To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Kesedaran dan Kualiti Amalan Di Bulan Ramadhan
 




KESEDARAN DAN KUALITI AMALAN DI BULAN RAMADHAN

September 2009

Mohamad Nasser Ismail

 

Malam Jumaat 10 September 2009 yang lalu adalah malam yang ke 21, hari atau malam yang menandakan kita akan masuk ke bahagian sepertiga yang terakhir dari bulan yang mulia bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Memang lazim nya malam malam yang terakhir ini ramai dianjur untuk berkejar-kejar menambahkan ibadat lebih lebih lagi untuk bertemu dengan malam yang lebih utama dari 1000 bulan.  Malam kemuliaan yang dijanjikan oleh Allah swt dengan ganjaran pahla yang berlipat ganda pada orang yang beribadat kepada Allah swt dengan tawaddu’ dan penuh harapan.  Malam yang menghasilkan ‘returns’ sama seperti beribadat sepanjang sekitar 83 tahun. Bagaimana pula dengan nilai nya?  Tentu sekali melebihi. Malam yang masyhur ini adalah Lailatul-Qadar atau Malam Kemuliaan yang kita sama-sama telah maklumi.  Sepertimana yang di firmankan didalam Al-Qur’an.

Surah Al-Qadr  (Ayat 1 – 3)

”Sesungguhnya telah Kami turunkan dia pada malam Kemuliaan.  Dan sudahkah engkau tahu, apakah dia malam Kemuliaan itu?  Malam Kemuliaan itu lebih utama daripada 1000 bulan...”

Mudah-mudahan kita sama sama dapat berusaha seberapa termampu untuk set niat dan matlamat kita yang terbaik untuk melakukan ibadat kita pada masa-masa istimewa ini dan menggunakannya sebagai platform untuk meneruskannya, insya-Allah.

Dengan terluahnya satu ‘opportunity’ atau peluang istimewa yang diberikan oleh Allah swt seperti Lailatul-Qadar ini, terlintas didalam fikiran saya...apakah ibadat kita, lebih-lebih lagi solat kita pada bulan ini berada ditahap yang lebih baik dari bulan-bulan lain, atau seperti biasa, atau lebih teruk dari biasa? 

Malam-malam yang telah lalu, kita dapat perhatikan bahwa solat sunat tarawih ditunaikan oleh masyarakat kita ini berbondong-bondong ke masjid dengan amat ghairah sekali, tapi ia bermula reda (kurang) apabila masuk ke pertengahan bulan ramadhan ini.  Ini sudah menjadi resam dan pemandangan biasa pula.  Apabila terfikirkan tentang kualiti solat kita, saya selalu juga bertanya kalaulah dapat kita ini mengukur dan meng-gredkan sendiri ibadat solat kita, apakah gred penumpuan diri kita (mental-fizikal-emosional-spiritual) itu, konsentrasi diri kita, khusyu’ kita pada solat kita itu - 'cemerlang', 'sangat baik', 'baik', 'memuaskan', 'tidak memuaskan'?  Dengan soalan asas seperti ini, kita boleh menjadikan ia sebagai satu kayu-ukur atau QC (quality-control) bagi diri kita supaya kita dapat terus berusaha untuk memperbaikinya.  Pada masa yang sama juga, saya rasa yang lebih penting juga bagi diri kita untuk mendapatkan pendekatan terhadap peningkatan diri ini adalah melalui pemerhatian kepada 'consciousness'-diri atau kesedaran-diri kita apabila melaksanakan solat itu sendiri.

Apakah kita ini sedar (‘conscious’), atau tidak sedar (‘unconscious atau sub-conscious’) semasa menunaikan solat itu?  Eh, tak kan lah kita tak sedar bila melakukan solat tu? Kita ni bukanlah dalam keadaan mabuk atau khayal?  Ya kah?  Mabuk mungkin tidak, tapi khayal bagaimana? J

Bandler dan Grinder (1979) menulis dalam bukunya:

”’Conscious’ is defined as whatever you are aware of at a moment in time.  ‘Unconscious’ is everything else.”


