NLP, kami menpunyai pepatah yang mengatakan tentang masa lampau (masa lalu) yang berbunyi seperti ini: “Anda tidak akan pernah terlambat untuk memiliki zaman kanak-kanak anda.”  Ini disebabkan bahawa, apa sahaja kenangan daripada zaman lampau anda itu yang anda bawa kemana-mana anda pergi, dan menggunakannya sebagai satu sistem rujukan diri anda untuk menjalani hidup hari ini adalah tepat dengan apa yang diperkatakan itu – iaitu sesuatu yang anda lakukan pada hari/saat ini, dan pada masa yang sama anda sebenarnya telah menghidupkan kembali segala representasi lampau anda dalam diri anda sendiri.  Bermanfaatkah?  Sekarang anda telah mengetahuinya, hentikan!  Ubah representasi itu.  Gunakanlah paten NLP, “Change Personal History” (Ubah Sejarah Peribadi) dan ciptakan satu pengalaman lampau yang baru dan yang lebih bermanfaat, di dalam diri anda, lalu gunakannya sebagai satu rujukan atau kompas yang baru bagi diri anda. Pasti gerakan anda untuk memacu diri anda kehadapan sekarang dan buat masa-masa hadapan akan menjadi lebih tajam, teguh dan berdaya-tahan.

Apakah anda telah bersiap sedia untuk berdaya-tahan? Apakah anda sudah bersedia untuk mengambil kuasa pemikiran dan hati-sanubari anda dan tidak membenarkan sebarang halangan berkuasa untuk menetapkan rangka pemikiran anda bagi penghidupan anda di masa hadapan anda?  Berdaya-tahan atau ‘resilience’ ini bukanlah satu keadaan asas yang mudah seperti suka atau benci, tertekan atau santai, marah atau takut, dll.  Ia adalah satu keadaan-meta dan dilapisi dengan pelbagai rangka pemikiran mengenai kepercayaan dan segala macam keadaan yang bersumber baik.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, anda bolehlah rujuk sebuah buku asas mengenai Neuro-semantics yang berjudul, Meta-States: Mastering the Higher Levels of the Mind (2008) atau Manual Latihan, Resilience.  Atau berhubung dan berkontraklah dengan seorang Meta-Coach!

 

Dr Michael Hall

 

(Dialihbahasa dan disesuaikan oleh M Nasser ismail, Pelatih Bertauliah Neuro-Semantic NLP dan Meta-Coach)
Sept 2011





 
  Today, there have been 5 visitors (31 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.