To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Paten Bahasa II - Model Meta
 


PENGARUH BAHASA DALAM SANUBARI KITA?

Cara mengenalpasti corak nya dan mengguna nya dengan berkesan.

Bab II : Penapis Bahasa - Model-Meta

 

M Nasser Ismail

Januari 2010

 

 

 

·             Apakah terdapat sejenis kuasa dalam penggunaan bahasa kita ini?

·             Apakah kesan nya pada diri kita dan pada orang lain semasa kita berkomunikasi?

·             Bagaimana kah bahasa memain peranan di dalam pengalaman diri dan minda kita?

·             Bagaimana kah kita pecahkan kebuntuan daya pemikiran kita dari satu yang kabur kepada satu yang jelas, baik, tepat dan sempurna?

 

 


Bahagian ini menerangkan ’kuasa’ yang terdapat didalam penggunaan bahasa itu sendiri.  Di sini kita menceburi ciri-ciri linguistik NLP dan Neuro-Semantik. 

·         Kita akan melihat bagaimana kita menggunakan bahasa untuk memastikan apa yang kita sebutkan itu sebenar nya adalah apa yang kita maksudkan juga?  Cuba kita selidik sendiri dan bertanyakan, ’Apakah itu benar?’

·         Kita juga akan memerhatikan bagaimana kita boleh memahami dengan jelas apa yang orang lain katakan dan maksudkan.  Bolehkah kita pastikan juga apakah kata-kata kita itu membenarkan orang lain memahami maksud kita itu?

·         Kita juga akan bincangkan bagaimana kita boleh menghubung kembali bahasa dan pengalaman kita.




 

Tajamnya Kuasa Bahasa Hingga Menyusuk KeDalaman

Kalau kita renungkan, memang benar bila orang kata, kata-kata itu memang mudah dikeluarkan dari mulut kita dan tidak pula memerlukan sebarang perbelanjaan.  Namun, kata-kata itu terbukti lebih ’tajam’ dari sebilah pisau atau pedang.  Cuba lihat, kata-kata yang kita gunakan boleh mencetuskan sebuah imej, bunyian mahupun perasaan secara neurologi nya pada si pendengar itu.  Kuasa yang boleh terjana didalam bahasa itu boleh membina dan meruntuhkan rumah tangga, menguat dan memecahkan perhubungan, menyambung dan memutuskan persahabatan dan menyetuskan peperangan atau menyantunkan kumpulan orang yang bersengketa dengan perdamaian.  Sungguh hebat!

Kata-kata juga boleh menimbulkan keadaan dalaman diri kita.  Ia boleh menghairahkan perasaan aman dan baik mahupun buruk.  Dalam NLP perkataan ’anchor’ atau sauh selalu digunakan dalam keadaan begini.  Jadi, kata-kata itu boleh mensauh atau memaku pengalaman kita itu dengan sensori dalaman secara kompleks dalam segi neurologi nya.

Dan apabila saorang itu mengeluarkan sepatah kata, soalan nya, ”Apakah makna sepatah kata itu?”  Mungkin jawapan yang kita berikan adalah, ”Eh, makna nya adalah apa yang telah disebutkan itu lah?”  Tapi soalan nya, ”Bagi siapa?”  Bagi anda mungkin. Bagi orang lain apa pula makna nya? Jadi disini, saya hanya cuba menerangkan bahwa, makna atau maksud sepatah kata itu mungkin difahami oleh sipulan bermakna X, dan pada si pulan yang lain pula bermakna Y.

Kita menggunakan bahasa ini sebagai bahan komunikasi.  Apabila sepatah kata yang dikeluarkan oleh saorang itu sepadu makna nya dengan si pendengar, maka itu bermakna ada persetujuan diantara yang berkata dan yang mendengar tentang makna sesuatu perkataan itu.

Oleh kerana kata-kata itu hanyalah simbol, segala apa yang terbentuk dan tercerna diminda kita, melalui saluran sensori (lihat-dengar-rasa) nya akan dipetakan sebagai peta minda.  Sungguhpun ada persamaan dalam sebahagian dari peta yang tertubuh di dalam pemikiran kita, namun peta nya tetap berbeza.  Kita tidak berkongsi peta yang 100% sama.  Sebab kita mengalami dunia luaran kita bukan saja dalam cara yang serba berbeza malah serba unik.

Kata-kata itu hanya lah simbol.  Ia tidak bermakna apa-apa.  Sama seperti mendengar perbualan orang asing yang berbahasa Greek atau Russia atau sebarang bahasa yang tidak pernah kita pelajari dan sudah tentu tidak kita fahami.  Manusia lah yang memberikan sesuatu perkataan itu makna nya.  Makna yang ada kaitan dengan sesuatu benda, objek mahupun pengalaman hidup kita.  Dalam sepanjang hidup kita, kita tidak pula nampak benda yang sama atau memperolehi pengalaman yang sama dibandingkan dengan orang lain.  Kita cuma nampak dari kacamata kita dan mengalaminya seperti mana yang kita terlihat.

Membina Struktur Pengalaman Sebagai Intipati NLP

Dalam satu perspektif, perbezaan yang terdapat pada peta-peta minda kita dengan makna-makna yang berkaitan dengan nya, sebenarnya mencorakkan satu keindahan pada kehidupan kita.

Kita juga maklum bahwa ada perkataan yang mudah dan ada yang payah.  Ada yang mudah untuk kita membuat pengertian, dan ada pula yang abstrak, yang samar, yang kabur.  Perkataan yang kita sama-sama maklum makna nya memberi kita kemudahan untuk  sama-sama memerhatikan nya secara sensori  -  kelihatan nya, suara atau bunyian nya, bau nya ataupun rasa nya.   Tetapi kalau perkataan abstrak seperti ’cinta’, ’kehormatan’, ’kebenaran’, dan ’keselesaan’, pengertian kita mungkin tak selari.  Kadangkala dengan pengertian yang berbeza ini, kita bertelingkah.  Kita boleh jadi keliru dan bingung.