Untuk menguji atau memuhasabah diri kita mari kita rujuk sebahagian ‘awareness’ diri semasa melakukan solat itu.  Sebagai contoh, disini kita cuma ambil perhatian pada 5 bahagian ini;

 
 (1) ‘Awareness’ atau kesedaran dalam niat solat

 Apabila kita melafazkan niat untuk solat itu, adakah lafaz itu dikeluarkan dari bibir-mulut kita dan justru dengan 'bibir'-hati kita juga?  Apakah kita lafazkan dengan penuh kesedaran pada maksud dan makna kata-kata kita lafazkan itu....sungguhpun ia didalam bahasa Arab nya?

Terkenang juga semasa saya solat tarawih malam malam bulan Ramadhan ini di Masjid Sir Omar Ali Syaiffudien baru-baru ini, pada tiap dua rakaat kita beri salam, lalu kita bangkit untuk melakukan dua rakaat solat tarawih lagi dengan berniat yang sama.  Apakah pada tiap niat itu kita masih sedar dengan kata-kata yang dikeluarkan dari mulut dan hati kita itu?  Kadangkala ia menjadi 'otomatik' apabila dah sampai pada solat tarawih yang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya. Dan dalam keadaan 'otomatik' itu seringkali kita melafazkan niat dengan tanpa sedar atau para-sedar...dan apabila itu terjadi niat itu kelihatan tidak menyangkut atau mengait pada hati kita dan dalam hati kita. Pada saat itu apakah kita telah hilang kesedaran seketika?

Dari itu, kita mula bertanya pada diri kita.  Dimanakah agaknya hala-tuju fikiran kita...ke-jamaah disebelah kiri, kanan, depan, belakang atau ditempat yang lain dalam pandangan dan fikiran kita itu? Pada suara imam, suara makmum, suara kanak-kanak berlari-lari memekik-mekik, menangis, atau bunyian yang kita dengari semasa bersolat itu? Pada kata-kata hati kita pada masa itu ataupun pada masa-masa yang lalu, ataupun pada masa depan apabila kita bayangkan diri kita berbincang sesuatu projek dengan rakan sekerja? Pada bau-bauan yang terdapat dikelilingi kita, bau minyak wangi, bau makanan, bau ’badan’ dan lain lain bau-bauan?

Melakukan sesuatu itu secara ’otomatik’ itu adalah satu kemahiran tersendiri. Kepekaan melakukan sesuatu secara ’otomatik’ ini sama dengan peringkat-peringkat pembelajaran kita yang kita alami dari kecil sampai besar.  Disini peringkat pembangunan kemahiran kita terdiri daripada; (1) ’Unconscious Incompetence’  (2) ’Conscious Incompetence’  (3) ’Conscious Competence’  (4) ‘Unconscious Competence’  (5) Conscious of Unconscious Competence. 



(graphics from Self-Leadership International)


Pada tahap (1) (pertama) kita tidak sedar yang kita ini tidak tahu sesuatu.  Kemudian dengan pengalaman kita, kita dapati bahawa ’ini-lah’ yang kita tidak tahu maka pada saat itu kita beralih ke tahap (2) (kedua) pula - kita sekarang sedar yang kita tidak tahu sesuatu itu.  Kemudian kita mula belajar dan belajar untuk mendapatkan kemahiran itu.  Disini kita sampai ketahap (3) (ketiga) yang mana kita sudah mula memperolehi kemahiran dengan secara sedar membuatnya, samada dengan nota, manual dan sebagainya.  Apabila perkara ini dibuat berulang-ulang kali, kita mula membina kecekapan hinggakan kita tak perlu merujuk nota atau orang lain.  Ia datang secara spontan, secara otomatik.  Disini, tahap (4) (keempat), kita membuat sesuatu itu tidak memerlukan kemahiran yang conscious lagi (seperti kita memandu kereta umpamanya....setelah memandunya selama mungkin 10 atau 20 tahun lamanya...perhatikan.)  Disini kemahiran kita sudah menjadi ’unconscious’.  Adakala nya baik dan adakalanya terbawa-bawa hingga kita terus menjadi para-sadar dengan keadaan ’present’.  Kita mula ’melancung’ didalam fikiran kita?  Tahap (5) (kelima) kita menyedarkan diri kita kembali terhadap kemahiran yang telah menjadi ’unconscious’. Ini perlu apabila kita hendak mengajar kemahiran itu kepada orang lain mahupun diri kita sendiri.

