PATEN META-STATING EMOSI NEGATIF
MENANGANI MASAALAH PERASAAN NEGATIF YANG MENGHANCURKAN SEMANGAT DIRI.
Mohamad Nasser Ismail
· Pernahkah anda merasakan sesuatu emosi negatif yang melarat dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain menyebabkan diri anda merasa hampa, kecewa dan tidak bermaya?
· Apakah kesannya dan bagaimanakah boleh diri anda menangani nya secara efektif?
META-STATING EMOSI NEGATIF
Perkataan ’Meta-Stating’ yang saya gunakan disini bermakna ’Menerapkan Keadaan-Meta.’ Apabila kita melihat kembali corak dan struktur ’reflexivity’ itu, sesebuah keadaan yang terjadi didalam sistem ’mental-tubuh-emosi’ kita boleh digambarkan seperti pemantulan (atau pencerminan) sesuatu keadaan yang kita alami, yang berbalik kepada diri kita sendiri seperti ’boomerang.’
Dengan secara langsung, keadaan ini akan menjalin satu pertalian yang dinamakan pertalian-meta; satu keadaan pemikiran-emosi yang dirasai atas akibat penerapan keadaan pemikiran-emosi yang lain. Sebagai satu contoh, Ahmad melakukan sesuatu kesilapan, dan akibat kesilapan itu ia memarahi dan mengherdik dirinya yang telah melakukan kesilapan itu, lalu dengan herdikan itu ia mengganggap dirinya tidak berguna dan terus mempercayai bahwa dirinya memang dilahirkan sebagai saorang yang sentiasa gagal. Cuba lihat pertalian-meta yang sambung menyambung menyelubungi diri Ahmad itu.
Kalau kita rujuk pada prinsip sistemik asas mengenai ’holoarchy’ ( satu terminologi dari Arthur Koestler mengenai sesuatu ’holon’ yang mana ia adalah sebahagian dan pada masa yang sama juga adalah keseluruhan sesuatu itu. Perkara ini agak abstrak juga.) kita akan memahami apa itu ’holoarchy’ tahap-tahap-meta. Apakah makna sebenar nya? Ia bermakna apabila kita membawa tenaga emosi negatif kita (pemikiran dan perasaan negatif) berbalik pada diri kita sambil menerapkan nya dan ’menyelubungi’ diri kita sendiri dalam proses itu, jelas kita akan merasa percanggahan didalam diri kita sendiri. Memang mustahil sekiranya perasaan yang ditimbulkan dari diri dalaman kita ini dan pertalian-meta yang terjalin dengan lapisan seperti itu boleh memberikan kita satu peningkatan diri yang baik, serba maju. Tentu sekali itu akan menghambat segala usaha yang baik yang telah kita lakukan. Ia mengsabotaj diri kita sendiri.
Bagaimanakah perkara seperti ini boleh terjadi? Apabila kita mengalihkan segala tenaga psikologikal kita berbalik dan bertentangan dengan diri kita sendiri dalam cara yang sungguh non-produktif, tidak-berguna, dan biasanya ’beracun’ (’toxic’) maka di situ lah ianya timbul dan berleluasa.
Sebagai contoh, apabila kita menjadi takut pada kemarahan kita, apabila kita memalukan atau mengherdik diri kita kerana melakukan kesilapan, apabila kita mengalami perasaan menyalahkan diri atau merendah-rendahkan diri kita, kita meletakkan diri kita seolah-olah dalam satu pemutaran, seperti putaran gasing. Kadangkala pula, ianya bertindih-tindih dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain. Hasil yang timbul dari keadaan putaran atau penindihan negatif seperti ini adalah satu keadaan yang tentu sekali tidak ’resourceful’, satu keadaan yang dinamakan dalam Neuro-Semantik sebagai ’keadaan naga’ atau ’dragon state’.
Kalau anda menukarkan pemikiran, perasaan, idea, dan fiziologi (dan lain lain) yang negatif itu berbalik pada diri anda, anda dengan jelas telah menyalahgunakan emosi ’negatif’ anda itu. Dan berkemungkinan besar juga satu keadaan naga di dalam diri anda akan terus tercetus. Dengan itu, mempelajari proses menjinakkan dan ’menghapuskan’ ’naga-naga’ ini, dalam menangani keadaan-meta berputaran negatif ini, adalah sangat perlu. Kemahiran ini memberikan kita satu cara untuk menggunakan ’reflexivity’ kita itu dengan lebih baik dan lebih sehat lagi.
PATEN
Proses atau paten menangani emosi negatif melalui penerapan-meta ini adalah seperti berikut;
Soalan Rujukan Diri:
Emosi diri anda manakah yang anda rasa tidak mempunyai hubungan baik dengan diri anda?
Emosi apakah yang anda ingin lenyapkan sama sekali dari kehidupan anda?