Bagaimana pula dapat kita memahami sesaorang itu? Apakah hanya memberikan satu perkataan itu satu ’makna’?  Tetapi masaalah nya adalah, makna siapa?  Makna kita kah atau makna si pendengar? Memang susah nak menentukan atau menjamin yang kedua-dua makna itu adalah sama.

Bagaimana pula boleh kita mengerti sesuatu perkataan yang kita dengar yang dikeluarkan oleh orang lain?  Dalam perbualan kita pula, saya sering bertanya, ’Bagaimana kita buat pilihan kata-kata yang kita hendak gunakan?’ Dan bagaimana kah kata-kata yang di dengari  itu dapat membina struktur pengalaman kita? Struktur ini lah intipati NLP.

Bahasa adalah satu penapis yang hebat dalam mencorakkan struktur pengalaman peribadi kita.  Ia boleh mendorong fikiran kita ke arah mana saja yang dipilih.  Arah yang membolehkan kita berfikir di dalam satu-satu cara yang tertentu, dan membataskan kita pula untuk berfikir dalam cara yang lain.  Terpulang pada cara kita menentukan apa yang penting bagi diri kita di dalam situasi yang tertentu, dengan sumber-sumber yang kita miliki masa itu.

Dengan secara tidak sedar kita biasanya menggunakan tiga jaringan penapis bahasa didalam perbualan harian kita.  Tiga penapis bahasa ini adalah;

(1) Penghapusan (‘deletion’),

(2) Putarbelit (‘distortion’) dan

(3) Am/Menyeluruh/Generalisasi (‘generalisation’). 

Ini akan diterangkan lebih mendalam lagi kemudian.  Lihat di bawah.

Penapis-penapis ini mengubah-corakkan segala yang kita alami di luaran, yang memasuki melalui semua pancaindera kita.  Pancaindera yang terdedah dan terbuka sebagai transreceiver komunikasi.  Apabila pengalaman ini meresap kedalam tubuh kita melalui pancaindera ini, peraliran melalui neurologi (saraf) tubuh kita akan tersalur, dan akhir sekali ia akan tersemat diruang-ruang minda kita sebagai satu pemikiran dalaman mengenai pengalaman luaran kita itu. 

Berjuta Maklumat Luaran Memantul Tubuh Kita

Oleh sebab maklumat luaran ini datang ‘menyelubungi’ diri kita bertubi-tubi dengan berjuta-juta maklumat sesaat mengimpak tubuh kita, namun yang kita gunakan dalam sistem tubuhbadan-minda-emosi kita hanyalah sedikit saja. Memang banyak di tapis. Tapi jelas disini yang sistem kita dapat memberikan satu penghayatan terhadap pengalaman-pengalaman (atau komunikasi) luaran yang kita lalui.  Ia juga dapat membantu diri kita untuk menafsirkan makna atau maksud pengalaman (atau komunikasi) itu sebenarnya.  Namun begitu, makna atau maksud ini boleh menjadi satu yang positif ataupun negatif.

Penjaringan penapis ini memang jelas di lihat apabila pengalaman kita di luahkan secara lisan melalui kata-kata dan bahasa yang kita gunakan.  Ini jelas terjadi sebab kata-kata yang kita keluarkan itu mencerminkan tafsiran dalaman yang dibuat oleh pemikiran kita terhadap pengalaman itu.

Pemikiran kita ini tidak lah di tentukan semata-mata oleh bahasa yang kita gunakan.  Kita memang lah boleh memikir menggunakan bahasa, tapi kita juga berfikir dengan satu lagi daya mental yang dinamakan dengan sistem sensori pemaparan minda.  Ini terbahagi pada tiga bahagian utama; (1) penglihatan (visual), (2) pendengaran (auditory) dan (3) rasa/perasaan (kinesthetic).  Ada penulis NLP menamakan nya sebagai ’Bahasa Minda’.  Yang pertama - (1) Memikir secara memaparkan imej, atau gambaran-gambaran yang telah dikodkan didalam minda.  Yang kedua - (2) Memikir secara pendengaran pada bunyi-bunyian ataupun suara.  Yang ketiga - (3) Memikir melalui sensasi kinesthetik, yang termasuk rasa, bau, perasaan dan sensasi lain. 

Kata-kata Sebagai Sauh (’Anchor’)

Dalam istilah ’anchoring’ (sauh) didalam NLP, kata-kata itu sendiri boleh dirasakan seperti  mempunyai ’kuasa’ untuk menyauh sesuatu pengalaman ke dalam sistem sensori kita.  Sepatah kata yang di dengari atau di sebut boleh mencetuskan jaringan-neuro didalam tubuh kita.  Melalui jaringan-neuro ini, kita dapat mengembalikan gambaran, pendengaran ataupun perasaan silam yang berkaitan dengan pengalaman itu dengan sekelip mata.  Bila itu berlaku kita akan merasa seolah-olah kita sedang berada pada masa pengalaman itu mula-mula terjadi. 





Sebagai contoh, apabila saya mendengar azan dari mua’zzin Masjidil Haram di Makkah Al-Mukarramah,  dengan sekelip mata saya dapat merasai suasana semasa saya melakukan tawaf mengelilingi Ka’abah dalam menunaikan fardhu haji saya pada tahun 1994.  Saya terbayangkan keadaan semasa saya di hadapan Ka’abah.

