To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Bulatan Cemerlang - 'Circle of Excellence'
 


 

 ‘BULATAN CEMERLANG’ / Circle of Excellence – Proses ‘Anchor’-Diri NLP
 





Cuba
anda fikir ...apakah agaknya yang boleh tercapai sekiranya anda mempunyai sikap dan diri yang lebih yakin, positif, konfiden apabila anda memerlukannya? Perasaan positif (yang telah anda alami dahulu) manakah yang anda mahu mengalami kembali sekiranya anda boleh mengalihkan perasaan itu ke mana saja, samada sekarang ataupun di masa masa akan datang, dan yang anda mahu menggunakan nya? 

Teknik NLP 'Bulatan Cemerlang' ini lah yang dapat menggerakkan diri anda untuk mencapai hasrat anda ini.  Cubalah dengan proses yang tersedia dibawah ini.

  1. Kenalilah dan pastikanlah ‘trigger’ atau cetusan luaran keadaan anda (seperti mimik-muka, gaya badan dan anggota badan, tangan, jari .., kata-kata kesat…, nada suara..) yang buruk, tidak bermenafaat, negatif dan tidak resourceful. Keadaan ini boleh saja tercetus dengan secara ‘visual’ (penglihatan), ‘auditory’ (pendengaran), sensasi, perasaan, bauan atau rasa. 
  2. Kemudian bina satu keadaan resource yang hebat menggunakan teknik ‘Bulatan Cemerlang’. Untuk membuat ‘Bulatan Cemerlang’ ini, lukiskan satu bulatan imaginari dilantai. Ataupun, anda boleh melukiskan satu bulatan dengan menggunakan kapor tulis, bulatan yang cukup besar supaya anda dapat melangkah masuk kedalam nya. Isikan dengan warna atau warna-warna pilihan anda yang sememang menghairahkan diri anda untuk menjadi hebat. Isikan juga, kalau anda inginkan, dengan bunyian yang hebat yang sudah tentu apabila anda mendengarkannya boleh menggerakkan diri anda menjadi hebat. Bagaimana pula dengan bau-bauan yang semerbak? Silakan.
  3. Ingat kembali pengalaman-pengalaman lama anda dimana anda pernah didalam keadaan dan merasa betul hebat, kreatif, teguh atau apa saja keadaan yang resourceful yang anda sendiri terasa sungguh mantap diri dan rasa sungguh cekal.
  4. Jejak masuk kedalam bulatan ini hanya seberapa cepat atau perlahan yang anda inginkan sementara anda mengingati dan meng-akses kembali keadaan yang resourceful ini melalui panca-indera dalaman anda (penglihatan, pendengaran, perasaan). Iaitu, Melihat apa yang anda lihat dengan mata-kepala anda sendiri semasa berada didalam pengalaman itu, Mendengar segala bunyian dan bahasa atau kata-kata yang digunakan, dan sambil mengaitkan diri anda juga pada cara anda membawa tubuh-badan anda (seperti berdiri tegak, rapi, confident dll), penafasan dan emosi anda semasa anda berada didalam memori yang penuh resource ini. * - Sebagai satu perhatian – saorang pemerhati luar dapat melihat perubahan didalam fisiologi anda seperti gerak-geri badan yang baik, penafasan yang mendalam, dan perubahan warna kulit. Sekiranya tidak terdapat perubahan dalam meng-akses memori ini, keadaan resource yang anda telah akses itu samada di-akses dengan tidak berapa baik atau intensiti nya terlalu rendah. Sekiranya ianya terlalu rendah, pilihlah keadaan resource yang lebih baik dari itu sebelum meneruskan proses ini.
  5. Ulangi langkah 4 dengan tambahan keadaan resource anda. Teruskan tambah keadaan resource anda satu demi satu. Apabila anda sudah mengambil resource yang secukupnya, anda bolehlah jejak secara otomatik kedalam keadaan yang sungguh hebat itu apabila anda memasuki bulatan yang telah anda reka ini. Sekarang bulatan inilah yang sebenarnya ‘Bulatan Cemerlang’ anda.
  6. Sekarang, kenang kembali cetusan keadaan yang tidak resourceful itu yang telah anda lakukan pada langkah 1 tadi, dan dengan masa yang sama anda jejak masuk kedalam ‘Bulatan Cemerlang’ anda. Ulangi proses ini pada tiap satu cetusan lama anda. Atau suruh saja pasangan anda untuk memainkan peranan dengan mengembalikan cetusan-cetusan buruk (tak resourceful) itu (seperti mimik muka, gerak badan dan anggota badan, kata-kata, nada suara yang negatif, tidak membangun, hina dll) sementara anda jejak ke-dalam ‘Bulatan Cemerlang’ anda.
  7. Anda juga boleh mencuba, melangkah keluar dari ’Bulatan Cemerlang’ anda dengan merasakan keseluruhan keadaan-keadaan positif, resourceful yang hebat itu ditinggalkan didalam bulatan itu. Rasakan apabila anda membuatnya. Kemudian ulangi dengan memasuki ke ’Bulatan Cemerlang’ anda dan dengan melakukan itu anda dapat merasakan segala perasaan resourceful itu kembali menyerap ke-tubuh badan anda membuat anda kembali pada perasaan hebat dan cemerlang itu lagi. Ulangi proses ini beberapa kali sehingga perasaan segala panca-indera luaran dan dalaman dapat merasakan perbezaan itu.
  8. Sekarang, cuba bayangkan diri anda dimasa hadapan (mungkin esok, minggu depan, bulan depan, ataupun tahun depan) apabila tercetusnya ’trigger’ yang tidak resourceful terjadi pada diri anda. Sebelum movie minda anda ini dan perasaan yang bersampingan dengan nya menjadi lebih negatif lagi, sejurus itu bayangkan kembali dengan seberapa cepat minda anda boleh menarik perhatian anda itu kembali masuk ke ’Bulatan Cemerlang’ anda, lalu bayangkan diri anda dengan penyerapan segala resource-resource diri anda yang pernah anda gubahkan untuk kembalikan anda ke tahap diri yang resourceful serta hebat dan penuh positif. Sudah tentu dengan cara ini keadaan positif anda akan di trigger dan terus berkembang, sebelum trigger negatif itu sempat untuk menghambat diri anda.
  9. Katakanlah pada diri anda perkataan ’Alhamdulillaah’ dan berterima kasihlah pada diri anda yang telah membantu diri anda sendiri untuk kembali ke keadaan hebat dan cemerlang dengan sekelip mata.
  10. Didalam pattern Neuro-Semantics, bulatan itu di-ubahkan menjadi 'buih' besar atau 'bubble' ataupun 'sphere' , yang berbentuk satu ruang dalam, sungguh tersendiri, dengan kesemua resource-resource yang diperlukan terkandung didalamnya.  Jadi, apabila anda melangkah masuk kedalamnya, ianya seperti menyedut anda kedalam sambil merasakan penyerapan keseluruhan resource itu kedalam tubuh anda, melihat segala yang menjadikan anda hebat, dan mendengar kata-kata yang cukup menggerakkan anda menjadi lebih hebat, dan lain-lain.  Sekiranya, 'confident' itu adalah resource yang telah disematkan didalamnya, maka anda akan merasa 'confident' yang cukup hebat didalam tubuh-badan anda, posture anda, penafasan anda, gerak-geri anda, kata-kata anda, pakaian anda, dan interaksi anda, dengan juga ditambah dengan kata-kata positif diri anda dan sebagainya.


