To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Swish
 




PATEN ‘S-W-I-S-H’





0----------------------->--------------------------->------------------------------------->

 

 


Paten ‘S-W-I-S-H’ ini amat berkesan apabila kita ingin menjuruskan (‘directionalise’) pemikiran kita (lebih-lebih lagi pemikiran 'sub-conscious' diri kita)  dari yang kurang resourceful, yang tidak progresif, yang menghancurkan semangat kita, yang melemahkan diri kita, yang menggerunkan keadaan diri kita, yang merendahkan harga-diri kita, yang melemahkan konfiden kita …gambaran-gambaran minda yang telah bermain-main didalam kepala kita…yang mengganggu kita….(sebagai contoh)… dan terus kepada diri kita yang amat hebat..resourceful…progresif…semangat tinggi ….kuat… berani… tinggi harga-diri …. ber konfiden…. tinggi konsentrasi …. tinggi taraf khusyu’ …. dan lain lain lagi.

Di sini kita gunakan contoh memperbaiki ‘harga-diri’ dengan paten SWISH ini.

 

Proses nya adalah seperti berikut;

 

1.     Kenalpastikan imej isyarat (“cue”) anda.

    1. Ingatkan kembali satu masa dalam kehidupan anda semasa anda merasa harga-diri anda itu terjejas dan terlalu rendah. Dimasa itu juga anda rasa bahwa anda tidak dapat melakukan sesuatu dengan sebaik boleh yang anda sepatutnya dapat lakukan. Ataupun anda rasa cemas dengan apa yang akan terjadi pada diri anda pada masa hadapan (anxiety), dan keadaan ini boleh membuat anda merasa kurang selesa dan kadangkala merasa putus harapan.
    2. Sekarang, berikan peluang untuk anda berada (didalam pemikiran anda) semasa itu, semasa ianya terjadi. Renungkanlah dan lihatlah apa yang anda dapat melihat didalam panggong tayangan minda anda itu, dengarlah apa yang anda dapat dengarkan, dan rasalah apa yang anda rasakan dimasa itu.
    3. Biarkan perasaan anda itu menjadi intense/kuat apabila mengenang peristiwa itu kembali. Dan semasa perasaan anda itu bertambah kuat lagi, perhatikanlah bahagian-bahagian tubuh badan anda dan perhatikanlah yang mana satu yang merasakan nya..yang intense.
    4. Dengan kesedaran ini, mulakan lah dengan memerhatikan apa yang anda nampak dengan mata-hati atau mata-minda anda itu dan sedarilah apa yang anda melihat dan mendengar berkaitan dengan perasaan itu.
    5. Kalau anda fikirkan, imej yang anda lihat agak terasa menasabah bagi anda dan mungkin juga tidak. Perhatikan lah.
    6. Perhatikan juga yang anda mungkin mendengar sesuatu, sesuatu yang berkata pada anda ataupun sesuatu yang anda katakan yang telah menambahkan perasaan kurang selesa atau perasaan buruk itu.
    7. Sekarang berikan kuasa dalaman diri anda untuk ketepikan sahaja imej itu buat sementara. 

2.     Alihkan Perhatian (Break state)

    1. Kemudian, sebutkan nombor talipon anda dengan lantang.
    2. Sekarang sebutkannya terbalik...dari angka akhir ke angka awal.

3.     Rekakan Imej-Diri Anda Yang Resourceful

    1. Sekarang, ambil lah sedikit masa untuk anda rekakan satu imej diri anda ...dihadapan muka anda. Anda bertanya di dalam hati anda, ”Bagaimana kah saya akan kelihatan sekiranya saya telah dapat menghuraikan isu tersebut...isu yang telah menjejaskan sifat harga-diri saya ini?”
    2. Yang anda rekakan ini adalah diri anda pada masa hadapan anda’your future self’. …Diri anda yang telah menyelesaikan segala isu-isu berkenaan….Diri anda yang mengetahui bahawa anda akan berjaya sebab dia (diri ‘future-self’ anda ini) telah pun berjaya….Diri anda yang telah mengalami segalanya yang anda sendiri telah mengalaminya dan mungkin lebih dari itu juga. Dia (diri ‘future-self’ anda ini) mengingatkan diri anda dengan penuh kesayangan dan kemesraan dan baik budi pekerti, dan tahu dan yakin yang anda akan berjaya.
    3. Lihatlah pada diri anda yang hebat ini dihadapan muka anda ini … besar, terang dan jelas, berwarna dan yang mempunyai berbagai resource untuk menangani isu yang telah menghalang diri anda....Diri anda yang mempunyai bermacam pilihan….Diri anda yang hebat sungguhpun tidak perfect atau sempurna, dan juga yang mempunyai sikap lucu berlawak.
    4. Yang penting juga, perhatikanlah bahawa diri anda rasa tertarik dengan nya dengan tarikan yang kuat dan hebat. Hanya memandang kepada nya sahaja, anda rasa seperti anda betul-betul mahu menjadi diri nya itu.
    5. Sekiranya anda tidak merasakan tarikan nya kuat dan hebat, ambillah sedikit masa untuk membuat imej ini lebih nyata dan hebat…bayangkan yang anda saorang editor yang mahir….jadikan imej itu lebih besar, lebih terang dan jelas, berwarna dan bergerak seperti didalam movie.
    6. Tanyakan diri anda, “Sekiranya imej saya yang hebat ini sungguh hebat dan mengancam (yakni penarikan yang amat kuat), bagaimanakah rupa bentuk nya yang dapat saya lihat dengan kedua biji mata saya sendiri?"
    7. Ok sudah? Dan sekarang anda dapat merasakan yang anda tertarik kuat untuk menjadi diri masa-depan (‘future’) anda, dan perhatikan bibir anda mula menggerakkan kata-kata anda dengan nada yang jujur dan ikhlas, yang berkata, “Saya rasa senang dengan diri saya.” Dengarkan lah perkataan ini berputar keliling kepala anda dengan bergema berkali kali mengelilingi kepala pemikiran anda.

