To Your Highest and Best. Transcend and Actualise In the Most Resourceful Way Your Heart Desires.
   
 
  Swish - Menangani Masaalah Tabi'at Makan Anak Anda
 





PATEN S-W-I-S-H 

MENANGANI MASAALAH ANAK YANG KURANG SELERA MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT

 

·         Apakah ke engganan anak anda untuk makan menjadikan diri anda risau atas pertumbuhan tubuh badannya?

·         Apakah anda mengalami masaalah untuk mendapatkan anak anda makan, lebih-lebih lagi makanan yang baik dan berkhasiat?

·         Adakah terdapat satu teknik yang boleh merubah tabi’atnya itu?






Paten ini dinamakan “S-W-I-S-H” atas proses kepantasan yang dilakukan semasa menjalani paten tersebut. Ianya amat berkesan sekali apabila kita ingin menjuruskan (‘directionalise’) pemikiran (lebih-lebih lagi pemikiran 'sub-conscious' atau kesedaran para-sedar) kita, ahli keluarga kita atau sesiapa saja dari kurang resourceful, tidak ada selera makan, yang tidak progresif, yang menghancurkan semangat kita, yang melemahkan diri kita, yang menggerunkan keadaan diri kita, yang merendahkan harga-diri kita, yang melemahkan konfiden kita …gambaran-gambaran minda yang telah bermain-main didalam kepala kita…yang mengganggu kita(sebagai contoh)… merubah terus kepada diri kita yang amat hebat..resourceful…progresif…semangat tinggi ….kuat… berani… tinggi harga-diri …. ber konfiden…. tinggi konsentrasi …. tinggi taraf khusyu’ …. dan lain lain lagi.

Contoh paten SWISH dibawah ini digunakan untuk menangani kepayahan saorang anak untuk memakan makanan yang baik dan sehat yang disediakan oleh ibu-bapanya.  Ini berlawanan dengan sebahagian makanan yang disukai nya yang ibu-bapa nya telah pasti tidak berkhasiat dan kurang berzat.

Tetapi sebelum ini, adalah penting bagi ibu-bapa untuk merujuk pada doktor untuk menentukan kalau diri yang berkenaan itu tidak mengalami apa-apa penyakit lain yang memerlukan perhatian dan rawatan doktor atau mengalami sebab-sebab lain seperti 'eating disorder'.  Apabila sudah anda dapatkan kepastian bahwa anak anda atau diri berkenaan itu mengalami masa'alah tabi'at maka bolehlah anda gunakan teknik SWISH ini.

Apabila anda menggunakan teknik ini pada anak anda, anda juga boleh mengajak anak anda menjalani paten atau proses ini sambil bermain dengan nya sebagai satu experimen bersama.  Anda seharusnya dapat menggunakan bahasa yang biasa anda gunakan apabila berkata-kata dengan nya.  Proses didalam paten dibawah ini dan bahasa yang digunakan disini adalah garis pandu sahaja untuk anda melaksanakannya.


Proses nya adalah seperti berikut;

1.     Kenalpasti imej isyarat (“cue”) anak anda.

a.      Ajak anak anda mengat kembali satu masa yang anak anda diberikan makanan yang disediakan itu, yang amat dibencinya dan tidak berselera, lalu menolak makanan itu sungguhpun anda pasti ianya adalah baik untuk kesehatan dan penumbuhan jasmani nya.

b.      Sekarang, berikan peluang untuk anak anda berada didalam pemikiran itu, semasa itu, semasa ianya berlaku. Galakkan dia merenungkan kejadian itu.  Suruhlah dia melihat apa yang dia lihat didalam gambaran dalam mindanya itu, dan suruh dia mendengar apa yang dia dapat dengarkan semasa itu, dan merasa apa yang dia rasakan dimasa itu.

c.      Biarkan perasaan (benci atau mual) nya itu menjadi kuat apabila mengenang kembali keadaan semasa itu. Dan bertanyakan lah pada nya apakah diri nya merasa dan dibahagian mana dalam tubuh (atau mulutnya) yang dia merasakan itu.  Tanyakan bagaimanakah kuat perasaan nya itu.

d.      Dengan kesedaran ini, mulakan lah dengan menyuruhnya memerhatikan apa yang dia lihat dengan mata-hati atau mata-minda nya dengan perasaan yang berkaitan dengan gambaran yang di renungkan itu.

e.      Suruhnya juga memerhatikan apa yang didengari setakat itu, mungkin juga ia dengari kata-kata hati nya mengenai makanan tersebut yang menambahkan perasaan tidak inginkan, benci atau mual dengan makanan itu.

f.       Anda boleh menyuruhnya mengambil’ snap-shot’ gambaran mindanya ini jika anda mahu.

g.      Selepas itu berikan peluang baginya untuk mengetepikan gambaran itu buat sementara sambil mengalihkan perhatian nya itu (langkah 2). 