Saya terdengar seperti saya mendengar suara azan dan suara jama’ah di Masjidil Haram itu.  Saya merasa seperti apa yang saya rasakan; sepi nya, tenteram nya hati saya, gembiranya, sejuk dan panasnya kulit badan saya, tenangnya penafasan saya, letih nya pijakan kaki saya atas batu tail putih itu, sesaknya impetan tubuh saya dengan tubuh jama’ah-jama’ah lain semasa melakukan tawaf itu.

Di sini suara azan yang berkumandang semasa saya di Masjidil Haram telah menjadi satu ’sauh’ (anchor) kepada jaringan-neuro saya.  Tiap-kali terdengar, tiap-kali ia ’meledakkan’ ledakan electro-kimia didalam otak saya, lalu mengirimkan pulse elektrik ke seluruh jaringan-neuro yang menghubungkan sel-sel (yang dipanggil neuron) memori pengalaman silam itu melalui ’synapse’. 

Jalinan atau interconnectiviti ini mengakibatkan pengembalian memori pengalaman silam kita secara sensori yang terukir didalam nya – gambaran nya, bunyian/suara nya, rasa dan perasaan nya.

 


[ gambar synapse and neuron ]

 

Semasa tercetusnya pengalaman silam itu dengan mental-fizikal-emosional nya sekali, ternyata bahwa pengalaman dalaman itu bukan lah satu kenyataan.  Ia adalah satu lambang yang mengaitkan suara itu dengan pengalaman yang telah dikodkan melalui sensori nya. 

Sebagai perbandingan, sekeping menu makanan yang bergambar itu bukanlah makanan nya.  Ia hanya satu representasi untuk mengaitkan makanan itu dengan simbol yang tergambar di dalam menu itu.  Ini lah cara kita menghubungkan pengalaman diluar dengan yang dalam melalui kegunaan bahasa yang bertindak secara ’anchoring’.

Kebolehan menggunakan bahasa dengan baik dan tepat perlu bagi saorang pembicara yang professional.  Sekiranya saorang itu berkemahiran untuk menggunakan perkataan yang tepat dengan maksud yang dapat si pendengar itu padankan dengan apa yang di petakan di minda nya itu, perhubungan nya itu dikatakan kena pada sasaran.  Apabila ini terjadi, si pendengar akan merasa yang, ’Ya, saya faham apa maksud anda itu’ atau ’Ya, itu memang menasabah!’ Kemahiran ini sangat berharga.

NLP mempunyai peta bahasa yang dinamakan Model-Meta.  Perkataan ’meta’ bermakna sesuatu yang lebih tinggi, di atas dan selanjutnya.  Saorang penulis NLP yang bernama Joseph O’Connor katakan bahwa model-meta ini adalah istilah ’mengguna bahasa untuk menjelaskan bahasa.’  Ia menghubung-balik bahasa dengan sesuatu pengalaman itu.

Model-meta ialah salah satu paten yang di kenalkan oleh Richard Bandler dan John Grinder, dua pengasas NLP.  Mereka bermula dengan memerhatikan dua orang therapis yang hebat, Fritz Perls dan Virginia Satir, yang cenderong menggunakan soalan-soalan tertentu untuk mendapatkan atau mencungkil beberapa maklumat daripada pesakit atau pelanggan nya.

Model-meta juga dikatakan sebagai satu bahan teknik yang digunakan untuk memahami apa yang sesaorang itu katakan sepenuh nya.

Struktur Dalaman dan Pemukaan, dan Tiga Penapis Utama

Untuk memahami model meta, kita perlu lihat bagaimana pemikiran kita itu di terjemahkan kepada kata-kata yang kita keluarkan di mulut kita.

Apabila saorang itu di katakan mempunyai idea/pemikiran yang penuh sempurna tentang apa yang ingin dia katakan, sebutkan atau keluarkan, idea/pemikiran nya itu di katakan berada di satu peringkat yang bernama ’Struktur Dalam’.   ’Struktur Dalam’ ini bukanlah berada di tahap sedar.  Ia nya berada di tahap ’unconscious’. Bahkan, bila kita berkata tentang dalam, ’bahasa’ itu sendiri berada di peringkat sangat dalam di dalam neurologi kita.  Sekiranya perbualan itu di luahkan dari ’struktur dalam’, dan oleh sebab ianya mengandungi maklumat yang penuh sempurna, perbualan itu telah memberikan maklumat/jalan cerita/pengalaman yang tepat.  Walaubagaimanapun, perbualan itu mungkin berakhir dengan satu perbualan yang agak panjang lebar.

Apabila kita singkatkan idea/pemikiran penuh sempurna ini dengan menterjemahkan nya dengan kata-kata yang telah di ringkaskan,  ringkasan idea/pemikiran ini dikatakan berada di peringkat ’Struktur Pemukaan’.   Banyak detail telah hilang dari asal nya.

Untuk berubah mengalih dari ’struktur dalam’ ke ’struktur pemukaan’ kita boleh lakukan tiga perkara ini;

 

·         [Hapus]

o        Ambil sebahagian maklumat dari ’struktur dalam’ itu sambil meninggalkan atau menghapuskan sebahagian banyak yang lain.

·         [Putarbelit]

o        Keluarkan idea/cerita baru yang lebih mudah dari ’struktur dalam’ itu.  Dengan itu kita rosakkan atau putarbelitkan maklumat dan maksud jalan cerita idea/pemikiran asal nya.

·         [Am/Menyeluruh/Generalisasi]

o        Terjemahkan maklumat dari ’struktur dalam’ itu secara menyeluruh menjadikan nya sebagai maklumat am.

 

 


 

 

Jadi, apakah penjelasan ketiga-tiga penapis yang dimaksudkan itu?

