To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Menjana Harga-Diri
 



 

PATTERN MENJANA HARGA-DIRI (SELF-ESTEEM) ANDA

 

  1. Imej-Diri
    1. Timbulkan imej diri anda dipaparan penglihatan minda anda.
    2. Renungkan...bagaimanakah bentuk rupa dan bentuk diri anda apabila anda melihat diri anda itu?
    3. Bagaimanakah bentuknya, intensitinya, dan bagaimana hebatnya anda atau bagaimana sederhananya anda apabila anda melihat dari kacamata dalaman anda itu?
    4. Perhatikan baik-baik.
  2. Betulkan (Adjust) ‘Kandungan’ imej itu
    1. Kandungan imej-diri anda itu boleh jadi positif atau negatif.
    2. Pastikan yang kandungan itu positif. Cari segala kecacatan kandungan imej itu – lihat siapakah anda sebenarnya. Perhatikan kalau ada bahan negatif didalam nya. Tukarkan/betulkan atau ubahkan menjadi representasi positif dengan memikirkan aspek-aspek yang lebih positif. Gunakan cara-cara untuk meng-’reframe’ pemikiran kita kepada yang lebih positif dan kental. Ubahkan makna-nya kepada makna yang lebih membangun.
  3. Betulkan (Adjust) ‘Bentuk’ imej itu
    1. Berikan peluang untuk imej itu menjadi satu yang besar, dekat, didalam bentuk 3-dimensi, dan buatkan ianya sebagai satu movie yang ada gerakan bukan imej ‘still picture’.
    2. Gunakan segala kualiti (submodality) imej agar ianya menjadi satu tarikan yang kuat bagi diri anda.  
  4. Bandingkan Perasaan-perasaan anda
    1. Apakah perbezaannya yang anda dapat merasakan apabila anda bandingkan imej-diri anda sebelum dan sesudah anda mengubahkan kandungan dan bentuk nya?
    2. Tentu sekali apabila imej-diri anda semakin lebih positif dan tinggi intensiti nya, harga-diri (self-esteem) anda pun terus menjadi lebih hebat.
 
Anda boleh juga teruskan dengan pattern “Swish” untuk menambahkan kesannya.

Selamat Maju Jaya.







M Nasser Ismail, ACMC
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)
Personal & Executive Meta-Coach (MCF)


 
  Today, there have been 13 visitors (40 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.