To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Perceptual Positions - Menghayati Kedudukan-Perasaan Orang Lain
 




 

KONSEP ’KEDUDUKAN PERSEPSI’ DAN MENGGUNAKAN NYA DENGAN BERKESAN

Menghayati Kedudukan-Perasaan Orang Lain

 

M Nasser Ismail

 

Disember 2009

 

 

·             Pernahkan anda berada dalam satu keadaan di mana saorang yang sedang anda berkomunikasi itu tidak dapat menerima pandangan orang lain?

·             Apakah konsep perhubungan yang digunakan dalam NLP yang dapat menutup jurang perbezaan dengan berkesan diantara pihak berkenaan ?

·             Apakah tanggapan orang apabila sesaorang itu di lihat tersekat di dalam salah satu kedudukan persepsi ini ?

·             Apakah kelebihan nya apabila sesaorang itu berupaya untuk merubah kedudukan persepsi nya didalam sesuatu keadaan yang mencabar?

 

 

 

 

Kedudukan

Tanggapan

Pertama (1)

Diri sendiri.  Dari pandangan anda sendiri.  Merujuk pada diri anda pada keseluruhannya.

Kedua (2)

Dari pihak orang kedua (Mukhaatab).  Dari pandangan orang selain dari diri anda.  Merujuk keseluruhan nya pada orang yang anda berhadapan dengan nya.

Ketiga (3)

Dari pihak ketiga. Dari perspektif pemerhati, luar dari diri anda dan diri orang kedua.  Biasanya orang ini berada di dalam keadaan ’dissociated’ atau ’terpisah’ dan terkecuali.

Keempat (4)

Dari perspektif sistem berkenaan.  Biasanya orang ini berada didalam keadaan ’associated’, satu keadaan yang mana saorang itu mengaitkan diri nya kedalam keadaan, perasaan atau perspektif keseluruhan sistem itu.

Kelima (5)

Dari perspektif ’universe’ atau alam sejagat.  Di sini biasanya ia boleh menukar diantara beberapa kedudukan persepsi itu dengan mudah.


























 

Apa Kesan Tanggapan Dalam Hidup Kita

Sebagai manusia biasa, apabila kita sedar bahwa didalam perhubungan harian kita dengan orang lain, banyak tanggapan boleh timbul - tanggapan terhadap sesaorang yang sedang kita berkomunikasi - tanggapan dengan sesuatu peristiwa dan sebagai nya.  Sering kali kita terjerat dalam tanggapan-tanggapan yang tidak mendatangkan hasil pada diri kita.  Ia malah mendatangkan keburukan dan kesengketaan.  Dan ada kali persengketaan itu bukan hanya terjadi diantara diri kita dan orang lain, malah ianya boleh juga terjadi pada diri kita dan didalam diri kita sendiri sebagai konflik-dalaman. 

Akhir sekali, perkara seperti ini jadi satu persoalan bagi kita. Bolehkah kita elakkan diri kita dari membuat tanggapan yang tidak positif pada diri kita dan pada orang lain, hatta pada sesuatu keadaan yang kita berada pada masa itu? Alangkah indah nya kalau kita memiliki satu keupayaan yang membolehkan diri kita mengalami sesuatu keadaan dalam sekurang-kurang nya tiga perspektif berasingan, seperti disebutkan didalam kandungan diatas ini?  Dan kalau kita dapat memanifestasikan nya alangkah hebat agaknya hasil komunikasi kita dengan orang lain untuk mendapatkan kesefahaman yang baik.  Kebolehan seperti ini sudah tentu menjanjikan keutuhan potensi yang cukup flexibel dan kadangkala menakjubkan. 

Teknik kedudukan persepsi ini boleh membantu kita untuk mengalami perspektif berlainan dalam situasi yang sering mencabar diri kita; baik didalam pejabat, perniagaan, persatuan, sekolah dan dalam rumah tangga kita sendiri. Kadangkala soal-soal peribadi kita pun boleh terbabit.  Tiap-tiap konteks itu menawarkan pengalaman yang berbeza. Dan pengalaman ini memberikan kita satu persepsi yang berlainan rasa dan pandangan, seolah-olah kita sedang berdiri di pihak orang itu atau di dalam kedudukan atau suasana berkenaan itu.
 