Penghapusan (‘Deletion’)

Saorang yang menggunakan istilah penghapusan (‘deletion’) ini, amat perihatin dengan pilihan kata-kata dalam tuturkata dan perbualan nya (atau pengalaman nya) untuk dijadikan bahan perbualan dengan orang lain.  Justru dengan sedemikian rupa perbualan nya akan terbatas pada maklumat atau jalan cerita yang telah di pilih dalam perbualan nya. Yang lain dia akan potong, buang atau elak dari disebutkan.  Jadi, disini kita boleh lihat dan dengar bahwa sebahagian dari maksud perbualan itu akan di hapuskan atau terhapus.

Contoh:

Ramli melaporkan, “Projek ini telah berjalan dengan baik sebab batu-tanda atau milestone nya telah tercapai.” Namun, Ramli telah mengelakkan dari melaporkan yang kos projek itu telah naik melambung tinggi dan pada saat ini ianya telah melebihi bajet yang telah di peruntukkan oleh syarikat nya.

Putarbelit (‘Distortion’)

Apabila saorang itu mencipta satu makna atau maksud yang tidak semestinya benar dari kata-kata, cerita, mahupun tindakan orang lain yang telah ia berhubung itu, dia telah menggubah satu cerita atau pengalaman yang telah di ‘distort’kan.  Biasanya penggubahan cerita atau maksud jalan cerita (atau pengalaman) ini dibuat tanpa berdasarkan dengan sebarang bukti yang lengkap.  Gambaran pengalaman nya terus berubah dan di isikan dengan tambahan-tambahan yang tidak berasas. Kadangkala ianya penuh dengan anggapan dan syak sahaja.  Namun demikian, dia mempercayai nya sebagai suatu yang benar.

Contoh: 

Richard memasuki sebuah restoran dibandar Grand Junction, Colorado, Amerika Syarikat, lalu duduk di meja No 3.  Sementara menunggu order makanan nya sampai, dia melihat ada tiga orang yang tidak dikenali duduk dua meja disebelah kiri nya, di meja No 5.  Mereka sedang berbual-bual sesama sendiri dengan riang sambil tertawa.  Apabila Richard mengerling matanya sambil melihat dan mendengar ketertawaan mereka itu, Richard rasa marah sebab dia ’percaya’ bahwa mereka sedang bercakap tentang diri nya. Dan Richard rasa yang mereka telah menjadikan dirinya itu sebagai bahan tertawa.  Peliknya Richard merasa begitu sungguhpun dia tidak mendengari dengan jelas perbualan mereka itu.  Apa benar kah tanggapan Richard itu?  Hairan?  Tapi benar, sebab Richard sendiri membuat pengakuan itu.  Apabila ditanyakan kenapa dia bertanggapan seperti itu?  Dia kata dia tidak tahu.

Am / Menyeluruh/ Generalisasi – (‘Generalisation’)

Apabila saorang itu mengatakan sesuatu dengan anggapan dan kepercayaan yang perkara yang dikatakan itu benar, benar berlaku dan benar pada keseluruhan nya, tidak ada apa perkara yang tertinggal,  tanpa menyelediki nya dengan dalam, tanpa mempunyai maklumat yang tepat dan yang sempurna, apakah yang telah ia lakukan?  Ia sebenar nya telah jadikan perkara atau kejadian itu secara am, dengan mengeneralisasikan nya. 

Cuba perhatikan, apakah akibat nya dan apakah yang akan berlaku sekiranya sesuatu perkara itu anda memukulrata dengan kurang tepat? Dan lagi teruk kalau ianya salah! Sudah tentu makna atau maksud sesuatu perkara/kejadian itu akan tersasar dan akan menimbulkan salah faham dan mungkin pertelingkahan, pergaduhan, penjejasan didalam perhubungan harian kita dan tentu juga perhubungan dalam perniagaan kita.  Kalau dalam perniagaan, sudah tentu akibat nya adalah kerugian dalam jual-beli itu sendiri.  Dan mungkin juga kejatuhan reputasi syarikat, yang impak nya pada jangka-masa pendek dan jangka-masa panjang adalah penjejasan perniagaan itu juga.

Apabila kita renungkan, tiap kali kita mengeneralisasikan sesuatu, kita sebenarnya menunjukkan yang kita kurang pasti, ada keraguan didalam hati kita.  Mungkin ianya benar dan mungkin ianya salah juga.  Timbul rasa ragu.  Secara tak langsung, kita bina satu tembok psikologikal didalam diri kita mengenai peraturan dan kepercayaan kita terhadap perkara itu. Tembok keraguan!

Perkataan yang sering digunakan oleh orang yang mengeneralisasikan sesuatu termasuk: semua, tidak pernah, tiap kali, dan selalu. 

Contoh:

“Saya tahu saya selalu membuat orang lain marah dalam mesyuarat itu.” 

Tidak pernah sekali pun isteri saya menyediakan makanan yang lazat untuk saya.” 

“Bapa saya tiap kali marah saya.” 

“Saya percaya semua orang didalam pejabat ini tidak suka pada saya.”

 

Peralihan dari ‘struktur dalam’ ke ‘struktur pemukaan’ yang berlaku dalam sesuatu perbualan atau komunikasi itu terjadi apabila sebahagian besar maklumat yang terdapat di peringkat para-sedar ‘struktur dalam’ itu telah di amkan, di putarbelitkan, atau di hapuskan (lihat gambar rajah di atas) .

Lazimnya ini lah yang kita lakukan.  Sungguhpun ianya kelihatan mudah dan ringkas, keringkasan itu kadangkala mendatangkan masaalah bagi kita dalam memahami diantara satu sama lain.  Keringkasan itu juga mengakibatkan peta-minda yang kurang sempurna dalam proses kita berfikir. Bayangkan lah apabila kita lazim berfikir dengan peta-minda yang kurang sempurna, kurang baik keadaan nya, dan kurang tepat, bagaimanakah kita boleh mengembangkan kebijaksanaan kita dalam daya kita memikir?  Peta yang sempurna memerlukan maklumat yang sempurna.  Cacatnya peta-minda kita kerana kekurangan maklumatnya, maka kurang lah kekuatan daya kita berfikir dengan tepat? 

