META-YA dan META-TIDAK
(META-YES dan META-NO )
Corak Mengubah
Kepercayaan-Yang-Membatas Diri
Dua keadaan utama yang kita pelajari dalam hidup kita sejak dari kecil lagi adalah daya mengeluarkan kata Ya atau Tidak (Yes atau No).
Ini sebenarnya adalah keadaan (1) pengesahan/penegasan [dengan kata Ya] yang berlawanan pula dengan (2) tidak-mengesah/menegas [dengan kata Tidak]. Yang (1) itu, kita seolah-olah menjemput dan membawa ‘dunia’ itu pada diri kita – idea, emosi, pengalaman, manusia, dan sebagai nya. Yang (2) itu pula, kita seolah-olah menolak keluar sesuatu dan lalu meninggalkan ruang dalam ’dunia’ kita itu. Corak (paten) ini membaiki masaalah yang timbul dari corak (paten) lain yang hanya menggunakan anjakan ”sub-modaliti” untuk menangani perubahan satu phenomena yang dinamakan kepercayaan itu, yang sebenarnya berada di peringkat-meta dan bukan diperingkat-asas.
Sejurus saja anda menemui kepercayaan-kepercayaan yang membatas/menghalang diri anda yang anda mahu keluarkan nya dari kepala dan neurologi anda itu supaya dia tidak lagi dapat beroperasi sebagai program anda, anda bolehlah gunakan corak Penerapan-Keadaan-Meta (“Meta-Stating”) ini supaya anda dapat menukarkan kepercayaan-kepercayaan yang membatas itu. Ianya akan memberikan anda satu jalan yang jelas, pantas dan efektif untuk meruntuhkan rangka-pemikiran yang berkaitan dengan sesuatu kepercayaan yang tidak memperkasakan diri anda, malah sudah lapok. Tambahan lagi, ia akan menerapkan (meng-install) juga kepercayaan-kepercayaan yang memperkasakan (‘empowering’) diri anda dan yang akan juga menyokong komitmen anda untuk terus maju dan berjaya di masa-masa akan datang.
Persediaan: Ekologi untuk corak ini harus ada sebelum kita mulakan. Pastikan yang anda memperolehi satu idea yang berkualiti tinggi yang anda ingin dan mahu mengesahkan dan transform nya menjadi satu kepercayaan.
Kepercayaan-kepercayaan apa (yang memperkasakan, memperkukuhkan dan meningkatkan) yang anda benar-benar mahukan berjalan didalam fikiran-dan-emosi anda?
Kepercayaan mana pula yang menghalang diri anda?
Bagaimanakah kepercayaan ini mengsabotaj diri anda, atau merendahkan keberkesanan diri anda?
Apakah anda sudah tidak sanggup dengan kerenah nya? Atau anda masih mahukan keperitan yang lebih dengan menyimpan nya?
Jadi, kepercayaan yang memperkukuhkan yang mana yang anda mahu sebagai ganti?
Apakah idea/kepercayaan baru ini realistik? Adakah ia berguna, produktif, meningkat diri anda didalam semua aspek kehidupan diri anda?
Corak (Paten)
1) Dapatkan "NO." atau “TIDAK”. Akses satu “NO! atau TIDAK!” yang baik, kuat dan teguh.
Fikirkan sesuatu yang membuat tiap fiber didalam tubuh badan anda boleh mengatakan “No! atau Tidak!” dalam cara yang betul-betul sepadu pada diri anda.
Sebutkan kata "No! atau Tidak!" itu, berulang kali sehingga anda dapat perhatikan nya dan dapat membuat ‘snapshot’ didalam diri anda. Sauhkan atau ‘Anchor’ kata "No! atau Tidak!" itu dengan geraklaku tangan anda. Rasakan nya. Dengarkan suara anda menyebut atau melaungkan kata ”No! atau Tidak!” itu. (Contoh: Mahukah anda menolak saorang anak kecil dihadapan sebuah bas yang berlalu laju, hanya untuk bersua saja? Mahukah anda makan semangkuk yang penuh dengan cacing-cacing yang bergelumuran dengan kotoran, manakala makanan lazat lain boleh anda dapati?)
2)Meta "No!” atau Meta “Tidak!" Kepercayaan Yang Membatas Itu.
Dengan merasakan keseluruhannya kata "No!" atau “Tidak!” yang kuat dan hebat ini, walaupun anda menyebut “Tidak Jahanam!” sekalipun, rasakanlah perasaan ini sepenuhnya apabila anda mengimbas kembali kepercayaan bodoh, tak berguna, membatas, terok itu…..sekarang!
Dan anda boleh teruskan mengatakan atau melaungkan kata No! atau Tidak! itu keatas kepercayaan membatas itu hingga anda mula merasakan ianya tidak lagi ada kuasa untuk mengendali program-program anda – ia tidak mempunyai ruang lagi apabila anda berada di situ, didalam fikiran anda....
Dan berapa banyak kali lagi yang anda perlu lakukan - dengan suara, nada, gerakbadan yang sepertimana yang anda ingin gunakan - untuk anda benar-benar menolak (disconfirm) sepenuhnya dengan sekuat-kuat hati anda – menolak segala kepercayaan lama anda itu supaya anda tahu – didalam diri anda secara mendalam – bahwa ia tidak akan ganggu, kawal dan kendali program-program anda itu?
3) Akses atau dapatkan satu “Yes! atau Ya!” yang Kuat dan Hebat
Fikirkan sesuatu yang akan menjadikan setiap urat fiber badan anda itu mengatakan atau melaungkan kata "Yes! atau Ya!" tanpa ada keraguan atau persoalan. Anda miliki sesuatu seperti itu?
Perhatikan kata "Yes! atau Ya!" anda itu. Perhatikan neurologi nya dan rasa, perasaan “Yes! atau Ya!" anda itu. Perhatikan suara ”Yes! atau Ya!” itu. Geraklakukan dengan tangan dan badan anda kata “Yes! atau Ya!” itu. Besarkan sebesar-besar anda mampu (’amplify’) ”Yes! atau Ya!” ini.
4) Meta "Yes! atau Ya!" kepercayaan yangMempertingkatkan.
Sementara merasai “Yes! atau Ya!” itu lebih penuh lagi, sebutkan nya berulang kali ke Kepercayaan Yang Memperkasakan itu, sebagaimana yang anda inginkan. Anda mahu tak?
"Yes! atau Ya!" Benar?
Sekarang, berapa banyak kali lagi kah yang anda perlu katakan “Yes! atau Ya!”, supaya anda dapat rasa yang anda telah menerimanya dan menyedarinya?
7) YA kan "Ya! atau Yes!" nya berulang kali dan bayangkannya timbul pada satu masa di masa depan anda
<cabar> Ini hanya satu latihan sahaja dan anda tidak boleh menyimpan nya! Anda benar-benar mahukan nya? Apakah ia akan memberpaiki kehidupan anda? Apakah ianya berharga bagi anda?