Pencerminan-Meta Dan Tanggapan

Dalam NLP, sebahagian penulis menamakan teknik perubahan tanggapan atau teknik kedudukan persepsi ini sebagai ’pencerminan-meta’.   Kita mencerminkan diri kita didalam keadaan dan kedudukan beberapa kedudukan persepsi itu.  Cuba bayangkan diri kita apabila berada didalam rumah kita sambil menjenguk ke luar rumah dari tingkap-tingkap yang ada.  Cuba beralih melihat pandangan luar rumah kita dari satu tingkap ke tingkap yang lain.  Bayangkan! Sudah tentu kita akan dapat melihat pandangan atau gambaran yang berbeza dari sudut tingkap-tingkap yang kita telah gunakan untuk menjenguk ke luar.  Tentu juga kita akan melihat aspek-aspek yang berlainan dari pandangan luar rumah kita itu.  Kadangkala kita dapat memerhatikan pandangan yang lebih menyeluruh untuk memahami gambaran yang lebih meluas lagi tentang halaman luar rumah kita....buruk, baik, cantik, kemas, berselerak dan sebagai nya.  Sudah tentu kita juga dapat merasai perasaan-perasaan yang tercetus didalam diri kita daripada setiap pandangan yang telah kita jalani. Tentu kan?

Begitu juga di dalam kehidupan kita.  Tiap hari kita berurusan dengan orang lain.  Tiap hari kita menceburi diri kita dalam perhubungan dengan orang lain.  Dan pada tiap sudut wajah kita memandang, ia akan memberikan gambaran yang berbeza.  Tiap pandangan yang berbeza memberikan pemikiran yang berbeza.  Dan tiap pemikiran yang berbeza memberikan tanggapan-tanggapan yang berbeza.  Dan tiap tanggapan yang berbeza memberikan perasaan yang berbeza pada tiap perkara yang kita perhatikan itu.

Cuba bayangkan apabila anda berada di dalam satu situasi yang cukup mencabar, seperti didalam pertengkaran, perselihan faham, perbincangan dan sebagai nya.   Kadangkala anda boleh terperangkap dan terkongkong didalam satu-satu pandangan itu hinggakan anda tidak dapat membayangkan serta melihat dari sudut pandangan lain.  Kadang-kadang anda mengalami sikap ’tunnel vision’, iaitu visi satu hala sahaja.  Dengan pengalaman seperti ini, anda pula terjerumus dengan satu lagi kepincangan.  Kepincangan untuk membuat satu pertimbangan yang baik.  Pertimbangan yang anda perolehi dari keupayaan melihat dari sudut-sudut pandangan lain, dan bukan hanya ’terjerat’ memikirkan dalam satu jurusan pemikiran saja. Yakni, satu keupayaan yang membuat diri anda lebih flexibel dan lebih matang.


Menimbulkan Kematangan Berfikir, Membantu Membuat Keputusan Yang ’Adil

Oleh sebab itu lah, dengan adanya teknik ’Kedudukan Persepsi’ seperti ini, ia dapat memberikan kita satu peluang baik untuk mengalami perspektif-perspektif yang berbeza agar kita dapat timbulkan di dalam diri kita satu jalan agar kita dapat membuat pertimbangan yang lebih waras, pemikiran dan keputusan yang ’adil, perasaan yang lebih empathik dan satu usaha cemerlang untuk mengurangkan jurang perbezaan diantara satu dengan lain sambil meluaskan jurang persefahaman kita.  Dengan itu juga kita boleh lah majukan diri kita kehadapan dan bukan meng-regress ke jalan buntu dan jalan persengketaan.  Dengan itu juga kita boleh meningkatkan prestasi kerja kita, syarikat kita, pekerja kita untuk menambahkan hasil perniagaan kita dengan perhubungan baik yang kita telah dapat meraihkan. Dan ini amat perlu dalam kehidupan harian kita sebagai ahli keluarga, ahli korporat, pekerja dan pelajar juga. Lihat semula tiga perspektif utama kedudukan persepsi ini;

1.       Dari perspektif diri anda – dinamakan Kedudukan Pertama (K1).  Apa yang anda mahu, apa yang anda ingin rasai, apa yang anda percayai, dan anda tidak peduli selain dari itu, semuanya ada di sekeliling diri anda.

2.      Mencuba berdiri dalam kedudukan orang lain.  Bayangkan situasi bagaimana orang lain itu mengalaminya, dari perspektif diri nya, atau seperti mana dia merasa atau melihat sesuatu pengalaman dan peristiwa itu.  Kedudukan ini dinamakan Kedudukan Kedua (K2).

3.      Berdiri sebagai saorang independen/terkecuali, bebas, pemerhati atas sesuatu keadaan itu.  Ini membolehkan saorang itu melihat dan memerhatikan sesebuah situasi itu dari pihak yang terkecuali, pihak pemerhati.  Dan melihat keadaan kedua-dua pihak K1 dan K2 ini dengan cara bebas.  Ini adalah Kedudukan Ketiga (K3).