Apakah perlu kita mengembalikan maklumat yang telah hilang itu?  Kalau perlu, bagaimana untuk mengembalikan nya?

Untuk mengembalikan maklumat-maklumat yang telah hilang dari ‘struktur dalam’ itu, kita gunakan soalan-soalan model-meta. Rangkaian soalan model-meta ini dapat mengeluarkan informasi khusus supaya kita memperolehi fahaman dan pengertian yang lebih baik dalam komunikasi kita.  Justru itu kita dapat mengembangkan peta-minda kita dengan maklumat yang lebih tepat dan sempurna.

 

Contoh. 

Bayangkan penerangan [1] yang di anggap berada di peringkat ’struktur dalam’, manakala penerangan [2] adalah ’struktur pemukaan’.

 

·         [1] Saorang budak lelaki berumur enam tahun telah jatuh dari bangku kayu di bilek makan di rumah nya dan telah mendapat luka dibawah dagu nya.  Lukanya berdarah. Kulit dibawah dagu nya terkoyak panjang satu setengah inci.

 

·         [2] Budak itu di timpa kemalangan.

 

Di sini kedua-dua ayat itu mempunyai maksud yang agak sama, namun yang pertama memiliki lebih banyak maklumat tentang kejadian itu dan lebih spesifik.  Kita boleh sampai ke ayat yang kedua itu bertahap tahap dengan meninggalkan atau menghapuskan sebahagian maklumat, ataupun mengubahkan cerita nya itu dengan menggunakan kata am seperti ’kemalangan’.

Cuba anda bayangkan ayat [2] di dalam minda anda.  Apakah yang akan anda lihat didalam fikiran anda itu?

Bandingkan pula dengan ayat [1].  Apakah yang anda lihat sekarang dikacamata minda anda?

Berbeza bukan?  Pasti ayat [1] memberikan anda gambaran yang lebih jelas dan sempurna tentang kejadian kemalangan itu bukan?

Ini lah dia cantik nya sekira kita boleh mencungkil keluar maklumat yang telah lesap dari ayat-ayat perbualan kita itu. 

Soalan Model-Meta

Setelah kita kenalpasti penapis bahasa yang digunakan oleh sesaorang, kita baru lah boleh mengatur soalan-soalan yang lebih tepat.   Soalan yang tepat akan menambahkan pengertian kita terhadap perkara berkenaan itu.  Soalan-soalan ini di namakan soalan model-meta. Antara lain, soalan tepat yang kita berikan dapat membantu kita untuk;

·         Mendapat keterangan lebih terhadap sesuatu.

·         Mengumpul lebih maklumat supaya dapat menambah pengertian sesuatu.

·         Mengumpul lebih maklumat agar dapat mengisikan apa yang tertinggal.

·         Menjelaskan maksud sesuatu perkara, dimasa bukti-bukti sesuatu perkara itu telah di rosakkan, di putarbelitkan atau di selewengkan (’distort’) dari maksud yang sebenar.

·         Mengenalpasti kekurangan dalam maklumat yang diterima itu.

·         Menawarkan lebih pilihan (idea,pengertian dll) dan ketepatan bagi maklumat yang telah di amkan (generalisasikan) atau dikaburkan (sebagai contoh).

 

Untuk lebih perihatin dengan soalan-soalan model-meta ini, dibawah ada beberapa contoh rangkaikata dan soalan model-meta yang boleh anda gunakan sebagai bahan pencungkil maklumat dan penerang peta-minda kita.

 

PENAPIS  - CONTOH

Contoh rangkaikata yang di guna

 

Soalan-soalan yang di berikan  (Model-Meta)

Rumah itu telah di bina

Siapa sebenarnya bina rumah itu?

Mereka datang nak dapatkan aku.

Siapa mereka itu?

Kejiranan ini telah di ranapkan.

Siapa yang meranapkan? Apa yang telah ranap?

Semua telah di siapkan.

Apa yang telah siap?

Dirinya terluka.

Bagaimana diri nya boleh terluka?

Dia telah menolong saya.

Khususnya, bagaimanakah dia menolong anda?

Saya uruskan mesyuarat itu dengan teruk.

Teruk banding dengan apa?

Sabun pencuci jenis X itu lebih baik.

Baik bandingkan dengan apa ?  Penilain apakah yang anda gunakan?

Saya saorang yang pentingkan diri sendiri.

Siapa kata?

Dengan standard penilaian apa yang anda nilai diri anda sebagai orang yang pentingkan diri sendiri?

Jelas, orang itu adalah calon yang tepat.

Jelas pada siapa?

Ingatan saya semakin teruk.

Apa maksud anda dengan ingatan anda itu semakin teruk? Apa masaalah sebenarnya (khususnya) untuk anda mengingat? 

Ini cara saya dan inilah diri saya. Saya tak boleh ubah lagi.

Apa akan terjadi kalau anda ubah? atau

Apa yang menyekat diri anda dari berubah? atau

Bagaimana anda menyekat diri anda dari merubah?

Saya mesti mendahulukan orang lain.

Apa akan terjadi kalau anda tidak ?

Kau tak sepatutnya berbual dengan orang itu.

Apa akan terjadi kalau dia lakukan?

Makanan Cina rasa tak sedap.

Makanan Cina yang mana satu?  Semua kah?

Pelakun-pelakun adalah orang yang menarik.

Pelakun yang mana?  Siapa?

Saya tak akan dapat buat sesuatu pun dengan betul.

Anda tak pernah buat satu pun dengan betul?