 

4.     Latih Membesarkan Imej-Diri Resourceful Anda

    1. Sekarang, capai imej hebat baru anda ini, jadikannya se-titik (dot) bulatan kecil berkilauan terapung di ruang berhadapan dengan muka anda.  
    2. Kemudian, benarkan titik kilauan ini berkembang besar…menjadi lebih besar sehinggakan menjadi saiz penuh di hadapan muka anda …yang mana anda dapat melihat diri hebat anda sekali lagi dihapan muka anda…besar, jelas dan terang, bercahaya muka anda dan berwarna pula dengan warna yang memerangsangkan diri anda.
    3. Dan bukan itu sahaja, malahan anda juga dapat mendengar kata-kata murni anda dengan penuh ke-ikhlasan berkata, “Saya rasa senang dan indah tentang diri saya.”  Perkataan ini terus didengari mengelilingi kepala pemikiran anda dan merasa nya lebih memerangsangkan diri anda.
    4. Kemudian, anda ‘blank’ kan skrin movie mental anda seperti di panggong wayang apabila skrinnya terus digelapkan.
    5. Ulangi proses ini beberapa kali hingga ianya menjadi otomatik.

 

5.     Letakkan Imej-Diri Resourceful Titik Berkilauan Anda Kedalam Imej 'Cue'

    1. Sekarang letakkan titik bulatan berkilauan bercahaya ini di tengah-tengah imej 'cue' yang telah anda lakukan di permulaan proses ini (langkah 1).

6.     ‘Swish’ Imej Anda

    1. Sementara imej yang buruk/kurang senang itu mula pudar dan menghilang dari gambaran anda…menjadi lebih kecil … hapus dari pandangan mata-hati/minda anda ini…titik diri anda yang hebat ini dengan gerak kilat menjadi besar dan membesar dan terang dan bercahaya dan berwarna ..dan ..s-w-i-s-h..diri hebat anda terus menyelubungi dan menghambat imej yang buruk itu hinggakan ianya memenuhi pandangan mata minda anda..hinggakan anda hanya dapat melihat diri hebat anda sahaja dalam pandangan anda dihadapan anda. Sebagai saorang Islam, anda terus mengucap, “Subhanallaah..Maha Suci Allah.”
    2. Sedang anda melihat imej diri hebat anda ini..dengan besar, terang, berwarna, dihadapan muka anda, berkata-kata ia pula, “Saya rasa senang dengan diri saya”…anda juga dengar perkataan-perkataan ini mengelilingi anda dan bergema suara itu..sementara anda membiarkannya menyelubungi diri anda dengan perasaan yang sungguh seronok dan membangun….seperti dimandikan oleh kata-kata manis dan segar diseluruh badan anda dan membersihkan tubuh-badan anda dengan sempurna. Subhanallaah.

 

7.     ‘Blank’ kan Skrin.

    1. Sekarang ‘blank’ kan skrin minda anda. Terus gelap. Seperti di panggung wayang.

8.     Ulangi 7-10 kali

    1. Ulangilah langkah 4 hingga 6 sebanyak 7-10 kali, dan kali ini buatnya dengan lebih pantas tiap kali….beberapa saat sahaja.

9.     Uji Latihan Anda Ini

    1. Selepas itu, adalah amat penting untuk anda menguji latihan anda ini.
    2. Sekarang anda bermula dengan mencuba memerhatikan perasaan anda apabila anda cuba untuk mengingatkan kembali imej buruk (unresourceful) yang anda alami pada mula latihan ini.  
    3. Sekiranya anda tidak dapat mengembalikan gambaran buruk itu atau merasa payah untuk mengembalikan bayangan buruk anda dahulu itu, anda telah berjaya. Atau setiap kali anda cuba untuk membayangkan kembali memori buruk ini, tiba-tiba atau secara otomatik gambar diri anda yang hebat terlihat kembang besar dihadapan muka anda, dilihat oleh mata-hati atau mata-minda anda.
    4. Sekiranya anda tidak berjaya, ulangilah proses ini hingga segala perasaan dan gambaran itu hilang dan digantikan pula dengan gambaran diri hebat anda itu.

 Sebahagian lain dari kegunaan nya adalah untuk merubahkan tabi'at tabi'at yang kurang membangun, seperti tabi'at gigit kuku jari, kencing malam, merokok, malas belajar dan lain lain tabi'at atau kelakuan diri yang kurang baik atau kelakuan ahli keluarga yang kurang menyenangkan. 

 

 CONTOH - 
"BOSS YANG MENGHAMBAT KEYAKINAN DAN HARGA DIRI ANDA"



LANGKAH MEMULAKAN MENIMBULKAN IMEJ HEBAT ANDA DARI TENGAH




IMEJ ANDA MEMBESAR



IMEJ ANDA MEMBESAR PENUH


 
IMEJ YANG MENGISI RUANG PEMIKIRAN ANDA...BERKATA-KATA HEBAT...



BLANK KAN SKRIN TIAP KALI MENJALANI PROSES.


UJI KAN LAH HASIL ANDA INI. 

SELAMAT MENCUBA.
Wallaahu’alam. Selamat Maju Jaya.





M Nasser Ismail, ACMC
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)
Personal & Executive Meta-Coach (MCF)
 

 


 
  Today, there have been 10 visitors (22 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free