 

Teknik ini boleh digunakan dalam situasi biasa mahupun situasi yang agak tegang, dalam kemarahan, dalam perbincangan, dalam perundingan, dalam keadaan yang menakutkan dan lain lain lagi keadaan yang mencabar diri anda.


Kedudukan Pertama (K1)

Seperti yang diterangkan diatas, anda hanya memikirkan dari sudut diri anda sahaja.  Anda hanya menyekutukan (associate) diri anda dalam suasana dan keaadaan itu sahaja.  Anda hidup hanya dari diri peribadi anda sahaja dan pandangan dunia luar itu hanya lah dari kacamata diri anda sahaja.  Disini anda hidup didalam kedudukan yang dinamakan kedudukan pertama. Dalam K1 ini anda tidak ambil kisah dan tak menimbangkan soal atau kedudukan orang lain, dari pandangan orang lain.  Anda cuma fikirkan, ’Bagaimanakah perhubungan diri aku ini akan memberi kesan pada diri aku’?


Kedudukan Kedua (K2)

Seperti diterangkan diatas juga, Kedudukan Kedua (K2) ini bermakna anda berada dalam keadaan orang lain - orang yang anda sedang berkomunikasi.  Anda seolah-olah melangkah masuk ke ruang diri orang itu.  Anda hidup seolah-olah anda adalah orang yang berkenaan itu, yakni orang kedua.  Anda mengambil kira bagaimana komunikasi itu akan di lihat, di rasai, di dengari dari pandangan orang itu.  Dalam K2 anda bayangkan diri anda seperti ’memasuki tubuh badan’ orang kedua itu dan melihat diri anda sendiri dari kacamata orang kedua itu.  Bagaimana kelihatan diri anda, suara anda dan perasaan apa yang anda dapati daripada jurusan pandangan orang kedua itu.

Dalam K2 juga anda menjana keupayaan untuk merasai sifat empatetik terhadap orang kedua itu.  Kedudukan ini memberi anda satu flexibiliti yang baik apabila berhadapan dengan konflik dengan orang lain.  Dari K2 ini anda akan dapat memahami dan merasai bagaimana orang kedua merasai tentang perbualan, percakapan dan perilaku anda.  Di sini ada baik nya yang anda bina ’rapport’ dahulu sebelum anda pergi dan ’memasuki’ K2.  Perhatikan bagaimana ’rapport’ anda itu menjadi lebih mendalam.  Ini adalah satu kelebihan yang ketara dan satu model yang amat berharga!




 

Kedudukan Ketiga (K3)

Kedudukan Ketiga K3 ini menawarkan satu cara untuk ’memisahkan’ diri anda dari keseluruhan perhubungan, perbualan atau keadaan berkenaan itu.  Dalam K3 anda akan berpersepsikan saorang pemerhati bebas.  K3 memberi anda jalan untuk memikirkan dan melakukan sesuatu dengan lebih objektif.  Tanyakan, ’Bagaimanakah perbualan ini/peristiwa ini di lihat dari kacamata orang yang tiada kaitan langsung?’

Bayangkan diri anda seolah-olah anda berada di luar tubuh diri anda dan berada di sebelah tepi atau depan diri anda dan orang kedua itu.  Selain dari itu anda sedar yang anda sekarang tiada terbabit dalam perbualan/perhubungan di antara diri anda sebenarnya dan orang kedua itu.  Dari sudut ini, anda akan dapat melihat kedua-dua diri anda dan diri orang yang sedang anda berkomunikasi itu sekali gus. Anda akan berada ’dalam tubuh’ saorang pemerhati - mengawasi keadaan atau perhubungan di antara dua individu itu secara terkecuali dan tidak terpengaruh oleh sebarang pihak.




 


Dalam tulisan NLP terkini, dua lagi kedudukan persepsi di tawarkan; K4 dan K5.

 

Kedudukan Keempat (K4)

Robert Dilts dalam tulisan karyanya ’Visionary Leadership Skills’ menawarkan K4 ini sebagai pihak ’kami’ – dari perspektif sebuah sistem.  Di sini anda melangkah ketepi untuk menimbangkan apakah yang terbaik untuk disalurkan bagi kepentingan yang unggul pada sistem (contoh: pihak syarikat, pihak kerajaan, pihak dunia) itu?  Format kata-kata yang digunakan, ’Kalau kita pertimbangan tujuan sama kita...’