Bolehkah anda ingatkan kembali satu masa dahulu yang anda lakukan sesuatu itu dengan betul?

Sarah tak pedulikan lagi tentang ku.

Bagaimana kau tahu yang Sarah tak pedulikan tentang kau?

Saya boleh tahu lah, yang dia tak sukakan hadiah yang saya berikan pada nya.

Bagaimana anda tahu?

Kau tak cakap dengan aku, pasti kau bencikan aku.

Bagaimana kah kau samakan ’tak cakap dengan kau’ bermakna = ’dia benci pada kau’?

 

Model-Meta Dan Tahap Neurologikal

Model-meta juga ada hubungan dengan tahap logikal (’Neurological/Logical Levels’).  Tahap-tahap neurologikal ini memberikan gambaran kategori-kategori maklumat yang tertentu yang terdapat dalam sesebuah komunikasi itu.  Ianya di kenalkan oleh Robert Dilts berdasarkan dengan model perubahan Gregory Bateson.

Apabila saorang itu mengeluarkan sesuatu perkataan seperti contoh ayat dibawah ini, ia mencerminkan tahap-tahap logikal yang orang itu miliki.  Menurut Robert Dilts, penekanan pada perkataan tertentu dalam ayat semudah ini boleh memberi kita isyarat, dimanakah (pada tahap logikal apa kah) yang kita harus tumpukan perhatian kita apabila berhadapan dengan sesuatu masaalah yang timbul?  Mengetahui kelima-lima tahap ini membolehkan kita memahami sesaorang itu, mengatasi masaalah-masaalah yang wujud dan meunmpukan pada tahap yang berkenaan (identiti? Kepercayaan? Kebolehan? Perilaku? Persekitaran?).  Contoh nya, jika didapati bahwa penekanan sesaorang itu adalah pada perkataan ’tak boleh’ maka tumpuan kita seharusnya berfokus kepada kepercayaan diri orang itu.  Bertindak lah selari dengan pengetahuan itu. 

Mari kita lihat bagaimana serangkai kata ini boleh di bahagikan kepada tahap logikal yang dimaksudkan.

Contoh:

’Saya tak boleh lakukan itu di sini.’

 

Pecahan Pada Tahap-Tahap Logikal:

’Saya’

adalah penekanan pada peringkat identiti (pengenalan).

 

Siapa yang boleh melakukan kerja ini, atau apakah yang anda boleh lakukan?

’tak boleh’

mengaitkan pada peringkat kepercayaan.

 

Kenapa, faktor apakah yang penting untuk membantu anda meneruskan.

’lakukan’

adalah penekanan pada peringkat kebolehan.

 

Bagaimana, apakah anda perlukan kemahiran atau pengetahuan yang lebih untuk meneruskan.

’itu’

mengaitkan dengan peringkat perilaku

 

Tindakan apa yang boleh di lakukan oleh orang itu?  Adakah perilaku itu mengandungi niat yang positif dan berkaitan dengan pembangunan diri?

’di sini’

menekankan pada peringkat persekitaran.

 

Dimana, bila atau dengan siapa, anda boleh mengambil tindakan?  Dimana anda perlu bekerja?  Waktu apa dalam satu hari itu yang paling baik?  Dimana anda perlu berada untuk membantu anda mengerjakan tugas itu?

 

 

 

Intipati Model-Meta (Dari Kacamata Sebuah ‘Movie’ Minda)

Intipati model-meta ini terletak pada istilah jejak pemaparan nya (’tracking representational’ ).  Kita gunakan perkataan sebagai simbol.  Simbol ini melambangkan satu rujukan silam.  Jelas, ia tidaklah wujud pada masa ini.  Kita hanya gunakan nya untuk mengimbas kembali melalui jejak-jejak pemaparan nya di minda kita. (rujuk pada penerangan mengenai sistem pemaparan sensori minda di atas)

Kita lakukan di dalam layaran tayangan movie dalaman minda kita.  Ini adalah satu andaian (’metaphor’) asas NLP.  Kita mempunyai kebolehan untuk mengambil sepatah kata itu lalu menjejaki nya (’track’) di layar mental kita, dan memaparkan nya/mengimbaskan nya kembali.  Apabila perkataan (atau rangkaian perkataan itu, mahupun pengalaman) itu tertubuh-baik, ia akan mengupayakan kita untuk mempetakan kembali pengalaman itu dengan tepat sebagai satu representasi sinematik yang cukup dan sempurna.

Sebaliknya, bila kita tidak berupaya untuk jejak kembali perkataan itu sejelas yang kita perlukan (maksudnya ia berbentuk pudar, kabur, samar-samar) dengan detail nya, maka ’tayangan’ movie minda kita itu tidak sempurna atau cacat-bentuk nya.  Maka kita terpaksalah buat pilihan samada kita, (1) mengisikan nya dengan banyak details yang perlu untuk menyempurnakan ’movie’ kita atau (2) biarkan nya menjadi satu movie yang serba kekurangan.

Satu cara untuk mengatasi masaalah peta-minda yang cacat, serba kekurangan, tak bertenaga, tidak resourceful, adalah dengan menguji jejak (’track’) representasi nya dengan menggunakan paten model-meta yang telah kita bincangkan diatas ini. 

Bagaimana?  Perhatikan pada katanama dan katakerja yang digunakan dalam ayat-ayat perbualan nya.

Katanama yang berdasarkan dengan sensori adalah perkataan yang paling mudah untuk di jejak didalam minda kita.  Penuhkan dengan soalan-soalan mencungkil ciri-ciri sensori nya (kelihatan, kedengaran, rasa dan perasaan).

