To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Harga-Diri Dan Bentuk Nya
 







MENJANA KEKUATAN MENTAL – MENJANA HARGA-DIRI YANG HEBAT

(KEKUATAN HATI (DAYAKARSA) DAN HARGA-DIRI/SEMANGAT)

 

Dayakarsa atau kekuatan hati atau kekuatan jiwa berbeza dengan sifat harga-diri. Apabila kita menggunakan dayakarsa untuk membentuk sifat harga-diri kita ianya mungkin menggunakan banyak masa dan tenaga untuk melakukannya dan mungkin juga ianya tidak akan berhasil. 

Didalam pandangan NLP pula, kedudukan harga-diri sesaorang itu yang dirasakan tinggi atau rendah, terpulang pada representasi (gambaran, pendengaran, perasaan) dalaman minda diri kita sendiri. Sifat harga-diri ini bukan lah disebabkan oleh sesuatu realiti diri anda sendiri tetapi ianya adalah ‘tayangan’ atau representasi dalaman anda dan cara anda berfikir tentang diri anda sendiri.


Sekiranya kita ubah representasi dalaman kita, kita akan merubah sifat harga-diri kita.   Mudah sekali. Tidak perlu berikan tekanan pada diri kita sendiri.

 
BENTUK DAN KANDUNGAN
 

Menurut teknologi NLP, apabila kita membayangkan sesuatu mengenai diri kita, yakni berfikir dengan cara visual mengenai diri kita, kita akan terus merasakannya didalam tubuh badan kita perasaan yang berkaitan dengan gambaran yang kita tayangkan didalam minda kita. 

Bayangan atau gambar dalaman minda kita mencorakkan bentuk (form) dan kandungan (content) dayacara kita berfikir. Ianya menjadi satu tunggak daya visual kita untuk kita merasakan samada kita memperolehi Harga-Diri yang tinggi atau rendah. 

Intensiti imej-diri yang ditentukan oleh kualiti (submodaliti) visual kita adalah elemen struktur imej atau gambar dalaman yang kita menayangkan dalam minda kita ini. 

Bermakna, apabila imej-diri kita ini kecil, gelap, jauh… imej ini secara langsung dirasai sebagai kurang intensiti nya, kurang ummmph nya dan justru itu kurang kenyataan nya…tak real.


Imej-diri yang besar, terang, jelas, dan hampir... dirasai lebih intense/kuat.


Kandungan imej-diri pula ditentukan oleh samada intensiti itu positif atau negatif. Sekiranya imej itu cacat rupa bentuknya, m
aka perasaan yang berkaitan dengannya pun berubah menjadi kurang resourceful, kurang bermaya dan tentu sekali tidak hebat. Ini sudah tentu berlainan dari imej yang positif, penuh dan sempurna....lalu menjanakan perasaan mantap dan hebat.

 


KANDUNGAN MINDA SAORANG YANG BERHARGA DIRI RENDAH
 

Biasanya orang yang merasa rendah harga-dirinya bermainkan imej dalaman visualnya berbentuk (form) dengan intensiti yang tinggi, manakala kandungannya (content) pula amatlah negatif.  Sebagai contoh, saorang wanita X yang mempunyai rendah harga-diri, melihat dirinya (kandungan) comot, buruk dan kosong, dan bentuk (form) gambaran didalam mindanya pula amatlah besar, terang, dan rapat pada pandangan mata-mindanya. Walau bagaimana hebat dan baik pun orang lain mengatakan tentang dirinya itu, ia tetap percaya pada apa yang dilihatnya dalam bayangan dirinya didalam otaknya, iaitu bayangan dari representasi dalaman nya sendiri. Inilah yang menjadi pengaruh besar bagi perasaan dirinya dan dengan itu harga-diri nya juga turut terjejas. 

Manakala orang yang merasa tinggi harga-dirinya biasanya bermainkan imej dalaman visualnya berbentuk (form) dengan intensiti yang tinggi, diselubungi dengan kandungan (content) yang amat positif.

 
STRUKTUR HARGA-DIRI
 Di bawah ini terdapat 4 bahagian asas dimana terletaknya Harga-Diri sesaorang itu berdasarkan dengan Kandungan dan Bentuk tayangan dalaman minda kita;
 
  1. Harga-Diri yang Amat Tinggi
    1. Bentuk (Form) - Tinggi intensiti nya / Kandungan (Content) – Positif.
  2. Harga-Diri yang Terlalu Rendah
    1. Bentuk (Form) - Tinggi intensiti nya / Kandungan (Content) – Negatif.
  3. Harga-Diri yang sederhana tingginya
    1. Bentuk (Form) – Sederhana / Kandungan (Content) – Positif.
    2. Ubahkan bentuknya – tinggikan intensiti kualiti gambarnya menjadikan imej diri positif, berwarna, besar, lebih terang, dan bergerak.  Kandungannya (Content) tetap positif.
  4. Harga-Diri yang sederhana rendahnya
    1. Bentuk (Form) - Sederhana / Kandungan (Content) – Negatif.
    2. Kedua-dua bentuk dan kandungan boleh digubahkan dengan baru.
 







Bayangan dan gambaran dalaman kita yang dilihat oleh mata minda kita (atau mata hati) kita boleh berbentuk positif atau negatif...tinggi intensitinya atau rendah atau sederhana/pertengahan. 
Dengan pengetahuan NLP, kita boleh membuat pilihan diri kita sendiri sebab dengan merubah apa yang terkandung didalam minda kita, emosi kita turut akan berubah dan justru itu diri kita akan berubah juga, insya-Allah.  

Jadi, tinggikan lah harga-diri kita agar kita dapat menghargai kejadian yang Allah telah jadikan bagi kita sebagai sebaik-baik kejadian...'ahsanu taqwim',  Dan tinggikan lah harga-diri kita agar diri kita tidak dibuat sebagai barangan jual-beli oleh sesiapa pun.  Dan tinggikan lah harga-diri kita agar kita dapat meninggikan maruah diri kita.  Dan akhir sekali, tinggikan lah harga-diri kita agar kita menjadi saorang yang hebat.
 

Sambungan dari artikel ini, anda boleh terus mencuba pattern NLP – ”Menjana Harga-Diri Anda” dan ”Swish” yang terdapat dalam ruang Pattern NS-NLP.

Wallaahu'alam. Selamat Maju Jaya.








M Nasser Ismail, ACMC
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)
Personal & Executive Coach (MCF, ISNS)

mnasserismail@yahoo.com.au
coach.demetaexquisite@yahoo.com.au
 

 TESTIMONY

NS-NLP THERAPEUTIC INTERVENTION- HANDLING GRIEF.

“…. took me back and through a very sad personal experience and
helped me mentally push it to a safe distance without erasing it
from my mind. This is important because one’s past experiences
make one a better individual but often the grief tends to bring us
down.

The technique used was relaxed, non-intrusive yet very effective.

Alhamdulillah, I was better able to handle my grief after that one
session.”

-Mrs Hidaya, Teacher

-2007


 
  Today, there have been 28 visitors (37 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.