To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Phobia - Pemulihan Pantas
 










 

TEKNIK PANTAS PEMULIHAN-FOBIA NLP / TEKNIK REWIND-PANTAS NLP

 

 
  1. Keadaan Menakutkan.
 
    1. Ambil masa seminit untuk memikirkan kembali satu keadaan yang membuat anda menjadi takut (mungkin mula dengan ketakutan yang ala kadar dan tidak terlalu intense, sebagai latihan permulaan anda).
    2. Mungkin keadaan anda semasa membuat satu persembahan dihadapan ahli-ahli majlis pengarah, atau mungkin anda sedang bersedia untuk menduduki peperiksaan utama persekolahan anda, atau mungkin anda hanya ingin membuat panggilan ‘sales’ anda ke bakal pelanggan anda, atau apa saja keadaan atau suasana yang membuat anda gerun takut.
 
  1. Panggung Tayangan Minda Anda.
 
    1. Sekarang, dalam pandangan anda didalam pemikiran anda, bayangkanlah yang anda ini sedang duduk didalam satu panggung wayang yang besar luas. Lihat lah diri anda terpapar di skrin tayangan itu seperti satu gambar 'tidak bergerak', beku dan bukan sebagai satu movie. Bayangkan diri anda di skrin itu sejurus (5 atau 15minit sebelum ianya berlaku) sebelum anda mengalami satu adegan ketakutan anda itu, yang kali pertama anda mengalaminya.

 
  1. 'Keluar Dari Badan' Anda.
 
    1. Sekarang bayangkan yang anda melayang keluar dari tubuh badan anda terapong-apong keluar dari badan anda dan terus menuju kebelakang hingga masuk ke-bilik tayang (atau ‘projection booth’) yang berada dipenghujung belakang panggung itu. Dengan itu anda juga dapat melihat diri anda yang sedang duduk dikerusi panggung itu sedang menonton gambar beku diri anda di skrin tayangan itu. Anda jangan kemana-mana dan tetap berada di ’projection booth’ itu hingga anda diberi isyarat untuk turun kembali. (Sekiranya latihan ini adalah untuk mengatasi fobia ketinggian, anda boleh bayangkan yang anda hanya beredar keluar dari badan anda bergerak ke 10 barisan tempat duduk dibelakang anda sekarang. Ini dilakukan untuk mengelak diri anda dari mengalami ketakutan ketinggian sekiranya anda melayang keatas menuju bilik tayang itu.)
 
  1. Menonton Movie Anda.
 
    1. Sedang anda melihat diri anda menonton diri anda sendiri di skrin itu, mula mainkan tayangan hitam-putih anda, tayangan yang menggambarkan keadaan gerun/takut yang benar-benar berlaku kepada anda, dan tonton sahaja diri anda yang melalui pengalamanan tersebut di papar skrin itu. Teruskan menonton tayangan itu dari ‘projection booth’ ini hingga diri anda dalam tayangan anda ini sampai kepenghujung filem ini dimana keadaan gerun/takut itu telah pun berakhir dan telahpun di limpasi, dan anda sendiri tahu daripada tayangan anda ini yang diri anda telah semula berada didalam keadaan selamat . Di saat ini, hentikan tayangan movie anda ini dan terus bekukan frame movie ‘diri anda dalam keadaan selamat’ ini. Henti! Bekukan! Tunggu sebentar.
 
  1. Mainkan Movie Anda ’Reverse’.
 
    1. Sekarang anda gerakkan atau layangkan diri anda keluar dari ’projection booth’ ini, terus bayangkan anda masuk kedalam frame beku ’diri anda dalam keadaan selamat’ ini di skrin dihadapan panggung ini. 
    2. Lalu anda dikehendaki, didalam diri anda semasa itu, melihat dari mata anda sendiri suasana selamat ini, mendengar segala bunyian dan kata-kata yang anda mendengar dan terdengar, serta merasakan segala perasaan selamat dan tenang semasa berada dalam keadaan frame beku ’diri anda dalam keadaan selamat’ ini, rasakan kesemuanya, nikmatilah perasaan keselamatan diri anda itu setinggi skala 8 atau 9 atau 10 (maxima), dan lalu anda dikehendaki memainkan movie pengalamanan anda keseluruhannya kebelakang (’reversed’), dalam warna-warni, seperti keseluruhan masa itu berjalan kebelakang dan anda merasa seperti disedut kebelakang dengan amat pantas sekali, mungkin dalam 1 atau 2 saat, hingga anda tiba balik kepermulaan movie anda ini. weeshweesh weeshweesh weeshweesh. Anda melalui kesemua pengalamanan anda kebelakang, melihat kesemua keadaan bergerak ’gostan’, berkata-kata kebelakang, bunyian bermain secara ’reversed’ dan semua gerak-geri dilihat dan dirasakan bergerak pantas secara ’reversed’. weeshweesh weeshweesh weeshweesh weeshweesh.
    3. Apabila anda telah tiba dipermulaan movie anda ini, ’blank’ kan skrin gambar anda seketika ’poof’, hilang, gelap, dan hitam. Anda terus gerakkan badan anda sambil berdiri (betul betul berdiri), sambil mengambil nafas panjang dan goyang-goyangkan tangan anda seperti orang hendak bangun dari kesedaran. Sudah?
    4. Kemudian ulangi langkah 5(b) dan (c) selama beberapa kali (5 hingga 7 kali), dan pada setiap kali diulangi, movie ’reverse’ itu semakin lebih cepat dan pantas dari yang sebelumnya.  Teruskan.

 
  1. Periksa Balik - Uji.
 
    1. Sekarang, fikirkan pengalamanan itu kembali, dan perhatikan baik-baik response diri anda pada pengalamanan itu sendiri.
    2. Didalam fikiran anda sekarang, berikan ’rating’ bagi perasaan gerun/takut anda dalam skala 1 hingga 10, yang mana 10 adalah perasaan takut yang tersangat (maxima). Kalau anda merasa bahwa ’rating’ anda lebih dari 2, ulangi keseluruhan proses ini dengan berhati-hati membuat tiap langkah itu dengan sepenuhnya.
    3. Uji diri anda dengan hati-hati selepas proses ini, dengan mengambil berat tentang keselamatan diri anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mengalami fobia ketinggian, uji ditempat tempat tertentu dengan menjaga keselamatan anda terlebih dahulu.
 
 
Wallaahu’alam. Selamat Mencuba dan Selamat Maju Jaya.
 
 
 

 
M Nasser Ismail, ACMC
Personal & Executive Coach (MCF, ISNS)
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS, USA)

TESTIMONY

NS-NLP THERAPEUTIC INTERVENTION- ‘PHOBIA’ CURE 
( Acrophobia-Fear of Heights)


“Its INCREDIBLE! I’m now able to climb up to higher floors and
looking down from the top without having shivers and feeling cold
and numb in my legs.

In the recent past I even had problems going up the escalator and
staying at the 3rdfloor cinema in the Mall in Gadong. Now not
anymore.”

-Dr Ismail, Dentist at RIPAS

-2007 

 
  Today, there have been 19 visitors (60 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free