Sering juga saya gunakan didalam pejabat, diruang ruang tertentu, ruang pilihan saya, ruang yang saya warnakan dengan warna yang bermakna bagi resource yang saya gubahkan dan bukan sahaja satu ruang, malahan beberapa ruang bulatan atau spherical yang telah saya bentukkan.  Apabila saya perlukan resource seperti 'confident' untuk memberikan presentation kepada orang-orang tertentu, saya akan mulakan pada pagi itu untuk menjejak masuk kedalam 'Bulatan Cemerlang' yang saya namakan "EXCELLENT PRESENTER" dan terus menyerapkan perasaan-perasaan yang telah disediakan didalam bubble/sphere itu ke diri saya.  Biasanya saya akan terus menggenggamkan tangan saya sejenak sambil 'amplify' (kembang-besarkan) perasaan itu setinggi saya boleh (skala 8 atau 9 atau 10) sambil terus menghayunkan tangan saya kebawah sambil meluahkan suara "YES".  Kesan nya sungguh lah hebat.  Saya akan terus bayangkan diri saya masih didalam 'Bulatan Cemerlang' itu, hatta semasa memberi presentation itu.  Bagaimana? Mahu mencubanya?  Silakan.

Selain dari menggunakan dalam kerjaya saya, saya juga reka 'Bulatan Cemerlang' saya dalam mengerjakan solat saya.  Disini, saya gunakan campuran bulatan/bubble dan juga rectangular bagi sejadah yang saya gunakan.  Apakah resource yang saya gunakan?  Saya gunakan resource "CONCENTRATION & ENGAGEMENT" atau lebih kurang dengan istilah "KHUSYU'".
Mahu juga mencubanya?  Silakan.


Wallaahu'alam. Selamat Maju Jaya



M Nasser Ismail, ACMC
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)
Personal & Executive Meta-Coach (MCF)
coach.demetaexquisite@yahoo.com.au

 

 
  Today, there have been 5 visitors (55 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.