2.    Alihkan Perhatian (Break state)

a.      Kemudian alihkan perhatian nya dengan menyuruhnya melihat kekawasan rumah anda atau dinding rumah anda ataupun menyuruhnya menyebutkan nombor talipon rumah anda dengan lantang.

b.     Kemudian anda suruhnya menyebutkan nombor talipon itu terbalik...dari angka akhir ke angka permulaan. Ini akan memecahkan keadaan pemikirannya daripada saluran pemikiran terdahulunya, dan langkah ini amatlah penting untuk mengalihnya pada langkah 3.

3.    Rekakan (kembalikan) Imej Yang Memerangsangkan

a.      Anda boleh bertanyakan pada anak anda, ”Bagaimana kah kelihatan dirinya apabila dia dapat memakan sesuatu yang di sukai dengan penuh kelazatan (dengan tersangat enak)?”  Mungkin ia mengingati masa yang lalu ataupun ia gambarkan sesuatu difikirannya yang direkanya sendiri dan yang ingin sangat ia menjamu nya.

b.      Ajaknya melihat diri nya yang memakan makanan kegemarannya dengan penuh selera dengan gambaran yang … besar, terang dan jelas, berwarna serta rasa lazat apabila dia melihat dirinya sendiri memakannya sambil berkata dengan kata-kata lazat dan enak apabila memakannya.  Tambahkan dengan gambaran yang merangsangkan seleranya dengan tambahan sesuatu yang lain yang digemarinya juga didalam makanannya itu, sambil ia menggambarkan imej dirinya mengambil makanannya dari pinggan yang terletak dihadapan wajahnya, lalu mengangkat dengan kedua belah tangannya untuk disampaikan kemulutnya sambil air-liurnya keluar akibat terasa kelazatan makanan kesukaannya itu, lalu masuklah makanannya itu kedalam mulutnya sambil di kunya dan di telan nya dengan penuh kelazatan.

c.      Yang penting juga, perhatikanlah bahawa diri nya rasa tertarik dengan makanannya itu dengan satu tarikan yang kuat. Sesuatu yang tidak dapat ditolak.  Pasti mahu dan pasti mahukannya lagi dan dengan banyak.  Sebab ianya adalah terlalu lazat (atau enak) baginya.

d.      Ok sudah? Dan sekarang tanyakan anak anda dengan kata-kata yang merangsangkan rasanya terhadap makanan itu sambil berkata-kata pada diri nya, ”Aku mahu makan ini.  Ianya sungguh enak.  Sungguh lazat. Ooooh sungguh sedap.”  Suruhnya mendengar pula kata-kata itu didalam hatinya atau didalam fikirannya, kata-kata ini semacam berputar keliling kepala nya berkali kali mengelilingi kepala nya sambil melihat dirinya mencapai makanan itu dan memakannya dengan penuh kelazatan.

 

4.   Latih Membesarkan Imej Yang Memerangsangkan

a.      Sekarang, suruhnya capai imej yang memerangsangkan dan yang telah digambarkan itu.

b.      Kemudian kecilkan gambar itu dan jadikannya sebagai satu titik (dot) bulatan berkilauan terapung di ruang berhadapan dengan muka nya.  

c.      Kemudian, benarkan titik kilauan ini berkembang besar…menjadi lebih besar sehinggakan menjadi saiz penuh di hadapan muka nya …yang mana ia dapat melihat diri nya itu sekali lagi dihadapan muka nya dengan makanan kegemarannya dengan rasanya yang cukup enak (manis, lemak, wangi dan sebagainya) dan juga gambaran yang cukup…besar, jelas dan terang, dan berwarna pula dengan warna yang memerangsangkan diri nya dan perasaannya atas kelazatan makanannya itu.

d.      Dan bukan itu sahaja, malahan dirinya juga dapat mendengar kata-kata, ”Aku mahu makan ini.  Ianya sungguh enak.  Sungguh lazat. Ooooh sungguh sedap rasanya.”  Perkataan ini terus didengari mengelilingi kepala pemikiran nya dan merasa nya dengan lebih memerangsangkan diri nya.

e.      Kemudian, anda ajaknya mengosongkan (atau menghitamkan, atau ‘blank’ kan) skrin gambaran mental nya seperti di panggong wayang apabila skrinnya terus digelapkan dengan menyebut kata ...poooof!...gelap!....kosong!

f.       Ulangi proses (langkah 4) ini beberapa kali hingga ianya menjadi otomatik.

