To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  WFO - Well-Formed Outcome
 


 

 

 

MODEL 
KETETAPAN-MATLAMAT NLP 
(NLP ‘GOAL-SETTING’MODEL)


PEMBENTUKAN HASIL HALA-TUJU YANG BAIK

The Well-Formed Outcome (WFO)


1) Harus positif

 

·              Dimana anda berada sekarang (berbanding dengan hala tuju anda)?

·              Dimanakah anda mahu berada atau dimanakah yang anda ingin tuju?

·              Apa yang anda mahu?

·              Nyatakan dengan cara positif (apa yang anda ingin capai).

·              Apakah sebenarnya yang diri anda tujukan?



Sedikit Penjelasan: 

“Saudara Awang, apa yang anda mahu apabila ingin di-coach?” Jawapannya, “Saya tak mahu menjadi saorang yang miskin sampai tak mampu membeli sedikit makanan pun.” Jawab Coach, “Ok, saya faham perkara itu lah yang anda tidak mahu, Jadi, apa yang anda sebenarnya mahukan?” 

“Adik Ramli, apa yang adik mahukan?” Jawapannya, “Saya tak mahu gagal dalam peperiksaan saya, karang saya dimarahi oleh bapa saya.” Jawab Coach, “Ok, saya faham adik Ramli tidak mahu gagal dalam peperiksaan, Jadi, apa yang adik Ramli sebenarnya mahukan?” 

Sering sekali kita dengar jawapan seperti ini. Ini adalah contoh bagaimana sesaorang itu mengeluarkan jawapan yang tidak tepat dan tidak positif. Jawapannya adalah sesuatu yang ia sendiri ingin menghindarinya. Itulah yang dia TIDAK MAHU. Tapi dengan proses WFO ini, kita seharusnya menjawab dengan positif, segala perkara yang kita inginkan sebenarnya, sebab pemikiran kita hanya dapat bertindak dengan yang terpapar dengan tepat serta positif. Mengikut kajian, matlamat yang tidak jelas dan tidak positif tidak akan menggerakkan sesaorang itu untuk menuju tujuan matlamat yang diinginkan…sebab ianya pudar, terlalu generalize..tidak jelas dalam pandangan…boleh itu dan boleh ini? Maka dengan itu, ‘motivasi’ anda turut terjejas sebab tiada apa yang jelas dalam pandangan anda yang dapat anda dan diri anda, pemikiran anda, jasmani anda, dan kelakuan anda untuk mendorong ke arah itu. Sia-sia sahaja. Jadi bagaimanakah jawapan saudara Awang dan adik Ramli seharusnya diberikan. 

Saudara Awang menjawab, “Saya hendak menjadi saorang peniaga yang boleh menghasilkan pendapatan sebanyak $10,500 sebulan.” Haah, inilah dia jawapan yang positif serta tepat dengan apa keinginan yang saudara Awang cari-cari. 

Bagaimana dengan jawapan adik Ramli pula. Adik Ramli menjawab,”Saya mahu lulus dalam peperiksaan GCE O level saya dengan mendapat A dalam Bahasa Melayu, A dalam Matematik, B dalam Fizik (Physics), B dalam Bahasa Inggeris, A dalam IRK, A dalam Ilmu Hayat (Biology) dan B dalam Ilmu Kimia (Chemistry).” Haa, inilah dia satu lagi contoh yang baik apabila menyatakan kemahuan anda yang ingin anda capai. 

Soalan yang lain boleh juga ditanyakan. “Jadi, dimana anda sekarang? Apakah tangga penghasilan perniagaan anda sekarang?” Atau, bagi adik Ramli, “Jadi, apakah keputusan adik Ramli pada masa sekarang?”


2) Harus Berdasarkan Dengan Resepsi Panca-Indera/ Sensori

 

·                  Apa yang akan anda lihat, dengar, rasa dll apabila anda mendapati nya?

·                  Langkah/tahap apakah yang diperlukan untuk mencapai tujuan anda ini?

·                  Sudahkah anda bahagikan atau pecahkan langkah-langkah ini kepada langkah-langkah lebih kecil lagi agar anda benar-benar dapat melakukannya?

·                  Apakah saiz kumpulan bahagian-bahagian tindakan ini? Adakah saiz kumpulan bahagian tindakan seperti ini menyesakkan/memberatkan/membebankan diri anda?


3) Harus Mendesak.

 

·               Adakah tujuan atau matlamat (‘goal’) anda mendesak diri anda untuk mencapainya? Adakah ianya menarik diri anda dengan sekuat-kuat tarikan?

Jadikan lah ia satu representasi masa depan yang mendesak dan terpisah (dissociated) (bermakna apabila anda melihat tujuan atau matlamat (‘goal’) anda, pastikan yang anda melihat diri anda berada didalam gambaran anda itu mencapai tujuan atau matlamat (‘goal’) anda).  

 

 4) Periksa ‘Kawalan Kualiti (QC)’ nya

·                 Adakah matlamat (‘goal’) yang diingini tepat bagi (secucuk dengan) anda didalam keseluruhan gaya dan cara hidup anda?