Katakerja pula amat menarik untuk di jejak di minda kita.  Tanyakan, adakah tayangan movie mental kita ini penuh dengan gerakan, aksi nya?  Apakah ia nya hanya statik, berdiam diri saja? Untuk memperkayakan tayangan minda kita, kita perlu lah perhatikan katakerja yang digunakan itu.  Adakah ianya penuh dengan ’action’?  Kita mahu movie kita itu boleh di lihat, di dengar, di rasa, di bau dan sedang berlakon, bergerak, berubah atau membuat sesuatu.  Tanyakan soalan-soalan terperinci seperti;  Apa yang dia buat, yang dia sedang lakukan?  Di mana dia bermula? Bila masa ia berakhir?  Apakah kualiti lakonan atau ’action’  nya itu?

Soalan model-meta juga membolehkan kita untuk mengedit dan mengarah tayangan movie dalaman kita dengan lebih baik dan tepat lagi.  Bagaimana kita tahu bila nak tanyakan soalan, dan bila kita boleh putuskan yang maklumat yang telah kita dapati mencukupi?  Kita boleh terus menjejak (’track’) movie nya itu dengan menguji kesempurnaan nya - apa yang kita lihat, dengar, rasa, bau, dan terus bertanyakan hingga kita memperolehi maklumat yang lengkap dan pada masa yang sama kita terus mengedit movie minda kita itu.

Satu kemahiran model-meta yang amat perlu adalah membezakan di antara maklumat yang berdasarkan sensori dan maklumat abstrak.

Di bawah ini ada di sertakan contoh model-meta yang terbahagi pada soalan-soalan nya, tujuan nya dan cara nya;

 

PENAPIS – Penghapusan

Contoh bahasa yang di gunakan

 

Soalan-soalan yang di berikan / Tujuan nya

Mereka tidak mendengar pada ku.

 

Secara khusus, siapakah yang tidak mendengar pada kau?

Siapakah sebenarnya yang tidak mendengar pada kau?

 

Tujuan nya

Mendapatkan balik kata penghapusan itu.

 

Orang-orang menyorong ku kesana kemari.

 

Siapa sebenarnya yang menyorong kau?

Tujuan nya

Menjelaskan index rujukan yang dihapuskan itu.

 

Dia lebih baik.

 

Lebih baik dari siapa?

Lebih baik tentang apa?

Berbanding dengan siapa atau apa?

Dengan menggunakan kriteria apa?

Tujuan nya

Mendapatkan balik dan menjelaskan standard, kriteria, peraturan, kepercayaan dalaman yang di hapuskan dalam membuat perbezaan.

 

Saya tak suka orang-orang yang kurang jelas.

 

Kurang jelas tentang apa dan dengan cara apa?

Tujuan nya

Menjelaskan pandangan orang ini tentang sense ’kurang jelas’ itu.

 

Saya rasa benar-benar di permainkan.

 

Di permainkan dengan cara apa dan bagaimana?

Tujuan nya

Menjelaskan tindakan yang dikenakan itu.

 

Itu bagus.

 

Secara khusus, aspek apa yang sebenarnya bagus?

Tujuan nya

Menjelaskan rujukan nya.

 

 

Dia buat saya marah.

 

Dalam cara apakah dan bagaimana?

Tujuan nya

Menjelaskan bahan yang mencetuskan perasaan marah itu.

 

Pelanggan boleh menjadikan kita susah.

 

Pelanggan yang mana? Bagaimana ia nya boleh jadi susah?

Tujuan nya

Menjelaskan kata-kata penyeluruhan nya.

 

Tujuan:

Untuk mengumpulkan maklumat tambahan supaya dapat penerangan yang jelas.

Bagaimana:

Bertanya atau menyoal untuk mendapatkan lebih maklumat. Contoh; ”Tolong beritahu saya, maklumat lain apakah yang anda ada? Dimana? Bila? Bagaimana? Siapa?” Gunakan juga perkataan seperti, ”khususnya, yang tepat, yang spesifik, yang sebenarnya.”

 

PENAPIS – Perosak/Putarbelit (Distortion) – Menukar Maksud

Contoh bahasa yang di gunakan

 

Soalan-soalan yang di berikan / Tujuan nya

Abang tak sukakan saya.

 

Bagaimana awak tahu saya tak sukakan awak?

Apa bukti yang membuat awak kata awak tahu yang saya begitu?

Tujuan nya

Mengembalikan sumber maklumat yang digunakan untuk membuat kesimpulan itu.

 

Kau buat aku sedih.

 

Bagaimanakah perbuatan aku ini buat kau respon dengan perasaan sedih?

Kau selalu kah rasa sedih bila aku buat ini?

Secara khusus, bagaimanakah ini berlaku?

Tujuan nya

Kembalikan pengertian tentang pandangan nya terhadap sebab-akibat (cause-effect) nya.

 

Dia selalu menengking ku...dia tak sukakan aku.

 

Bagaimanakah kau sama kan perbuatan dia menengking itu dengan makna dia tak sukakan kau?

Bolehkah kau imbas kembali satu masa dahulu yang kau menengking saorang yang kau tak suka?

Tujuan nya

Kembalikan proses bagaimana dia menyamakan satu perkara itu dengan perkara yang lain.  Tanyakan dengan equation makna/maksud. (tengking=tak suka)

 

Duduk dalam majlis makan malam syarikat di sebelah Pengarah Pengurusan bermakna anda akan di naikkan pangkat.

 

Bagaimana ini boleh menjamin kenaikan pangkat anda itu?

Tujuan nya

Kembalikan pengalaman sebenar dari tanggapan yang tidak tepat.

 

Kata-kata ayah buat saya marah.

 

Bagaimanakah kata-kata ayah itu menjadikan kau marah?

Tujuan nya

Kembalikan kata-kata sebab-dan-akibat dengan lebih jelas.

 

Tujuan:

Untuk menentukan maksud yang tersirat.