 

5.    Letakkan Imej Memerangsangkan-(Resourceful)-Titik-Berkilauan Nya Kedalam Imej 'Cue'

a.      Sekarang letakkan titik bulatan berkilauan bercahaya ini di tengah-tengah imej 'cue' (yakni gambar diri anak anda dengan makanan yang tidak ia gemari atau amat benci, dan tidak mahu ia memakannya sungguhpun ianya adalah sesuatu yang baik untuk tubuh badan dan kesihatannya) yang telah anak anda lakukan di permulaan proses ini (langkah 1).

6.   ‘Swish’ Imej

a.      Sambil melihat imej ‘cue’ dan titik bulatan berkilauan dipertengahan imej ‘cue’ itu, anda langsung menyuruh anak anda mengecilkan dan memudarkan dan menghilangkan dan menghapuskan imej ‘cue’ itu dari pandangan mata-hatinya itu …sementara pada masa yang sama titik bulatan berkilauan itu bergerak pantas menjadi besar dan membesar dan terang dan bercahaya dan berwarna menguasai keseluruhan pandangan mata-hati atau gambaran di pemikiran anak anda itu.  Oleh kerana penukaran gambaran ‘cue’ ini dengan gambaran memerangsangkan itu dilakukan dengan amat pantas, boleh juga anda galakkan anak anda menyebut dengan sepintas angin berlalu kata “S..W..I..S..H” yang dengan itu minda anak anda akan terus diselubungi penuh dengan imej yang memerangsangkan itu. Ajaknya berkata ke-enakkan makanan tersebut apabila pandangannya di SWISH dari yang tidak diingini kepada yang digemari.

b.      Ajaknya merasakan kelazatan makanan itu dengan penuh perasaannya.  Berikan ia peluang untuk mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan yang ia benar-benar menikmati makanan ini dengan kata-kata ”Oooooh. Sedapnya. Enaknya. Alhamdulillah.”

 

7.    ‘Blank’ kan Skrin.

a.      Sekarang suruhnya mem-‘blank’ kan skrin minda nya. Terus gelap. Seperti di panggung wayang.

8.   Ulangi 7-10 kali

a.      Ulangilah langkah 5 hingga 7 sebanyak 7-10 kali, dan tiap kali SWISH nya akan dijadikan lebih pantas ….hanya beberapa saat sahaja.

9.   Uji Latihan Ini

a.      Selepas itu, adalah amat penting untuk anda menguji latihan ini.

b.      Sekarang anda boleh menyuruh anak anda bermula dengan mencuba memerhatikan perasaannya apabila dilihat kembali pada imej dirinya apabila hendak memakan makanan (baik) tapi yang dibencinya itu seperti imej ‘cue’ pada langkah 1 itu.  Tanyakan perasaan nya.  

c.      Sekiranya anak anda tidak dapat mengembalikan gambaran makanan yang tidak di ingini nya dan tiap kali dia mencuba, gambar makanan enak itu dan perasaan lazat tetap ia merasai secara otomatik, maka anda dan anak anda telah berjaya melakukan paten ini.

d.      Sekiranya anda tidak berjaya, ulangilah proses ini hingga segala perasaan dan gambaran itu hilang dan digantikan pula dengan gambaran diri anak anda yang tiada masaalah untuk memakan makanan yang baik dan berkhasiat bagi dirinya.

 

Sebahagian lain dari kegunaan paten ini adalah untuk merubahkan tabi'at tabi'at yang kurang membangun yang lain, seperti tabi'at merokok, gigit kuku jari, kencing malam, malas belajar dan lain lain tabi'at atau kelakuan diri yang kurang baik atau kelakuan ahli keluarga yang kurang menyenangkan. 

 

9 Langkah Sebagai Ringkasan;

1.       Kenalpasti imej isyarat ('cue') anak anda (atau yang berkenaan)

2.      Alihkan perhatian (Break state)

3.      Rekakan (kembalikan) imej yang memerangsangkan

4.      Latih membesarkan imej ini

5.      Letakkan imej ini sebagai titik berkilauan dalam imej 'cue'

6.      Swish kedua imej itu

7.      Blank-kan skrin

8.      Ulangi

9.      Uji

 


 

Selamat mencuba.





M Nasser Ismail, ACMC
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)
Personal & Executive Coach (MCF, ISNS)

mnasserismail@yahoo.com.au
coach.demetaexquisite@yahoo.com.au. 

2009
 







 
 
  Today, there have been 25 visitors (34 hits) on this page! Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach  
 
Bringing you up to your highest level of performance at your highest potentials.
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free