·                 Adakah matlamat (‘goal’) anda ini sesuai dalam kesemua perhubungan peribadi anda?

·                 Apakah yang anda sebenarnya terima dari tercapainya matlamat (‘goal’) anda ini, yang belum pernah anda dapati sebelum ini?

·                 Apakah yang anda kehilangan atau rugi akibat dari tercapainya matlamat (‘goal’) anda ini?

·                 Bolehkah matlamat (‘goal’) anda ini tercapai?

·                 Adakah ia menjejas kesehatan, perhubungan, dll anda?

·                 Tanyakan diri anda, “Adakah sebahagian 'diri dalaman' saya ini yang menolak pencapaian matlamat (‘goal’) yang saya inginkan?” Perhatikan bagaimana respond badan anda apabila menjawab soalan itu, mungkin dengan gambaran yang bermain dikepala anda, kata-kata yang didengari atau disebut oleh diri anda, dan perasaan-perasaan anda sendiri.


5) Di laksanakan (‘initiate’) Sendiri.

 

·                 Adakah tujuan ini didalam kawalan diri anda 

·                 Adakah ianya dapat dilaksanakan oleh diri anda sendiri dan dapat diteruskan?


6) Konteks

 

·                 Dimana, bila, bagaimana, dengan siapa dll yang anda dapat mencapai matlamat (‘goal’) ini?

·                 Adakah matlamat (‘goal’) ini berkonteks yang sesuai?


7) Sumber-sumber Yang Diperlukan

 

·                 Sumber-sumber apakah yang anda perlukan untuk mencapai matlamat (‘goal’) anda ini?   

·                 Untuk mencapai matlamat ini, siapakah atau saorang yang macam manakah yang anda seharusnya jadi?

·                 Siapakah (selain anda) yang telah mencapai matlamat (‘goal’) ini?

·                 Telahkah anda lakukan atau perolehinya sebelum ini? 

·                 Tahukah anda siapakah orang selain anda yang telah lakukannya atau telah mencapainya?  

·                 Apa yang menghalang anda dari menuju ke matlamat (‘goal’) anda ini dan mencapai nya sekarang? 

Sumber-sumber yang dimaksudkan termasuk, sumber keadaan mental-fiziologi-emosi anda seperti konfiden, fleksibel, semangat-tinggi, ingin-mencuba, resilient (mudah bangkit semula setelah jatuh), bermain, meniliti, closure (menamatkan sesuatu yang dimulakan), perihatin, rajin, taraf kesihatan tinggi dll. Seperti mana yang pernah saya tandakan dalam satu artikel
Ringkasan – NLP dan Neuro-Semantics mengenai presuppositions NLP, “(5) Sesaorang itu sudah disempurnakan dengan segala resources yang mereka perlukan.” 

Dan adakah anda mempunyai rakan, saudara, model dari bintang-bintang ternama, model dari buku-buku yang anda baca, model dari orang-orang yang berjaya, yang telah pun membuktikan kejayaannya dalam perkara yang anda ingin mencapai? Orang-orang ini juga boleh menjadi sumber untuk anda menjana diri anda untuk mencapai matlamat anda itu. Sekiranya anda dapat memodelkan diri anda seperti mana orang-orang ini telah melakukannya, pasti kejayaan model ini akan menyusun langkah anda untuk mencapainya. Seperti mana yang diterapkan sebagai salah satu presuppositions NLP, “(
3) Sekiranya sesaorang itu dapat melakukan sesuatu, sesiapa saja boleh mempelajari untuk melakukannya juga.”

 

8) Membuktikan

·                 Bagaimanakah diri anda dapat mengetahui yang anda telahpun mencapai (atau terbukti yang ianya telah tercapai) matlamat (‘goal’) anda ini?

·                 Apakah yang akan mengisyaratkan diri anda yang anda telah pun mencapai keadaan yang anda inginkan itu?

 


RINGKASAN

    1. Harus
Positif
    2. Harus berdasarkan dengan resepsi
sensori.
    3. Harus
mendesak
    4. Berkawalan
Kualiti
    5. Laksanakan
Sendiri
    6.
Konteks yang tepat
    7. Sumber-
sumber yang diperlukan
    8. Prosedur
Membuktikan nya

Ada juga saya menggunakan istilah atau acronym PURE-SMART dalam bahasa Inggeris yang bertujuan untuk mencapai matlamat yang sama. 

    P-Positively stated, 
       U-Under Control-Self-Initiated, 
          R-Right-sized, 
             E-Ecology, 
    S-Specific & Sensory-based, 
       M-Meaningful, Measurable-Contextual, 
          A-Attractive & Compelling, 
             R-Resources, 
                T-Time-bound.


Wallaahu’alam.

 



 

 
Selamat mencuba dan selamat maju jaya.

M Nasser Ismail, ACMC
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)
Personal & Executive Meta-Coach (MCF)
coach.demetaexquisite@yahoo.com.au, mnasserismail@yahoo.com.au,





 

 
  Today, there have been 13 visitors (24 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free