 

Kedudukan Kelima (K5)

Atkinson dalam manuskrip nya menulis ’Five Central Ideas’ yang memaparkan idea K5 ini satu kedudukan persepsi universal, persepsi sejagat.  Menggunakan kata-kata seperti ’kesemuanya, selalunya...’ dalam perbualan nya.  Bila kita mengambil kedudukan-meta ini pada segala-gala nya, kita pun boleh mempelajari untuk mengambil beberapa kedudukan persepsi ini dan menukar nya di masa masa apa saja.

Keupayaan bergerak ke K5 ini memberikan kita flexibiliti kesedaran yang sangat baik supaya kita tak lah tersekat dalam satu-satu kedudukan saja.

 

Di antara kelima-lima kedudukan persepsi ini, tiada satu kedudukan ini pun yang boleh dikatakan melebihi dari yang lain.  Tiap satu kedudukan itu ada kebaikan nya yang sama.  Saorang komunikator yang matang dan bijak tahu bagaimana hendak bergerak dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain apabila bersemuka dengan keadaan dan konteks yang memerlukan nya.

Ada lagi satu soalan yang boleh kita tujukan pada diri kita, ’Apakah akibat nya apabila kita terperangkap atau tersekat dalam salah satu kedudukan ini?’

 

Kedudukan Persepsi Extrim Dan Kesan Pada Sikap Nya

Walaubagaimanapun, apabila kedudukan persepsi ini digunakan oleh orang persaorangan dengan terlalu extrim, ia boleh mengakibatkan perubahan sikap dan persepsi pemikiran-perasaan orang itu.


Kedudukan Pertama (K1) – saorang yang tersekat pada K1 akan dapati bahwa ia saorang yang mementingkan dirinya saja – saorang egotis.


Kedudukan Kedua (K2)– saorang yang tersekat pada K2 pula, hidup nya sentiasa terpengaruh dengan pandangan-perasaan orang lain.  Biasanya kita lihat orang seperti ini menjadi terlalu dependen dengan orang lain sehinggakan membiarkan orang lain menentukan keadaan nasib nya atau perasaan nya.  Secara tidak langsung, keadaan ini boleh menjadikan orang itu bersikapkan ’co-dependency’ (mengharapkan bersama).  Orang seperti ini juga boleh merasai bahwa mereka ini harus menjadi saorang penyelamat atau penjaga atau pengasihani orang lain oleh kerana perasaan empati nya terlalu tinggi.  Perhatian pada dirinya pula amat kurang.


Kedudukan Ketiga (K3)– saorang yang tersekat pada K3 akan menjadi terputus dari keadaan perasaan itu dan sering diberi tanggapan bahwa diri nya itu tidak berperasaan dan tidak beremosi terhadap perkara atau keadaan yang berkenaan.  Orang lain memandang orang seperti ini sebagai ’dingin’.  Kadangkala dia hidup didalam dunia diri nya yang terpencil dan bersendirian.  Orang seperti ini banyak bercirikan ’auditory digital’ dalam sistem pemaparan asas (’primary representational system’) diri.  Walaibagaimana pun, ketajaman ciri-ciri ini lah yang banyak menghasilkan pemikir dan ahli falsafah.  Kedudukan persepsi ’terpisah’ ini boleh memberi sesaorang itu satu keupayaan untuk meniliti sesuatu perkara itu dengan lebih objektif yang tidak dipengaruhi oleh sebarang pandangan dari kedua-dua belah pihak.

 

Kebolehan Merubah Kedudukan

Tiap orang merubah dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain dalam hidup seharian nya.  Kebolehan untuk merubah ini, samada dalam tahap kesedaran atau para sedar, memberikan kita satu kematangan yang tinggi untuk mengendalikan perhubungan harian kita.  Dengan keupayaan beralih dari satu kedudukan persepsi ke kedudukan yang lain itu akan dapat memperkayakan gaya menggunakan pilihan perhubungan atau komunikasi kita dengan orang lain dengan lebih berkesan lagi.

Di sini ada dua latihan diri untuk anda memahami cara mengalami kedudukan-kedudukan persepsi yang telah diterangkan diatas ini.

 

Latihan 1

Imbas kembali satu masa dahulu yang anda terbabit dalam satu pertengkaran besar dengan sesaorang.

’Associate’ kedalam tubuh anda (K1) dengan melihat apa yang anda lihatkan, mendengar apa yang anda dengarkan dan merasa apa yang anda rasakan itu didalam pertengkaran yang telah berlaku.  Apabila anda imbas kembali dan ’associate’ diri anda dalam kedudukan diri anda sendiri (iaitu kedudukan pertama K1), sudah tentu anda masih merasakan emosi negatif itu – perasaan yang sama dengan apa yang anda pernah rasakan ketika itu, ya?

