What's Up |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PATTERN MENJANA HARGA-DIRI (SELF-ESTEEM) ANDA
- Imej-Diri
- Timbulkan imej diri anda dipaparan penglihatan minda anda.
- Renungkan...bagaimanakah bentuk rupa dan bentuk diri anda apabila anda melihat diri anda itu?
- Bagaimanakah bentuknya, intensitinya, dan bagaimana hebatnya anda atau bagaimana sederhananya anda apabila anda melihat dari kacamata dalaman anda itu?
- Perhatikan baik-baik.
- Betulkan (Adjust) ‘Kandungan’ imej itu
- Kandungan imej-diri anda itu boleh jadi positif atau negatif.
- Pastikan yang kandungan itu positif. Cari segala kecacatan kandungan imej itu – lihat siapakah anda sebenarnya. Perhatikan kalau ada bahan negatif didalam nya. Tukarkan/betulkan atau ubahkan menjadi representasi positif dengan memikirkan aspek-aspek yang lebih positif. Gunakan cara-cara untuk meng-’reframe’ pemikiran kita kepada yang lebih positif dan kental. Ubahkan makna-nya kepada makna yang lebih membangun.
- Betulkan (Adjust) ‘Bentuk’ imej itu
- Berikan peluang untuk imej itu menjadi satu yang besar, dekat, didalam bentuk 3-dimensi, dan buatkan ianya sebagai satu movie yang ada gerakan bukan imej ‘still picture’.
- Gunakan segala kualiti (submodality) imej agar ianya menjadi satu tarikan yang kuat bagi diri anda.
- Bandingkan Perasaan-perasaan anda
- Apakah perbezaannya yang anda dapat merasakan apabila anda bandingkan imej-diri anda sebelum dan sesudah anda mengubahkan kandungan dan bentuk nya?
- Tentu sekali apabila imej-diri anda semakin lebih positif dan tinggi intensiti nya, harga-diri (self-esteem) anda pun terus menjadi lebih hebat.
Anda boleh juga teruskan dengan pattern “Swish” untuk menambahkan kesannya.
Selamat Maju Jaya.
M Nasser Ismail, ACMC
Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS)
Personal & Executive Meta-Coach (MCF)
|
|
|
|
|
|
|
Today, there have been 11 visitors (19 hits) on this page!
Copyright 2007-Transcend-Actualise-Meta-Coach
|
|
|
|
|
|
|
|