Berbalik pada solat sunat tarawih tadi, dan apabila sampai ke dua rakaat solat tarawih yang terakhir, adakah kita sedar yang kita sudah melakukan sebanyak 18 rakaat hingga waktu itu?  Selepas itu apabila imam bermula solat witir dua rakaat, adakah kita masih didalam keadaan 'otomatik' yang melafazkan niat tawarih juga atau kita mula sedar bahwa niat ini harus ditukar sebab kita akan solat witir dua rakaat pula?  Dan apabila kita bangkit selepas selesainya dua rakaat pertama solat witir itu, kita terus dengan niat yang sama? Atau kita sedar bahwa niat nya sekarang sudah berubah lagi kepada "Usollee sunnatal-witri raka'atan (untuk satu rakaat dan bukan raka’atai-ni yang bermakna dua rakaat) ma'muman lillaahi ta'ala" untuk meneruskan solat witir satu raka'at lagi?

Jadi sekiranya kesedaran pada niat solat kita terjejas maka apakah sebenarnya hasil yang dapat kita capai?  Dan apakah yang telah kita ucapkan kepada Allah swt terhadap ibadat yang kita akan lakukan itu?

 
 (2) ‘Awareness’ atau kesedaran dalam bacaan dalam solat


Pada bacaan-bacaan didalam solat pula, apakah bacaan kita itu menjadi satu bacaan lisaani atau 'rhetoric' saja?  Apakah apabila membaca surah Al-Fatehah (umpamanya), kita sedar kata-kata serta maknanya sekali yang telah kita ucapkan didalam bahasa Arab itu?  Apakah dalam bacaan kita itu kita fahami makna penuh yang terkandung didalam ayat-ayat dan doa-doa yang kita sebutkan itu, satu persatu? Disini bukanlah kita diperlukan mentafsir, tapi hanya menghayati makna kalimat itu saja. Apakah semasa kita membaca nya kita dapat bayangkan, gambarkan, dengarkan dan rasakan segala yang diucapkan itu, seolah-olah fikiran kita berputar seperti bermain 'video' yang memaparkan segala yang dibacakan itu?  (kecuali merupakan wajah Allah swt) Tentu sekali apabila kita melakukan ’video-tracking’ dalam bacaan kita, sama juga apabila kita duduk bersama anak-anak kita semasa mereka kecil dahulu, menceritakan hal-hal dan cerita-cerita yang menarik kepada mereka agar mereka dapat gambarkan, dengarkan, rasakan kesemua jalan cerita kita itu.  Dengan melakukan itu, kita juga sedar dengan apa yang kita ceritakan dan ucapkan, betul? Tentu sekali! Anak-anak kita yang sedang mendengar bagaimana? Tentu sekali mereka sedar lalu memahaminya!

Jadi, sekiranya kesedaran terhadap bacaan didalam solat kita itu terjejas dan terbatas, apakah agaknya kualiti solat kita itu?

 
 (3) ‘Awareness’ atau kesedaran dalam keadaan atau rukun fi'li dalam solat itu.

Pada gerakan tubuh kita menurut rukun fi'li didalam solat itu, apakah kita sedar gerakan kita dari satu gerakan ke gerakan yang lain (takbir, rukuk, i’tidal, sujud dan lain lain) yang diselangi oleh pujian pada Allah swt iaitu Allaahu Akbar..Allah Maha Besar?

 (4) ‘Awareness’ atau kesedaran dalam 'time-line' atau dimana diri kita semasa solat itu.