1. Kenalpasti keadaan emosi anda yang bermasaalah (untuk mengurusnya, untuk mengawalnya)
a. Keadaan (pemikiran-atau-emosi) negatif apakah yang anda tidak sukai, benci, dan yang anda berharap sangat yang anda tidak mengalaminya? Keadaan negatif apakah yang anda rasa telah menjadi seperti satu ’pantang-larang’ diri anda? Senarai Garispandu Emosi-emosi diri: kemarahan, ketakutan, kebencian, kefahaman sesuatu dan lain lain.
b. Terangkan lah keadaan perasaan ini seberapa jelas mungkin. Bagaimanakah ianya menjadi masaalah bagi diri anda? Apakah yang anda fikir-dan-rasa mengenai keadaan ini? Keadaan emosi apakah yang anda tidak mahu membenarkan diri anda merasai nya? Ketakutan? Kebencian? Kesilapan? Yang anda tidak dapat tahan lagi dengan nya?
2. Selidik tahap keizinan diri anda
a. Dengan merenung-dalam diri anda seketika, seolah memasuki dalam tubuh-pemikiran anda dengan secara berdiam diri, justru katakan lah pada diri anda, “Aku memberikan diri ku keizinan untuk merasakan X.” (X adalah emosi yang hendak di tangani) Kemudian perhatikanlah respon dalaman yang timbul dari kata-kata tawaran diri anda itu. Perhatikan lah tayangan minda anda (apa yang anda terlihat dari mata hati anda, apakah yang anda dengar dan apakah yang anda rasakan ketika minda anda menayangkan nya).
b. Apakah yang akan terjadi sekiranya anda menerima dan mengalami perasaan atau emosi negatif itu? Bagaimanakah diri anda menerima nya dari dalaman? Apakah ada bantahan dari dalaman diri anda? Kalau ada, apakah bantahan-bantahan itu? Apakah sumber-sumber lain yang perlu anda terapkan pada diri anda untuk memberi peluang bagi anda menerima emosi ini dengan sepenuhnya?
3. Corakkan satu struktur penerapan keadaan-meta yang baru
a. Dengan merenung-dalam diri anda, berikan diri anda keizinan yang sejajar dengan nya. Gunakan lah suara yang terbaik dan teguh untuk merangka pemikiran anda dengan rangka-pemikiran yang ‘resourceful’ terhadap segala bantahan dalaman yang anda alami itu. Perhatikan lah bagaimana ianya di rasai dan di resapi kedalam diri anda itu.
b. Contoh rangka-pemikiran berguna; “Aku memberi izin pada diri ku untuk merasakan rasa kemarahan itu sebab ia memberikan aku satu keupayaan untuk menentukan perkara-perkara yang mencabuli nilai-nilai diri ku supaya aku dapat membuat tindakan awal yang diperlukan.”
c. Contoh kedua; “Aku memberi izin bagi diri ku supaya merasai emosi-emosi ini sebab ia menambahkan perasaan ku untuk menjelaskan lagi bahwa aku hanya seorang insan biasa.”
4. Terapkan keadaan-meta pada emosi negatif dengan resources mental-emosi yang hebat.
a. Senarai garispandu: Penerimaan, Penghayatan, Ketenangan, Waras, dan lain lain. AksesèUkuh/Tambat(Anchor)èPerkasakan(Amplify)èUkuh/Tambat (Anchor).
5. Kawal-kualiti (QC) keizinan itu dan tambahkan rangka-pemikiran yang perlu.
a. Bayangkan sepenuhnya dan keseluruhannya, yang diri anda berada dalam kehidupan dimasa-masa hadapan anda (esok, lusa dan seterusnya) dengan menjalani hidup anda dengan rangka-pemikiran ‘resourceful’ ini. Rangka-pemikiran yang merangkupi emosi negatif itu……apa adakah bahagian diri anda yang bantah dengan cara anda menjalani hidup anda secara ini? [ Kalau ada, sila berbalik ke proses nombor 3 dan ulangi lagi]
6. ‘Install’ kan buat masadepan anda.
a. Apabila anda bayangkan diri anda seperti ini, senang kah anda dengan nya? Adakah anda rasa diri anda ini sejajar dengan nya? Adakah bahagian lain diri anda yang masih membantah tindakan anda ini? [Tidak]
b. Mahukah anda menyimpan pemikiran-perasaan dan meneruskan kehidupan anda secara begini?
6 Langkah Sebagai Ringkasan;
1. Kenalpasti keadaan emosi anda yang bermasaalah.
2. Selidik tahap keizinan diri anda.
3. Corakkan satu struktur penerapan keadaan-meta yang baru.
4. Terapkan keadaan-meta pada emosi negatif dengan resources mental-emosi yg hebat.
5. Kawal-Kualiti (QC) keizinan itu dan tambahkan rangka-pemikiran yang perlu.
6. ’Install’ kan buat masadepan anda.
Selamat mencuba.
M Nasser Ismail,ACMC
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)
Personal & Executive Coach (MCF, ISNS)
mnasserismail@yahoo.com.au,
coach.demetaexquisite@yahoo.com.au.
2009
* Paten ini adalah petikan sebahagian dari Siri Latihan Kepimpinan-Diri (Self-Leadership dan APG – Accessing Personal Genius) oleh the International Society of Neuro-Semantics (ISNS).