Bagaimana:

Bertanya dengan mengaitkan bagaimana anda tahu dan apakah bukti yang menentukan nya.

 

 

PENAPIS – Generalisasi / Menyeluruh/ Am

Contoh bahasa yang di gunakan

 

Soalan-soalan yang di berikan / Tujuan nya

Dia langsung tak pernah mendengar pada ku.

 

Langsung tak pernah ke?

Dia tak pernah mendengar kau walau sedikit pun?

Tujuan nya

Mengembalikan keperincian tentang proses itu dan memberikan contoh berlawanan.

 

Saya mesti menjaga nya.

 

Apa yang akan terjadi kalau anda lakukan nya?

Apa yang akan terjadi kalau anda tak menjaga nya?

Tujuan nya

Mengembalikan detail tentang proses itu dan memberikan contoh berlawanan.

 

Saya tak boleh beritahu dia yang benar.

 

Apakah yang tidak akan berlaku kalau anda tidak memberitahu nya?

Anda mesti kah?  Kalau tidak?

Tujuan nya

Mengembalikan detail tentang proses itu dan memberikan contoh berlawanan.

 

Menjadi kurang selaras itu tak bagus.

 

Siapakah yang menilainya sebagai tak bagus?

Menurut kriteria standard apa?

Bagaimana anda menentukan sedemikian?

Tujuan nya

Mengembalikan sumber idea atau kepercayaan – standard yang digunakan.

 

Mari perbaiki komunikasi kita.

 

Komunikasi siapakah yang anda maksud kan?

Bagaimanakah anda mahu berkomunikasi?

Tujuan nya

Mengembalikan proses nya dan ciri-ciri yang telah hilang.

 

Semua yang dibuat, jalan dengan tak betul.

 

Semua kah? atau hanya sebahagian saja?

Tujuan nya

Mengembalikan maklumat terperinci dari kata-kata menyeluruh itu (generalisasi).

 

Ini selalu berlaku.

 

Selalu kah? Atau kadang-kadang?

Tujuan nya

Mengembalikan maklumat terperinci dari kata-kata menyeluruh itu (generalisasi).

 

Tujuan:

Untuk mengelakkan dari menentukan batas menyeluruh yang di bentukkan pada diri nya.

Bagaimana:

Bertanya untuk menentukan kalau ianya berlaku tiap kali, selalu.  Gunakan, selalu kah? Tiap kali kah? Apa akan berlaku selanjutnya? Apa yang menghalang anda?

 

Nilai Model-Meta

Model-meta membolehkan kita memeriksa dan menyelidiki peta dan movie yang di cetuskan.  Memberi kita keupayaan untuk memastikan yang dia tertubuh-baik dari segi semantik nya (makna nya).  Kita boleh juga uji dalam segi pembinaan nya, corak nya, dan kegunaan nya.  Kita boleh QC nya dan pastikan ia boleh bantu kita menjalani semua aspek hidup kita dengan menggunakan bahasa yang tepat dan pemikiran yang jelas.  Kalau kita rasa imbasan gambar, suara, rasa di tayangan minda kita itu kecil kita bolehlah perbesarkan. Kalau dia lapok kita bolehlah update dan perbaharukan.  Kalau dia buruk dan tak berguna kita bolehlah menukarkan dan memperkayakan nya.

Model-meta fokus pada perhatian-perhatian pragmatik seperti;

·         Adakah peta kita memimpin atau mendorong kita ke arah yang kita mahu tujukan? (perhubungan sehat,  maju dalam kerjaya, kebolehan untuk capai sasaran penting, - kesihatan peribadi – bantu dalam konflik)

·         Apakah peta minda kita mempunyai struktur yang selari dengan pengalaman kita di luar?

·         Apakah kita cukup fleksibel dan terbuka, agar membolehkan kita sentiasa update/perbaiki peta kita selagi keadaan kita berubah?  (Peta yang rigid akan jadi lapok dan kurang munafaat nya.)

·         Apakah peta minda kita membuka jalan untuk kita menjelajahi ruang yang ingin kita masuki secara efektif? (Kita uji ekologinya, bagaimana efektif peta kita itu.  QC nya supaya ekologi nya seimbang pada diri kita dan lain-lain faktor penting bagi pembangunan-sehat diri kita. )

·         Apakah peta kita ini membolehkan kita mengukur dan memuhasibah peta kita itu sendiri?  Ini menjadikan proses mempeta ini sebagai satu sistem terbuka yang senantiasa berupaya untuk merubah bentuk ke tahap kesempurnaan diri.

 

Kesimpulan

Tiga penapis utama yang disentuh diatas ini menunjukkan bagaimana struktur bahasa itu memainkan peranan mempengaruhi cara kita berfikir dan berkomunikasi.  Dengan mempelajari teknik kupasan bahasa, kita sekarang dapat membantu diri kita untuk mencorakkan peta-minda yang lebih sempurna dan tepat dalam perhubungan kita. 

Perantaraan bahasa yang kita gunakan secara para-sedar ini terbahagi pada dua struktur; struktur dalaman (jalan cerita/pengalaman yang sempurna) dan struktur pemukaan (jalan cerita/pengalaman yang telah terjejas kesempurnaan nya). 

Apakah kenderaan yang kita gunakan untuk menutup jurang perbezaan struktur ini?  Kita gunakan satu ’bahtera’ bahasa NLP yang dinamakan model-meta.

 

Selamat mencuba dan selamat maju.

 

M Nasser Ismail,ACMC

Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)

Personal & Executive Coach

 

Email: mnasserismail@yahoo.com.au

 

Rujukan:  Dr Michael Hall, Manual for the Brain Vol 1, Robert Dilts – Modeling with NLP, Joseph O’Connor – Introduction to NLP

 




 


 
  Today, there have been 13 visitors (36 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.