Dan pada tiap detik kita berkata-kata dengan Allah swt melalui solat kita ini, adakah kita sedari dimana letak nya 'time-line' atau 'garisan-masa' kita itu. Untuk menerangkan 'garisan-masa' itu, apakah semasa kita sedang solat, fikiran kita telah melayari masa 'future' kita, seperti terbayang diri kita melakukan kerja dipejabat pada esok hari untuk siapkan laporan yang belum disiapkan? Atau kita sudah pun terbayang diri kita keluar dari masjid, menuju ke kereta kita untuk pulang kerumah, semasa kita solat witir lagi? Atau 'garisan-masa' itu di guris kebelakang untuk mengenangkan kembali masa-masa kita bersungkai atau berbuka puasa semalam, malam kelmarin dan malam-malam yang sudah? Ataupun masa ber’shopping’ di pasar malam? Masa itu, diri kita seolah-olah berada dibeberapa tempat pada beberapa masa 'future' dan 'past' dan bukan 'present' sambil 'surfing' didalam pemikiran kita melayang dengan menikmati bayang-bayangan, gambar-gambaran, suara, kata-kata, kata-hati, perasaan dan lain lain? Apakah layaran fikiran kita itu terus berjalan semasa kita bersolat...berterusan hingga kita tersentak dan mula sedar ketika imam memberi salam sebagai menamatkan solat itu.... atau layaran itu datang dan pergi, datang dan pergi... sedar dan para-sedar, sedar dan para-sedar..berputa-putar didalam kepala kita...yang bermain didalam ’taman video fikiran’ kita itu?  Adakah dengan layaran fikiran kita itu, kita juga berkata-kata didalam hati menurut 'jalan-cerita' layaran fikiran kita itu?

Rupanya, semasa kita bersolat itu, banyak perkara yang berlaku didalam fikiran kita.  Ia kan?  Jadi, cuba tanya diri kita dengan soalan ini, “Adakah ‘dunia dalaman’ fikiran kita ini terlalu sibuk, terlalu kecoh, terlalu ‘rajin’, terlalu ‘noisy’…bising?  Kalau didalam Sain Kesekitaran, kita boleh bertanyakan, apakah peringkat ‘noise’ nya? (‘What is the noise level of our inner world, our inner environment?’)

Jadi, bagaimana?  Boleh tak dengan membuat satu azam yang kuat sedang kita mempertingkatkan usaha untuk memperbaiki solat kita ini, kita cuba mulakan dengan soalan-soalan pada diri kita untuk bersemuka dengan 'awareness' diri kita sendiri mengenai apakah yang berlaku semasa kita solat agar kita dapat menentukan ditahap manakah kualiti solat kita itu dapat diperbaiki dan haruskah ianya diperbaiki?  Bersemuka dengan ‘awareness’ diri adalah jalan permulaan bagi diri sesaorang itu membuat sesuatu perubahan.  Selagi sesuatu pengalaman atau tabi’at itu tetap tersembunyi didalam dan tidak dikeluarkan agar dapat kita bersemuka dengan nya secara ‘conscious’ maka dengan itulah ianya akan terus (seolah-olahnya) ‘memandu’ diri kita, kehidupan kita didalam keadaan ‘unconscious’ iaitu keadaan tidak sedar atau para-sedar .

Ini lah serba sedikit yang ingin saya kongsikan bersama pengalaman diri saya agar kita dapat bersama-sama bermuhasabah ibadat kita didalam bulan Al-Mubarak ini.

Dengan meraikan malam Qadar (Lailatul Qadar) Siti Aisyah radiaAllahhu anha pernah bertanya pada Rasulullaah sollahu’alaiwassalam, “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”. Nabi berkata kepada Aisyah “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal dimalamnya dan amat mudah dimakbul Allah doanya”. Aisyah bertanya lagi “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?” Nabi jawab “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah






Contoh Membuat Journal

(Gred: 0 – 10, 0: tidak memuaskan, 10: 100% penuh kesedaran)

 

Kesedaran

Subuh

Zohor

Asar

Maghrib

’Isya’

Tarawih

Witir

Purata

Niat Solat

 

 

 

 

 

 

 

 

Bacaan

 

 

 

 

 

 

 

 

Gerakan

 

 

 

 

 

 

 

 

Garisan-Masa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kesedaran

Hari 1

Hari 2

Hari 3

Hari 4

Hari 5

Hari 6

Hari 7

Purata

Niat Solat

 

 

 

 

 

 

 

 

Bacaan

 

 

 

 

 

 

 

 

Gerakan

 

 

 

 

 

 

 

 

Garisan-Masa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Alhamdulillah dan semoga kita sama-sama dapat menafaat insya-Allah wa Ameen.

Selamat Mencuba dan Selamat Maju Jaya.




 

 Mohamad Nasser Ismail, acmc
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)
Personal & Executive Meta-Coach (ISNS,MCF)




 
  Today, there have been 13 visitors (28 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.