Sekarang bayangkan diri anda ’timbul dan melayang’ keluar dari tubuh anda dan melayang masuk kedalam tubuh badan orang yang anda sedang bertengkar itu.  Apabila anda telah lakukan nya dalam fikiran dan bayangan anda itu, anda akan berada di dalam kedudukan kedua (K2).  Sedar yang anda sekarang berada di dalam kedudukan kedua (K2).  Dan lihatlah diri anda itu melalui kedua mata nya (yakni mata orang kedua ini).  Perhatikan bagaimana kelihatan anda semasa kedua-dua kamu sedang bertengkar pada saat puncak pertengkaran itu.  Nada suara apa yang diri anda gunakan? Bagaimana anda rasa sedang anda melihat diri anda sendiri dan mendengar nada suara anda itu?

Sekarang, bayangkan diri anda ’berpisah’ dari keseluruhan keadaan atau peristiwa itu ke kedudukan persepsi ketiga (K3).   ’Layangkan’ diri anda itu sambil bergerak ke tepi dan di ruang lain (’step aside’) dimana anda boleh melihat kedua-dua diri anda dan orang yang anda sedang bertengkar itu.  Anda sekarang berada di ruang, yang mana anda dapat memerhatikan kedua-dua nya dari jarak dekat ataupun dari jarak sederhana, dari kejadian yang sedang berlaku itu.

Bagaimana kah pandangan-perasaan anda apabila anda perhatikan suasana itu, pertengkaran itu daripada kedudukan ’terpisah’ ini – kedudukan pemerhati ini?  Perhatikan reaksi anda dan perasaan-perasaan yang timbul dan bagaimana ianya berbeza dengan kedua-dua kedudukan K1 dan K2 itu.  Telah berubah kah persepsi pertengkaran anda itu sekarang?  Apakah perasaan dan pandangan anda sekarang setelah mengambil ketiga-tiga kedudukan itu satu demi satu dengan tiap satu anda mengambil peranan nya masing-masing?  Bagaimana kah perasaan-pemikiran anda?

Berdasarkan pemandangan dan pengalaman diri anda disudut ketiga-tiga kedudukan ini sekarang, apakah anda akan merespon seperti yang sama anda merespon nya dahulu?  Apakah kesan latihan ini pada diri anda?

 

Latihan 2

Cuba latihan ini (berasal dari Robert Dilts pada 1988) untuk memberikan anda perspektif yang berbeza melalui tiga kedudukan perseptual ini.  Anda boleh menyusun tiga kerusi dalam sebuah bilik pilihan anda dan anda harus beralih/bergerak diantara satu kerusi ke kerusi yang lain untuk mengambil peranan ketiga-tiga kedudukan persepsi ini satu demi satu sementara anda melakukan latihan ini.



Anda boleh ulangi latihan ini dengan menduduki kerusi itu kembali dan lihat bagaimana perasaan anda semasa itu dan bagaimana situasi yang di beri timbangan itu berada didalam diri anda.  Apakah situasi itu akan dirasa berubah dengan pandangan lain atau tidak?  Anda mungkin merasa perasaan anda terhadap diri orang kedua itu atau situasi itu telah berubah.

 

Kedudukan Pertama

Kedudukan Kedua

Kedudukan Ketiga

Duduk dikerusi pertama untuk alami situasi dari perspektif peribadi.  Apa yang sedang saya fikirkan, merasa, mendengar, berkata-kata pada diri saya dan alami sementara saya lihat ke arah kerusi #2 yang melambangkan orang lain yang terbabit itu.

Alih ke kerusi #2 untuk membayangkan diri anda menjadi orang lain itu – apa yang di rasa nya, apa yang di fikir nya, apa yang di alami nya bila dia memandang ke arah orang yang di kedudukan kerusi #1 itu?

Gerak ke kerusi #3 untuk memerhatikan kedua-dua orang itu di kerusi #1 dan #2.  Sekarang timbangkan bagaimana kedua orang ini merespon sesama sendiri dan pada situasi yang berkenaan.  Perhatikan anda dalam kedudukan #1 dan tanya diri anda, nasihat positif apakah yang anda perlukan dalam keadaan seperti ini.

 

 

Selamat mencuba dan selamat maju.

 

 

M Nasser Ismail,ACMC

Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)

Personal & Executive Coach

 

Email: mnasserismail@yahoo.com.au

 

 




 
 
 

 
  Today, there have been 77 visitors (108 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free